Sticky Notes

Ƙαℓαʋ α∂α ʏɢ ƨʋ∂ι ƨιиɢɢαн, тɛяιмα καƨιн ∂ιʋcαρκαи. Ƙαℓαʋ α∂α ʏαиɢ ƨʋ∂ι ғσℓℓσω, тɛяιмα καƨιн ʝʋɢα ∂ιʋcαρκαи. Ƙαℓαʋ ƨʏ тιиɢɢαℓκαи κσмɛи ∂ι тɛмραт καℓιαи, ƨʏ тακ мɛиɢнαяαρ вαℓαƨαи ƨιиɢɢαн ∂αяι καℓιαи. Ƨʏ cʋмα ƨʋκα вαcα ʝαωαραи καℓιαи ∂ι вℓσɢ καℓιαи. Ƙσмɛи ʏαиɢ ικℓнαƨ, ρɛяƨαнαвαтαи ʏαиɢ ικнℓαƨ ƨʏ нʋℓʋяκαи ʋитʋκ καℓιαи ;)

Monday, 18 August 2014

Apa-apa Sahaja (2)

Assalamualaikum,

Kita kembali ke edisi 2, sambungan post yg lepas. Lambat skit sambungan sbb takde idea plus tgh thn byk keje skit plus puasa & beraya (Alasan je tu). Kte sambung part intrviewla ye kalau part mengandung ni tak abis2. Krg dah hujung nnt baru cite tu.

ii) Hadir Intervie N41

Tak ingat dah tarikh interview tu tp tak silap bulan 6 tulah sbb diorang nak kejarkan sebelum pendaftar bersara. Interview mcm biasa jelah. Mengharap dgn tak mengharap mcm fifty2 je. Tgkkan calon2 nye pun kebanyakan senior. Ada satu calon tu dah umo 50 lebih dah ada master pun but still PPT. Jd mcm ada low skit la expectation utk dpt. Soalan2 interview mcm tu lah. Part kerajaan skit (penjimatan), tonggak 12 dan soalan-soalan lebih kepada kemahiran, keyakinan dan apa2 lg. Dalam awal bulan 7 tu dpt tau org lain dpt. Calon luar ada, calon dlm pun ada. Tp tak rasa ralat sgt sbb yg dpt calon dalaman adalah org yg dah dtg interview utk jwtn N41 tu sebanyak 8 kali tp tak dpt2. Kali ni alhamdulillah dapat gak dia akhirnya.

iii) Ubahsuai cara simpan baju kat almari - menjadi ke beli drawer baju baru

Hah..yg ni dpt dari 101-tips-membuat-kerja-rumah-lebih-mudah . Disebabkan almari baju dah mcm tunggang langgang penuh. Bila nak ambik satu baju, jatuh plak yang lain. Cuba cari alternatif lain dari website tu. So ambiklah ilmu, belilah almari baju pattern drawer. Seperti biasa ktorg mmg suka beli perabot kat parit Jambul kat jln dlm . Tak ingat nama kedainye apa, tp lebih kepada showroom siap ada warehouse. Suka beli kat situ sbb husband selalu boleh bargain sampai sgt murah. Inilah rupanya

 dan inilah cara simpan bajunye


Oklah quite satisfied sbb tgn saya ni bkn jenis pandai menyusun2. Bila cmni nmpk semua baju yg ada n sng nak kluarkan. Kat drawer anak2 pun buat camtu gak, sampaikan kabinet kecil utk baby nnt pun buat mcm tu gak. Ada byk tips lagi dari website tu, boleh dipraktikkan utk kesenangan.

iv) Berangan nak bercuti ke jogjakarta & solo

Kami suami isteri ni minat kesenian. Kami sama2 masuk gamelan di tempat keje kami. Jamulah mata dengan youtube Gamelan Lenggang Kangkung, kami suami isteri duduk bersebelahan walaupun alat yg lain tp seakan sama.

Nak bercuti ke jogja & solo dah lama sbnrnye teringin. Nak tgk kesenian, batik2, songket2 yg cantik. Kami mmg bukan jenis melancong utk shopping. Mmg nak sgt tp sbb dah mengandung jd kena tangguhkan dulu. Dah survey nak ikut pakej ke nak sendirian berhad ke. Tp bila tanye husband dia kata utk 1st time better ikut pakej. Muka sy dah muncungla sbb ikut pakej mahal skit. Tp takpelah kan, kumpulla duit dari skrg.

Kebetulan masa sblum puasa hari tu Leasure Holiday ada call n kata nak bg free 3 hr 2 mlm kat hotel dia dgn syarat kena dtg utk penerangan dia. Turns out terpencotla, hahaha.. Join jd ahli. Sy ni mmg kaki jln, mcm byk benefitlak cuma LH ni tak cover Jogja & Solo. But I can manage Insha-Allah dengan benefit2 yg dia ada rasanye boleh ni berjimat ke Jogja & Solo tp kena ambil masa skitla.

So itu jelah utk kali ni. Tq u olls

Thursday, 24 April 2014

Apa-apa sahaja

As-Salam,

Lama sudah tak menaip apa2 di sini. Lgpun mengenangkan sapelah yg sudi nak baca n komen blog ni kan.. ;) Bersawang pun takde hal la.. Lgpun sblum nak taip mcm byk idea tp bila dah start hilang terus idea tu. Ape ehh. Ok, mari listkan ape yg best slps post terakhir 27/12/2013. Em.. sng2 start awl thn jelah ye. Dah nak masuk Mei. Ok.. mari kte tgk :-

i) Disahkan hamil dan akan due akhir bln 8 nnt
ii) Hadir intrview N41
iii) Ubahsuai cara simpan baju kat almari - menjadi ke beli drawer baju baru
iv) Berangan nak bercuti ke jogjakarta & solo

Orait kte cte psl mengandung dulu eh.. Alhamdulillah setelah Qaireen dah umo 4 tahun dpt rezeki lg. Sbtulnya mmg merancang pun. Ni baru je berhenti dlm 5, 6 bulan dah melekat. Alhamdulillah sgt2 sbb Allah bagi peluang utk aku buat lasik dulu baru mengandung. Kalau mengandung takleh wat lasik sbb hormon tak stabil. Mengharap sgt kali ni dpt boy, tapi kalau dapat girl lg pun redha. Rezeki Allah nak bg compare dgn saudara dan kwn2 yg belum dpt anak lg, sesungguhnya sgt beruntungla kami.

Mengandung yg ni agak lain. Baru sebulan dan mabuk lebih teruk dari dulu. Dulu masuk bln ketiga baru nak mabuk n sekejap je. Ni berlanjutan sampai 4 bulan. Cuma sib baik tak seteruk2 org lain yg kdg langsung takleh thn nak muntah time tu gak muntahnye. Ramai kata mengandung kali ni mcm dpt boy je. Berbunga2 rasa hati dgr org ckp cmtu. Gi gak scan doktor kata boy gak. Cuma taknak mengharap sgt sbb ada gak yg terjadi scan lain, lahir lain. Masuk 5 bln dan rasa dia menendang kuat. Dulu 7 bln baru rasa. Diharapkan tak ada sbrg komplikasi masa mengandung n melahirkan nnt. Amin..

--- Sambungan 06.05.2014---

Skrg ni tgh plan untuk persiapan bersalin dan menyambut baby Hilman nnt. Hilman tu nama yg dicari sbb doc scan kata boy. Tp tak berani nak mengharap sgt sbb manalah tau kan.. Hilman ke Hilma ke mana2 pun boleh asalkan sihat. Dua kali bersalin, mesti koyak time meneran. Tu belum haru masa anak 1st, siap jahit balik lagi. Dulu bersalin 2nd ingatkan koyak tu normal, rupa2nye boleh dielakkan. So skrg ni mengumpul pertua untuk mengelak koyak tu. Ada kata makan minyak kelapa dara, telur ayam kampung. Nak cuba gaklah. Kali ni berpantang pun kat rumah sendiri, tak pasti yg mak mertua akan jaga. Mgkn jg berpantang sendiri dgn bantuan hubby sbb hubby kata mak dah tua mcm tak sampai hati nak menyusahkan dia. Rasa mcm best je berpantang kat rumah sendiri sbb tak risau adik2 ipar yg bkn mahram. Lebih selesa.

Kandungan baru 5 bulan lebih dah 61 kg berat. Tgk buku merah dulu masa time 2nd, berat 60 kg tu dah 38 minggu, nak dkt bersalin dah. Makin beratla ni jwbnye. Boleh agakla besok tua2 rasanye mesti berisi. Tgk kakak2 yg lain pun mcm lebih kurang aje. Elok gak berisi sikit jd pipi takdelah nampak 'kempot', hee. Tgk mak mertua tu, cekang je mukanya.

Bilalah agaknye nak selongkar stok2 baju baby kat atas almari tu. Mcm ni pun dah rasa berat. Takkan nak tunggu sampai 7 bulan kan.. Tp kalau bab shopping, tenaga mak yong ni tetap menten. Rabu yang lepas pegi pasar ayer hitam yg sgt best tu (mana tak best.. brg cantik2 dan murah2) Niat nak belikan tudung2 kendarat untuk kakak2. Ajakla hubby sekali siap bwk troli kecik sbb risau gak manala tau tetiba berpinar2 at least ada kwn. Sebelum ni kalau pegi pasar tu mmg sorg2 je sbb sng nak round 2,3 kali pun. Pg2 tu siap2 dah wat sarapan roti telur berkeping2. Hubby mkn skit je. Mak yong mkn berkeping2 sbb risau tak ckup tenaga. Last2 kan kat pasar tu hubby yg dah lepak. Mak yong menten je. Kesian dgn dia siap belikan air mineral pastu suruh dia duduk je. Time tu dah target kedai mana nak beli then pusing balikla, tp tgk hubby dah mcm tak ckup tenaga je, suruhla dia balik ke keta dulu gi mkn dulu. Tergelak plak rasa, lain yg dipike lain yg jd. Alhamdulillah dptla tudung kendarat tu, malah ada lg brg2 lain yg takde dlm list pun, hikhikhik. 2 Mei hari tu  balik Selangor trus edarkan kat kakak2.