• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • surat

    Monday, March 23, 2015
    "Awak...hei awak.."

    Aku menoleh kiri dan kanan. Tak ada orang pun. "Dia panggil aku kah?"monolog dalaman aku
    Oleh sebab dia masih memandang aku..Aku menyahut "aku?"

    "Ya. surat untuk kau" sambil tangannya menghulur sepucuk surat.

            "aku?surat untuk aku?" aku masih terpinga-pinga. Bagaimana surat untuk aku ada dia? "tak                   mungkin surat cinta, zaman sekarang mana ada orang rajin tulis surat cinta"

    "Yalah. Surat untuk kau. Nama kau kan kat surat tu?"

    Aku cuma membelek-belek surat di tangan ku. Memang tertera nama, tapi bukan nama aku. Azdihar. Entah siapalah yang rajin gabung nama aku dan dia. Hahaha. *tak kelakar*

    Walaupun bukan nama aku. Aku ambil dan buka juga surat itu.

    SAH! bukan surat cinta.
    surat rasmi yang aku tunggu hampir 2 bulan.


    Terima kasih sebab tolong passing surat aku~

    Cinta Pendrive?

    Thursday, March 12, 2015
    Cerpen "Cinta Pendrive ku Berputik"

    Jam Tangan REEBOK ku berwarna oren menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Aku cuma ada sejam untuk mencetak dokumen-dokumen penting sebelum menghantar ke Pejabat. Saat aku keluar daripada kereta, aku cuma mencapai bahan penting. Mulut terkumat-kamit mengingati apa yang perlu dibawa."kertas, duit, pendrive". Berkali-kali aku ulang supaya tidak perlu aku patah balik ke kereta.

    Aku mula mengorak langkah ke makmal di Fakulti Kejuruteraan, tiba-tiba aku sedar cuma ada kertas,duit,dan kunci kereta. "Oh..kenapa boleh lupa pendrive" omel aku seorang diri.

    Oleh sebab masa mencemburui aku, aku cuma seluk bahagian depan bag sandangku. Tapi yang aku dapat rasa beberapa keping duit syiling dan bekas contact lens aku. Peluh mula memercik di dahi. Cuaca yang suam-suam kuku pun aku rasa seperti berada di dalam ketuhar. Aku mula panik!!

    Nasib baik aku mempunyai pendrive kecemasan. Dan nasib baik juga semua dokumen dalam komputer riba aku sudah dikemaskini. Aku cuma membuat anggapan pendrive aku tertinggal di hostel atau hilang. Hati mula redha dengan pemergian Si Hijau(Pendriveku). Dengan hati yang lara, aku teruskan juga misi penting aku. Setelah selesai mencetak dan menghantar ke pejabat, Tiba-tiba aku mendapat penggilan" Hello, cik nurul?" suara lelaki kedengaran dari corong telefon bimbitku. "Bukan, saya bukan nurul". Aku cuma menganggap lelaki ini salah mendial nombor.

    "Ada hilang pendrive tak?"

                     "Eh..ada2..alhamdulillah...ada orang jumpa". Encik kat mana?Jumpa pendrive kat mana?

    "Saya jumpa depan institut ni ha. Awak kat mana? Boleh saya bagi pendrive awak balik.

                     " Saya dalam institut. Hmm..saya dengar suara awak lah."

    Saat itu aku tercari orang yang memegang telefon, rupanya dia duduk selang 2 buah meja dari aku.
    Dia dapat menghubungi aku kerana aku save nama pendrive aku sebagai nombor telefon. Memang sebelum ini aku pernah kehilangan pendrive, tapi tak ada pula yang menghubungi aku. Mujur lelaki ini baik. "Muka ada sinar-sinar keimanan." aku cuma bermonolog dalaman .Eh??

    Hahaha..nasib baik aku cuma bermonolog dalaman. Jujur aku terfikir adakah ini jodoh aku?Sebab dah lama buat lawak bila orang tanya kenapa letak nombor telefon kat pendrive? Aku jawab "motif letak nombor telefon sebab nak cari jodoh"

    Aku dengan si dia berborak agak lama kerana dia terbuka folder dalam pendrive aku. Dan kami berborak mengenai pelbagai topik sehingga aku sedar, semua yang lalu lalang mula memerhati.
    Mungkin aku sahaja yang perasan lebih.. (^_^)

    Oleh sebab aku mula segan, aku mintak diri dan ucap thanks~~

    Moga lepas ini kita jumpa lagi~~~
    (Si Hijau)


    Oppss..cerita xdak kena mengena sangat dengan tajuk.hahaha..
    mungkin cerita cinta pendrive akan bersambung..jeng3..

    Hadith Ghulam

    Sunday, March 8, 2015



    KIsah Ghulam yang diceritakan oleh Rasulullah kepada Sahabat

    • zaman dulu- Raja dianggap tuhan- raja ada tukang sihir- tukang sihir dah tua- so request pengganti kat raja - Raja cri seorang budak bijak, sihat, muda supaya belajar sihir- budak otw nak jumpa ahli sihir- terserempak dengan rahib (agama samawi), rahib beriman dengan Allah- budak nie akan duduk dengan rahib untuk belajar. so everytime otw dia akan singgah belajar dengan rahib- so setiap kali nak pegi kelas ahli sihir dia terlambat, so dia kena pukul- so budak mengadu pada rahib- rahib advice: kalau budak nie takut kat ahli sihir, ckp mak ayah tahan. kalau takut dengan mak ayah dia sebab blk lambat, ckp ahli sihir tahan dia.- satu hari budak terjumpa satu binatang besar- binatang halang laluan org ramai- terdetik dalam hati dia untuk test ilmu yg dia ada, dia nak tahu sapa lagi hebat , tukang sihir ke rahib. - budak amik seketul batu: kalau rahib betul maka binatang nie akan berjaya dibunuh. -binatang mati- org ramai kagum sebab budak nie ada ilmu yg selama org ramai x tahu- Rahib ckp pada ghulam ”pada saat ini kmu lgi hebat dari aku, tp ingat kamu akan diuji, jika diuji jgn sekali kali bg tahu mengenai rahib - budak nie pandai and boleh rawat penyakit org ramai- seorang pembesar yg bekerja dengan raja, dia buta. bila terdengar tentang budak, dia btg jumpa budak tuh dengan bawa hadiah sbgai bayaran untuk sembuhkan mata- budak tuh x mahu hadiah, sebab bukan dia yg menyembuhkan tp Allah yg sembuhkan, budak tuh usaha sahaja- pembesar percaya dan beriman kepada Allah- bila pembesar dah beriman, budak tuh berdoa and pembesar sembuh- cerita sampai pada raja, raja tanya sapa yg kembalikan penglihatannya- pembesar jawab: Tuhan aku- raja hairan siapa tuhan selain aku(sebab raja ingat dia tuhan) -pembesar diseksa and reveal tntg budak itu- so budak ditanya oleh raja- budak ckp Allah yg sembuhkan- so budak diseksa, and terrevealed pasal rahib- rahib nie kerja dia berdakwah, so rahib disuruh oleh raja untuk tgglkan agama- rahib x nak- so rahib dihukum, dengan dipotong dengan gergaji dipotong dua badan dia.- budak dibawa balik ke raja dan disuruh balik ke agama asal- budak x mahu- so raja perintahkan kumpulan askar untuk bunuh budak nie- 3 trials:

      • ke puncak bukit yg tinggi, so budak berdoa” Ya Allah tolonglah aku dengan cara yg Engkau kehendaki” bukit bergegar semua pengawal mati. so budak kembali pada raja
      • 2nd trials- bawak ke laut. budak doa dengan yg sama. perahu tenggelam, semua pengawal raja mati lemas. budak balik pada raja.
      • 3rd trials- budak terus terang dengan raja. raja x kan dapat bunuh budak tuh sampai raja ikut apa yg budak minta. budak sruh raja kumpulkan semua org kat satu padang, and ikat budak kat pohon kurma. raja perlu amik anak panah. disuruh raja untuk ckp “dengan nama Allah, tuhan budak ini”. raja percaya dengan budak nie. raja ikut apa yg diminta. ramai org saksikan peristiwa itu. so raja nie nak bunuh budak, raja baca dengan kuat. so budak dipanah. so anak panah terkena bawah telingan budak itu- budak meniggal dunia

    • semua org kenal akan tuhan and dengan kuasa Allah baru budak tuh mati. semua org percaya dengan Tuhan budak itu. Raja kalut. org sekeling beriman secara beramai-ramai.
    • raja minta orng untuk gali parit yg besar antara 2 gunung- muat untuk semua org ramai- api dinyalakan- semua akan ditanya untuk kembali ke agama asal- kalau x nak akan dicampak ke dalam parit
    • seorang wanita yg dah beriman- dia takut sebab tahu bakal dicampak dalam api- baby yg dipegang oleh wanita itu- bayi itu berkata2: “ibu sabarlah, sesungguhnya engkau berada atas jalan kebenaran” - so end up ibu dan bayi dicampak dalam api.
    • budak dikebumikan. pada zaman saidini umar ada penemuan mayat, seorang budak yg tangan yg masih memegang telinga yg luka.
    • hadith: x diberitahu siapa budak nie. Ghulam maksudnya budak. dirahsiakan siapa ghulam, siapa rahib malah bila kisah nie berlaku pun adalah rahsia.


    *cerita ini bukan aku yang tulis, ada murabbi yang ceritakan dalam sesi usrah hari ini. aku hanya rasa cerita ini perlu diterukskan. Semoga cerita ini bermanfaat kepada mad'u.


    Dr. Dracula minta darah..darah..darah..

    Thursday, March 5, 2015
    Salam sejahtera...


    Dah lebih sebulan aku balik dari German. Banyak aku nak cerita tapi asyik duk tangguh2, habis lupa sudah hot2 stories.. Basi dah kalau nk cerita pun.

    Berbalik pada tajuk, nak tau pasaipa apa tulis darah sampai 3 kali. Sebab harini aku pi klinik kesihatan untuk buat medical check up. Medical Check up ni aku buat sebab sekarang aku tengah isi borang nak sambung belajar. Tak tau laa dapat ka tidak, aku just usahakan ja.

    Mula2 aku sampai klinik kul 1.35-1.40 macam tu laa sebab semalam dia bagi appointment aku kul 2.00. Aku memang duk tgk jam, pukul 2.10 baru ada orang kt kaunter. Pukul 2.15 baru panggil aku. suruh pi bilik no.7. Dah laa nak tunggu turn kat bilik no.7 tu pun lama. Memang menguji kesabaran betul. Nasib baik laa aku puasa, tahap kesabaran aku tinggi laa jugak.

    Dah masuk dalam tu, Dr. ambil darah. bila result darah dah keluar. Ada 2 element yang dalam borang ni dia tak uji. So, aku kena pi bilik no.7 balik sebab kena ambil darah baru. Oleh sebab darah yang aku baru ambil boleh guna lagi untuk salah satu element, Dr. tu kena ambil darah sekali lagi jelah. BUT dia salah tengok borang aku...lepas dah ambil darah baru dia cakap, kalau element yang satu ni, kena guna tabung uji lain. Denggg!!!

    Now kali ketiga dia ambil darah aku. Siap suruh tukar tangan lagi...Sabar jelaa, mungkin ni laa kesusahan2 yang timbul untuk sambung blajaq.. Dah macam dracula dah ambil darah banyak2.

    Punya laa macam bola kena p ambil darah, urine test, x ray, kaunter pendaftaran tu aku p dekat 5 kali kot. total2 3 jam lebih aku kat situ.. Apa2 pun syukur bayaq x mahai..


    Dear Dr. Dracula, di harap sebelum ambil darah sila pastikan tujuan darah di ambil.

    Dear sesiapa nk buat medical check up..baca dan tanya doctor dulu. Apa yang perlu dan apa yang tak perlu.


    Semoga Result Darah aku selamat laa hari Isnin.