GAPs dengan kerjasama The Annexe Gallery dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah mengadakan pameran visual di Annexe Gallery, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur pada 21 hingga 27 September 2013 yang lalu. Pameran yang bertemakan 'Percikan Jiwa' telah berjaya mempamer lebih daripada 80 karya yang dihasilkan oleh 38 pelukis dari seluruh negara yang telah menyertai program Percikan Geting di Kg. Geting, Tumpat, Kelantan pada 29 Jun 2013. Untuk maklumat Percikan Geting KLIK SINI. Pameran ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato' Azizan Noordin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia.
Kesemua karya adalah berupa cetusan rasa yang diinspirasikan dari lakaran wajah-wajah Geting yang digarap sehari suntuk di perkampungan nelayan Geting lalu dipindahkan pada kertas dan kanvas. Pelukis-pelukis mengemukakan catan dalam bentuk naturalistik dan abstrak dengan pelbagai media saperti cat air, cat minyak, akrilik dan batik. Ada juga pelukis yang menggunakan bitumin sebagai media.
Persiapan pameran
Persiapan pameran
Majlis perasmian
Ucapan perasmian
Ybhg. Dato' Azizan menyapu cat pada kanvas
sebagai gimik perasmian
Hamidon Ahmed, action painting
Penyampaian cenderamata
Hj. Muhamad Jusoh menerangkan karyanya
Pengunjung pameran
Lawatan ke pameran
Kumpulan keroncong pelukis Jalan Conlay
memeriahkan acara
Posted by: Salleh Ismail