BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

My Fans

These are what I want!

  • 1) Attending VUW Graduation Ceremony - Dec 2012
  • 2) Work harder during my final year at IPSAH
  • 3) Gain higher salary
  • 4) Buy a big house for my family
  • 5) Bring my family to Mecca for HAJI
  • 6) Getting married
  • 7) Get involved in farming
  • 8) Wanna have a tiger as a pet
  • 9) Owner of a well-known restaurant ''BuBu In De HouSE''

Sunday, October 5, 2008

ReNungan SejeNAk.....

Renungkanlah dan muhasabah diri kita sejenak;
sejauh mana sayangnya kita.....
kepada insan yang bergelar ‘’IBU’’........


Semasa kita berumur 1 tahun, ibu menyuap kita makan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan keatas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding rumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila terjatuh ke dalam lopak.

Semasa kita berumur 7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit ‘’SAYA TIDAK MAHU KE SEKOLAH’’.

Semasa kita berumur 10 tahun, ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan lain-lain lagi. Kita membalas budinya dengan langsung tidak menoleh ke belakang dan tidak mengucapkan ‘’TERIMA KASIH, MAK’’.

Apabila berumur 11 tahun, ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budinya dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap jiran kita.

Semasa berumur 12 tahun, ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budinya dengan asyik menonton TV tanpa menolongnya mengemaskan rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan dan terikut-ikut dengan budaya barat. Kita membalas budinya dengan mengatakan ibu tak ada ‘’TASTE’’ dan ‘’KETINGGALAN ZAMAN’’.

Apabila kita berumur 16 tahun, ibu ingin mendakap kita setelah penat balik dari tempat kerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus dalam peperiksaan, ibu menangis kegembiraan. Kita membalas budinya dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam kerana terlalu syok enjoy dan celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih-sayang sampai ke hostel. Kita membalas budinya dengan tidak bersalam dengan ibu di luar dorm kerana takut dilihat oleh rakan-rakan sebaya.

Apabila kita berusia 20 tahun, ibu bertanya dengan rasa prihatin samada kita ada boyfriend/girlfriend ke?? Kita membalas budinya dengan berkata ‘’IBU NI KEPOHLAH, SIBUK NAK TAU HAL PERIBADI ORANG!!’’.

Apabila berumur 21 tahun, ibu bertanya apakah cita-cita kita?? Kita membalas budinya dengan mengatakan ‘’SAYA TAK MAHU JADI MACAM IBU; MISKIN DAN PAPA KEDANA!!’’.

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri yang mewah. Ibu membelikan baju baru untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budinya dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang belikan.

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga. Ibu menangis gembira dan berkata betapa sayangnya ibu kepada kita. Kita membalas budinya dengan berpindah 300 Kilometer jauh dari ibu tanpa menelefon untuk mengetahui khabar ibu kita di kampung.

Apabila kita berumur 27 tahun, ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan anak kita. Kita membalas budinya dengan mengatakan ‘’ZAMAN SEKARANG LAIN LAH IBU!!!’’.

Apabila kita berumur 40 tahun, ibu menelefon dan memaklumkan mengenai majlis kenduri di kampung. Kita membalas budinya dengan berkata ‘’SAYA SIBUKLAH!!’’

Apabila kita berumur 50 tahun, ibu kita jatuh sakit dan memerlukan kasih-sayang dan penjagaan yang rapi. Kita membalas budinya dengan melawat ibu sekali dengan membawa buah epal dan merungut tentang kesibukan kerja dan terpaksa balik segera.

Dan pada suatu hari, kita mendapat panggilan dari orang kampung yang mengatakan bahawa ibu kita telah meninggal dunia dan sudah di kebumikan. Pihak hospital telah menelefon kita berulang kali, tapi disebabkan kita terlalu sibuk dengan urusan kerja, kita tidak mempedulikan handphone kita yang berbunyi.

Dan tidak sempatlah kita mencium dan menatap wajah ibu buat terakhir kali dan meminta ibu memaafkan segala dosa kita terhadap ibu….

Yang paling menyayatkan hati, kita tidak sempat membalas jasa-jasa ibu membesarkan kita dari dalam kandungan sampai lah kita sudah berumahtangga.

Oleh itu, ingatlah kawan-kawanku, selagi ibu kita masih hidup, kasihi dan sayangilah ibu dan jika ibu kita sudah meninggal dunia, balaslah jasa ibu dengan menjadi anak yang soleh/solehah dan berdoa pada ALLAH agar dos-dosa ibu di ampunkan dan ibu di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Amin Ya Rabbal Alamin…...Al-Fatihah…......



P/S: Tetibe mase aku balik rumah, aku terjumpa artikel ni dalam fail yg aku dapat mase program motivasi kat sekolah aku...aku saje nak kongsi dengan korang sume...
semoga kita dapat ambil iktibar dari artikel ini...