August 22, 2010

of yesterday

bismillaahirrahmaanirraheem

from yesterday's 'Bengkel Komunikasi One to One' bersama pakcik Roslan Mohammad anjuran KARISMA UIA Gombak

#1
dan bila takut menguasai serta percaya diri berkurang...
>tambahkan ilmu
>banyakkan
membaca
>perluaskan
skop bacaan
>jujur serta
ikhlaslah kerana Dia
-bila semuanya kerana Dia,
mana ada benda lain yang perlu difikirkan lagi?
bismillah dan jalan terus!

>'izzah pada diri ('izzah ghayrul kibr)
>cuba dan
cuba lagi
>kalau kamu tidak percaya pada diri kamu sendiri, siapa lagi?

#2
from Ali bin Abi Talib r.a the miftaah baabul 'ilm, about at-Taqwa:
1) takutkan Allah
2) beramal dengan al-Quran
3) qana'ah dengan apa yang ada walau sedikit (qana'ah bilqaleel)
4) sentiasa siap sedia dengan Hari Akhirat


#3
mereka yang dipanggil seperti dalam surah al-A'raaf ayat 179,

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ
"..These are as the cattle - nay, but they are worse!.."
adalah orang yang:
hidup - belajar - makan minum - kerja - gaji - material - kahwin - travel - mati

na'uzubillaahiminzalik

#4
if you yourself don't understand the things you're saying, the receiever also won't.
sila be conscious of your communication development.

~

lots of things gained alhamdulillaah!
may Allah bless and love the humble yet strong pakcik Roslan Mohammad who turned 47 yesterday :D


ouh would like to share something menusuk+menembak on study-dakwah from this blog
moge bermanfaat.

wallahua'lam

dan jagalah hati

August 18, 2010

Dr. Yusuf Qardhawi ke Gaza

bismillaahirrahmaanirraheem

AllahuAkbar!
andai Allah mengizinkan..

taken from here

----
Syaikh Yusuf Qardhawi bersama konvoi ke Gaza melalui laut

Selasa, 17/08/2010 – Pengerusi Persatuan Ulama Se-Dunia, Syaikh Dr. Yusuf Qardhawi telah menyatakan akan mengikuti konvoi keamanan ke Gaza melalui jalan laut. Selain itu tokoh ulama tafsir terkenal abad ini, Syaikh Muhammad Ali Ash Shawi dan Syaikh Ihsan Hendricks juga turut bersama menyertai konvoi kali ini. Bersama mereka sejumlah tokoh ulama besar dan agamawan yang turut serta.
Syaikh Ihsan menceritakan pengalaman ketika bersama konvoi “Miles of Smiles 2″, apa yang berlaku terhadap rakyat Gaza adalah persis kepada apa yang berlaku terhadap rakyat Afrika Selatan ketika apartheid berlaku.

----

a note to myself:
untuk menjadi pejuang,
harus siap mental, fizikal, spiritual.
jika sakit, seek for medical help.
before sakit, please do take care of your health.
kerja-kerja akan terbantut bila sakit.

ibrah Ramadhan: makan kurma akan mengelakkan kekurangan darah. kurma sangat sugoi oke.

wallahua'lam

August 17, 2010

Mesjid~

Bismillahirrahmanirrahim,

Sepintas mau hadiahkan buat diri yang lupa (terutama diri sendiri)...sempena Ramadhan yang datang dan pergi

Ke Mesjid:
1. Pakai pakaian yang suci, bersih, menutup aurat, membersihkan mulut dari bekas makanan / rokok dan sejenisnya terutama dari bawang merah ataupun bawang putih.

2. Sunat berwudu'

3. Berdoa dalam perjalanan ke mesjid, Ya ALLAH, ciptakanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku, cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatanku, cahaya di atasku, cahaya di bawahku, cahaya di sebelah kananku, cahay di sebelah kiriku, cahaya dari depanku, cahaya dari belakangku.

Ciptakanlah cahaya dalam diriku, perbesarlah cahaya itu untukku, berilah cahaya untukku, dan jadikanlah aku sebagai cahaya.

Ya ALLAH, berikanlah cahay kepadaku, ciptakan cahaya pada urat sarafku, cahaya dalam dagingku, cahaya dalam darahku, cahaya di rambutku dan di kulitku. [Ya ALLAH, ciptakanlah cahaya untukku dalam kuburku…cahaya dalam tulangku]. [Tambahkanlah cahaya untukku 3x]. [Karuniakanlah bagiku cahaya di atas cahaya]


Di Mesjid:
1. Melangkah kaki kanan masuk sambil berdoa

اَللَّــــهُمَّ افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Ya ALLAH bukakanlah pintu kasih sayang-Mu untukku

2. Solat sunat 2 rakaat tahiyyatul masjid

3. Niat iktikaf

Ketika duduk di masjid, bacalah niat di dalam hati kita “NAWAYTU AN A’TAKIFA FII HAA-DZAL MASJID SUNNATAL LILLAAHI TA’ALA” Aku berniat I’tikaf di masjid ini sunnat karena ALLAH Ta’ala.

4. Tidak mengotori mesjid

5. Tidak tertawa dalam mesjid

6. Tidak berjual beli di mesjid, tidak bersyair, mencari barang yang hilang, berkumpul sebelum khutbah

7. Tidak keluar dari mesjid setelah azan berkumandang

Dan.........(banyak lagi boleh rujuk lain2, dengan nas2 yang sahih)...........................................................................................kemudian bolehlah

Melangkah keluar dengan membaca doa
اَللَّــهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ
Ya ALLAH sesungguhnya aku meminta kepada-Mu akan karuniaMu



Terjumpa so nak kongsi juga yang ini.


Ada seorang lelaki datang menjumpai Muawiyyah. Kebetulan, ia bertemu pertama kali dengan penjaga pintu gerbang kediaman beliau.

“Tolong beritahukan kepada Muawiyyah, saudaranya datang.” Ujarnya.

Saat mendapatkan pesan itu, Muawiyyah terheran-heran, “Rasanya aku tidak kenal. Tapi biarkan dia masuk.” perintah beliau. Orang itupun masuk.

Saat tiba di hadapan beliau, beliau bertanya, “Engkau saudaraku dari pihak mana?” tanya beliau.

“Dari Adam dan Hawa,” jawab orang itu santai.

“Tolong berikan satu dirham kepada orang ini.” perintah beliau

“Hai, kenapa engkau cuma memberi satu dirham kepada saudara seayah dan seibumu?” tanya orang itu dengan kesal.

Muawiyyah menjawab dengan santai, “Kalau setiap saudaraku dari Adam dan Hawa harus kuberi uang, pasti satu dirham itupun tidak akan sampai ke tanganmu!”


Sambungan humor terpilih lagi menarik di sini dan dari pembacaan lalu oleh Mahmud Sheit Khattab dalam buku beliau Keadilan Langit


First day tarawih at Gami3 amr al ash, Fustat was incredibly wonderful. Once is not enough huhu

August 13, 2010

ramadhan

bismillah..
hurm...tahun ini saya berpuasa di perantauan ye..ahaks.

teringat dulu2..kalau nak sahur,mesti ummi yg tolong kejutkan kami sekeluarga. ummi kena bangun awal slalu sbb nak siapkan mknn sahur..sedangkan ahli keluarga yg lain sedang enak dibuai mimpi~ tugasku dulu adlh menyediakan pinggan mangkuk, cawan, air, hidangan lauk pauk :p

sekarang...sape yg nak kejutkan eh?terkadang sahur lambat.hanya berharap pd kami bertiga roomates je lah. Hari pertama puasa,alhamdulillah dpt sahur dgn tenang. hari kedua,ok lah,..itupon sbb ummi call! alarm dah pasang tp xdgr pon@ aku sendiri yg off.tp bila ummi call,tetibe terbangun.wow.hehe..ade tautan hati antara kami ^^

adehh,sampai bile nak bergantung pd calling2 from ummi??cubelah berdikari,bangun sendiri..masalahnya, dah pasang alarm tp tido balik..haish! Tetapkan niat yang SUNGGUH-SUNGGUH nak bgn awal,nak qiam,nak sahur,nak bla bla bla..and so on..

bulan ramadhan=bulan ketenangan,bulan kerahmatan,bulan kebaikan.
sooo..jadikan ramadhan tahun ni LEBIH BAIK drpd tahun lepas. kalau dulu xdpt khatam alquran,khatamlah ye! ummi bg nasihat: "lepas solat,baca alq sekurang2nya 2 helai. 5kali solat=10helai" tu blom campur lagi masa terluang,masa menunggu waktu subuh,slps subuh,
slps maghrib,dan sblm nak tido..
Daripada berbual kosong perkara yang x mendatangkan faedah kpd kita,baik kita baca al-quran..dan khatam al-quran!yosh!
~MANFAATKAN MASA YANG ADA~

melahirkan dan dimatikan

bismillaahirrahmaanirraheem

berikut adalah satu kejutan.
tak tahulah kenapa saat terbaca berita ni, yang terlafaz di mulut adalah, "alhamdulillah".
lafaz spontan.
tapi lepas tu, fikir semula, is this the best we can do? efektifkah? etc etc..
(heh, sometimes it's true what Pak Utih said: perempuan cakap dulu, baru fikir. T_T")
cannot bring myself to further discuss this. have class. gotta get going.
do help yourselves to respond (if anyone happens to read la).

taken from here
-----

Hukuman mati kes buang bayi
Oleh Nazura Ngah

2010/08/13

pix_gal0
Tindakan dianggap cubaan bunuh boleh dipenjara 20 tahun; Polis guna ujian DNA kenal pasti ibu bapa bayi

KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bukan saja wanita terbabit dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung.

Katanya, polis juga diminta menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.

Keputusan itu dicapai selepas kementerian sekali lagi membawa isu pembuangan bayi ke mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin kerana perbuatan itu berleluasa walaupun kerajaan mengambil pelbagai inisiatif menangani masalah berkenaan.
Saya tidak mahu ada pihak mengambil ringan kes pembuangan bayi sehingga membiarkan menjadi budaya yang menular dalam masyarakat seolah-olah kita
berada pada zaman jahiliah.

Sekian lama kerajaan menangani masalah kes pembuangan bayi menerusi pendekatan kebajikan termasuk kempen dan pelbagai program, malangnya masih ada manusia sanggup membunuh bayi, katanya selepas majlis penyerahan bantuan khas perbendaharaan kira-kira RM2.7 juta kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya, semalam.

Shahrizat berkata, langkah itu wajar untuk membawa pihak bertanggungjawab membunuh bayi dihadapkan ke mahkamah, sekali gus diberikan hukuman setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan.

Jika ada pasangan yang terlanjur dan terdesak mendapatkan bantuan, mereka boleh datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis, NGO dan pemimpin politik terutama Barisan Nasional (BN) supaya mereka boleh dibantu.

Oleh itu, tiada alasan dan maaf bagi mereka yang masih sanggup melakukan kesalahan membuang bayi kerana pelbagai program dan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan. Saya juga mahu memberi amaran kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan wanita hamil luar nikah bahawa mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, katanya.
-----

terus teringat ayat ni:
وَإِذَا ٱلۡمَوۡءُ ۥدَةُ سُٮِٕلَتۡ (٨) بِأَىِّ ذَنۢبٍ۬ قُتِلَتۡ (٩
"dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya"
"kerana dosa apa dia dibunuh?"
(at-Takwir: 8-9)
wallahua'lam

sudah hari ke-3
fabiayyi aalaairabbikuma tukadzzibaan

August 11, 2010

jiwa kuat

bismillaahirrahmaanirraheem

mari baca..
buka mata,
buka hati.

Palestin..
tidak berlebihan jika dikatakan bahawa nasib mereka adalah penunjuk aras keadaan umat Islam kini (lemah).
namun, satu hal yang takkan terlawan oleh kita adalah: kekuatan jiwa mereka.
shame on us..
Rabbi, kami minta ampun!

cp-ed from here
-----

Ramadhan di Gaza di Tengah Embargo dan Ketiadaan Bekalan Elektrik

Sudah lebih empat tahun rakyat Gaza dibelenggu oleh embargo. Kini mereka bersiap menyambut ketibaan bulan ketaatan, ampunan, rahmat dan keredhaan, bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, di tengah cuaca yang sangat panas dan ketiadaan bekalan elektrik akibat terhentinya operasi satu-satunya janakuasa yang ada di Gaza akibat kehabisan bahan bakar.

Seorang warga yang berasal dari Kota Gaza, Fadi Dardasawi, 40 tahun berkata, “Ramadhan datang setiap tahun dengan membawa banyak kejutan. Tahun ini Ramadhan datang ketika sebahagian daripada kami menganggur akibat embargo. Derita itu ditambah lagi dengan bekalan elektrik yang terputus secara berterusan dalam jangka waktu yang lama”.

Beliau menambah, “Terputusnya bekalan elektrik di bulan Ramadhan ini bermakna kematian kami secara perlahan-lahan di tengah meningkatnya suhu cuaca panas, lebih panas dari kebiasaannya. Ya Allah, ya Tuhan kami, tolonglah kami untuk berpuasa di bulan Ramadhan dengan sebaik mungkin”.

Jabatan Kesihatan Palestin telah memberi amaran kemungkinan berlaku bencana kemanusiaan di Gaza akibat ketiadaan bekalan elektrik dalam jangka masa yang lama. Mereka menyeru kepada semua pihak, baik tempatan mahupun antarabangsa, untuk membantu dan menghantar bekalan bahanapi yang diperlukan ke hospital-hospital bagi melindungi nyawa ratusan pesakit yang terbaring dan memerlukan rawatan. Tanpa bekalan elektrik, bencana kemanusiaan yang besar akan berlaku.

Seorang lagi warga Gaza, Abu Muhammad mengatakan, “Pertama sekali saya memohon kepada Allah agar saya dapat dipanjangkan umur hingga Ramadhan dalam keadaan sihat dan afiat. Kerana manusia tidak dapat menajamin hidup hingga esok. Apa yang ingin saya katakan untuk Ramadhan tahun ini, malahan sama seperti Ramadhan sebelumnya, adalah bahawa rakyat Palestin masih lagi hidup di bawah embargo zalim Zionis yang belum berakhir kerana kelemahan bangsa Arab dan kaum Muslimin”.

Dia menyambung, “Benar, saya masih dapat memenuhi keperluan untuk bulan Ramadhan, namun selain daripada saya masih ramai yang tidak mampu membeli walaupun sebiji kurma untuk anak-anak mereka akibat tidak ada pekerjaan. Untuk itu saya menyeru kepada semua orang kaya dan dermawan untuk menyumbang sedikit harta mereka dan mengukir senyuman di wajah rumah-rumah yang tertutup di Gaza. Bulan Ramadhan adalah bulan saling bantu-membantu, persaudaraan dan cinta, dan setiap kebaikan di dalamnya dilipat-gandakan”.

Mengenai krisis bekalan elektrik, Abu Muhammad dengan optimis mengulas, “Sejak beberapa bulan kami hidup dalam krisis bekalan elektrik. Benar, hal itu mengeruhkan kebahagiaan Ramadhan dan puasa akibat suhu tinggi di musim panas ini. Namun hal itu tidak akan menimbulkan masalah bagi kami. Saya yakin krisis ini akan selesai dalam waktu terdekat. Untuk itu saya tidak perlu takut dan cemas”.

Manakala Abu Muadz yang berasal dari utara Gaza mengatakan, “Harus ada persiapan menyambut Ramadhan dengan mempersiapkan diri membaca al-Quran, menjaga zikir, solat lima waktu, i’tikaf dan solat malam.” Dia menambah, “Satu-satunya yang baru di bulan Ramadhan tahun ini adalah tersedianya banyak barang keperluan Ramadhan kerana Israel membenarkan masuk sejumlah barang, selain penyeludupan melalui terowong. Sehinggakan pasar-pasar di Gaza penuh dengan berbagai macam barang.” Namun daya beli masyarakat rendah kerana ramai yang kehilangan pekerjaan akibat emabrgo.

Abu Muadz mengatakan, “Ramadhan tahun ini datang ketika banyak masalah membelenggu rakyat Palestin yang sedang diembargo. Embargo masih menjadi masalah yang sangat besar bagi rakyat Palestin, kerana telah menghalang mereka daripada mendapatkan air dan udara. Masalah lain adalah terputusnya bekalan elektrik dalam tempoh yang lama di tengah-tengah cuaca yang sangat panas.

“Bagaimana kami dapat berpuasa di tengah-tengah suhu yang sangat panas dan terputusnya bekalan elektrik, salah satu daripada keduanya meringankan satu sama lain. Namun bila kedua-keduanya berlaku, Ya Allah ya Tuhan kami, tolonglah kami berpuasa di bulan mulia ini.” (mn/PIP)

----

speechless dengan respon tenang mereka T_T"

wallahua'lam

banyak tak terluah.

simply speechless.

August 10, 2010

Ramadhan Mubarak!

bismillaahirrahmaanirraheem

-- RAMADHAN --
!! IT'S HERE !!
:)


Narrated Abu Huraira(r.a): The Prophet said:
"... whoever fasts during Ramadan out of sincere faith and hoping to attain Allah's rewards, then all his past sins will be forgiven."
(Sahih Al-Bukhari)

"When the month of Ramadan starts, the gates of the heaven are opened and the gates of Hell are closed and the devils are chained."

(Sahih Al Bukhari, Narrated by Abu Huraira)



bergembiralah jiwa-jiwa yang merinduiNya~

let's fiesta!


August 09, 2010

double the joy

bismillaahirrahmaanirraheem

"Every action of the son of Adam is given manifold reward, each good deed receiving then times its like, up to seven hundred times. Allah the Most High said, 'Except for fasting, for it is Me and I will give recompense for it, he leaves off his desires and his food for Me.' for the fasting person there are two times of joy; a time when he breaks his fast and a time of joy when he meets his Lord, and the smell coming from the mouth of the fasting person is better with Allah than the smell of the musk."
(al-Bukhari)

true right?
(comel jugak. sebab Allah tahu kita suka bila dapat makan. hehe)
facing the food for iftar while waiting for the azan proves it all.
the moment our tongue taste the sweetness of the dates, and the throat washed with a fresh cup of water, our faces brighten with joy ^__^
energy surges up like lightning bolts.
and we chant inside,"yeay alhamdulillah! made it for today!"
and this is just the first part of joy!

the second part is when we meet Him!
cannot imagine that can we?
oh well..
doa yuk!
may He accept all our deeds especially in Ramadhan..

wallahua'lam

meriahkan3

August 08, 2010

take sahur

bismillaahirrahmaaniraheem

"Take sahur as it is a blessing."
(al-Bukhari and Muslim)

don't want to?
then you'll miss out the fun of Ramadhan..

don't be arrogant please.
your Lord is Most Gracious.
He's giving away His blessings for free!
come and get it!

"Eating sahur is blessed. Do not neglect it even if you take a gulp of water."
(Ibn Hibban)

"The best sahur for the believer is dates."
(Abu Daud, al-Baihaqi and Ibn Hibban)

easy peasy!
drink and munch on some dates and His blessings are showered upon you :)
make sure to take your sahur yeah!


~Ramadhan Mubarak all~

set targets
lillaahi ta'ala