Wednesday, January 15, 2020

Percutian Ke Lanzhou China January 2020

Assalamualaikum hi guys , selamat tahun baru 2020 , semoga tahun ini fuad doakan adik abang kakak pakcik makcik yang baca blog ni lebih cemerlang , gemilang dan terbilang dan juga diberi rezeki melimpah ruah , juga diberi kesihatan yang baik , ameen . Okey , tahun baru semangat baru azam baru dan pastinya destinasi baru . Pembukaan 2020 fuad ke negara China iaitu Lanzhou , herm mesti ada yang pernah dengar dan ada yang tak pernah dengar tapi fuad percaya majoriti tak tau apa itu Lanzhou dan dekat mana daerah ini, korang search kat google jumpa blog ni pun pasal Airasia buat promo kan kan hehe .


Airasia telah membuka laluan baru ke Lanzhou China pada tahun lepas 2019 penghujung April . Actually fuad pun tak tau mengenai destinasi ini until bulan 10 2019 bila buka google flight , kan kita boleh search tambang murah di China , keluar pula Lanzhou dengan tambang RM397 pergi balik , wow , okey tarik nafas dalam hati alah ini mesti musim panas , sekali letak date January 2020 harga still sama musim winter , alamak nak booking ke tak nak tak nak tak mula lah aku tak keharuan .


Okey kita buat keputusan tak booking sebab fuad sebenarnya ada destinasi lain yang lebih besar untuk my parents , so tunggu jelah cuti tu nanti . Hari makin hari my mind always keep thinking about Lanzhou Lanzhou Lanzhou , alamak tak boleh jadi ni , esok esok karang harga dah lain baik aku rembat , yes memang betul fuad check harini tambang RM1000 lebih  . Fuad ni pula jenis tak minat beli barang branded , tak minat gadjet hp , tak minat kereta mewah , tak minat rumah mewah , memang duit spend banyak ke arah percutian ,  i love my average life , do what you love and do what you happy . Vacation is my happiness . So buat keputusan terus book je , memandangkan tiket murah kita book tiga terus , fuad , ibu dan abang . Bila fikir balik kesian ibu dah 3 tahun tak pergi oversea , last bawa dia orang ke Seoul Jan 2017 . Waktu book ni langsung tak tanya abang , main book je haha , sebab dia kerja sendiri so tak perlu minta cuti , ibu pula memang all time free . Lepas je book screenshot bagi kat ibu dan abang , terkejut lah dia orang hihi .


Waktu ni hanya tinggal lagi 2 bulan saja untuk buat preparation . Waktu search kat google sangat sangat susah nak dapat info , so far fuad search tak ada lagi mana mana web di Malaysia yang cerita secara detail mengenai Lanzhou . Cuba buka instagram tourism Gansu (Gansu daerah bagi Lanzhou dan Lanzhou capital city of Gansu , dalam daerah Gansu ada banyak lagi bandar bandar lain ) . Fuad komen , dm , email tapi tak balas , walhal dia orang update almost everyday dalam english , tak tau lah kenapa . Even subway kat sana pun fuad tak tau operasi ke tidak , nak exit apa, tambang berapa , station apa , jadi dengan info yang fuad kutip sewatu dekat sana harap dapat membantu korang untuk merangka perjalanan apabila tiba disana nanti .


SEBELUM BERLEPAS

Passport  - Pastikan tarikh tamat tempoh masih berbaki 6 bulan ke atas .

Visa - Rakyat Malaysia yang berkunjung ke China perlu ada visa . Boleh buat sendiri atau guna agent , fuad adalah agensi yang berdaftar dengan China Visa Centre KL di bawah Embassy of China , dah buat lebih 3000 passport . Boleh klik disini



Duit - China menggunakan matawang Renminbi atau Yuan . So far dalam banyak banyak money changer di sekitar bandar KL , Antaraduit yang paling murah , malah bila nak jual balik  pun antara paling tinggi . Fuad tukar di jalan tun razak campus UNIRAZAK . 100 yuan bersamaan RM59 , Pastikan request duit kecil .




Pakaian - Memandang ini musim winter , bulan januari bulan paling sejuk , suhu boleh mencecah -11 . Pastikan bawa long john , jacket tebat , glove yang boleh didapati di Uniqlo dan seeloknya pakai kasut boot kulit atau pvc , ini mengelakkan angin masuk ke dalam dan juga bila jalan di salji kasut tak basah .

Travel Insurance -  Boleh ambil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kena RM80 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri , balik Malaysia baru boleh claim , tidak dengan Etiqa . Boleh buka web fuad disini .



Internet - Sedia kita maklum bahawa di China tak boleh buka google , facebook , youtube , whatsapp dan seangkatan dengannya , senang cerita hanya boleh buka web China saja . Mungkin ada yang ingat boringnya dia orang tak dapat buka , kita mesti ingat China mempunyai kuasa ekonomi yang besar , mereka ada media social sendiri seperti Weibo . Baidu dan lain lagi . Tapi jangan risau dan bersedih kita ada banyak cara untuk melayari facebook . Ada orang tanya okey tak beli sim card sana , kalau awak beli sim card China tak boleh buka fb semua pun tak ada point , so ikut cara ini .

1. VPN (Virtual Private Network) boleh download di apps , ada yang berbayar dan percuma .

2. Plan Data Antarabangsa Telco seperti Celcom sehari RM38 500mb , Maxis RM38 500mb , U Mobile RM36 unlimited , lain lain telco sila check sendiri di website . Sejujurnya fuad tak galakkan ambil yang ini sebab mahal .

3. Sim Card Joytel , RM75 unlimited data selama 5 hari , siap boleh buat personal hotspot lagi tu , sangat sangat berbaloi guys , gunalah sampai lebam ,  sepanjang fuad 5 hari kat sana guna ni saja , memang terbaik sangat , coverage pun meluas dan laju . Fuad gunakan hp kedua dan masukkan simcard . Harga mengikut hari RM75/5 hari , RM85/6 hari ,  RM95/7 hari , RM105/8 hari , RM115/9 hari dan RM120/10 hari . Boleh beli di KLOOK klik sini .



ADAPTER INTERNATIONAL TRAVEL  PENTING ! Fuad beli kat DIY je .



KRIM PELEMBAB KULIT DAN JUGA LIP BALM , dekat sini cuaca sejuk dan menyebabkan kulit kering dan merekah .

Download Google Translate Offline English - Chinese , kalau korang tak download sangat sangat sangat lah sukar , dekat sini sorang pun tak tau english , hanya ini saja dapat bergantung . Macam fuad ada ambil kelas mandarin setahun so kalau cakap basic tu boleh lah sikit sikit .


PENGANGKUTAN

Bas - Sejujurnya fuad tak ada idea dan info bas di Lanzhou tapi apa yang fuad nampak sistem di sini sangat baik . Kalau siapa yang pandai baca mandarin agak mudah .





Teksi - Teksi di Lanzhou sangat mudah didapati cuma yang masalahnya adalah komunikasi , pastikan sebelum tahan tu korang dah standby nama lokasi dalam bahasa cina , kalau search di google maps memang ada tulisan cina atau pun tunjuk gambar . Then cakap , `ni she tau ma ?` (awak tau tak ) , kalau dia angguk tu betul lah . Taxi disini menggunakan meter , kalau tak silap 3KM pertama 10 yuen dan berwarna biru putih .



DIDI - Kalau di Malaysia kita ada GRAB tapi di China ada DIDI , boleh downlod di apps . DIDI provide EXPRESS , TAXI & LUXE . Di bahagian setting ada wallet boleh pilih payment debit/credit card , wechat , alipay dan banyak lagi tapi masa fuad daftar guna debit card dia punya loading sampai 10 minit , tak sure lah kot debit card tak boleh ke atau card fuad yang problem , nanti cuba korang try , kalau ada yang berjaya silalah komen di bawah . Last last tak guna pun untuk Express Car , kalau book teksi boleh bayar cash , hanya Express saja tiada cash . Dari segi harga depend juga ada lokasi fuad check Express lagi murah dari teksi , ada lokasi teksi lagi mahal dari express . Kelebihan guna DIDI kita boleh pin satu tempat ke satu tempat so driver dah tau tak perlu nak tunjuk alamat bahasa cina .



LRT - Lanzhou metro baru sahaja mula beroperasi bulan jun 2019 , line terbahagi kepada 5 , so far hanya line 1 saja beroperasi , memang baru sangat . Line 2 hampir siap dan dijangka beroperasi pada tahun ini 2020 manakala line 3,4,5 akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2025 .

Line 1 terbahagi kepada 20 station menghubungkan Chenguanying – Donggang . Tambang serendah 2 yuen ke 7 yuen , sangat murah . Buat masa sekarang tiket boleh di beli menggunakan mesin , alah siapa yang duduk KL sama je sistem bayar kat mesin .






Train - Railway Lanzhou terbahagi kepada dua , Lanzhou Railway Station khusus untuk train intercity ada transit setiap station , terbahagi kepada Standing , Hard Seat , Hard Sleeper & Soft Sleeper dan Lanzhou East Station pula khusus untuk train berkelajuan tinggi lebih kurang macam KTM ETS , berhenti pun hanya beberapa station saja , terbahagi kepada standing , business class , 1st class dan 2nd class , lokasi kedua duanya adalah berbeza . Setiap kelas harga berbeza beza , yang paling laku keras pasting Standing , tapi kalau korang search kat google bagaimana keadaan rupa Standing , Hard Seat , Hard Sleeper mesti korang terkejut haha . Dia orang sanggup berdiri untuk dapat harga murah walaupun berjam jam diri .

Station ini menawarkan ke destinasi daerah lain di China , so nak pergi Beijing , Xian , Shanghai , atau mana saja daerah di cover boleh saja . Contoh dari Lanzhou nak pergi Beijing kalau ambil high speed train 2nd class RM412.39 selama 9 jam berbanding naik train biasa ambil Hard Seat RM111.65 murahkan tapi tapi perjalanan selama 18 jam 32 minit sanggup ke nak duduk kerusi keras macam tu , atau ambil je Hard Sleeper RM202.39 boleh tido . Sebab itu ramai book destinasi termurah di China then dari situ dia orang ambil train ke destinasi lain , kiranya korang boleh buat China tour thru train saja .

Kebanyakkanya orang akan beli tiket online di Ctrip , Travelguidechina dan beberapa lagi website yang menawarkan tapi mereka mengenakan servis caj tambahan . Fuad tunjuk korang 1 tempat baik punya zero service charge ! Bayangkan fuad check web lain , total kena bayar RM300 , tapi di web ni hanya RM200 saja . Boleh beli di KLOOK klik sini

Lanzhou West Railway Station





PENGINAPAN

Lokasi paling baik pastinya di tengah bandar , fuad menginap di sekitar Zhangye Road , sangat dekat dengan semua tempat , hanya jalan kaki saja . Dan kawasan sini tempat tumpuan shopping macam Bukit Bintang . Salah satu hotel iaitu IBIS HOTEL . Boleh booking di AGODA klik sini .



MAKANAN

Majoriti penduduk di Lanzhou terdiri daripada 80% beragama islam , memang tak susah pun nak cari makanan halal , pergi mana mana bersepah , sangat mudah . Tapi kalau nak berjimat sangat bawa je makanan dalam tin .




TEMPAT MENARIK LAIN 

1. Shapotou Scenic Area , terletak di daerah Zhongwei , boleh naik train dari Lanzhou ke sini dengan tambang Hard Seat RM27.50 , perjalanan mengambil masa 5 jam 32 minit . Boleh booking train disini . Mengetahui lebih lanjut tempat ni boleh buka website . Sesuai datang musim selain winter .






2. Rainbow Mountain di daerah Zhangye . Boleh naik train dari Lanzhou dengan tambang RM88.45 , perjalanan mengambil masa 4 jam lebih . Sesuai datang musim selain winter . Booking train disini

 credit thesanetravel.com

credit thesanetravel.com




HARI PERTAMA 
3 JANUARY 2020

Flight harini jam 5:25 petang , so tengah hari dah gerak ke ERL Salak Tinggi untuk parking kereta , parking sini lebih murah hanya RM8/day berbanding parking di KLIA 2 RM46/day . Dari ERL Salak Tinggi turun KLIA 2 tambang RM4.90 seorang , kekerapan setiap 30 minit .




Sampai je di airport pastinya melihat di skrin untuk melihat kaunter check in bagi boarding pass . Kalau naik Airasia hanya dibenarkan 7kg saja untuk bawa naik ke cabin , jangan tak tau pintu pelepasan tu dia orang dah letak penimbang , siapa berat 7kg kenalah buang apa yang patut . Suka diingatkan kalau tak ambil bagasi hanya boleh masuk cecair kurang 100ml saja , boleh pack dalam plastik transparent atau botol kecil . Jika tidak nanti kena rampas sewaktu pemeriksaan kastam .




Gate kami kalau tak silap no 9 , sewaktu sampai saja orang dah ramai , boleh katakan hanya 1% saja warga Malaysia , yang lain warga China .


Our plane , perjalanan mengambil masa 4 jam 50 minit.






Waktu di dalam plane steward mengedarkan departure card untuk diisi


Fuad dah book awal awal roaster chicken bbq sos dan vietnam coffee , love it


Burnt Cheese Cake Airasia ni sedap giler bak hang , 5 bintang , kalau pre book RM8 , beli kat atas RM9 , serious tak taulah nak cakap , siapalah yang buat kek ni , memang buat dari jiwa , kudos chef !



Alhamdulillah selamat mendarat di Lanzhou Zhongchuan Airport . Kalau nak tau gate airport dia ni memang kecil . Penumpang di sebelah kiri sedang menunggu untuk berlepas ke Malaysia . Lupa nak cerita dari mula berlepas sampai lah sini plane tak habis habis bergoyang sebab turbulence .


Seketika menuju ke imigresen , semua pelancong yang mana buka warga China harus scan cap jari di dua mesin yang disediakan , bayangkan dia letak dua mesin je , ini pun rakyat Malaysia tak sampai  20 orang , kalau satu pesawat semua Malaysian tak ke beratur macam jualan murah akhir tahun .


First kena scan jari belah kiri , then kanan then kedua ibu jari .Fuad agak terkejut bila dengar `Sila letak ibu jari anda ` aik mesin ni ada bahasa Malaysia lah , bagus gov China .


Bila tumbprint kita okey akan keluar slip OK , then baru korang boleh beratur di imigresen .


Seketika di imigresen hanya ada 4 pegawai saja yang jaga , bila kita tengok sorang sorang kena soal aish ni yang berdebar ni , okey relax cool , nothing happen , bila sampai je turn fuad macam macam dia tanya . Ini perbualannya

Pegawai : You can speak english or mandarin ?
Fuad : English
Pegawai : Come here what purpose  ?
Fuad : Vacation
Pegawai : where are you staying ?
Fuad : Lanzhou city
Pegawai : herm (dengan nada tegas) , you have a friend waiting outside or tour guide ?
Fuad : Mei you ( tak ada)
Since dia dengar fuad cakap mandarin sikit , suddenly ada pegawai wanita pula datang kat situ , so fuad di soal oleh dua pegawai
Pegawai P : you don`t have a friend , guide  , do not know mandarin , so how ?
Fuad : Wo keyi ming bai yidian ( saya boleh faham bahasa mandarin sikit )
Pegawai L : owh okey , what your accommodation ?
Fuad : I book on Airbnd
Pegawai L & P : We do not know  Airbnd
Fuad : i show you ( tunjuk alamat yang host bagi di apps )
Pegawai P : ( dia tak puas hati ) you see this address in mandarin , how you can read ?
Fuad : u tak nampak ke kat bawah tu ada translate this conversation to English
Pegawai P : senyum senyum (  kita bila dia orang tanya kena counter balik , saja nak uji lahtu)
Pegawai L : okey this is your passport
Fuad : Thank you


huh lega fuad , abang dan mak dia orang dah lama lepas , menunggu fuad kat situ , kalau lah dia orang banyak sangat songgeh kita tunjuk je kad ID agency ,` excuse me sir  I`m a agency authorized with China Embassy KL , you can contact them and check , all my detail they ` hihi . Masa kat Beijing ngan Guangzhou dulu tak adalah pula banyak tanya macam ni , rasanya memang tak ada soal langsung .


Keluar je tengok airport macam dah tutup , kaunter information pun tiada orang . Tak tau nak tanya siapa , mujur nampak ada sorang security , kita tanya lah nak naik bas kat mana , dia suruh turun bawah , rupanya lepas keluar imigresen memang tempoh situ , ingat kat atas . So guys bila keluar imigresen tak perlu naik atas .


okey dari airport nak ke bandar mengambil masa satu jam , lebih kurang KLIA ke KL . Ada tiga cara , pertama naik bas tambang sorang dalam 30 yuen , apa yang fuad tau last bas mengikut last flight ketika malam itu , tapi waktu ni memang dah tutup , orang jaga kaunter pun tak ada . Rasanya last bas dah gerak  tadi , mungkin kami lewat sedikit .


Di tembok dinding ada diletakkan setiap route .



Kedua , naik teksi dengar tambang flat rate 200 yuen . Fuad pilih cara ini .




Ketiga , naik train dari airport ke bandar , kadar tambang serendah RM10.05 , train akan stop di station railway Lanzhou West dan Lanzhou Railway saja . Kalau nak guna LRT sewaktu di bandar nanti turun di Lanzhou West .  Train pertama beroperasi jam 5:53 pagi dan train akhir 11:59 malam . Tiket hanya boleh dibeli 4 hari awal sahaja . Boleh booking di KLOOK klik sini . Pilih Zhongchuan Airport - Lanzhou .


Kami sampai di apartment yang fuad booking jam 1:30 pagi juga , syukur untuk harini semuanya dipermudahkan .


Our apartment room .


HARI KEDUA
4 JANUARY 2020

Okey hari kedua maka bermulalah aktiviti kami , semalam dah cakap dengan dia orang pagi ni kena gerak pukul 10 sebab nak pergi tempat ski agak jauh dua jam dari bandar . Tapi sebelum tu kena lah makan dulu . Pemandangan dari ruang balcony .




Sebelum keluar wajib pose


Pedestrian Street ni seperti Bukit Bintang , bawah apartment penuh kedai kedai untuk shopping baju . Mcd , KFC & Pizza Hut pun ada . I love this place .




Dekat depan apartment ni ada satu kedai famous mee tarik yang di suggestkan oleh tuan rumah , Mazilu Beef Noodles . Deretan ni juga ada dalam empat lima lagi kedai makanan halal .



Sistem kat sini bayar dulu then ambil resit tunjuk orang kat bawah ni . Waktu masuk tu bila cakap `halal ?` dia tak faham sekali tunjuk dalam bahasa cina baru faham , then baru lah aunty tu cakap Assalamualaikum , so next time tak yah tanya halal ke tak , bagi je salam .


Lepas dah ambil mee , kita pergi ke bahagian pengambilan daging .


Ya Allah , sedapnya , syukur nikmat rezeki yang  diberikan . Daging dia nampk dry & keras kan ? actually tak , lembut je , bila di rendam sekali dengan sup mee yang tengah panas , fuhh memang heaven . Harga semua sekali termasuk air botol 64 yuen , bagi fuad harga herm agak mahal sedikit , 1 mangkuk dalam RM9.60 , kalau RM7 mungkin okey lagi kot , tapi takpelah mahal pun berbaloi berbaloi dengan rasanya .



Yeahh we are the only Malaysian , semua duk pandang pandang hehe



Lepas je makan fuad terus book guna DIDI ke tempat ski . Tak taulah kenapa search di google tak keluar , tapi dekat sini ada pula , rasanya China punya map je ada . Nama tempat Songmingyan International Ski . Terletak di daerah Hezheng , nak pergi sini memang naik teksi sahaja . Tambang pergi balik termasuk tol 500 yuen . Perjalanan dua jam .




Dekat sini bila isi gas ( i think) semua kena keluar , tunggu di tepi jalan .



Toll Gansu Expressway



Sepanjang perjalanan tu berderet masjid , besar besar cantik pula tu , kalau fuad pandu sendiri memang kita berhenti setiap masjid , saja nak tengok orang muslim kat sini .




Yeah dah masuk bandar Hezheng .




snow snow snow , since fuad dah dapat snow waktu kat Seoul Korea dah tak heran dah haha .



Selamat datang ke Songminyan Internation Ski . Tau tak waktu fuad buat research pasal ski di Lanzhou , hanya dapat dua tempat saja , dan yang okey ski ni , bila buka website dia nampak menarik dengan tarikan yang ditawarkan , tapi masalahnya sekarang ski ni wujud lagi ke ? dah lah kat website tak ada alamat lengkap , search kat google map pun tak keluar , nak pergi sini pun tak ada orang cerita , gambar pun jumpa kat web China tu pun gambar 3 tahun lepas . Macam mana kalau pergi sini tup tup dah tak ada , memang risiko . Email tak balas , memang susah sangat nak dapat info . Nyaris nyaris tak pergi sini tapi kena yakin . Suddenly jumpa hamba Allah ni dia menetap di Lanzhou , his name Mr Azizbek , jumpa dia kat ig Gansu Tourism . He so kind and helping me and answer all my question . Thanks So Much Brother ! May Allah blessing you . Dia bagitau kawan dia pernah pergi sini dan tempat ni best , barulah fuad rasa lega sikit bertambah lah keyakinan .




Waktu sampai disini agak teruja nampak orang main ski tapi persoalannya fuad datang sini bukan nak main ski , fuad dah set nak main snow mobile , ice bumper car , snowball , kereta kuda , anjing salji , tau tak anjing salji , selalu tengok dalam filem je kan anjing sajli bawa tuan dia , cuba search sled dog kat google , dah bayangkan nak ambil gambar with all my dog haha , boleh katakan semua fuad nak main kat sini , memang dah kira bajet dan peruntukan .



Sebelum nak masuk kena bayar dulu di kaunter tiket , cabaran dekat sini seorang pun tak tau english , nama je international ski . Tak sia sia fuad ambil kelas mandarin walaupun tau 10% boleh lah nak hidup tau cakap nombor dalam cina , i want this , how much , boleh , tak boleh , benda benda basic je , bukan tak boleh guna google translate sampai tahap you rasa letih & leceh all the time bergantung google , nak cakap nombor pun kena guna google , at least kalau nombor pun kita dapat cakap cina memang memudahkan . Kalau korang nak beli nanti , buka web dia (klik sini) . Scroll bawah sikit akan jumpa Ski Information , haa tunjuk je gambar tu sambil cakap ` wo yau chige ` (i want this)  , lepas tu cakap `keyi (can) ? ) , kalau dia angguk , cakap ` wo yau san geq ` ( i want three ) , san tu tiga , atau susah sangat nak cakap terbelit belit , bahasa cina ni dah lah salah tone salah meaning , walaupun ejaan sama . Guna je google translate kan ada conversation .





happy bila dia cakap snow mobile ada wuhuuu .


Nak masuk sahaja 30 yuen seorang , fuad terkejut beruk bila dia cakap nak main snow mobile 50 yuen seorang , what ? tengok di web 125 yuen , rupanya ada discount , kalau nak tau senarai harga klik sini .



See banyak kan tarikan disini , bukan musim winter pun di buka .


Locker turut disediakan .



haa jangan risau kalau duit tak cukup , mesin atm pun ada . Bagus betul kat sini fasiliti tip top .


Dekat sini ada dua bahagian , actually banyak bahagian sebenarnya , kalau nak main snow mobile semua tu kena belok kiri , tak apa nanti orang kat situ akan guide . Ini fuad nak share berkaitan salji , ada dua jenis , asli dan tiruan , usually di ski guna salji tiruan , boleh tengok kat youtube bagaimana dia orang hasilkan , ini kerana walaupun musim winter bukan hari hari salji turun , jadi untuk memampankan dan membuatkan salji sentiasa banyak mereka terpaksa guna salji tiruan . Sebab itu akan nampak part ski je je banyak salji , area lain tak ada . Macam fuad dah rasa keduanya , boleh katakan tekstur hampir sama cuma yang asli lagi halus dan ringan .



Kenapa fuad tak main ski ? cukup lah sekali main di Beijing dulu , rasa sekali sudah . Itu first & last hehe , bukan tak best tapi entah lah tambahan ibu pernah patah tulang pergelangan tangan kanan sewaktu main ski sebab jatuh , so i don`t want take any risk .




Jalan kat salji hati hati , sangat lah licin , kita tau korang excited tapi safety first okey .


model pencen



yahuuu , finally , seumur hidup inilah kali pertama main benda alah ni , 50 yuen untuk 3 kali pusingan , disebabkan mak fuad tak berani nak bawa sorang so dia bagi 6 kali pusingan . So fun guys!


Permainan seterusnya spin pelampung , seorang 10 yuen , duduk kat situ nanti dia akan pusing pusing . Nnti tengok kat video fuad ada attach .




so exciting , pegang kuat kuat , kalau tak tercampak korang kat situ


Ini pula snow tank , 50 yuen , fuad tak naik sebab macam tak trill .



haa yang ni fuad suka bumper ice car , seorang 30 yuen selama 15 minit .


kawasan sini boleh main ice bike , ice cart , dan yang putih tu tak sure lah apa .




best tapi masalahnya fuad tak ada sesiapa nak langgar haha , jadinya kita bertawaf keliling ice . Owh ya ini air yang dah beku tau bukan peluncur air macam ice skating kat sunway pyramid tu , kalau runtuh ice ni berenang lah kau .


kawasan ni permainan snow ball tak pasti sama ada buka tau tidak , tengok orang tak main .


lepas puas main kat sini , ternampak macam ada satu gelongsor air dari atas puncak , wah best ni , amoi tu cakap awak kena naik cable chair untuk menuju ke atas . Dekat atas pun ada lagi tarikan .




sini ada satu kedai makanan halal .


Cable chair return sorang 50 yuen . Disebabkan fuad nak main luncur air , total sorang 98 yuen mean 50 cable + luncur air 48 yuen .




so lovelyyy , ini pun first time naik , masa kat Seoul naik gondola cable car .





kalau nak main luncur pelampung dekat bahagian sini , sangat best , tunjuk je gambar ni kat kaunter .








okey dah sampai ke puncak .






pergh panjang juga jambatan ni , 5D Bridge , kalau nak jalan situ sorang 58 yuen , fuad tak pergi sebab masing masing penat nak berjalan . The view so nice , kalau salji banyak lagi cantik .


 

 




 

haa ini lah dia pelampung luncur air , 1 pelampung boleh naik dua orang , cam biasa lah fuad naik sorang hehe



setiap seorang diberi baju hujan , kalau tak pakai memang korang akan basah .


here we gooo




ya ampunn bestnyaa benda ni , rugi lah sangat kalau korang tak cuba , sesuatu pengalaman yang menarik . Nanti tengok video .





Fuad pernah pergi ski di Beijing , ski di Seoul , apa yang boleh di cakapkan  Songmingyan Internatioanl Ski is the best ever ski yang fuad pernah pergi , memang terbaik ! Layanan dia orang juga pun tip top , boleh bagi 5 bintang walauapun tak tau english . Kalau bawa keluarga , anak anak sure suka .


okeylah hari pun dah lewat petang , cuaca pun dah nak gelap , moh lah kita balik ke Lanzhou . Dari sini ada banyak teksi tapi dia orang tak direct pergi ke Lanzhou , hanya hantar ke bandar Henzeng saja , dengan kadar 50 yuen .



Dari bandar tukar teksi ke Lanzhou , yang ni van 12 seater hanya kami bertiga saja hehe , bagusnya dia caj 400 yuen  , duit toll dia tak minta . So total kos pergi balik sini 950 yuen .


Fuad suruh dia stop kat Lazhou West Railway sebab nak ambil tiket train untuk esok , baik ambil awal awal , esok pagi tak adalah rushing sangat .


Sebelum datang ke China fuad dah print siap siap semua booking , jadi tinggal bagi saja . Waktu ni kaunter tiket kat atas dah tutup , hanya kaunter tiket 1 saja dibuka , kena turun bawah ada escalator .


Sampai je kaunter fuad serahkan dia kertas booking dan passport , pastikan waktu korang booking nama sebiji dalam passport termasuk bin/binti kalau tidak tiket reject kena beli yang baru . Mula pegawai lelaki ni tanya dalam bahasa mandarin serious tak faham , fuad cakap english only , you can speak english ? ( malas nak guna google translate tengah2 ramai beratur , pandai2 dialah , apa yang susah sangat dah terang terang kat situ ada nombor booking , key in jerlah) lepas tu dia panggil pegawai lain , wanita , dia datang je terus key in booking dan print tiket haaa kan senang , ini mesti baru masuk kerja nii .


tadaa , hihi , sebenarnya ini kali pertama pengalaman fuad booking tiket train China . Kita ambil 2nd class ke Xining , kalau drive 3 jam lebih , naik train 2 jam , tambang sorang dalam RM36 . Pergi Xining untuk apa  ? Teruskan membaca ...


Di luar Railway Station ada laluan pintu masuk ke Lanzhou LRT . Memandangkan apartment fuad memang dekat dengan station LRT so naik ni jerlah lagi senang , tambahan tambang pun murah .



Di China setiap station LRT/metro akan ada security dan mesin pengimbas beg seperti di airport tu untuk pastikan tiada siapa yang bawa barangan terlarang seperti senjata . Tiket boleh beli di mesin , ada bahasa english . siapa yang duduk KL dan menggunakan LRT memang tak susah pun semua sama saja sistemnya .



pastikan tau station apa yang korang nak turun .





Jangan risau dalam ni ada dwi bahasa , mandarin dan english .


Di setiap pintu masuk station dinyatakan waktu train pertama , terakhir dan waktu station tutup .




Malam ni kita cuba restoran halal lain pula , sama tempat dengan mee tarik cuma hujung sikit . Order nasi goreng 10 yuen per mangkuk , sayur goreng telur 20 yuen , sup $$ dan daging 36 yuen . Masakan cina tak pernah menghampakan , semua sedap sedap walaupun kalau tengok nasi goreng dia macam blank je kan tapi rasa dia memang enak sekali buk .


Sebelum balik apartment kita singgah mart , depan kedai makan je , nak beli susu for moring breakfast .




Malam ni kena tidur awal sebab esok pagi pagi lagi kena gerak , train pukul 6:40 pagi . Ibu fuad cakap apahal kena bangun pagi pagi ni haha .



HARI KETIGA
5 JANUARY 2020

Pagi ni bangun pukul 4 pagi , fuad kejut ibu abang , mandi siap , solat subuh then gerak ambil taxi ke Lanzhou West Station , kena ada di station paling bagus 90 minit awal bergantung kepada kesesakan , kalau pagi tak ramai orang , kalau station lain seperti di Beijing mungkin sesak dengan penumpang . Tambang teksi 17 yuen 16 minit je . Usually bila fuad tahan taxi kita akan tunjuk nama dalam tulisan cina lepas tu cakap ` ni she tau ma ? ` kalau dia angguk tu mean dia tau atau dia akan ckp ` wo she tau `.  Kali ni naik teksi ikut meter , suka fuad ingatkan bukan semua pemandu ada duit baki kalau yang ada tu nasib baik , so harap sangat dapat bagi jumlah yang tepat , sebab orang China bayar guna wechat atau alipay , fuad cakap ` wo mei you wechat` .

Kenapa gerak pagi ? harini kita akan pergi ke luar bandar Lanzhou iaitu Xining (sebutan dia sining) . Tujuan ke sini nak pergi dua tempat iaitu Qinghai Lake , tasik terbesar di China dan Chaka Salt Lake , kenapa nak pergi sini ? cuba search di google the view so amazing tambahan nak letak dalam my history of travel i have been in the largest lake in China .




Besar sungguh station railway , sebelum nak masuk ke dalam ni perlu tunjuk tiket dan seperti biasa beg harus di scan dan badan juga dia orang check . Kalau tengok kat bawah nampak memanjang kan , actually setiap row tiang ada Gate masing masing .


Meh fuad ajar cara dan prosedur menggunakan railway China .
1) Setiap station akan ada skrin besar , macam skrin besar di balai pelepasan KLIA2 tu , kan dia ada tunjuk no flight , destinasi , gate semua tu . So sama je kat sini , first tengok tiket ada nombor train , macam kat bawah ni no train D2743 , depart pukul 6:40 pagi , so dah tau no train tengok kat skrin then tengok pula bahagian Check gate no berapa , macam tiket kat bawah ni dia dah letak Gate A1 (belah kanan atas sekali) so memang dah tau .



skrin

2) Cari signboard Gate


3) Lepas dah jumpa gate , tengok di skrin betul tak no train kita D2743 pukul 6:40 pagi , kalau ada mean betul lah tu , boleh duduk dulu sementara ada pengumuman Open Gate , nanti akan ada pegawai yang datang buka pintu . In kes no train kita tak ada kat sini mean belum tiba waktunya , contoh sampai pukul 5 pagi , train puku 6:40 , skrin akan tunjuk train terawal dulu .



4) Bila dah ada pengumuman dan pegawai mula buka pintu , its time to depart . Bila turun je ada skrin lagi menunjukkan train D2273 di platform no 1.





5) Misi kita adalah mencari coach atau gerabak . Cuba tengok balik tiket tadi ,  belah kanan ada tulis 02 04 , 02 adalah coach 04 nombor seat .


6) Bila dah jumpa coach , kita cari pula seat nombor 4 . Senang bukan ? Insyaallah you can do it , yang penting relax .


tepi seat ada no kat atas

Bila dah duduk , tiket jangan simpan , nanti akan ada lady yang datang check satu persatu , then akan ada pula lady bawa tray untuk pembelian makanan minuman , kalau nak beli kopi cakap ` hi ,ni yo kafe ? sebutan bukan kefe , tapi kafe . Lepas tu cakap ` duashao qian ? (how much) , tak pun ambil hp buka kalkulator biar dia tekan .

Perjalanan mengambil masa dua jam saja , kita orang macam eh betul ke train ni laju , sebab tak rasa laju , gegaran pun kurang .


After two hour sampai di Xining Railway Station , Xining adalah daerah Gansu . Penduduk sini pun majoriti beragama islam .


Lepas je keluar cari signboard Taxi , base on my research ada bas ke Qinghai Lake dan Chaka Salt Lake tapi tak jumpa info . Cara paling mudah naik je taxi . Nanti akan jumpa banyak kereta taxi yang sedang menunggu , buka google map zoomkan ke arah Qinghai Lake , cakap ` wo yau chiq chiqe ` ( i want go here) .


Perjalanan mengambil masa dua jam lebih rasanya , yes guna meter .



Sepanjang perjalanan akan jumpa gunung ganang , kalau salji tebal lagi cantik .






Selepas melalui satu pekan kecil , ingat dah sampai tau rupanya jauh lagi , memang betul betul rasa jauh sangat dipinggiran bandar ,




Ini yak rasanya


So cute biri biri .


Finally sampai juga di one of the Scenic Spot `Erlang Sword Scenic Area` , tasik ni besar jadi banyak scenic spot , yang paling dekat disini . Waktu paling terbaik datang ke sini bulan april sehingga oktober , ketika ini ramai pelancong yang berkunjung dan cuaca pun baik.

Ingatkan lepas dah merayap sini nak ambil teksi lain ke Chakayan Lake , tapi memandangkan memang tak ada teksi kat sini, fuad cakap ` ni keyi dang wo ?` Awak boleh tunggu saya ? dia cakap boleh tapi bayar dulu haha sure .





Harga tiket seorang 50 yuen jika datang bulan november sehingga mac (off peak) . Bulan lain 90 yuen .




Kawasan ni sangat luas , boleh rujuk pada peta .



Door gate .



Sini juga disediakan sightseeing bus 20 yuen dan kereta kuda 40 yuen tapi disebabkan musim off peak orang pun tak ramai , bukan tak ramai hanya kita orang dan few student je yang ada kat sini haha . So bas tidak beroperasi , kena menapak . Takpelah buang kalori .




yeah finally we arrive tasik terbesar di China , Qinghai Lake dengan keluasan 4282km , bayangkan besar dia lebih kurang 6 kali ganda keluasan negara Singapore .


Bila datang musim winter lagi lagi bulan januari tasik dah beku , semua operasi banyak yang tutup , boat sightseeing juga hanya terdampar kat situ , kalau tidak kita boleh naik ke seberang sana . Malah tandas pun hanya buka satu sebab dia orang nak mengelakkan paip pecah bila freeze .



nampak tak boat or kapal ?


Gambar jangan lupa , video juga fuad ada buat , nanti tengok ya .



Kami menghabiskan masa lebih kurang satu jam disini .




amboi mommy hihi



inilah rupa gambar bila datang musim bunga , luruh .



Seperti yang fuad bagitau pada awal tadi , lepas saja ke Qinghai Lake kita akan ke Chaka Salt Lake , dari sini ke sana dalam 84km tapi driver teksi berhubung dengan orang disana yang boleh tutur dalam bahasa english , dalam mesej tersebut (dia tunjuk wechat) dia bagitau  ` Hi sir , sekarang snow tengah lebat , cuaca tak bagus dan boleh menyebabkan kemalangan , saya sarankan awak balik ke bandar Xining ` , so fuad bersetuju dan decide untuk kembali ke bandar , sebab base on my pengalaman waktu kat Korea kita orang nak naik gunung sebab time tu snow lebat baru je turun and that time polis semua dah jaga kat bawah , hanya mereka yang ada snow chain atau snow tyre saja dibenarkan naik , keadaan jalan sangat licin dan sangat berisiko . Demi keselamatan takpelah tak ada rezeki , kita harus akur , janji dah sampai kat sini pun Alhamdulillah sangat .


Sampai je bandar , fuad minta turunkan kat masjid bandar , suka uncle teksi , bayangkan lah baru setengah hari dah dapat 970 yuen bersamaan RM572 , boleh balik rumah terus lah uncle hehe . Sini ada makanan halal .


Setiap kali masuk kedai makan mesti tanya `Ni yo chau fan ? ` (awak ada nasi goreng ) , tapi kat sini dia cakap tak ada , fuad cakap `ni yo ming ? ` (awak ada mee ?) yes , okey lah order mee je , sedap kau , semua makan tak berbunyi haha kelaparan . 1 pinggan ni tak silap 9 yuen kot . Air teh cina no sugar . Waktu nak bayar tu dia tunjuk qr code wechat , i said ` wo mey you we chat , wo yo chige (sambil tunjuk duit ) keyi ? ` okey keyi (can) . hihi , actually kat sini boleh je bayar cash tak ada masalah pun , some people on google kalau datang China kalau tak ada wechat dan alipay susah sebab semua guna pembayaran ini je huhu tak adalah , okey je bayar guna cash , cuma part teksi je yang susah sikit pasal depa tak ada duit pecah .



Sebenarnya fuad nak buat city tour , sebab awal balik , train pula fuad booking pukul 9 malam , sekarang pukul 4 haha . Tapi entah kenapa internet tak boleh guna , tak dapat nak search , berkali kali fuad check , off hp semua still tak ada . Then fuad bagitau nak beli tiket train baru , kira untuk malam tu burn , so tak adalah tunggu lama , tapi dah internet tak boleh buka macam mana nak beli tiket online .



Haa apa kata kita naik bas jelah , sebelah railway station ada terminal bas.


Bila sampai kaunter fuad bagi tulisan cina ` bus to lanzhou` copy dari google translate tunjuk kat dia , sekali dia balas cina fuad dapat tangkap few word je yang paling jelass ayat mingtian (esok)  , mean bas untuk harini dah habis hanya tiket untuk esok saja . Herm tak apalah terima kasih haha .


Jam pun dah pukul 5 jadi kita decide tunggu saja train pukul 9 , sambil tu merayap dekat sini .


atas ni ada banyak kedai makan , mostly halal . Macam macam ada .


lagi satu jam nak depart kita makan dulu , nanti sampai Lazhou dah pukul 11 lebih , kedai sure dah tutup . Kita makan fast food je Insyallah halal (base on my searching on google) , ibu nak makan burger .


Masa untuk kembali ke Lanzhou.



Waktu ni kita terpisah , sorang depan , sorang tengah , sorang belakang , nasib beza satu seat saja , sebab waktu fuad booking tiket online tu sistem train China dah offline , waktu pukul lima pagi baru sistem online , mana booking yang dah buat bayaran tu akan bertimpa timpa masuk dan menyebabkan seat tak sama .



Ruangan dia luas .


Tau tak waktu dalam ni baru dapat internet rupanya mobile roaming is off , seriously ? fuad dah check berkali kali memang mustahil , itulah orang kata bila Allah tak izinkan , mata pun boleh jadi buta , mungkin ada hikmah disebalik yang kita tak tau . Hermmm bila ada je internet terus masing masing hp berbunyi masuk notification hadoii .


Waktu sampai di Lanzhou West Station , LRT dah tutup , orang ramai berlari lari beratur ke terminal teksi . Untuk esok hanya ada city tour saja , fuad cakap kat ibu abang nak bangun lewat pukul 12 pun tak apa , atau kalau tak nak pergi pun tak apa , fuad okey je pergi seorang kesian dia orang penat . Dia orang pula kesian kat kita , so ibu cakap boleh tak esok kita gerak lepas zohor sebab dekat sini je kan. Okey je .




HARI KEEMPAT
6 JANUARY 2020


 Alhamdulillah pagi ni snow turun , tak lebat sangat .





Memandangkan last day kita habis kan maggi goreng untuk sarapan , owh ya actually ini kali pertama percutian fuad tak bawa satu makanan pun dari Malaysia , kalau tak tu berangkut tin tin sardin . Ini pun abang yang bawa maggi .



Lepas zohor kita keluar buat city tour , antara tempat yang nak pergi Masjid Lanzhou , Yellow River Mother Sculpture , Waterwheel Garden , Zhongshan Bridge , White Pagoda Park dan Gansu Museum , tapi Gansu Museum ditutup pula pada hari isnin . Tempat tempat yang fuad listkan ni area area sini saja .









Ibu bila nampak je ubi keledek, suka . bila tengah ubi tengah panas makan waktu sejuk sejuk macam ni memang sedap , dah lah manis .










Dekat sini kita boleh naik cable car ke puncak White Pagoda Park tapi tak beroperasi pula , bukan kata cable car , boat pun sama , kalau baca kat bawah sini Ropeway 30 yuen seorang , pergi balik 50 yuen , mungkin ditutup waktu winter je kot .




Nampak tak warna putih tu ? tu Lanzhou Water Mosque .



nampak tak cable car warna biru dan merah . Kalau dapat naik mesti lagi best .








Zhongshan Bridge .


Waktu paling terbaik ambil gambar kat sini waktu petang petang macam ni , so nice .


Nampak tak kat atas tu , White Pagoda Park . Macam fuad cakap tadi kita boleh naik cable car atau hiking ke atas , disebabkan semua macam tak larat so tak adalah naik , jangan cari pasal dah lah ibu ada asthma .


sorry guys fuad tak dapat cover kat atas ni . Kalau datang sini jangan lupa naik okey . Hanya Yellow River Mother Sculpture , Waterwheel Garden kita tak pergi , nak pergi situ kena naik teksi disebabkan masa tak sempat so kita skip , tempat ni lebih kepada sejarah dan untuk bergambar .


Menurut tuan rumah ada satu jalan ni menjual cenderamat tapi dah puas pusing pusing tak jumpa apa . First time kali ni pergi cuti tak beli souvenir .


Sekarang dah pukul 5:30 kita makan dulu , pukul 7:30 dah nak gerak ke airport . Makan tempat sama haritu , ni abang belanja .



Balik je kemas kemas beg , baring sekejap , solat maghrib , dari kata 7:30 nak keluar last pukul 8 baru kelur hihi .



Bye bye Lanzhou , we miss you , mungkin takkan lagi pergi ke sini , sebab fuad kalau dah sampai tak pergi lagi dah , banyak tempat nak cover kat dunia ni . Sepanjang kat sini orang dia semua baik baik dan tak sombong .


Naik teksi ke airport bagitau dia T1 is Terminal 1 bukan Terminal 2 . Yang kita orang pula lupa terminal apa walhal dah ambil gambar waktu sampai haritu , so iyerkan jelah bila dia cakap terminal 2 . Pemandu teksi ni sangat baik dan peramah , walaupun dia tak tau english tapi dia sedaya upaya buat isyarat tangan , comel je .




Mujur Terminal 1 dan Terminal 2 bersebelahan , memang connecting . So jalan kaki saja . Terminal 2 ni baru je buka lima tahun lepas untuk menampung kapasiti , malah terminal 3 pun akan beroperasi pada tahun 2020 .



Huh waktu nak ambil boarding pass ni punyalah ramai , ini semua rombongan dari travel agensi , yang geramnya dah tau ramai , kenapa sekarang baru nak check in , datang lah awal. Ni yang nak hempas kali kedua haha .


Pintu pelepasnya pun macam pintu doraemon , kecil je .


Kalau korang hilang Departure Card boleh isi kat sini .


Full house , satu seat kosong pun tak ada , and kami bertiga saja warga Malaysia . Orang China memang suka datang ke Malaysia dan fuad percaya Airasia buka laluan ke sini pun sebab demand orang sini .



our plane just arrived .


ibu tak sabar nak balik wuhuu .



HARI KELIMA
7 JANUARY 2020

Alhamdulillah selamat mendarat pukul lima pagi di KLIA 2 . Back to normal rutin , harini dah ada few client nak jumpa haha , memang tak reti penat , no business no money ma .




VIDEO CLIP 1 MINUTE



VIDEO SEPANJANG DISANA



okeylah guys itu saja posting fuad untuk kali ini , kalau ada sebarang pertanyaan tanya saja , boleh komen di bawah , fuad hari hari buka baca dan balas . Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu dan permudahkan urusan korang . Bye bye ...


UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE