• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • #weekendkajol

    Friday, October 30, 2015
    Alhamdulillah,

    Esok genap sebulan aku tinggal di Kanazawa. Alhamdulillah setiap weekend sekarang ini masih diisi dengan melawat ke tempat-tempat menarik.

    Pada hujung minggu pertama, aku tidak ke mana-mana kerana sibuk untuk pindah ke rumah baru. mengemas dan mengangkut barang menjadi tugas utama.

    Walaubagaimana pun,

    10-11 Oktober,

    Adik-adik di sini mengajak aku untuk pergi ke rumah senior mereka di Nara. Nara berdekatan dengan Osaka dan Kyoto. Oleh sebab itu, aku dapat singgah ke Bandar Osaka dan Kyoto.





    18 Oktober
    Kenroku-en merupakan taman ke  tercantik di Jepun. Bayaran dikenakan kepada semua pelawat. Tetapi penduduk yang tinggal di Kanazawa tidak dikenakan bayaran masuk.

    25 Oktober
    Hakusan(Gunung Haku)
    Jalan pergunungan ini tidak dibuka sepanjang tahun. Perjalanan di lereng gunung ini disajikan dengan permandangan yang sangat indah. Tambahan pula pokok-pokok di musim luruh sedang kekuningan keemasan.