Monday, August 30, 2010

Happy Independence Day!!!

31st August 2010, Malaysia celebrate its 53 years of independence..That's more than half a decade..Being born in this great country, I feel truly blessed and proud. So, on this meaningful day, I would like to wish to all Malaysians around this world;

HAPPY INDEPENDENCE DAY



May this country will continue to grow and remain prosper for years to come...

Sunday, August 22, 2010

Batman??





Click here to know more.

Tuesday, August 17, 2010

اللغة العربية

Setelah beberapa tahun meninggalkan subjek اللغة العربية , Semester ni aku terpaksa ambik sebab terpaksa..Hahaha..Untuk subjek ni aku terus ambik level 3 beb. Level 1 and 2 dapat exemption. Jasa keterpaksaan belajar arabic masa diploma dulu. So, semalam, aku punya first test for arabic. Wow!!! Sangat senang..Sebijik macam dalam buku. Ustaz tukar sikit-sikit je..Disebabkan terlampau senang, banyak yang aku leave it blank. Haha. Apa yang dia tanya pun aku tak paham..Dah lupa semua yang penah belajar sebelum ni..Jawapan semua aku main bedal je..Brader yang duduk sebelah aku dah geleng-geleng kepala jawab paper tu..Haha..Lantak la dapat berapa pun..Aku nak habiskan je subjek ni..Then, selamat tinggal اللغة العربية......

Sunday, August 15, 2010

Puasa

Assalamualaikum....
Dah lame betul tak menyonteng kat blog ni. Ade la sebulan lebih agaknya. Apa pula alasan kali ni? Macam biasalah. Hahaha...

Walapun dah masuk hari ke 5, aku rasa belum terlewat lagi untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Bulan puasa kali ni merupakan kali ke 2 aku sambut kat UPM. Huh, tak best langsung. 1st day puasa kat UPM. Tapi nak buat macam mana. Redha jela. Awal-awal puasa ni, sahur, ala kadar je. Apa yang ada, aku telan. Kalau tak ada apa-apa yang boleh ditelan, minum air kosong, pastu sambung tido..Hahaha..Bila nak berbuka, dalam pkul 5, mula la merayap cari makanan. Pusing-pusing kat SS. Makanan ngan minuman, macam-macam ada. Tapi takda satu pun yang buat aku meleleh air liur. Makin hilang selera ada la. Pusing bazar 1 round, tunjuk 2 3 benda,bayar, cabut balik hostel. Beli makanan cukup syarat je. Sedap ke tak,tolak tepi. Janji kenyang sudah.

Yang tu untuk 2 hari pertama puasa.. Hari ke 3, habis je kelas minor dalam pukul 12 lebih, aku cabut balik Muor.. Nak berbuka kat rumah punya pasal..Hari tu aku Solat Jumaat atas motor..Haha.. Takpa...Musafir...hahaha...Dugaan kuat betul hari tu..Sepanjang jalan dari Nilai sampai Tangkak, hujan tak berenti..Basah kuyup aku walaupun pakai baju hujan. Jalan pun boleh tahan jam. Jam bukan sebab kereta banyak, tapi sebab semua slow nak tengok accident kat jalan sebelah. 4 biji kereta sekali acccident.

Aku sampai rumah dalam pukul 3.. Kepala dah melayang...Walaupun aku bermusafir tapi puasa tetap diteruskan. Lepas mandi, aku tidur. Pukul 5 bangun, pukul 6 aku redah hujan lagi, pergi bandar ambik adik aku kat stesen bas.Lepas tu terus pergi bazar kat Sg. Abong. Cari kuih sikit..Dalam pukul 7, sampai rumah. Menu berbuka kat rumah aku hari tu ayam masak kicap je, tapi sedapnya mengalahkan ayam Kenny Rogers..Betapa nikmatnya berbuka puasa kat rumah bersama keluarga..Sedap gile kot..Hahaha..Esoknya pulak (Sabtu), Mak aku masak Soto sebab adik aku yang kat UiTM beria nak makan..

Hari ni (Ahad), tak dapat berbuka kat rumah dah sebab aku dah balik UPM pukul 12 tadi..Kena tunggu lagi 2 minggu la baru dapat berbuka kat rumah..Cuti raya..Bukan aku tak nak balik lagi minggu depan, tapi memandangkan aku dah malas skip kelas sofbol hari Sabtu..Baru sekali kot pergi kelas tu walaupun dah masuk minggu 4..Hahaha..

OKlah,aku stop kat sini dulu..Nanti bila aku rajin aku nyonteng lagi..Selamat Berbuka...