HOME ART TRADE EXCHANGE BANNER TUTOBIES

Aku Muslimah Loser



Aku muslimah, aku seorang pelajar dan aku seorang anak gadis.
Aku seorang muslimah kerana aku Islam.
Aku punya Allah. Hidup dan matiku hanya untuk Allah. Aku berpakaian mengikut syariat Islam, aku menutup aurat kerana itu kewajipan aku. Tidak perlu dipaksa kerana itu adalah perkara WAJIB dan perkara wajib itu tidak ada alasan untuk ditinggalkan. Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam meski diri ini masih lagi terkapai-kapai mencari keredhaan Illahi.
Aku seorang pelajar.
Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti meskipun keputusan SPM aku biasa-biasa saja. Namun, aku masih lagi gagal. Gagal kerana aku tidak berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minati. Jurusan yang aku belajar sekarang jauh lari daripada apa yang aku inginkan. Membuatkan aku stress kerana aku tidak mencintai apa yang aku belajar sekarang. Aku benci, aku tertekan.
Walaupun aku masih boleh catchup apa yang pensyarah aku ajarkan, tetapi passion nya tiada. Aku tidak ghairah. Tidak ghairah untuk mendalami apa yang aku sedang belajar, tidak ghairah menyiapkan segala tugasan yang aku dapat. Membuatkan aku malas hendak menyiapkan segala kerja yang aku dapat. Malas, malas, benci, benci. Kenapa, kenapa dari dulu lagi aku selalu buat apa yang aku tidak suka. Akhirnya aku yang tertekan. Ahh!
Sehingga suatu hari aku terpana dengan status seorang artis Muslimah, Heliza di laman facebook.
BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..Masihkah lagi tidak bersyukur?MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
Aku menangis. Malu rasanya. Aku hamba Allah yang tidak bersyukur. Aku muslimah loser kerana merungut terhadap apa yang Allah kurniakan kepada aku. Ya Allah, tetapkan imanku ini.
Aku seorang anak.
Anak kedua dari empat adik-beradik. Aku punya seorang abang dan seorang adik lelaki dan juga perempuan. Aku sangat menyayangi keluargaku. Siapa yang tidak sayang kelurga mereka. Kalau sayang, mestilah bicara baik-baik, kalau sayang mesti selalu ungkapkan rasa cinta, kalau sayang mesti selalu tolong-menolong.
Namun aku bukan begitu. Biacaraku biasa-biasa sahaja terhadap kedua ibu bapaku, bahkan kadang-kadang kasar, dan aku tahu aku mengguris hati mereka. Aku tahu, mereka sedih dan aku hanya mampu menangis di balik pintu. Kerana aku malu… Malu untuk mengungkapkan rasa maaf apabila aku menyakiti meraka, aku malu meluahkan rasa cinta kepada meraka, dan aku malas..malas menolong mereka melakukan kerja rumah.
Ahh.. Aku muslimah loser. Aku muslimah loser kerana aku tidak berasa malu mengungkapkan kata maaf kepada sahabatku tetapi begitu berat untuk diungkapkan kepasa ibu bapa ku begitu juga rasa sayang. Dengan sahabat, aku lain. Aku lembat lembut, aku tidak sampai hati menyakiti mereka. Bukan fake, atau plastik tetapi itu memang perwatakanku dengan mereka. Semulajadi.
Setiap malam aku menangis. Mengenangkan setiap salah dan dosa aku kepada mereka. Aku loser kerana aku hanya mampu menangis tetapi tidak berani untuk berdepan dengan ibu bapaku. Tetapi itu tidak bermakna aku tidak menyayangi mereka. Tidak! aku sangat mencintai mereka dengan sepenuh hati. Aku tidak pernah lupa untuk mendoakan mereka dalam setiap doaku, setiap hari. Aku berdoa biarlah Illahi menjemput aku dahulu kerana aku tidak sanggup kehilangan mereka dan aku tidak tahu bagaimana hidupku tanpa mereka.
Ibu ayah… ketahuilah aku sangat menyanyangi kalian. Walau apa jua tingkah ku, namun hatiku sentiasa rasa berdosa atas setiap lakuku. Ampunkan dosa anakmu ini ibu ayah..
Dalam hati, aku berdoa moga Allah pertemukan kita sekeluarga di syurga nanti. Amin.


Credit to : ILuvIslam
 Tertarik dengan artikel ini,ada banyak lagi..boleh pergi dekat sini ILuvIslam


Thank you for visit my blog