sahabat platonik..korang penah dengar
tak? saya mcm 1st time tapi saya baru pasan yang saya ada sorang
sahabat platonik rupanya
jujur saya baru dengar tentang word ni?
ketinggalan zaman kan?
Perkataan "platonic" tu sendiri dengan seorang ahli falsafah terkenal
greek iaitu plato
Dalam symposium (teks falsafah plato)
plato mempersoalkan tentang kewujudan hubungan cinta antara dua manusia tanpa
sexual desire. Malah plato menganggap sexual desire ini mengganggu
sesuatu hubungan cinta untuk berada pada tahap yang lebih tinggi. Salah satu
topik dalam sympossium turut menerangkan kemungkinan bgaimana sesebuah cinta
itu bermula dan bagaimana ia berkembang.
Perkataan ni JARANG digunakan bagi
persahabatan yang mlibatkan jantina yang sama sebab maksud istilah itu
sendiri yang dikhususkan kepada "sexual feelings". Takkanla
kawan antara laki ngan laki or perempuan ngan perempuan akan mnimbulkan
"sexual feelings" kan?
^_^ . Bahaya tuh deng!! Lainla gay , lesbian or biseksual, tu tak usah nak
ceritalah kan?
hehehe. Tapi tak dapat juga nak dinafikan, kadangkala berlaku jugak
sahabat yang sama gender (Paling kerap lah kan?). Mungkin sebab ikatan persahabatan
yang terlalu akrab ^_^. But still hubungan tuh bukan dikatakan sahabat
Platonik, itu sahabat sampai mati namanya.. ^_^
Sahabat platonik selalunya memahahami
hati kita dan mereka ialah orang yg kita akan habiskan masa kita selalu
dengannya, kebiasaannya minat, hobi ,kemahiran mahupun artis kegemaran antara
satu sahabat platonik akan same dengan satu sahabat platonik yang lain situasi ini
akan mendorong kepada keakraban yang kukuh antara mereka.
hehehe.. means kat sini, SAHABAT
PLATONIK ini melibatkan dua jantina n for sure mestilah laki n pompuan kan.. hehehe
yang menariknya hubungan ini adalah
satu hubungan yang tidak melibatkan keinginan antara satu sama lain untuk
menjadi pasangan kekasih.
Secara ringkasnya, sahabat platonik
menurut KAMUS MINDA DAN BICARA HATI sheeda salleh 2012 ,
hubungan Platonik membawa maksud semata-mata bersifat spiritual (pemberi
semangat), bukan didorong oleh atau bermotifkan keinginan nafsu syahwat (bukan
hubungan persahabatan atau kasih sayang).
Ada orang kata sahabat macam ni tak ok..
Ada yang selesa ada sahabat macam ni..
Semua itu terpulang
Sebab kita tak bole paksa suruh orang
setuju dengan satu perkara sahaja
Semua itu terpulang dengan niat
jugaklah
Saya rasa saya ada seorang sahabat platonic
Saya rasalah
Terus terang saya selesa berkawan
dengan dia..
Saya tak bercinta dengan dia..
Saya selesa untuk bagi tahu dan story
apa-apa sahaja kat dia…
Dengan satu perkara saya bagitau dia
^-^, then saya tenang
Jadi bagi saya sahabat platonic bolehlah
dirumuskan sebagai hubungan persahabatan antara lelaki dan perempuan tanpa
rujud sebarang perasaan, senang cita, kawan baik tanpa ada perasaan cintalah.
Saya rasa sahabat platonic ini hanya
boleh berlaku bila satu pihak tu dah ada kekasih hati…
Sebab kalau 2 2 single, kemungkinan
sahabat platonic ni jadi kekasih hati pulak sebab selalu berhubung…
Selalu kongsi cerita yang sama, sebab
senang bersamalahkan…
Faham antara satu sama lain…
“lucky I’m love with ny bestfen”…
sesuai sangat lagu ni… hehehe
Namun sapa2 pon sahabat platonic kita,
doakan mereka bahagia yer…
Hurm… sebenarnya sebelum ini saya
pernah persoalkan perkara ini.. wujudkah sahabat antara lelaki dan perempuan
yang berhubung meskipun bukan kekasih?
Hurm…
Dan, last week saya dah dapat jawapan
setelah menonton nona at tv3
hehehe
best jugaklah platonic friendship ni..
(" , )
sekian,
saya rindu sahabat platonic saya…
hahaha
♥ ♥Romantic relationships come and go,
but a good platonic friendship can last forever♥ ♥