Buat Alif, memang sangat minat dengan cheese dan berusaha untuk menyediakannya pagi ini.
6 keping roti gardenia (disapu mentega)...
-sos cili&mayonis
-1 biji cili benggala (dihiris nipis2)-x de
-6 keping keju cheesedale
bahan tumis:
1 labu bawang besar (dadukan)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu serbuk kari
2 sudu kecil garam
sedikit gula
isi ayam (dicincang)
1 biji kentang didadukan
1/2 biji timun didadukan (x de)
1/3 cawan air
1 sudu mentega. (x de)
cara penyediaan:
-cairkan mentega.tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan
-masukkan rempah kari dan masak sampai garing
-masukkan isi ayam dan tmbah 1/3 cawan air..masak sampai ayam empuk dan hampir kering air..
-masukkan timun dan kentang
-masukkan garam dan gula..biar sebati dan padamkan api
-ketepikan
1)susun roti gardenia yg dah disapu mentega dalam pemanggang vantage
2)sapukan sos dan mayonis atas roti
3)taburkan bahan yg ditumis dan hirisan cili benggala
4)susun keju cheesedale atas roti
5)tutup pan dan buka api paling kecil
6)bakar sampai keju cair (lebih kurang 8-10mnt)
sedia hidang...sgt sedap..rangup
Pagi yang bersejarah buat nya kerana beliau enduduki peperiksaan UPSR . Ingat wahai anakku. Carilah ilmu yang bermanafaat buat mu seperti mana doa dibawah
Ya
Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang
tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak
dikabulkan.”(HR Muslim 4899)
Hindari dari ilmu yang tidak bermanafaat dan ilmu yang bermanafaat akan diperolehi dari orang-orang yang sangat iklhas. Orang yang sangat ikhlas Allah akan menjaga ilmu yang diperolehinya. Bila kita tidak ikhlas ia sangat merbahaya kerana ia akan menghilangkan kemanafaatan ilmu.
Didalam doa ini menjaga ilmu ini agar jangan yang kita dapat menjadi ilmu yang tidak manafaat. seperti ilmu yang syirik pada Allah.
Hal yang kedua berlindung dari hati yang tidak kusyuk. Telah beruntung orang-orang beriman iaitu orang yang kusyuk. Kusyuk ini mewariskan rasa takut. Jika kita punya rasa takut, maka inilah hati- hati yang dijamin di hari akhirat. Maka celakalah orang-orang yang keras hatinya. Maka hendaklah selalu mohon untuk diberikan hati yang kusyuk. Rasa takut ini adalah modal yang sangat indah dalam kehidupan. Rasa takut ini sebagai satu semangat untuk berjalan kedepan untuk mematuhi ketaatan kepada Allah. Syurga itu dimiliki kepada mereka yang merasa takut kepada Allah. Hati menjadi hidup dengan memperlajari ilmu agama, mengenal nama-nama dan sifat Allah, banyak membaca al quran dan tadabbuyr, berbanyak berzikir, berbuat baik dengan makhluk, berkakhlak dengan akhlak yang mulia dan seorang yang berlaku adil dalam segala keadaan dan banyak lagi.
Bersama ibu-ibu yang sentiasa mengharapkan anak-anak punyai hati yang kusyuk dan menghidupkan hati anak-anak agar mencari ilmu yang manafaat.
Teruskan perjalananan mu wahai anakku Alif .. jangan berhenti mencari ilmu yang bermanafaat. inilah titik permulaan buat mu.
No comments:
Post a Comment