HOME ART TRADE EXCHANGE BANNER TUTOBIES

Rambang mata tengok tudung di Hijab Galeria


Assalamualaikum semua..Buat mereka-mereka yang tengah cari tudung yang labuh,kain berkualiti dengan harga yang mampu milik..Hijab Galeria lah tempatnya..Instant shawl,tudung bawal heavy chiffon,tudung bawal crepe,tudung bawal dwiface and etc semua ada disini..Aku dulu pernah beli dekat sini tudung saruk sempena harijadi mak dengan tudung bawal plain dekat sini..overall servis semua ok..kain pun berkualiti..tapi,maybe pihak Hijab Galeria sekarang,akan lambat balas mesej sebab terlampau banyak order masuk..Anyway,Baru-baru ini..pihak Hijab Galeria telah mengeluarkan tudung bawal heavy chiffon dengan harga RM19 sahaja..serious teringin sangat nak beli..kedai lain kalau tudung bawal heavy chiffon nie nak dekat rm40++ betul tak??Tapi,buat masa sekarang ini nak kena save duit..In Shaa Allah,ada rezeki lebih..nak grab tudung tuh..hehe..Korang yang memang tengah tercari tudung-tudung labuh boleh lah ke page ini 
Tudung Heavy Chiffon



Tudung Bawal Crepe


Instant Shawl selendang

dan macam-macam lagi..semua harga murah2...

harap ini dapat menjawab persoalan korang


Thank you for visit my blog

Alasan membuka akaun E-Mail baru


Assalamualaikum semua..Adakah korang adalah salah seorang yang mempunyai banyak akaun e-mail?? "Me..Me..haha..aku la tuh..kalau dulu2 rasanya dah buat berapa banyak akaun yahoo..sebab selalu jer lupa password..then bila nak register akaun untuk Facebook,Instagram and etc mesti kena guna e-mail yahoo or gmail kan..masa tuh nak buat verified akaun kita tuh,memang perah otak lah nak ingat password..haha...
"image credit to google"
But,hari ini bukan nak cakap pasal tuh..kekeke..actually,nak cerita pasal e-mail lama yang aku selalu guna " fiqah_chokollis@yahoo.com" kalau register apa2..aku akan guna e-mail tuh jer..Sampai satu tahap,aku rasa segan dengan e-mail tuh..Yelah,harituh aku kena buat akaun bank islam...then,kena isi e-mail di bahagian form tuh..aku tulis lah e-mail : fiqah_chokollis@yahoo.com ..orang bank tuh tanya dekat aku..betul tak ejaan "chokollis" tuh..sambil tersenyum..tebal jer muka ini rasanya.."eakan jer sambil malu2" hehe..So,dari situ buat keputusan untuk buat akaun e-mail baru.. yang lebih official..sesuai untuk isi form2 nak masuk u ker,mohon pinjaman ker,biasiswa dan etc..."tak adalah malu sangat,iya idak?" dan lebih sistematik..tak bercampur aduk dengan akaun Facebook,Twitter and etc semua tuh..so,e-mail2 yang penting2 akan terus masuk ke akaun official..Betul tak??


Thank you for visit my blog

Result UPU


Assalamualaikum semua..11.8.2015 antara salah satu tarikh yang memang mendebarkan bagi budak2 lepasan STPM/Matrikulasi kan?ehh..budak2 ker...hehe..dah tua dah pun..Alhamdulillah rata-rata kawan aku dapat melanjutkan pelajaran ke degree termasuklah diri aku sendiri..Ramai kawan-kawan aku dapat dekat UiTM Shah Alam..dan semestinya aku cemburulah diaorang dapat universiti sama..aku tercampak jaoh..nun di Pahang..Perak ke Pahang...mula-mula aku pikir Perak ker Pahang tuh dekat jer..haha..disebabkan kamikan berjiran..haha..sekali tengok peta..Ambik kau,kena batang hidung sendiri..JAUH!!!Risau pun ada sebab pertama kali merantau ke negeri lain..Here,I come..UMP..
Kenapa aku pilih UMP??Sebab dekat sini ada course yang abang aku cadangkan untuk aku..aku sebenarnya tak terpikir hala tuju aku lagi..tapi since masuk matrik..hati ini terjatuh cinta dengan subjek fizik..that's why aku pilih engineering..hehe and Actually,aku masih tak berapa faham lagi pasal course nie..Kalau ada sesiapa yang tahu pasal course ini..minta tolong sangat share pengalaman..sebab aku dah survey..susah nak jumpa orang share pasal kejuruteraan pembuatan nie..Anyway,Disebabkan rezeki aku dekat sini,apa-apa pun aku akan cuba buat sebaik mungkin..Harap korang dapat doakan,semoga dipermudahkanlah segala urusan aku nanti di sana..Terima kasih ea~

Nak tambah sikit,yang buat rayuan tuh..aku doakan semoga berjaya mendapat tempat di u pilihan korang..Jangan mudah putus asa,in shaa Allah rezeki Allah itu luas..(:


Thank you for visit my blog

Gift dari Sehijau Blog Ruqaiyah Amanina


Assalamualaikum semua...minggu lepas ada posmen datang hantar gift dari Sehijau Blog Ruqaiyah Amanina Tq for this cute gift...



Thank you for visit my blog

Cubaan pertama - Drawing


Assalamualaikum semua..Tiba-tiba rasa nak update pasal drawing yang dah aku lukis bulan puasa harituh..Ini sebab buka insta,facebook semua pakat post hasil drawing dia orang..Kejelousan membuak-buak..haha..so,aku cubalah buat..Buat suka-suka jer(Drawing roughly)..tapi aku lukis saper ea??? Jeng!!Jeng!!Jeng!! haha..nak lukis diri sendiri jangan haraplah..haha...So,aku carilah seorang artis korea nie..hehe..Aku ada tengok satu rancangan variety show (runningman)..yang gambar dia paling senang nak lukis..haha..tapi aku lukis macam pelik jer..haha...minta maaf kepada tuan punya gambar...So,ini lah hasilnya..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Agak-agak saper nie??
Aku saja tunjukkan dekat kawan aku harituh..tapi dia pun tak dapat nak detect saper aku lukis...haha..tak perlah,nanti aku usahakan bagi lagi lawaaa..^^
psss:esok result upu keluar,doakan semoga dipermudahkan..


Thank you for visit my blog

Impact Movie Sport dalam diri kita


Assalamualaikum semua..Hari ini nak cerita sikit pasal genre sport nie dalam movie..Selalu kalau movie yang bergenre sport nie cerita dia kita dah boleh predict kan dan spesen jer cerita dia dengan lain..Tapi aku tetap tak jemu nak tengok,sebab banyak moral yang baik-baik kita boleh adapt  dan boleh applykan dalam hidup kita..Macam biasa kalau movie-movie sport nie mestilah mula-mula diaorang gagal then akhirnya diaorang berjaya..Berjaya macam mana,itu penulis punya kerja..hehe..

Ada satu movie nie aku tertarik.(Coach Carter)..Cerita ini based on true story.. Jurulatih dia mementingkan akademik dan kokurikulum...Kalau nak main,syaratnya kena excellent dalam akademik and latihan diaorang memang tough,nak dapatkan stamina lah kan..dan pemain-pemain tuh memang lemah bab pelajaran.suka ponteng,tidur dll..budak-budak tuh setuju tapi tak ada effort pun dalam pelajaran mereka..berkat usaha mereka training,team mereka start menang setiap game yang diaorang lawan..tapi bila jurulatih tuh dapat tahu result akademik mereka teruk..apa lagi,mengamuk ler dia..dia stopkan latihan,tak bagi pemain-pemain dia main lagi..then,jurulatih tuh ditentang oleh parent players,pengetua sekolah,orang ramai..kononnya parent diaorang ingat sport tuh masa depan anak-anak mereka walaupun tak pandai..tapi jurulatih tuh sanggup berhenti kalau semua parents tak setuju dengan syarat yang dia nak..players itu pun insaf, dan start work hard in their study..Jurulatih tuh pun dipanggil balik..Last sekali,diaorang tak menang pun,kalah tipis,tapi diaorang dapat melanjutkan pelajaran mereka..(macam yang jurulatih dia nak,diaorang ada masa depan yang baik)
Setiap kali aku tengok movie genre ini aku mesti teringatkan zaman aku dekat sekolah menengah #TeamNetball..Rindu~


Thank you for visit my blog

Jom join Tone Excel



Assalamualaikum semua..Hari ini nak promote sikit business kawan fiqah..Tone Excel..Actually,kalau nak fiqah terangkan pun,fiqah tak berapa pandai bab-bab benda ini..hehe..Tapi yang fiqah baca,sesiapa yang sekarang nak cari income lebih boleh join business kawan fiqah nie..Tak silap fiqah kerja dia car downline..Tapi jangan risau kalau under kawan fiqah ini..kebaikannya..semua cara-cara buat business nie akan diajar..dan sekarang tengh promosi..
Promosi
Pakej : Sim sekali tiga buku panduan
Hanya RM95 sekarang,harga asal RM215
menarikkan??kalau nak tahu lebih lanjut boleh berhubung terus dengan kawan fiqah nie
Dilla : 01136363544
Serba sikit pasal pasal Tone Excel boleh pergi ke sini..
>> KLIK SAYA<<

Adakah business nie patuh syariah??
>>KLIK SAYA<<

Harap artikel-artikel di atas membantu buat mereka yang berminat...^^


Thank you for visit my blog

Kad Raya 2015 : Terima Kasih


Assalamualaikum semua..Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog ini dan semua yang beragama Islam...Anyway,post kali ini nak ucapkan terima kasih atas pemberian kad raya ini..Serious,aku rindu nak dapat kad raya dari blogger..kalau 2 tahun lepas dapat lagi bertukar2 kad raya..buat simple segmen lah..tapi setahun yang lalu,just dapat buka blog kejap2 jer..tak dapat tulis banyak,join segmen and Giveaway..Entah kenapa,aku memang jenis yang suka dapat gift dari orang,keychain..button badge..postcard..even gift berharga rm1 pun aku akan simpan..(in shaa Allah)...aku akan simpan elok2 dalam kotak..acah-acah nak buat kenangan time tua2 nanti..hehe...macam sekarang..bila buka kotak yang penuh dengan gift tuh..aku akan ingat dekat orang tuh..terimbau kenangan lama..hehe...
Ini antara kad raya daripada blogger yang dapat tahun ini : 
From EJulZ

From Azhafizah
From EmasPutih
From MommyLizz
From EkaTikah

Terima kasih atas pemberian kad raya ini..^^
Selamat Hari Raya Aidilfitri..

psst : Semoga budaya kad raya ini tak ditelan zaman..


Thank you for visit my blog

MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY


"click banner to join"
Assalamualaikum..Disini ada sedikit pengenalan projek ATJ atau lebih dikenali Amal Till Jannah :

1) Ditubuhkan pada 1hb Jan 2015 
2) Pengasas ATJ: Pn Rosyamila binti Yunus 
 3) Misi ATJ: membantu anak2 yatim,tahfiz, umah org tua,fakir miskin, pesakit kronik,gelandangan, asnaf serta golongan yang memerlukan 
4) Objektive - mendidik diri mendekati Allah swt dan Rasulullah saw melalui saluran sedekah 
5) Matlamat Akan datang - meluaskn pelbagai program dakwah dn kerohanian di pelbagai daerah dan negeri melibatkn dari kanak-kanak hingga warga emas melalui program yang bakal dirancangkan 
6) Harapan - harapan utama ATJ ialah untuk melihat kejayaan umat Islam dlm pelbagai bidang khasnya dr segi ekonomi,sosial dn politik dgn mengutamakan prinsip dn syariah Islam. Semoga ATJ menjadi medium bagi umat Islam menyalurkan sedekah, ilmu serta tenaga dalam mencari redha Allah swt

Jom support GA ini dengan like page ATJ dan group ATJ

Tamat : 31 Julai 2015


Thank you for visit my blog

Triplets



Assalamualaikum semua..Sebab kebosanan yang tahap melampau..Nak kata tanam anggur dekat rumah..Tapi,anggur tak tumbuh-tumbuh pun..Haha..So,disebabkan itu,aku layan The Return of Superman ini untuk mengisi masa rehat aku..Dalam shows nie ada Sarang, Ji Onn,Twins(Seo Un and Seo Jun),Triplets(Daehan,Minguk,Man Se)..Serious dalam banyak budak-budak dalam shows tuh..terpikat dengan triplets..Hehe..Comel sangat..
Manse , Minguk , Daehan
Rasanya gambar dekat atas ini masa ayah dia orang Song Il Guk nak tangkap gambar paspport triplets nie..Punyalah susah nak suruh diaorang pandang camera..Haha..Tapi,tahniahlah aku rasa Song Il Guk berjaya mendidik anak-anaknya dengan baik..cari dia disiplin anak-anaknya..Yang kesiannya aku tengok..triplets nie suka makan daging..haha..pokailah duit bapa diaorang..=P Belanja satu lagi gambar triplets..^^
Anyeong~


Thank you for visit my blog

Giveaway Pertama


"klik banner untuk turut serta.."
Tamat 31 Mei 2015


Thank you for visit my blog

Apa itu WebBuilderPortable


Assalamualaikum semua...Apa itu WebBuilderPortable??Actually aku nak terangkan pun tak berapa sure..tapi benda ini aku kenal time aku belajar sc comp..Kiterorang diberi kerja khusus untuk buat satu website..so,boleh pilihlah nak guna blogger ker atau WebBuilderPortable atau tertakluk dengan ini..disebabkan aku dah ada blog..so,saja-saja try guna benda ini.Yang aku tahu konsep benda ini WYSIWYG,means What You See Is What You Get.Memang senang guna benda ini..tapi pelik juga..kena tak boleh buat url blog sendiri..tak sure kalau-kalau software ini dah upgrade ker belum..Ini sedikit info yang aku dapat pasal WebBuilderPortable :

WYSIWYG Web Builder adalah software yang dapat memungkinkan anda untuk membuat design website tanpa mengharuskan anda untuk menguasai code-code bahasa programming.Dengan software ini anda dapat membuat design template yang brbasis CSS dan valid HTML5,tidak hanya itu sahaja fungsi dan kegunaan dari software ini tetap masih banyak lagi.

Nak tengok live??
Boleh ke link bawah nie
file:///C:/Users/Home22/Desktop/fiqah/WYSIWYG/WebBuilderPortable/Publish/index.html
Seriously senang guna software ini..drag jer apa yang korang nak..nak buat border just drag jer box..simple and easy..^^ Siapa yang nak cuba search jer dekat google...Web Builder Portable Selamat mencuba..^^


Thank you for visit my blog

Perkara perlu tahu pasal matrikulasi



Tazkirah~
Assalamualaikum semua.Hari ini nak bagi ice breaking sikit pasal pengalaman study dimatrik..Alhamdulillah,dah hampir 10 bulan habiskan masa study dekat matrik..Sekarang tengah cuti and tunggu result bulan 6 ini..Back to the topic,Mula-mula dapat matrik ini rasa macam nak pergi ker tak,susah tak..aku dah lah otak slow sikit,selalu blurr..tapi disebabkan upu pun aku tak dapat..aku mula percaya yang memang perancangan Allah aku akan study dekat matrik."BELIEVE"..Biarlah orang nak cakap matrik ini susah, betul ker nak masuk matrik, tak risau kena tendang ker nanti kalau tak capai pointer 2.0 ke atas..blablabla..??Kalau korang dah terpilih untuk join matrik ini,dan memang dah decide nak pergi sendiri..so,yakinlah,semua benda dekat dunia ini susah..kalau tak rasa kepahitan hidup dulu,macam mana nak rasa kemanisan hidup-kan..so,walaupun result spm kita tak semegah kawan-kawan lain..itu just permulaan..dan sekarang korang dah terpilih join program matrikulasi ini.."Learn from the past"..Kalau ikut pengalaman,memang first-first masuk kelas tuto,lecture..kenal kawan-kawan baru..rasa down juga,cuz result spm diaorang semua gempak-gempak..aku..hmm..Tapi,jangan biar rasa down tuh kuasai diri..aku jadikan semua tuh pembakar semangat aku untuk study..contoh,that moment aku rasa malas sangat-sangat nak siapkan homework/assignment..apa aku buat??Aku whatsapp kawan-kawan aku tanya pasal homework/assignment,tengok-tengok dia orang dah buat...rasa geramkan,jelous,dalam hati "kenapalah korang rajin sangat"..haha..so,aku kuatkan diri siapkan kerja-kerja..seriously apa yang aku buat ini menjadi..boleh dikatakan tips belajar dan sesuai untuk orang-orang yang kaki tidur macam aku ini..haha..

Cara hidup di matrik~
Cara belajar macam sekolah dulu..lecturer sangat prihatin and friendly..Rasanya-lah cara hidup dekat sini macam budak asrama..tapi tak ketat sangat..so,bagi aku..budak-budak asrama tak ada-lah culture shock sangat bila masuk matrik..cuma kalau nak join apa-apa program tak ada paksaan..nak solat dekat bilik ker masjid ker..itu semua atas diri sendiri ea..Bagi budak dari sekolah harian biasa macam aku,maybe akan culture shock..depends ke-sadoaan hati masing-masing..hehe..mestilah homesick,rindu kasih sayang parent..rindu katil dekat rumah,rindu masakan..rindu serindunya lah..Aku bersyukur sebab dapat matrik dekat dengan rumah..jaraknya dalam 45 minit jer dan aku bersimpati dengan kawan-kawan aku yang duduk hujung Malaysia..dapat balik pun kadang-kadang..tiket dah lah mahal..Yang suka sport tuh..bawalah peralatan korang sendiri..rasanya tak disediakan..sediakan pun rasanya kena minta kebenaran..haha..tak sure..cuz kalau selalu main pun guna kawan punya peralatan..hehe..

Buku-buku~
Buku-buku tambahan rasanya tak payah beli lagi..Sebab dekat sini,ada sediakan lecture note..korang boleh beli dekat kedai photostat nanti..Dan kalau nak di-comparekan lecture note ngan buku rujukan..aku rasa tak beli buku rujukan tuh pun tak apa...Sebab,syllabus selalu ikut lecture note.buku rujukan tuh just alat tambahan belajar jer..tak penting sangat...Tapi bagi aku,buku Real Exam wajib beli..nanti korang gunalah voucher buku yang korang tuh..beli dekat situ..Nanti ada pesta buku~ borang lah sepuas-puasnya..Voucher buku tuh akan dapat dua kali..sem1 ngan sem2..so,sekarang tak payah pikir nak beli buku apa..just,kuatkan mentality untuk survive dekat sana..Kalau boleh,boranglah sebanyak-banyak sekarang testpad dekat kedai buku perdekatan anda...benda paling penting perlu ada..Kalau nak senang beli siap-siap file or ring..untuk elakkan lecture note or latihan korang berterabur~ "prefer guna ring"

Bilik~
Bilik selalunya ada 4 orang satu bilik..masing-masing ada meja sendiri,almari sendiri..of course katil sendiri..bawak bantal lebih walaupun bantal dah disediakan dekat sana..faham-faham jelah bantal dekat sana rupe mana..hehe..

Cara pembelajaran~
Disebabkan aku dari aliran sains,dapat cerita aliran sains jelah..sorry ea..Aliran sains ini ada 3 modul..dan subjek yang wajib ambil math dengan kimia.tak lupa juga english(subjek nie tak termasuk dalam pointer nanti)..untuk modul 1(biologi,fizik) , modul 2(fizik,sc comp) , modul 3(biologi,sc comp)..Selalu pilihan modul ini pihak kolej yang tentukan..tapi kalau korang rasa tak yakin..boleh tukar..even ada juga budak yang tukar dari aliran sains ke aliran akaun..ada yang menawarkan diri sendiri tukar (program satu tahun)pst ker (program dua tahun)pdt..macam mana nak tukar??tunggu minggu orientasi..tak perlu kalut..nanti diaorang akan tanya sesiapa nak tukar modul boleh ambil borang..Setiap modul akan dipecahkan keberapa group lecture..dalam satu lecture,pecah lagi kebeberapa tutoran..korang akan tahu sendiri lepas korang masuk matrik..yang penting tutoran ini macam kelas dekat sekolah dulu..dekat sini,korang boleh lagi faham apa yang korang belajar dekat lecture nanti..so,korang akan kenal banyak lecturer lah cuz selalunya lecturer untuk lecture hall ngan tutoran lain-lain..berbaiklah dengan lecturer masing-masing ea..^^ kalau untuk batch 1996..sem1 ada subjek tambahan macam kelas dinamika(nie lebih untuk soft skill) dan sem2 ada subjek tambahan kokurikulum(just boleh pilih satu jer..persatuan or permainan)..subjek tambahan ini tak akan beri apa-apa effect pada pointer..muet kalau untuk pst,korang akan ambil pada sem 1..so,get ready ea..

Rasanya itu jer yang penting pasal matrik ini..So,bagi sesiapa yang decide nak continue your study dekat matrik..Selamat belajar~ 
Maaf,dengan pergunaan "aku" sebagai kata ganti nama diri..(:


Thank you for visit my blog

Freebies DoodleG


Assalamualaikum semua..dah lama tak menaip dekat sini..Ada yang merindui tak?? haha =Pp So,untuk come back blog ini, aku nak kasi doodle percuma..Hope sukalah..Main buat jer ini..(dah lama tak melukis) T..T
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigSQV_vfArMhtLygMhHNpclC1lc_8FyKAv-QhSRMVP_iTeOsvXUOnBN73-LMuoQZ91aeBVR3Dv3kiWjfc7-FDRK_TLJEhdmnjSGeapoliXdMS_HBJWPLalqV-Z4J6jYGyEAGCSo8TntUU0/s1600/merah1.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiD-s9aCMMBVgDAkHln2T-3QjMoNVDqG-PCCiMm72QRMlpPBN3eyu_YnrrEWYTwL7YejFMfHzSfpPoguVgE_K4EuKEhQBNZ1-lDnc33tl2b5AhhQviuXKSgUp2PZnjD91yyHBEhnZRPJ7I_/s1600/kuning1.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCe7noW0JyfQVT0eMjh68-DYFXnbhR5TSZcbDKea36Qe7om3Xjyonwmc9zgfKtefXPTmKfpWWdm1nzDnqgT6QlUIGHVT1q3G2gysuwnQ5cYCWJ554_tZ6jmQY5TPO5JZN-sIENdWNzNdgw/s1600/kuning.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi52_0WlVvm1XDqSVgiw0xMF-9lYu0eEhc4SDqUh7OJqcSOqW8tjng99gmZcKCuDGlb7-eXwF_l8RDhioVmH1_HJ4hJMerTseVYBW0NvcRQyUykyD9SNCw5Qm3ykgtd0Yaet-8HKcYhtFvh/s1600/biru1.png 
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQLEIZX5TWT7CH66lVKEt2n_EZERYqeps4Y46VZAr-lohpLOlrunZDbogxnOeMBQMwi3aDjzn98i37bG4aJxAtc_foTtgO-Q3ffkXhFqVElM1VOU5wvnVka6nAmeLldmY2rjVaciDDSvZr/s1600/biru.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcNiQAkcGi_lL5R4TVeonLIVbFhbrpjBHzP2kCHxUGqxPELf5Z-DWfTjYzQLS6wrLB5gudTOOLht1Ly4B8jrfQJtn-ZlKw9z3MzNYkxdsSCu6iEjHcsJmGL_sO6ZmK3_bfDJdvdwfuNiqO/s1600/black.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0_ri4rVbQjauLn_H2tR_TmGNZE6qzrpSaXDMG7zF_znmUXSF2ZbAwzEVisCJsP2w0Bfh8vU36hbTMm5YQp7-92VpG3NP4DvShVRscaZhM_8_rr_jTk8AACxhKWd7qk-H3uNTimxCq4XFr/s1600/Merah.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYdEwFczPxP8omPufwlnpcrNoJUJMA9_jvgfZGf_iuFNIso-keCOZc49r7q6CW_1ZId4Cy8NLYBi_fx7pTRL68Bf00eRAAgdR_MQIFYKUHvwi-80aQwN8QkflBDlwxMvLTCiTiqPDB1Gak/s1600/oren1.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjphhflMhpy_19c37xfU-X7q48u59y_FofEypsQsWSG3yXvhghmR96NQIKjXCXh5dC8LBuVW1Jjqzo1TDPX-EE1whCl_N9rqHrjRzARhp4Ru_agmkk6qRdIwN_Gl86ZJpt8qh3rbIVuQ9sH/s1600/oren.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXBuduT88uDiyBCXmudU5JYToFrgNNFPMB9pcg08jE_XkRAuLeOqXkMx89wE46gFkUocn3yatwRE5g9qmfg-tTD2Gacp4S4yzsQbx6RNfsHSX_pOE_rRIV6_MJkeB-rYU-fxBGQ1G_eXOG/s1600/coklate.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrLH8_kWsjp5_HzqicHjUkc8TydxHNsQ1V2_3yAjYX5sVA88uApCPB43ckP_dAIKvILtE0DAvFCB6sfnSjVbd0SBeCb_9oRgP_fCFPfq0DBI0hTxBCMJv0lTSMmlxkXqPk68zng02Heck8/s1600/hijau1.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguE8EOonFgvHSbPkhHjSFpaE3rGqzAdzcXgYLF1YDHg40wIrJuSVG3pXDB2xIBp7LgobEHqIpvaHVMVKKCnbW-uDOY0PUwm4SJghHckkxe-6lqqDGgIZ1Qc5pwaqpxVwulWFwJDGCXhrAY/s1600/hijau.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyEcOt_WWamZwbp4rX4fbO38sOtEffKL8XKjJcZpV2yAeVEH0ibeXcGefXrP62tyYG6-CtKYEhYWmGdnebbxTN7-y_mwQTZuqaOKNc4CrHkz9VVXoR03tRWFwAUMcBiLIL2Wnvbq9pcb7j/s1600/ungu.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi71gAIRj4T_W86S55dS-kEA5T8LNcaO7ZLA6IJSnTSZu-10cMTudMjovUsNZnUoTENJhQffr6vBLY4T4YL-YjgHrHFKMBFDuaUQHrjhpG00k0ZLxPQN_TU_4nYV_4qWvzam-zcELog0sgh/s1600/ungu1.png


Thank you for visit my blog