Jom usaha jadi Orang Baik sama sama. =) Kte perkenalkan Siri Jom Jadi Baik sebab... kte nak jadi Orang Baik. Semua yang kte kongsi datangnya daripada macam macam sumber: mak kte (yang selalu tolong tegurkan kte), ustazah, ustaz, radio (dengar orang berbual, tapi tak tau siapa), pengalaman, kawan kawan... dan lain lain.
Topik hari ni: Kerana lidah, badan binasa...
(pakai peribahasa sebagai topik sebab nak feeling feeling ustazah bagi ceramah ;p)
K. Kata mak, kalau nak jadi baik... kena se-laaa-lu cakap benda baik baik. Dalam hati pun tak boleh cakap benda jahat. Sebab Allah dengar. (Aiyo...) Kat bawah ada beberapa contoh perbualan antara A dan B, dua orang kawan. Daripada apa yang kte belajar, kte kongsi k mcm mana yang kte patut hadapi situasi camtu. Peringatan juga untuk kte yang selalu lupa =)
#1: A bercerita tentang sesuatu dengan semangat, sedangkan B dah tahu hal tu.
A: AWAK AWAK! Awak nak tahu tak?? Tadi pukul 1, kte nampak rainbow, cantik! =DD
B: Ah tahu. Kte nampak kul 12 tau. Kesiannya awak. Ketinggalan zaman...
Tak baik kalau B cakap camni sebab dia akan 'mematikan' atau menghilangkan rasa gembira kawan dia, A. Sebaiknya B aksyen aksyen je tak tahu dan tunjuk minat jadi A akan terhibur. Lagipun memang kelakar kalau tengokkan orang yang innocent berbual dengan semangat tentang sesuatu. Hehe ;p
Jawapan baik utk B: Eh iya ke?? Wah... untung laaa awak!!! =D A, awak ade amik gambar tak..??
#2: A bertanya B tentang sesuatu yang jelas.
A: Awak tengah makan ke tu, wk? Wah...
B: Abih. Tak nampak ke? -.-"
Siapa dengar kte cakap gini, tegurkan k. Tak baik sebab A tanya soalan atas dasar prihatin (ataupun entah entah B makan tapi tak jemput orang ;p) Jadi...
jawapan baik utk B: mmm, tengah makan ni, meh join sekali. awak dah makan blum? =)
#3: B bercerita tentang masalah dia, tapi A tak tahu macam mana nak beri reaksi.
B: ... kte tak faham kenapa dia macam gitu kat kte. Masalah betul si dia ni.
A: *tak tahu apa nak cakap*
B: Dahlah, awak tak faham kan. Mesti awak tak faham.
A boleh kecil hati dengan kata kata B... tak sepatutnya B cakap macam tu. Sebab sekurang kurangnya A dah luangkan masa untuk dengarkan masalah B. Kalau kawan tak faham apa kte cakap... tak apa k. Kte masih boleh minta dia doakan. Dan kte memang sentiasa perlukan doa orang lain buat kte...
... k dah sampai situ je k kte kongsi kali ni. Tiba tiba rasa penat pulak. Lain kali akan sambung dan sentuh perkara lain insyaAllah. Yang penting, kita semua perlu berfikir sebelum bercakap. Kadang bila didorong rasa marah atau perasaan yang lain, kita terasa nak cakap macam macaaaam yang tak elok. Tapi tahan k. Sebab, kalau kita lukakan hati orang lain, hubungan akan retak sedikit. Lama lama, kalau asyik retak, nanti hubungan akan renggang... takut. Sememangnya, kita perlukan kehadiran orang yang kita sayangi di sekeliling kita. Mesti awak tak nak kehilangan mereka kan? Jadi jom, jaga percakapan kita. =)
Lagi sekali, kalau kte salah... tolong ingatkan k. Kte nya lupa lupa, lagi teruk dari nenek nenek =D Sayang semuanya!
*Nantikan bahagian bahagian yang akan datang dalam Siri Jom Jadi Baik k! =)
(Setia... insyaAllah.)