PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Monday, 19 October 2015

Dua Ahli Parlimen Diarah Keluar Dewan

Ringkas :

Dua Ahli Parlimen dari DAP (Segambut dan Puchong) telah diarahkan keluar dewan oleh Speaker. Sementara itu Ahli Parlimen Sepang dan Gelang Patah berhujah dengan hebatnya di Parlimen hari ini.

Cuma,

Ahli Parlimen Marang, Temerloh, Pasir Mas dan yang lainnya dari PAS selain dari Kuala Krai nampaknya mengambil sikap berdiam diri. Adakah mereka tersilap lokasi kerusi Parlimen dimana mereka sepatutnya duduk bersama dengan grup Tanjong Karang.

Kasihan sungguh lah. Panas sungguh sidang hari ini bilamana Speaker nampaknya terpaksa menggunakan peraturan dewan untuk menyelamatkan keadaan.

Usul Undi Tidak Percaya

Satu persoalan yang bermain diminda kami di 4th Force ialah siapakah yang akan menyokong usul undi tidak percaya yang katanya akan dibentangkan di dalam sidang Parlimen pada sesi kali ini yang bermula pada hari ini.

Adakah Ahli Parlimen yang akan menyokong usul undi tidak percaya ini datangnya dari blok Pakatan Harapan sepenuhnya dan ditambah dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional atau ianya juga akan dibantu oleh Ahli Parlimen PAS?

Atau mungkin Ahli Parlimen PAS akan menentang usul undi tidak percaya ini selaras dengan ketetapan yang dinyatakan oleh Presiden PAS tempohari dalam satu wawancara. Jika ini berlaku adakah kita sebagai rakyat (pengundi) dapat menilai undian ini dengan pemikiran yang waras tanpa emosi dan taksub.

Kami di 4th Force amat menyokong usul undi tidak percaya ini yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Pekan selaku Perdana Menteri Malaysia dengan menganjurkan satu perlaksanaan "Caretaker Government" dibuat dalam masa peralihan dengan diketuai oleh YDP Agong dengan nasihat dan pemantauan dari Majlis Raja-Raja Melayu.

Sunday, 18 October 2015

Kemelut YIK Menonjolkan Sisi Sebenar Pentadbiran PAS

Ramai sedia maklum bahawa Husam Musa ada membuat beberapa teguran berkenaan isu ketidakkemampuan Yayasan Islam Kelantan (YIK) menyelesaikan beberapa tunggakan kepada beberapa agensi persekutuan dan bank akibat dari masalah kewangan yang meruncing.

Tidak dapat tidak masalah yang membelenggu YIK ini sebenarnya mencerminkan bagaimana PAS selaku Parti yang menunjangi Kerajaan Negeri Kelantan menguruskan dan mentadbir negeri. Pentadbiran dan pengurusan kewangan yang cacamarba telah membusukkan nama baik PAS itu sendiri. Kita faham mungkin ada yang tidak cekap dalam pentadbiran tetapi dengan mengekalkan kakitangan yang tidak cekap ini semata-mata kerana mereka adalah ahli parti adalah tidak rasional.

Jika sekiranya pimpinan yang gagal dalam mentadbir dan mengurus dibiarkan kekal dijawatan itu atas alasan mereka adalah pimpinan parti, ianya secara tidak langsung mencerminkan sikap pilih bulu dalam pentadbiran. Ini bukanlah gaya kepimpinan yang harus ditonjolkan oleh pihak yang membawa slogan "Membangun Bersama Islam".

Apa pun pandangan masyarakat umum nampaknya sudah tidak menyebelahi PAS dewasa ini atas beberapa kepincangan yang berlaku. 5 penggal pemerintahan adalah satu jangkamasa yang cukup lama dan sepatutnya semua permasalahan pentadbiran sudah dapat diselesaikan. Rakyat berhak untuk mendapat pentadbir yang lebih efisien dan cekap.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...