December 25, 2013

Ini Medan Jihadmu

Ujian,

Di kala fatrah imtihan.

Yakni ujian mujahadah melawan segala nafsu.


Mungkin masa ini,
Tidak perlu kau berjihad korbankan diri ke medan peperangan,
Cukuplah sekadar di atas kerusi,
Bertemankan meja dan alat tulis.

Jihad menuntut ilmu Allah.

Cukuplah di situ,
Untuk diri kamu.



Wajib menumpukan sepenuh perhatian,
Pada nota-nota yang sedang menari-nari,
Menyuruh aku agar membacanya.

Allahumma faqqihna fi ddin. Sekian.

December 03, 2013

Rawak




Lihatlah langit, di situ ada ketenangan
Lihatlah gunung-ganang, di situ ada kekuatan
Lihatlah awan berarak, di situ ada kelembutan

Moga dengan merenungi alam, 
Dapat mengembalikan kita kepada fitrah
Kerana di situ ada keagungan Tuhan!

-makcik anisah-



*penambah perencah*

Lihatlah kehijauan bumi, kau akan temui bahagia
Lihatlah lautan, kau akan temui kedamaian
Pasakkan dadamu sedalam-dalamnya
Kasih sayang dan rahmat-Nya terlalu luas

Nikmat yang manakah kau dustakan?
Bila kau bernafas dengan udaranya

Nikmat yang manakah kau dustakan?
Bila kau hidup dengan rezkiNya


November 27, 2013

Bismillah,

A Woman once asked her mother:
“Mother, how will I ever find the right Man?”

Her mother replied:
“Forget finding the ‘right’ Man, focus on being the right Woman.”


Good women are for good men and good men are for good women.
[Al-Noor 24:26]

November 07, 2013

Menjadi yang Terbaik

Bismillah..

gambar hiasan

Kerna ku tahu, ku ada Mu..

October 28, 2013

Pedih pedih.


Alarm clock.
Alert.

Time's runing out.

Masakan kau tidak menyedari kesuntukan masa?
Macam-macam perkara berlaku
Dan kau masih mendiamkan diri.

Dalam diam kau menanggung seksa
Tiada siapa boleh menolong kecuali diri mu.
Melihat akan mereka
Membuatkan kau tersedar dari lamunan.

Silence is not an option.


Mengintai tirai hati,
Mengintai keampunan.

*celoteh kecil.

September 27, 2013

Life was never easy

Bismillah.

Hari yang cerah,
Alam menyinari.


Terbang setinggi langit,
Mencapai awan nan suci,
Aku melihat dari kejauhan,
Lalu ku berdoa,
Moga kau terus thabat.

Pergimu dengan membawa satu misi,
Satu matlamat.
;)

Usahlah risau,
Saya kuat.

September 23, 2013

La Tahzan

 Bismillah..

Kau sedang berduka,
Aku mahu turut merasainya,
Andai salah satu anggota terluka,
Seluruh badan mengaduh sakit.

Pergilah wahai kesedihan..

Tinggalkan kenangan indah di sini,
 Sampaikan salam rindu padanya, 
Terbang ditiup angin~


Sahabat.

August 11, 2013

Sapu habuk

Bismillah..


Ditanya seorang cendikiawan,
"Kenapa langit itu bersih?"


Beliau tersenyum lalu menjawab,

"Kerana manusia tidak tinggal di sana."

Allahu..
Salam Syawal.

July 09, 2013

Rama-rama dan...

Bismillah..
::RAMADHAN::


Pintu neraka telah ditutup
Syaitan juga sudah dibelenggu

Sekarang,
Apa lagi yang kau mahukan?

Bersegeralah dalam melakukan kebaikan
Bersegeralah menuju ampunan Tuhanmu!

Jangan beri alasan syaitan sering menggodamu
Kini mereka tiada lagi

Ketahuilah di kala ini
Engkau bakal bertarung dengan NAFSUmu
fufufufu~

Ramadhan kembali menjelma
Moga kita beroleh ketaqwaan ^^

Peace no war.

June 23, 2013

ter-lambat..

Baju berasap.

Eh, kabus?

*batuk-batuk*


  ..    ..     ..     ..


Jerebu.

p/s: sila jaga kesihatan. minum air.

Ibu hamil pasti risau kan. 

June 15, 2013

Campakkan Ketenangan


"Hati kan menjadi tenang hanya dengan mengingati Allah.."
                                                                                                                 (Ar-ra'd: 28)


Wassalam.

June 14, 2013

Lelaki di Kolam Ikan

Bismillah..


Taman Rimbu Ilmu UM

Terlihat seorang lelaki tua di dalam sebuah kolam air ikan
Berdiri lama di situ mencantas dedaun yg sudah rosak
Kemudian dia menegur.. setelah melihat kami kebuntuan seketika

"Nak berenang dalam ni?"

Eheh.

Jalan menghampiri pakcik itu.
Aku: "Pakcik buat ape tuh?"
Pakcik: "Pakcik tengah buang yang rosak2 nih, nanti kne spray ubat pulak supaya xde ulat lagi.."

Penuh berhati-hati dia memilih dedaunan yang rosak untuk dipotong.

Pakcik: "Kamu dah tahun ke-berapa ?"
Aku: "Tahun satu baru pakcik.."


Tiba-tiba dia memulakan bicaranya :

Pakcik bukan nak marah atau membebel.. 
Satu je pakcik nak pesan..
Belajarlah rajin-rajin
Jangan jadi macam pakcik
Kerja macam ni sepanjang hidup

Dulu pakcik dah kerja kat dewan tunku canselor
Selama 20 tahun
Skrg dah tukar ke sini Rimba Ilmu
Dah masuk 9 tahun
Pakcik dah nak pencen
Tak larat dah nak kerja..
(ok, sangat lama kott pakcik nih kerja sbg tukang kebun O.O )

Pakcik tak pernah pukul, rotan anak-anak pakcik
Cumanya pakcik selalu pesan pada mereka
Belajar betul-betul
Nanti senang nak dapat kerja

Sekarang..
Anak pakcik yg pertama dah dapat kerja 
Dulu amek kos multimedia di UITM
Anak kedua pakcik amek perakaunan UITM
Sekarang kerja di Telekom Malaysia
Rata-rata gaji mereka RM4000 ke atas
Alhamdulillah
Kawan-kawan pakcik pon hairan
Tertanya-tanya
Anak-anak diaorang xde macam tu
:)

Lagi satu, jangan lupa telefon mak ayah selalu
Tanyalah keadaan mak ayah
Kadang-kadang mak ayah ni bukan apa
Cuma nak dengar suara anak dia..


.end.


Sambil menasihati kami, sambil memotong bunga2.

"Err pakcik, kesian bunga nih. Cantik lagi.." 

"Ada banyak ulat tuh.. kena potong. Nanti makin banyak pula yg rosak"



Snap.


Pakcik: "Haa ameklah.. Ameklah gambar  bunga tuh." (memahami)  ;)

"Oklah pakcik, kami beredar dulu ye. Terima kasih utk nasihat pakcik. Doakan kami.. "

"InsyaAllah.."

Say NO


Scroll scroll scroll...



Ini lawak.



Krik krik krik~

.masih ada waktu belajar.

June 12, 2013

Erti Sebenar SYUKUR


Satu nikmat aku terima
Alhamdulillah

Moga ia bukanlah mehnah untukku
Pada hari menjelma itu



Pabila diberi nikmat,
Katakanlah:
"Segala puji bagi Allah"



Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)
[Ad-dhuha: 11]

Simbolik kepada kesyukuran, 
Berbuat kebajikan sesama hambaNya

Tapi
Sedikit sekali hambaNya yang bersyukur
kan?


tergolongkah aku di kalangan hambaMu yang bersyukur?
.yang benar-benar mensyukuri.

June 05, 2013

Husnuzon


Ya..
Bersangka baik

Betulkan sangkaanmu

Kau lemah bab ini
Allah sedang uji kau

Belajar.
Sangka baik dengan manusia
Apatah lagi dengan Pencipta!


Ini berkaitan hati

Tompok hitam memakan merahnya hati

Kau ada Tuhan
Mahu tak mahu
 R.e.d.h.a 

He knows the BEST for you

Sekarang ni
Kau dah tahu apa yang harus kau lakukan

May 30, 2013

All de Best!

Bismillah..

study.week | Ready.Get.Set...GO!


Inbox: 

"Selamat hadapi exam, belajar rajin-rajin.

Kalau penat pergi tidur,

Tapi jangan terlebih tidur sudah ler.." :D


Kof. Amek kau. Peringatan buat aku~

Terima kasih boss.

May 27, 2013

Meletuss

Bismillah..

Sabarlah duhai hati...

~sabaryangbanyak~


May 19, 2013

Pustaka Da'watuna-Nafas2 Ruhani

Bismillah..
Merasakan kedamaian
dengan Ruhani yg HIDUP.

Walaupun aku hanya beli buku tiga ketul,
Mereka  tiga-empat-lima buah buku.

Yang penting, aku hadam.
Telan sampai lumat.


Jasadi aku sudah diisi dgn aneka makanan
Otak aku sedang diisi tentang berbagai ilmu
Hati aku pula kosong,
Jiwa aku perlukan makanan tahu.


Aku harus bernafas
Tanpa udara, mana mungkin aku hidup

May 12, 2013

Jika sukar, permudahkan


You have to.

Just do it.


Ahh.

Ada sumthing yang menyekat aku.

May 11, 2013

Pupuk Amalan Sihat

Harus beringat!

Jika sudah tetapkan suatu azam, teruskanlah.
Walau ujian ribut dan badai melanda .



#sedang dalam mode "keazaman"


Sekian.

May 10, 2013

Erti Hidup Pada Memberi


Memberi bukanlah untuk menerima~

May 03, 2013

Perubahan suatu pendakian

Bismillah..

Kami sekawan
Aku dan dia suka berjalan.

Jalan jalan jalan, stop sekejap. Kemudian mendongak ke atas.. 20 anak tangga sedia menanti.
Walaupun letih kaki ini melangkah,
Langkah demi langkah aku naik..

Aku: "Wan, penat nyeee.."

Dia: "Tangga ni suatu pendakian ke arah perubahan.. Selagi kita x mendaki, selagi itulah kita tak akan rasa erti kesusahan.. Sama lah seperti "perubahan", kita bukan boleh ubah secara drastik. Kita ubah sikit-sikit.. Barulah akan sampai ke puncak kegemilangan!"

Aku: "Hihi.............."

Dan kami terus berjalan. Aku tahu dia penat..kerana aku pun penat jugak. Kami berjalan tanpa kata. diam.


Fasa perubahan. Semua orang akan berubah.

Kalau bersahabat biarlah seikhlas mungkin
Jika ada unsur mengeluh, itu namanya bukan sahabat.

April 26, 2013

Tarbiah Ilahi Untukku

Bismillahirahmaniraheem..
Manusia kalau diberi ujian sedikit, mudah melatah.

Tarbiyah 25/4/13

[Satu] Bila ada sesuatu yang berharga hilang sebentar dari pandangan,
Walau hanya sebentar.. Hatinya payah nak tenteram. 
Itu baru sehari, belum lagi seminggu atau sebulan atau setahun..

[Dua] Yakin apabila anda menolong mereka yang memerlukan, maka pasti Allah akan menolongmu. Meringankan kesulitan orang lain, itu merupakan satu sedekah. Jika tak mampu membuat ibadah apapun, maka ringankan tulang untuk membantu rakan-rakan. 

Rakan anda mempunyai masalah kewangan, maka pinjamkanlah duit kepada mereka. 
Rakan meluahkan masalah kepada anda, maka dengarlah dengan khusyuk. Cuba sedaya-upaya selesaikan masalah mereka dengan memberi nasihat atau pandangan atau cadangan. Itu juga merupakan sedekah. Senang je kan?

[Tiga] Ingatlah pada Allah. Di waktu sakit ingatlah pada Allah.. Di waktu susah, ingat pada Allah.. Di waktu senang, ingat pada Allah.. (mutiara hati) Konklusinya.. ingatlah Dia di setiap masa, di mana jua :) 

Don't depend on others because they don't have any power at all. Instead, Allah have everything..!

[Empat] Jangan bajet bagus sangat. Rupanya senior tuh lagi haybat dari kau. Pandai dia ambik hati dulu kemudian promote barang. Duhh. Harapnya dia lupa save nama. in addition, sedikit sebanyak boleh juga copy skill yang dia ada untuk kepentingan diri. ekeke.

[Lima] Baru aku tahu makna sebenar tawakkal. takde lah baru sangat..  Diperoleh dari qudwah seorang sahabat. Betapa bergantung harapnya dia pada Allah sampaikan membuatkan aku terkesima. Salute.
Dan hari ini aku cuba menggunakan konsep tawakkal semasa di kelas. *senyum bahagia*

Hmm, ternyata selama ni konsep tawakkal aku salah. Heyy, tawakkal yang sebenar-benarnya itu haruslah disertai dengan tekad yang kuat + usaha yang bersungguh! tawakal kita perlu bersama dengan redho dan sabar dengan apa yang akan diberikan oleh Allah..

Bukanlah tawakkal itu dengan ketiadaan sebarang usaha pun. Ini konsep salah wa dholalah. ngaa..

That's all.

Banyak aku pelajari hari ini,
Tarbiah Ilahi,
Alhamdulillah syukur.

Wassalam

April 23, 2013

Pangkat anak sedara

Budak kecil yang sedang membesar.



muhd hazim :)


Ok, time really flies.. Harus redha dengan tumbesaran kanak-kanak ribena ni.. *jgn membesar blh x? ok. mustahil la kan..*
Dulu comel banget. Innocent.
Sekarang.. semakin matang kot? oh dan dah pandai malu-malu xnak bebual dgn makciknya.
Baru-baru ni hadir perkahwinan sepupu,  jumpa bebudak ni..  aiseh. Dah besar sudah mereka ni~
Nak kacau dorang pun, mana lah nak layan orang-orang tua macam kami ni.. Cari geng muda-mudi je.
Xpe. Kuatkan hati. Sedar tak sedar, diri ini pon semakin meingkat usianya. Ouch.


 gambar lagi


semua muka fotostat.












moga menjadi anak soleh. sekian.

April 20, 2013

White Blue

Bismillah,


Be Humble and Make Syukr..

April 13, 2013

Hadiah Istimewa Dari Ayah



Bismillah..

Special gift, from Sarawak oh. ngee


Qoute:
"Saling memberi hadiah adalah saling mencintai" 


Hadiah tulus ikhlas dari ayah.
Special daughter~ Always a daughter, now too a friend.

Meaningful. ekekeke :3



Lots of love.
-3 of us-

April 10, 2013

Laghaa

Bismillah,
" Kalau kita tidak disibukkan dengan akhirat, kita akan disibukkan dengan hal keduniaan "
-ayat gubahan aku-


Amekaw. Priority comes first lah..

Apabila makan banyak, perut mengembang, maka ibadah makin berkurang.

Hidup untuk makan
atau
Makan untuk hidup??

Ouch.
Tsk tsk tsk.

April 06, 2013

Sing a song

Salam,

Opick,
Maher Zain

Dari Indonesia
Dari Lebanon








Hiburan.
Daripada mendengar music kepada nasyid.
Jangan kata Islam mengongkong daripada berhibur. Tidak.
Fitrah manusia sukakan seni.
Lebih molek jika ia berunsurkan seni Islam bukan..? Senyum.

The best.
Sekian.

March 30, 2013

Hifz alQuran

Bismillah.. 

Seriyes saya cemburu pada para hafizul quran.
Para penjaga alQuran. Bukan hanya di atas mushaf, bahkan di dalam dada mereka.


Mereka mencintai al-quran sepenuh jiwa,


Bermujahadah menghafal Kalam Allah,
Setiap masa.


Lancar dalam menuturkan ayat-ayat chentaNya,
Bila-bila masa sahaja.

Salute.

* dahulu. bercita-cita utk menjadi seorang hafizah~ 

March 26, 2013

Aku Seorang Zero

Bismillah,

Hati yang kosong.

0+0+0+0 = 0

it still equals to zero.


Mungkin.. saya perlu lebih bertaqwa.. 

Taqwa seperti melalui jalan penuh duri. melangkah dengan berwaspada dan berhati-hati~

Wsalam.

March 17, 2013

Cita-Cita Tertinggi

Bismillah,



"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah"


#Sungguh bertuahnya mereka...

March 15, 2013

Oh Allah~

Bismillah,

Kecoh!
Sibuk melayan hal dunia
Hingga terlupa akhirat sana.

Melihat manusia hilang arah tujuan
Mengejar kepentingan duniawi
Dikaburi dengan harta
Memburu cinta insani yang ntah pape~

Dunia ini fatamorgana

Yakini janji Tuhan
Syurga itu ada
Bagi orang-orang bertaqwa.

__________________________

Lupakan hal dunia sebentar, fokus pada akhirat pula!
Grrr.. *geram*

March 03, 2013

This is Our Deen

Bismillah,
We always start by praising Allah,
Because Allah is the One who is most worthy of praise.

My dears respected brothers..

The Ummah of Muhammad (pbuh) is facing hardships, trails and tribulation,
The Muslims today have been dishonoured, disgraced, humiliated, belittled,
And the enemies of Allah have no fears toward us.


Brothers listen and listen carefully,


Muhammad (s.a.w) came with this deen,
And he came with a way and a system,
That if this ummah was to follow it from today until qiyamah,
We will be successful in this dunya,
We will be successful in our qubr (grave),
And we will be successful yaumul qiyamah.


The deen of Allah s.w.t is complete,
" اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا "
(Al-maidah: 03)


Allah is making a clear statement,
That today your deen has been perfected,
Today your deen has been made completed,
Today I have chosen Islam as My way,
This is your success,
This is your honour,
This is our pride,
:: ISLAM ::


Not how you understand it,
Not how I understand it,
But Islam how Muhammad understood it,
Islam how Muhammad s.a.w brought it forward,
This is the Islam.


Allah s.a.w is saying that I know,
Meaning from that day until qiyamah,
Every trial,
Every tribulation,
Every hardship that this Ummah will ever face,
No matter what age,
No matter what time you live in,
Whatever hardship you face,
Whatever trials and tribulations come your way,
Look to My deen (Islam),
Look to My way,
Look to what I brought upon the Sahabah,
And this is your success.


By Allah,
If you look towards anything else,
If your gaze shifts from Allah,
If your gaze shifts from the Qudrah (power) of Allah,
And falls upon the technologies of man,
If your gaze shifts from the wealth of Allah,
And falls upon the riches of this dunya,
Then Allah Himself will disgrace you,
Allah Himself will dishonour you.

Because the path that He chose was the path of Muhammad s.a.w.


We left Allah,
When will we wake up?
When will we understand?
That "La ilaha ila Allah" (there is no god but Allah),
This is your success!


Allah is The One,
" Allahu Ahad "
Allah is The Ultimate One.

Everything you see around you is garbage,
It's nothing,
Allah is everything,
As long as we have Allah, we have everything.


A wake up call.
By Mullaism.
                                                                                                                         

February 26, 2013

Secret ta'aruf

Bismillah,

~Pencinta kucing seperti Abu Hurairah~

Yes!
Berjaya stalk blog orang!
Terima kasih kepada Mr Google~ Kekeke.
Dah lama mencari link si dia. Orangnya sederhana, baik dan cerdik ;)

Makanya dengan ini, saya bolehlah lebih mengenali beliau dari belog nya. Eheh. Meskipun dia bukanlah dari course akademi pengajian islam, tapi saya amatlah menyenangi dia. 
Rata-rata rakan blogger terdiri dari latar belakang didikan agama. Sekarang mahu mencuba citarasa lain pula~

Keterikatan hati bermula semenjak menyertai kelab di kolej.. Kami ini orang bawahan sahaja. Setiap kali kalau ada perjumpaan atau meeting, mesti mesej dia dulu.. "Salam, awak pi meeting x? Nanti kita pi sesama tau.."  ngehehehe. 

Belek-belek belog dia, rupanya dia seorang pencinta kucing. Katanya lagi, beliau gemar bercakap dengan kucing berbanding dgn manusia. Mungkin kerana kurang mendapat kasih sayang dari manusia. 

*Hurm...

Izinkan saya mengenali anda, through your blog boleh? hee

February 22, 2013

Roda Tetap Berputar~

Bismillah,

Adakalanya ia di atas,
Kadang kala di bawah.


Recheck your mutabaah amal.
Berbuatlah demikian untuk mendapatkan ruh baru.
Sekian.

February 13, 2013

Yang Kerdil Lagi Hina

Bismillah.


Astaghfirullah..




Astaghfirullah..




Astaghfirullah..



Ya Rabb..

Ampunkan dosaku yang kian menggunung

Pelihara aku dari cengkaman nafsu dunia

Yang mengotorkan.

February 04, 2013

De Number 1 for Me

Bismillahirrahmanirraheem..

3 girls + a boy

Dia mampu menjaga 4 orang anak
Tanpa sebarang rungutan
Tanpa kenal erti lelah
Kasih dan cintanya tahap giga

Tapi sayang,
4 orang anak tak mampu menjaga beliau
*walau hanya dia seorang*

Setakat doa tidak mencukupi
Perlu diterjemah ke dalam budi bicara,akhlak dan amal

Bukan dengan kata-kata kasar
Bukan dengan masam mencuka
Bukan dengan melawan kata
Bukan dengan memerintah

Seorang ibu
Berkorban jiwa dan raga
Demi anaknya
Hargai dia.

:)
Kunci syurga ada padanya


Sanah Helwah Ummi,
May Allah bless.
040213 | 11.30 p.m.

February 01, 2013

Janji Tak Ditepati

Bismillah,

Hari ini,
Rasa bersalah yang amat sangat.
Awalnya kata begini, tibe-tibe jadi begitu.

Salah satu ciri orang munafiq adalah apabila mereka berjanji,tidak ditepati janji itu.
Hmm.. aku x layak guna slogan 1 Malaysia : "Janji Ditepati". eheh.
Apabila aku dah berjanji pada dia, perlu sedaya upaya merealisasikan.. Kerana sesungguhnya aku telah memberi sebuah harapan yang BESAR padanya.
Janji itu pasti dituntut.

Aku mohon maaf.


Untuk memohon maaf suatu yang sukar kan? Mana taknya.. terpaksa menjatuhkan ego diri.. Tapi percayalah, saat kita lafazkan "Aku minta maaf" pada orang itu, insyaAllah hati dia akan serta merta lembut. Haip! Pastikan lafaz maaf tadi disertai dengan hati yang tulus mulus. Aiwaaah.. Kalau takut nak ucapkan melalui lisan, boleh guna cara tulisan. Asalkan mesej itu sampai.. Kerana aku tak mahu namaku termasuk dalam list 'golongan munafiq' :(

Selepas ini kena berhati-hati dalam setiap bait yang akan aku keluarkan daripada mulut aku.

Tetapkan azammu.
Fikir dahulu sebelum membuat keputusan.

January 30, 2013

When midnight comes..

Bismillah,

Otak ligat berfikir.

"Ah."

Banyaknya perkara yang aku tak tahu lagi..
Like seriusly,

.macam katak bawah tempurung. T__T

Keluar dari bumbung rumah, terngangaa..
"Ape nih?" o.O

Rupanya aku belajar benda baru. Okay.

*dun know wat to say.
Wassalam.

January 26, 2013

Robek

Bismillah.

Saat ini dilanda sakit kepala. ditambah pula dengan kesedihan yang melanda. Cube calling2 si dia, tidak pula dia mahu mengangkatnya.. (ehem,jangan salah faham. perempuan okeh).

Saya nak makan kerepek jap.

Hey, ini baru ujian di dunia.
At least ujian di dunia ni adalah diumumkan keputusannya.. A, A+,A-, B+,B-, C+,C... Kalau di akhirat?? Agak-agak result kau berapalah.. Di akhirat cuma ada 2 result, sama ada kau lulus atau fail. Andai lulus, maka berbahagialah dikau di syurgawi. Andai x cukup markah untuk lulus, maka bersedialah untuk menjunamkan diri ke dalam api neraka. Gulp! Semuanya bergantung pada amalan.

Ada nyamuk.
*Pap!*

Sambung sakit kepala.

January 13, 2013

Perempuan

Bismillah, 

~pic share~

Fitrah wanita sukakan cermin
Melihat dirinya di dalam kaca itu
Bangga akan kecantikannya

Tapi kali ini sudah berbeza
Dia tunduk malu
Kata dia..
Kecantikan ini tidak akan kekal lama
Suatu hari ia akan pudar

Kecantikan hanya pinjaman
Bukan hak milik kita

Kita hanya sang peminjam
Tiada apa yang perlu dibanggakan

--------------------------------------

#JomTutupAurat! ;D

January 09, 2013

Metal Oxide. Eh.

Bismillah

Mereka ada logam mereka tersendiri..

"Manusia ibarat logam. Sebaik-baik mereka ketika jahiliyyah, adalah sebaik-baik mereka ketika ISLAM"
(Sahih Muslim)

Manusia = logam.

Besi mudah dibentuk Boleh buat pagar rumah, kereta, peralatan dapur, duit syiling, alatan pertukangan dll..

Manusia juga diibaratkan seperti logam
Mudah dibentuk

Contoh.
Seperti saidina Umar al-khattab.
Dahulunya terkenal dengan sifat bengis, berani, badannya yang tegap dan gagah.  Hinggakan semua orang takot padanya. Ditambah pula beliau sangat kuat menentang Rasulullah.

Tapi..

Setelah beliau masuk Islam,

Sahabat Rasullah s.aw. yang terkenal dengan ketegasannya. Hatta sewaktu kaum muslimin nak berhijrah ke madinah secara sembunyi, saidina Umar berani menampilkan diri di khalayak ramai untuk mengishtiharkan hijrah secara terang-terangan.

Kata Saidina Umar: “Sesiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita beradu senjata di sebalik bukit ini.

Seram x seram x??


Hmm. Maksudnya di sini.. Umar tetap seorang Umar.

Yang membezakannya adalah ketika Jahiliyyah @ Islam.

Antara dalam kegelapan Jahiliyah atau sinar cahaya Islam.



Logam = keistimewaan

Kita pula bagaimana?
Fikir..

*peluh kecil*

January 07, 2013

Otak kau bukan otak aku

Bismillah,

Tangan terasa gatal nak menulis
Kepala rasa berat.


"Kau dah buat yang terbaik ke? Mana perginya semangat kau yang sebelum ni??" 

Wahai, orang yang semangat berusaha x ikut berdasarkan mata pelajaran lah. Keep in mind that thing. Jadikan sebagai pembakar semangat kau.


Kalau kau jenis cepat lupa, hafallah 1000 kali. Kalau kau jenis yang confident amat, silakan bertawakkal. Usah mendongak atas langit.


Tetaplah berusaha ohoi! Don’t lose hope to Allah., rahmat Allah ini kan terlalu luas.
Asalkan kau berusaha sungguh2,  Dia akan tentukan segalanya.

Sesal tiada gunaaaaaaaa. 
Use it to the max!


Umi ayah, mintak maaf~
Nanes guling2.
Moga next paper lebih Gemilang drpd harini~
::2 more papers to go::

January 04, 2013

Indahnya hidup andai..

Bismillah,

Ok, kali ni bukan entry merepek lagi.



"Cukup bagiku Allah (untuk menguruskan urusanku), tiada Tuhan selain Dia. 

KepadaNya aku bertawakkal (bergantung harap), dan Dialah Rabb 'Arasy yang Agung.."

Hee~ 
Senyum walau pahit.