Saya mencari penulisan saya berkenaan penulisan al-Quran di blog saya. Tentang sejarah penulisan al-Quran. Rupanya tiada entry di sana tentang penulisan al-Quran.
Saya nak copy dan paste di sini. Tak jumpa. Jadi saya tulis sahaja di sini. Kenapa saya cari? Saya perasan ada sedikit kekeliruan tentang sejarah penulisan al-Quran. Mungkin ada yang terkeliru bahawa tiada penulisan al-Quran berlaku di zaman nabi dan percaya bahawa pada zaman nabi al-Quran hanya dijaga secara hafaz terus di dalam dada para sahabat. Hakikatnya, penulisan al-Quran telah berlaku sejak zaman nabi lagi. Setiap wahyu yang diturunkan ketika itu terus ditulis oleh para penulis wahyu yang telah dilantik oleh nabi antaranya Abdullah ibnu Saad, Uthman ibnu Affan, Ali ibnu Abi Talib, Ubai ibnu Kaab, Zaid ibnu Thabit dan Muawiyah ibnu Abi Sufyan. Cara tulisan ayat al-Quran ketika itu adalah ia ditulis di pelepah tamar, tulang unta dan tulang kambing yang telah disamak. Juga pada potongan kayu dan ketulan batu. Jadi selain ayat al-Quran dipelihara di dada-dada para sahabat dengan secara hafazan, ia juga dipelihara dengan tulisan-tulisan sahabat yang telah ditugaskan oleh Nabi sollallhu alaihi wasallam. Dan ketika itu, hanya wahyu berupa al-Quran sahaja ditulis. Wallahu a'lam. #FirdaosrawiSaturday, 1 May 2021
Monday, 23 December 2019
Thursday, 20 December 2018
ANDA TIDAK PERLU TAHU HURUF HIJAIYYAH UNTUK MEMBACA ALQURAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Teks : Firdaos B. Mohd Rawi
Gambar : Google
Bila kita mula sekolah benda asas kita belajar adalah ABC. Begitu juga masa kita mula belajar mengaji kita belajar 29 huruf hijaiyyah. Sebab dengan asas ini baru kita boleh membaca.
Kita berpandangan bahawa dengan kuasai huruf ini barulah kita boleh baca al-Quran.
Jadi orang yang tidak kenal huruf tidak boleh membaca al-Quran.
Sebab kita pegang ia adalah perkara asas. Ia betul. Namun, boleh atau tidak anak kecil atau kita tidak kenal huruf namun boleh baca al-Quran?
Sudah tentu boleh. Macam kueh atau roti canai, asas nak dapat makan mesti tahu cara nak uli. Kalau kita belajar buat sendiri, boleh cuma lambat sikit nak dapat.
Tapi kalau tak tahu pun kita tetap boleh makan. Kita pergi kedai mamak kita beli.
Dan begitulah apabila anak kita, kita hantar mereka ke kelas mengaji. Dengan ustazah di hujung kampong contohnya. Atau rumah di sekitar taman. Untuk belajar asas sebelum dapat baca al-Quran.
Ali Ba Ta. Namun sebelum asas tu dikuasai, kita boleh dah ajar mereka baca al-Quran dengan tidak perlu melihat al-Quran. Macam surah Fatihah yang kita pernah hafal dulu. Sedar tak sedar kita boleh je baca. Hasil ulang bacaan mak ayah kita sebelum tidur.
Zaman para sahabat dulu, tidak ramai yang boleh membaca. Majoriti ulamak berpandangan bahawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam tidak boleh membaca. Dan ia bukan suatu penghinaan. Kerana ia bagi menolak dakwaan orang kafir yang nabi belajar al-Quran dengan orang lain. Jadi dengan Nabi tidak boleh membaca, secara logik, dakwaan itu telah tertolak.
Sahabat Nabi sebahagian besar dari mereka tidak boleh membaca. Mereka terus simpan di dalam dada-dada mereka. Walau ketika itu, al-Quran yang ada bukan seperti sekarang ia ditulis atas kulit, atas tulang dan sebagainya. Tidak terkumpul seperti sekarang.
Jadi al-Quran tertulis di dalam dada-dada mereka dengan cara dengar dan terus hafaz dan juga ditulis di atas lembaran-lembaran oleh sahabat yang telah ditugaskan untuk menulis wahyu seperti
TETAPI Bagaimana mereka yang buta huruf boleh membaca al-Quran?
Jawapannya, mereka mendengar dari Nabi atau dari sahabat yang telah mendengar dari Nabi dan terus dihafaz dalam hati mereka.
Baca al-Quran ini boleh sahaja samaada dengan melihat al-Quran ataupun tanpa lihat.
Bolehkah kita buat begitu dengan anak-anak kita?
Boleh. Mulakan dulu dengan surah-surah pendek. Contoh Surah Al-Fatihah. Surah al-Ikhlas dan sebagainya.
Pepatah arab ada mengatakan, Belajar di waktu kecil bagai mengukir di atas batu. Belajar di waktu tua seperti menulis di atas air.

Saturday, 8 December 2018
CARA BELAJAR MEMBACA ALQURAN SENDIRI
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Teks : Firdaos B. Mohd Rawi
Gambar : Google
Ada yang tanya bagaimana cara nak belajar baca al-Quran sendiri. Oleh sebab tiada masa untuk cari dan belajar dari guru secara berdepan.
Sekarang ramai guru yang mengajar al-Quran. Samaada di masjid atau secara online.
Namun begitu tidak semua dapat hadir ke kelas pengajian seperti yang ada di masjid. Ramai yang biasa penuhkan kerusi kelas adalah golongan yang telah bersara. Yang sudah tidak terikat dengan pekerjaan harian. Kena pula dengan waktu. Ialah kadang waktu belajar al-Quran di masjid adalah pada waktu pagi atau tengahari. Terutama pengajian al-Quran muslimah.
Biasa jadualnya adalah selepas Zohor hingga Asar.
Mereka yang terhalang mungkin sebab berikut:-
- Terhalang disebabkan tugas harian. Pagi pergi kerja pulang malam. Tidak sempat untuk hadir kelas pengajian.
- Malu dan kurang yakin juga salah satu halangan dari dalam diri menghalang hasrat dan cita-cita untuk belajar al-Quran. Akhirnya bertahun tertangguh.
- Yuran untuk membayar guru.
Apapun dinding penghalang, untuk belajar al-Quran secara sendiri tidak digalakkan. Maksudnya dengan mendengar dari radio, atau secara online. Kalau secara online yang boleh guru dengar dan betulkan ok. Kalau satu hala tidak digalakkan kerana perlu bimbingan guru. Secara bersemuka.
Kerana, dengan mendengar, guru boleh betulkan bacaan.
Begitulah cara yang telah ditunjuk dan diteladani dari Nabi Muhammad ( selawat atas baginda). Baginda tunjuk belajar perlu berguru. Secara berhadapan. Dan nabi membaca di hadapan Jibril setiap tahun sekali di setiap bulan ramadan. Menunjukkan kepada kita peri pentingnya membaca di hadapan guru.
Al-Quran diturunkan melalui Malaikat Jibril dan diajarkan oleh Rasulullah (baca selawat atas baginda ) kepada para sahabat. Dan ia (al-Quran) diturunkan (baca diajar ) kepada generasi seterusnya melalui talaqqi. Secara murid berhadapan dengan guru. Istilahnya adalah talaqqi.
Jika ada halangan, cadangan di bawah ini mungkin boleh dipertimbangkan.
- Mencari guru yang mahir. Guru yang mahir biasanya ada di tempat kita. Perkembangan pengajian Islam di Malaysia sejak beberapa tahun melahirkan ramai guru al-Quran.
- Belajar melalui youtube. Ini boleh jika anda belajar asas huruf. Pun begitu amat penting untuk anda bertalaqqi bacaan daripada ustaz.
- Belajar mengenal huruf terlebih dahulu.
- Mendengar berkali-kali bacaan surah pendek terlebih dahulu. Terutama Surah Al-Fatihah. Saya cadangkan anda dengar bacaan Syeikh Mahmood Khalil al-Husary (1980)
- Doa dan mohon kepada Allah agar dipermudahkan anda untuk belajar al-Quran.
- Sabar dan istiqomah ( teruskan ) sehingga berjaya.
Kesimpulannya untuk mempelajari bacaan al-Quran perlu kepada guru yang mahir kerana mereka akanb memantu dengar dan meneliti kekurangan bacaan anda seterusnya membetulkan.
Marilah bersama menyemarakkan lagi dan membuka jalan untuk menuntut ilmu.
Hadith dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, dia berkata bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
“Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR. Muslim, no. 2699)
Semoga kita mendapat ganjaran ini, iaitu ganjaran bagi para penuntut ilmu.

Wednesday, 28 November 2018
KEMBARA MESIR : TASIK QARUN
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Teks : Firdaos B. Mohd Rawi
Bandar raya Mesir. Sinar matahari menyucuk badan. Perjalanan ke Fayyoum ketika itu dengan menaiki bas. Berhampiran bandar ini terletak satu tasik. Ikut sejarah, di sini lah sejarah tempat seorang manusia bernama Qarun.
Keluasan tasik ini adalah 55000 hektar.
Disebut dalam surah al-Qosos ayat 76 m.s 395
Allah berfirman, “Sesungguhnya Qarun termasuk daripada kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta dan kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat. Ingatlah ketika kaumnya berkata kepadanya, ‘Janganlah engkau terlalu bangga. Allah Taala tidak menyukai orang yang membanggakan diri.’
Sebenarnya Qarun adalah salah satu dari kaum Musa dari kalangan Bani Israil.
Kaya dan dilimpah dengan harta tetapi tidak beriman.
Bermula musuh Qarun dengan Nabi Musa alaihissalam adalah apabila perintah zakat disyariatkan.
Setiap 1000 dinar, satu dinar.
Setiap 1000 kambing, seekor kambing.
Qarun tidak berpuashati.
Dia berkata kepada Bani Israil, "Mari kumpul dekat rumah aku, aku nak bagi zakat dan panggil Musa sekali."
Berkumpul Bani Israil beramai-ramai termasuk Nabi Musa. Dan dalam diam, dia telah upah seorang perempuan mengaku dia berzina dengan Nabi Musa.
Apabila semua dah datang dan Nabi Musa datang Nabi Musa kata, "Bagus Qarun dia dah mula nak bagi harta dia pada orang ramai."
Ketika itu, Qarun berkata kepada Bani Israil, "Wahai saudara-saudaraku sekalian
kalau kita mencuri, syariat Musa kata apa?"
"Kalau mencuri potong tangannya."
"Kalau seorang itu berzina, dan dia tidak mempunyai isteri, apakah kata syariat Musa?"
"Dia akan disebat dengan seratus rotan. Kalau dia berzina dan dia punyai isteri maka dia akan direjam sehingga mati. "
"Kalau begitu, wahai sahabat-sahabat saudaraku sekalian, Musa yang membawa syariat ini, dia telah berzina."
Semua ternganga dan mata terlopong.
"Aku akan panggil perempuan yang telah berzina dengan Musa." kata Qarun.
Maka dipanggil perempuan itu, dan ketika perempuan itu keluar dia berkata, "Ya aku telah berzina dengan Musa!"
Maka gemparlah Bani Israil ketika itu.
Nabi Musa hanya diam dalam keadaan hatinya terharu. Tidak tahu nak cakap apa.
Selepas perempuan itu habis sahaja cakap, Nabi Musa pandang terus tepat ke mata perempuan itu.
"Wahai perempuan, aku ingin bertanya kepada engkau," kata Musa, "di atas nama tuhan yang maha berkuasa, betulkah aku ini tidur dengan engkau?"
Ketika melihat mata Musa alaihissalam, menggeletar tubuh badan wanita itu,
"Tidak.... tidak, sebenarnya, aku dibayar oleh Qarun."
Terus gempar kaum Nabi Musa dan terus sujud kepada Allah subhanahu wataala.
Dalam sujud, sebut, "Ya Tuhan, aku ingin keadilan darimu tuhan."
Angkat sahaja kepala Allah subhanahu wataala berfirman, "Wahai Musa, aku perintahkan bumi ini untuk taat kepada engkau."
"Wahai Qarun, berkatalah yang benar." kata Musa.
"Takde-takde dia tengok engkau sebab itu dia takut," kata Qarun, "memang kau berzina, kau tidak selayaknya menjadi Nabi."
Kata Musa alaihissalam, "Kalau perkataan kau dusta, "wahai, bumi ambillah mereka."
Bergegar bumi, dan bumi mula telan Qarun dan pengawalnya sedikit demi sedikit
sampai ke buku lali.
Kata Musa, "Wahai Qarun berkatalah yang benar."
Kata Qarun, "Takde Musa kau memang sengaja nak mendoakan aku begini pula. Kau telah berbuat jahat."
Kata Musa, "Wahai bumi, ambillah mereka." Maka bumi menelan mereka sehingga ke dada.
Qarun masih sama mempertahankan.
"Wahai bumi, kalau dia dusta kau telanlah mereka."
Maka ditelan bumi sehingga ke paras leher.
Kata Qarun, "Baiklah Musa aku salah."Tetapi sudah terlambat kerana roh telah ditarik sehingga ke halqum. Taubat tidak diterima. Akhirnya tertelanlah Qarun dan hartanya.
Seluas mata memandang ketika saya melihat tasik Qarun itu. Tak terbayang dalam minda saya, sejarah Qarun dan cerita ustaz masa sekolah dulu begitu besar tasik itu sebenarnya.
Timbul keinsafan. Sesak dada. Semoga Allah memelihara iman ini.

Monday, 26 November 2018
AL-QURAN ITU SYIFAK
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Teks : Firdaos B. Mohd Rawi
Gambar : Google
Langit yang cerah tidak sampai ke petang. Ada masa hujan. Ada masa mendung. Ada masa ribut.
Ada kawasan banjir, ada yang kemarau. Begitu juga kehidupan. Masing-masing dengan ujian. Ketetapan ilahi, untuk menguji iman di dada. Agar memperolehi kekayaan pahala bagi yang genggam sabar.
Pernah satu ketika rakan saya diuji. Dengan sakit yang sedikit misteri. Bermula dengan sakit kaki dan akhirnya beliau tidak dapat bergerak.
Hospital dah pergi. Bahkan, ramai yang ada ilmu datang membantu. Ketika itu, saya dapat melihat pelbagai ragam cara perubatan.
Nampak sakit tidak juga kebah, ibarat matahari semakin lama semakin panas. Seorang sahabat minta tolong pada seorang syeikh tempat kami belajar.
Syeikh ini, selain mengajar Nahu di masjid, wajahnya sentiasa tersenyum. Melihatkan gigi yang putih bersih selain tasbih di tangan yang sentiasa di pegang. Satu persatu dikira dengan jari.
"Mana minyak zaitun tadi?", Tanya Syeikh.
"Baik, kamu semua duduk di sini dan baca surah Soffat, setiap ayat dibaca 21 kali."
"Selepas ayat 1 dibaca 21 kali, baca ayat kedua 21 kali dan seterusnya sampai aku suruh berhenti."
Maka bermulalah alunan bacaan al-Quran sebagaimana yang diminta oleh Syeikh.
Syeikh pula dengan senyumannya yang tidak tertanggal, mengambil minyak dan disapu sambil mengurut sahabat kami.
Tidak kepalang menahan sakit. Tetapi Syeikh seperti tidak dengar dan hanya meneruskan sahaja apa yang beliau perlu lakukan.
Selepas sahaja selesai, kami mengangkat sahabat itu ke bilik air. Berkerut dahi saya. Pelik, badannya menjadi berat dua tiga kali ganda.
Ibarat ayat yang al-Quran dimasukkan ke dalam badan beliau.
Dan semenjak hari itu, penyakitnya semakin lama semakin pulih seperti banjir yang kian surut. Dan matahari mulai bersinar. Memancarkan cahaya pengharapan.
Beliau kian pulih dan terus pulih.
Benarlah al-Quran itu syifak. Berguna bagi mereka yang yakin.

Saturday, 24 November 2018
ULASAN KELAS ASAS BLOG
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Teks : Firdaos B. Mohd Rawi
Tulisan ini panjang.
Sejak empat belas hari lalu saya telah pasakkan dalam minda agar buat sampai habis. Untuk kali ini mesti selesai. Alhamdulillah syukur, ketika saya menulis status ini, saya berjaya habiskan tugasan menulis 44 entry dalam masa sebulan bagi kelas asas blog. Saya pegang stereng dan dipantau rapat Puan Masayu Ahmad
Beliau adalah seorang bekas wartawan dan giat membantu suri rumah yang berminat menambah pendapatan menulis penulisan melalui medium blogger.
.
Tangan emas. Begitulah. Ramai alumni beliau telah berjaya menulis dan disunting oleh syarikat penerbitan sehingga buku-buku mereka tersusun cantik di pameran buku negara. Dan mampu menambah pendapatan.
Bagaimana kelas beliau dijalankan.
Langkah pertama soalan analisa akan diberi.
Ia penting bagi mengenalpasti kepakaran atau niche yang sesuai.
Kemahiran dan kepakaran atas sesuatu tajuk akan dipilih agar boleh menulis dengan lancar dan memberi impak terhadap pembaca.
Panduan tugasan akan diberi setiap hari.
Kalian akan 'dikejar' agar terus kekal dalam landasan yang benar.
Jujurnya saya telah mengikuti kelas beliau sejak tahun 2013 lagi. Tepatnya bulan 6 2013. Sudah lima tahun. Namun begitulah, usaha untuk menguasai kemahiran menulis bukan proses yang singkat.
.
Untuk bermula itu mudah tapi untuk kekal berlari itu payah.
Untuk kali ini, saya hadir kelas dengan mindset yang berbeza.
"Aku mesti habiskan juga."
"It's now or never."
Sifu mindset saya sebut, tukar cara fikir maka akan bertukarlah cara tindakan. Fikir luar biasa, maka tindakan akan jadi luar biasa.
Kedua niat. Guru saya beritahu niat itu akan menentukan sama ada kita akan letih atau kita akan menikmati perjalanannya.
Alhamdulillah saya sedar banyak yang perlu dipelajari. Perbetulkan ayat dan bahasa, tatabahasa, tanda baca, perisa, garam gula dan sebagainya tetapi jiwa syukur kerana saya telah berjaya memecahkan halangan yang besar. Halangan itu adalah diri saya sendiri.
Keyakinan dan kepercayaan.
Puan Masayu selalu berikan kata yang membuatkan keyakinan dan kepercayaan itu hadir.
Terima kasih pada Puan Masayu yang tetap sabar melayan segala kekurangan. Semoga mengalir kebaikan dalam kehidupan cikgu.
Untuk anda yang ingin mula menulis. Tulislah.
#Firdaosrawi
#EnjoyTheJourney
Teks : Firdaos B. Mohd Rawi
Tulisan ini panjang.
Sejak empat belas hari lalu saya telah pasakkan dalam minda agar buat sampai habis. Untuk kali ini mesti selesai. Alhamdulillah syukur, ketika saya menulis status ini, saya berjaya habiskan tugasan menulis 44 entry dalam masa sebulan bagi kelas asas blog. Saya pegang stereng dan dipantau rapat Puan Masayu Ahmad
Beliau adalah seorang bekas wartawan dan giat membantu suri rumah yang berminat menambah pendapatan menulis penulisan melalui medium blogger.
.
Tangan emas. Begitulah. Ramai alumni beliau telah berjaya menulis dan disunting oleh syarikat penerbitan sehingga buku-buku mereka tersusun cantik di pameran buku negara.
Dan mampu menambah pendapatan.
Bagaimana kelas beliau dijalankan.
Langkah pertama soalan analisa akan diberi.
Ia penting bagi mengenalpasti kepakaran atau niche yang sesuai.
Kemahiran dan kepakaran atas sesuatu tajuk akan dipilih agar boleh menulis dengan lancar dan memberi impak terhadap pembaca.
Panduan tugasan akan diberi setiap hari.
Kalian akan 'dikejar' agar terus kekal dalam landasan yang benar.
Jujurnya saya telah mengikuti kelas beliau sejak tahun 2013 lagi. Tepatnya bulan 6 2013. Sudah lima tahun. Namun begitulah, usaha untuk menguasai kemahiran menulis bukan proses yang singkat.
.
Untuk bermula itu mudah tapi untuk kekal berlari itu payah.
Untuk kali ini, saya hadir kelas dengan mindset yang berbeza.
Bagaimana kelas beliau dijalankan.
Langkah pertama soalan analisa akan diberi.
Ia penting bagi mengenalpasti kepakaran atau niche yang sesuai.
Kemahiran dan kepakaran atas sesuatu tajuk akan dipilih agar boleh menulis dengan lancar dan memberi impak terhadap pembaca.
Panduan tugasan akan diberi setiap hari.
Kalian akan 'dikejar' agar terus kekal dalam landasan yang benar.
Jujurnya saya telah mengikuti kelas beliau sejak tahun 2013 lagi. Tepatnya bulan 6 2013. Sudah lima tahun. Namun begitulah, usaha untuk menguasai kemahiran menulis bukan proses yang singkat.
.
Untuk bermula itu mudah tapi untuk kekal berlari itu payah.
Untuk kali ini, saya hadir kelas dengan mindset yang berbeza.
"Aku mesti habiskan juga."
"It's now or never."
Sifu mindset saya sebut, tukar cara fikir maka akan bertukarlah cara tindakan.
Fikir luar biasa, maka tindakan akan jadi luar biasa.
Kedua niat. Guru saya beritahu niat itu akan menentukan sama ada kita akan letih atau kita akan menikmati perjalanannya.
Alhamdulillah saya sedar banyak yang perlu dipelajari. Perbetulkan ayat dan bahasa, tatabahasa, tanda baca, perisa, garam gula dan sebagainya tetapi jiwa syukur kerana saya telah berjaya memecahkan halangan yang besar. Halangan itu adalah diri saya sendiri.
Keyakinan dan kepercayaan.
Puan Masayu selalu berikan kata yang membuatkan keyakinan dan kepercayaan itu hadir.
Terima kasih pada Puan Masayu yang tetap sabar melayan segala kekurangan. Semoga mengalir kebaikan dalam kehidupan cikgu.
Untuk anda yang ingin mula menulis. Tulislah.
#Firdaosrawi
#EnjoyTheJourney
Terima kasih pada Puan Masayu yang tetap sabar melayan segala kekurangan. Semoga mengalir kebaikan dalam kehidupan cikgu.
Untuk anda yang ingin mula menulis. Tulislah.
#Firdaosrawi
#EnjoyTheJourney
Subscribe to:
Posts (Atom)