Tuesday, September 21, 2010

aNGKuH..




Terkadang2 manusia angkuh dengan kuasa yang mereka ada.. Tp manusia lupa, Allah lebih berkuasa dan azab Allah swt sangat pedih..

Friday, September 17, 2010

ReNuNGaN..

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah(bakhil lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan apabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil

Al-Ma'arij: 19-21


Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya

As-Saff: 3


Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan perkataan yang menyakitkan

Al-Baqarah: 263



Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim



Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau sebesar zarah

Hadis riwayat Muslim



Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian

Hadis riwayat Muslim



Siapa yang akan diberikan kebaikan(nikmat) oleh Allah diberikannya penderitaan(lebih dahulu)

Hadis riwayat Bukhari



Telapak kaki seseorang yang kena debu sewaktu berjuang pada jalan Allah itu tidak akan tersentuh oleh api neraka

Hadis riwayat Bukhari



Sesiapa yang bertengkar dalam sesuatu pergaduhan tanpa usul periksa nescaya ia akan sentiasa berada dalam kemurkaan Allah sehingga ia mati

Hadis riwayat Abu Dunya

Friday, September 3, 2010

BaRaNGSiaPa..

Dan barangsiapa yang mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang dia mukmin, mereka itulah orang-orang yang usahanya pasti dibalas. (Al-Israq ayat 19)

Barangsiapa ingin dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia memelihara hubungan kekeluargaan.
Gembiralah hai Ummil Ala' kerana penyakit orang muslim menghapuskan dosa-dosanya sebagaimana api menghilangkan kotoran emas dan perak.(HR Abu Dawud)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...