Good day to everybody...
Smiling all the way...... mengingatkan hari bahagia yang tak lama lagi ni...errrr mmg berdebar - debar...hehehehe....... so,to get rid of this feeling i banyak membzkan diri ngan aktiviti lain..wat ape2 jer lar...rite now i'm at the office..hehehe culi2 bukak blog....
Masuk2 jer ofis sempat lagi online jap ;)
Bukan web ape pun Berita Harian Online...
Page demi page dibaca... zarsss...Interesting title and issue..Important issue, which is i think it really make me feel better bila memikirkan my future hubby yg belayar ni.....
Dolu2 i tak kisah sangat ttg menda ni semua..tapi bila dah bersama dgn org kapal ni...hehehhe i jdk alert sgt dgn topic2 mcm :)
I'm not sure u all aware or not about this issue..btw let's share the info ;)
Eventhuo, my fiancee nye ship mmg tak lalu that particular place ..but for safety anak kapal yg lain pun penting jgk kan...
Still remember the last ship yg kena hi-jack tu,terperanjat sedey pun ade coz ramai anak kapal yg kena than dek lanun tu,luckyly my fiance tak terlibat..but as i said rasa simpati tu mmg ade..
Ye lar,of course tu dah mmg keja diaorg but safety is the main thng..kalau dpt duit banyak ...banyak ke :)... tapi tak selamat pun tak bleh kan...
Kte yg kat darat ni mesti tak senang duduk memikirkan keselamatan diarong kat laut tu..At least,with the action taken...rasa risau tu bleh kurang ckit :)
Who knows..next trip i plak naik kapal ikut my dear firdaus kan...so tak ler dibayangi kisah2 ngeri kena tawan ni...
Me tak melepaskan peluang utk bace...jom kawan or seafarers wifey bace ;)
MISC, TLDM kerjasama atasi lanun
Oleh Ifwan Tun Tuah dan Khairul Azran Hussin khaiazr@bharian.com.my
Kapal dagang pertama diubah suai jadi Kapal Bantuan TLDM BM5
KUALA LUMPUR: Kapal kontena Bunga Mas Lima menjadi kapal dagang pertama di Malaysia diubah suai menjadi kapal bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi mengiring dan melindungi kapal milik Malaysian International Shipping Corporation (MISC) Bhd yang melalui Teluk Aden di Somalia. MISC dalam satu kenyataannya berkata, usaha yang mendapat kerjasama TLDM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu dibuat berikutan kejadian rampasan dua kapal MISC, iaitu MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5 oleh lanun Ogos tahun lalu.
"Pengubahsuaian Bunga Mas Lima, sebuah kapal kontena bersaiz 699 TEU, dijalankan oleh Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE), anak syarikat MISC, di limbungan kapal MMHE, Pasir Gudang, Johor. "Melalui pengoperasian Bunga Mas Lima, kapal itu akan dikenali sebagai Kapal Bantuan TLDM BM5 dan bakal menggantikan KD Sri Inderapura yang ketika ini ditugaskan di Teluk Aden dan akan kembali ke Malaysia Jun ini. Kerajaan sebelum ini menghantar dua kapal perang, KD Lekiu dan KD Inderapura serta kapal peronda pesisir pantai, KD Pahang, untuk melindungi kapal MISC yang melalui perairan berkenaan berikutan rampasan MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5.
Kenyataan itu berkata, berdasarkan undang-undang antarabangsa, kapal tambahan adalah kapal selain dari kapal perang yang dimiliki atau di bawah kawalan pemerintahan tentera. "Kapal Tambahan TLDM BM5 dianggotai krew MISC dan anggota tetap ATM. Kesemua krew MISC turut diserap sebagai anggota pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) dengan menjalani latihan asas ketenteraan. "Ia juga akan beroperasi di bawah kawalan kerajaan dan diberi keistimewaan 'sovereign immunity', sekali gus membuktikan komitmen MISC terhadap keselamatan pekerja, terutama dari segi ancaman lanun," katanya. Sementara itu, Panglima TLDM, Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar, dalam ucapannya ketika Majlis Pengoperasian kapal berkenaan di Limbungan MMHE di Pasir Gudang, berkata operasi kapal itu dipikul kedua-dua pihak mengikut kepakaran masing-masing.
"Tugas pengendalian dan pengoperasian kapal dipikul Pegawai Memerintah yang juga pegawai MISC yang sudah menjalani latihan PSSTLDM, manakala tugasan berkaitan Ops Fajar di bawah tanggungjawab pasukan ATM. "Kapal yang dilengkapi helikopter Super Lynx serta bot tempur itu turut menempatkan anggota KD Panglima Hitam (Pasukan Khas Laut atau Paskal), pasukan udara dan bantuan TLDM serta pasukan perubatan ATM bagi melaksanakan operasi berbentuk pertahanan mahupun serangan jika diperlukan," katanya.