Saturday, November 20, 2021

Review The Prestige Hotel Penang 2021

Assalamualaikum , Hai semuaa , wow after 10 bulan baru dapat update posting baru ya , bukan apa sejak covid melanda ni banyak benda nak kena fokus terutamanya business then PKP lagi , banyak benda tergendala . And the same time rasa malas nak tulis mungkin sebab dengan keadaan sekarang ni , dengan planning2 cuti banyak postpone dan tak tau sama ada perancangan itu tercapai atau pun tidak . Walaupun dah boleh cuti luar negara tak semua negara yang boleh travel tanpa pcr test dan tanpa kuarantin . Yang paling laku keras sekarang negara Turkey sebab tak perlu buat pcr test dan kuarantin , tiket pun tak mahal Qatar dalam RM1.8K . Tu yang ramai pi sana , by the way Turkey not in my list , ada negara yang lebih besar yang fuad nak terjah , tapi entahlah jadi ke tak , katanya sekarang kes covid dah mula meningkat . But who know tau tau dah sampai Tukey kihkih

Okey since kerajaan telah membenarkan rentas negei maka fuad pun mula merancang percutian dalam negeri , mula2 Langkawi dah pun beli tiket , tup tup kena buat covid test , herm terus cancel , sangat risiko . So fuad decide cuti ke Penang , tambahan rinduu gila nak datang sini sebab sebelum ni pun fuad buat trip seorang diri ke sini . I dont know lah why suka Penang mungkin sebab banyak Chinese kot , rasa ala ala China hehe .

Waktu check hotel di agoda ternampak satu hotel ni agak unik sedikit , macam fuad ni jenis suka yang berbeza dari hotel lain , tak kisah berapa bintang pun , even hostel pun fuad on je , dah kata pengembara kan mestilah kena flexible boleh menginap di mana jua berada betul tak hehe . Maka terjumpa Hotel The Prestige , terus buka website dia rupanya hotel ni antara pemenang world luxury hotel 2020 patutlah harga pun wow . Tanpa melengahkan masa terus fuad book , 1 malam RM350 tidak termasuk breakfast . Mahal ke murah ? 

Sebelum book hotel , 2 minggu sebelum tu dah book tiket ke Penang tambahan waktu tu airasia buat promo RM24 return herm memang grab terus lah . Waktu check in online tu ada beli seat kat tingkap dan pilih row paling belakang lagi , bila sehari sebelum nak depart tengok seat kita dah beralih ke tengah pesawat eh dah kenapa ni , bila sampai kat gate waktu boarding , bagilah tau staff kat situ kenapa seat saya dah beralih dia cakap kapal terbang telah di tukar then staff sorang ni bagus dia panggil bawa ke meja pc dia tengok seat belakang ada kosong tak nak replace for my seat tapi semua dah full ,herm its okey lah . Mujur waktu balik tu dapat seat belakang dan sebelah tingkap hehe .

Okey bila dah sampai ke Penang ni mestilah cari nasi kandar  , memang sebelum tu dah cari kat google mana review paling banyak , dari airport tu terus ke sini , tapiii hermm rasa dia biasa saja dan tak ada rasa sangat dia punya rasa tu . Apa apa pun Alhamdulillah .


Sebelum check in tu sempat lah tengok wayang dulu , yelah check in pukul 3 now baru pukul 12 lebih . Bayangkan 1 hall tu fuad sorang sorang saja dah lah cinema baru beroperasi setelah sekian lama tak ke kau rasa macam ada penunggu baru kat dalam tu , naisb pilih movie The Guy kalau pilih hantu memang tak masuklah dalam tu .


Lepas habis tengok wayang makan lagi nasi kandar ni kat area komtar tengok review sikit je tapii rasa dia 5 kali lagi sedap dari yang first tu , memang cukupp rasa . Tak ingatlah restoran apa tapi dia area komtar tepi jalan restoran dia  .


Jam pun dah 2:40 so naik Grab terus ke hotel prestige , waktu nak check in tu staff cakap bilik dia orang tengah kemas kalau bagi twin room nak tak ? memang tak lah datang sorang for sure nak katil king , fuad cakap tak apa saya boleh tunggu , yang bagusnya dia bagi free 2 air , dapatlah lepak kat cafe dia , cantik and exclusive . After 20 minit macam tu bilik pun dah ready . Bila tengok dia punya design memang exclusive naa .



Room Tour











Ada sedikit jajan



Air dalam peti ais dah masuk sekali




Bilik air ada 2 , 1 tertutup untuk buang ayaq besar dan 1 lagi transparent kaca , bagus lah dia buat seperate nanti kang tak terkeluar pula bila ada orang sekali dalam tu hehe .




Kotak kotak ni ada dental kit , lotion , pencukur , complete semua





tu bukan muscle tapi lemak nasi kandar tadi hihi


Malam tu just order grab food je , memang nak spend dalam bilik , order sate dan chicken chp dapnyaaa  dengan pekena air coke 


Bestnya bilik ni smart tv so boleh lah buka youtube pasang lagu lagu cinta , nyenyak tidur


esok paginya lepas subuh terus bergegas ya ke tingkat atas , bukan apa takut ramai yang pula yang mandi , so pagi pagi ni mesti guest lain breakfast dulu . Ternyata memang tak ada orang pun , ini sesuatu yang bagus dah lah kita ni malu nak buka baju depan orang haha .


fuhh cantekk sungguh betul betul mengadap laut dengan matahari mula terbit ,niceeee u





maka bermulalah aksi mengepose sambil kiss by sun hehe


ohh indahnyaaa bila tak dak orang , ini kolam ana punya ya






bagi fuad hotel ni overall okey cuma harga tu kalau dapat kurangkan will be better sebab kalau nak compare harga dengan apa yang kita dapat macam tak berapa nak berbaloi , hotel ni kalau ikutkan per night max RM200 dengan apa yang diberi . Apa apa pun enjoyy .

Wednesday, January 6, 2021

Minum Di Heli Lounge Bar Sambil Menyaksikan Sunset

Assalamualikum Hi Guys ! Wah baca tajuk je dah mengerunkan , minum ? minum apakah ? . Okey ni nak cerita konon nak buat last video untuk 2020 kat tempat best , so cari punya cari terjumpa Heli Lounge Bar di tengah kota ibu Kuala Lumpur . Tengok gambar dan video orang yang pergi sini dia punya pemandangan sangat cantik ! Wah ini kalau buat video memang nice sangat , so confirm , kita locked tempat ni .

Untuk makluman korang Heli Lounge Bar terletak di bangunan KH yang terletak di Jalan Sultan Ismail dan kalau tak silap tingkat 15 , paling atas , tak apa nanti tanya guard situ  . Buka jam 5 petang sehingga 12 malam , kalau korang nak secure seat boleh call pihak Heli untuk booking , waktu fuad dan kawan sampai semua meja dah di reserved . Nasib datang pukul 6 petang orang pun tak ramai jadi kami duduk je .


Bayaran yang dikenakan RM50 seorang termasuk dengan secawan air . Korang boleh pilih air apa , nanti dia akan bagi list TAPI yang halal hanya 2-3 jenis sahaja . Bila masuk sini akan jumpa restoran dulu , dan air tersebut perlu di bawa naik ke atas dengan menaiki beberapa anak tangga .


haa inilah tangganya


waktu dah nampak langgit ni maka anda sudah hampir ke puncak kejayaan ! haha


so niceeee , memang dekat betul dengan bangunan sekeliling




kalau korang nak tau segelas air oren kordial untuk order yang baru harga sangat bangsawan , RM30 ! so tolong jimat , minum light light je sebagai pemanis bibir . Tidak dibernarkan sama sekali bawa air mineral . Fuad heran sebenarnya , kalau ikutkan senarai harga menu , makanan tak lah mahal sangat , kira standard lah , contoh pizza regular baru RM30 , tapi air pula yang macam firaun . So kalau datang sini sangat sesuai untuk chill lepak sambil borak minum air dan makan slice pizza , menikmati sunset dan city view , sangat tak sesuai untuk melantak . Lagipun fuad pun tak tau halal ke idok , alah yang penting pose gambar letak kat IG buat kenangan . Lagipun dah nama bar , usually orang nak minum wine je . Jadinya lepas sahaja aktiviti pose kita orang decide terus ke Kg Baru untuk pekena chicken chop hihi .


cheeerssss 


aktiviti paling wajib dan dinantikan , poseeee haha








UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE