Monday, March 29, 2010

Modul Movie Maker

Salam....

Hari ni aku di minta oleh seorang guru buat kan modul Movie Maker....so aku pun buat lah modul tersebut..., guru ini menwakili beberapa orang guru, mulanya nak minta aku buat kelas....tapi disebabkan kesibukkan guru-guru ini maka kelas tersebut masih tidak dapat dijalankan...so kepada guru-guru yang ada masa silalah belajar di blog saya ni..., kalau masih kurang faham boleh terus berjumpa dengan saya atau hantar komen k....



alamak sedang syok buat modul ni ..hujan pula kat luar ni...datang seorang cikgu cakap kereta aku tengelam..... kerana banjir kilat yang sering berlaku di sekolah kebangsaan sungai buloh....so aku kena berhenti setakat ini dulu ....ada masa esok insyaAllah aku sambung.....

Wednesday, January 13, 2010

Hari Bahagia.....Anwar&Aishah

Salam..

Lama dah aku tak update blog ni, dah bersawang nampaknyer, maklumlah sibuk sgt sebulan 2 lepas, baru hari ni aku ada kelapangan utk mencoretkan cerita ttg kesibukan yang melanda diri aku sebelum ni, aku sibuk kerana aku melangsung kan perkahwinan pada 19/12/2009 dengan jejaka pilihan hati ku...Mr. Nurul Anwar Bin. Ibrahim. Aku juga amat bersyukur kerana semua nyer berjalan dengan lancar, disini juga aku ingin mengucakapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan yang secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam majlis ini. Terima kasih juga kepada saudara mara serta rakan -rakan yang sudi hadir pada hari tersebut. rasanya tidak salah aku ingin berkongsi kegembiraan aku ini dengan rakan-rakan yang tidak berkesempatan hadir ke majlis tersebut...















Wednesday, January 6, 2010

How to become a kaya raya

Jom jadi kaya

Salam..

heheheh sebenarnya ini just artikel biasa, punca aku letak artikel ni just nak ajar member aku mcm mana nak masukkan artikel word atau link dokumen kita ke dalam Blog..., ini cara yang mana aku tahu, tapi jika ada cara lain kongsi lah bersama.... so selamat belajar.


1. Pergi kepada laman web www.docstoc.com

2. Sign up atau sign in

3. Upload dokumen yang kita hendak masukkan ke dalam web sementara ini.

4. Ambil link yang diberikan untuk mencapai dokumen yang dita upload tadi.

Selamat mencuba..

Sunday, November 1, 2009

HalPindahRumah

Salam...

Sabtu dan ahad, dalam orang lain semua lepak dan rehat dirumah, aku ngan mak ayah, abg krol, abg zaki, abg khalil, kak intan, kak asma dan shura sibuk kemas rumah coz mak akan berpindah ke bangi, semua ni bermula gara-gara rumah yang mak aku sewa dah ada org beli so owner bagi rumah lain...

Penat jgn cerita lah, pengsan aku dibuatnyer, dah lah rumah mak aku tu byk barang, bayangkan nak kemas dalam masa 2 hari tu, mahunyer haru biru, tapi sedih coz lepas ni mak akan bertambah jauh dari aku, tapi mak aku juga sedih, tapi bukan sebab jauh dari aku, tapi sebab jauh dari cucu kesayangan dia husna, eiii frust jer aku dengarnyer... mak ni beruk dihutan disusukan anak sendir mati tak makan.... heheh sebenarnya aku jeles. apapun aku harap di mana pun mak ayah berada mereka akan gembira dan sihat sejahtera...I Love My Parent..


NiLahMak&AyahSaya

Thursday, September 10, 2009

Berbuka Di Istana Budaya




Assalammualaikum....

dah lama tak jenguk blog ni, rasa rindu pula nak coretkan sedikit cerita-cerita menarik sepanjang bulan puasa, dan kini cuma tinggal 10 hari lagi nak raya... cerita menarik biasalah, bila bulan puasa selalu nya kita dengar orang cari tempat untuk berbuka puasa yg best..., aku juga tidak ketinggalan juga, minggu pertama puasa aku dah ajak mak ayah serta abg dan kakak aku untuk merasa duit gaji pertama aku, so kami rancang untuk makan di Village View, Bangi, makanan kat situ oklah, coz ayah aku suka sangat makan sup ekor kat situ, seterusnya mggu kedua puasa, abg zaki pula belanja kami berbuka puasa di Nyonya Kickhen, di Plaza Masalam, Shah Alam. aku first time makan kat situ, tapi tak sangka, sgt sedappp....., mggu berikutnya tunang aku ajak pula berbuka puasa dgn ofis mate dia kat famous thai, restoran ni berdepan dgn restoran nyonya kickhen, restoran ni menhidangkan makanan alah thai, yang penting layanan dari pembantu restoran sgt memuaskan, makanan pun sedap.... dan yang terkini aku dgn mak ayah, abg n kakak, serta tunang ku berbuka pula di istana budaya, hidangan secara buffet, makanan yang enak-enak serta dapat bertemu dgn artis lagi, seperti Nasha Aziz, Jamal Abdillah dan Juga Erma Fatimah.... apapun cara kita, cuma satu perlu di ingat jangan membazir, serta bulan puasa inilah kita nak kumpul byk pahala dan dapat rahmat dari yang Esa, byk-byklah ingat Allah... InsyaAllah..

Thursday, August 6, 2009

Wednesday, July 29, 2009

iMpIaN

impian hidup susah kita nak capai, kalau dapat pun selalunya berperingkat, aku pun nak capai impian juga, tapi bila dugaan datang, hati mula lah goyah, air mata jgn cakaplah, tapi semua ini Allah sudah tulis sejak roh aku dihembus, aku tetap redha apapun yg dtg.... kepada si dia thanks bagi aku semangat dari segi moral support dan juga meterial.