Monday, 1 February 2010

Cmne nak ukur kematangan??

Saya suka penulisan ini.artikel nie diambil dari laman web iluvislam. Harap2 admin dia xkisah kut aku copy paste artikel ney.



Tanda-tanda kematangan
www.iluvislam.com
dihantar oleh : Ukhti Izzah
editor : everjihad


Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.


Tuesday, 6 October 2009

Hari-hari mendatang tanpa dia..

Semalam aku wat kesilapan yang sangat besar dalam idop,kenapa la aku suka meragui kesetiaan seorang yang layak digelar sahabat.Kenapa aku perlu persoalkan perasaannya terhadap aku? Jikalau "masa"semalam boleh kuundur,akan aku lakukan demi persahabatan ini.Tapi itu mustahil, masa mana boleh berundur.Mesin masa Doremon tu tipu belaka.Nak buat macam mana,nasi dah hangus sebab kurang air.Dia ambil keputusan stop berkawan sbb nak jaga hati masing2.


http://hatiperantau.files.wordpress.com/2009/07/sahabat1.jpg

Takpelah,maybe itu yang terbaik untuk dirinya.Aku harap Suatu hari nanti persahabatan ini bersambung kembali.Dan ketika itu, tiada lagi perasaan ragu2 dan sangsi dalam diri aku terhadapnya.

Friday, 10 April 2009

kabinet baru Malaysia.

Perdana Menteri

Dato Seri Najib Tun Razak

Timbalan perdana menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Koh Tsu Koon - perpaduan dan prestasi

Datuk Seri Nazri Abdul Aziz - Parliamen

Mej (B) Jamil Khir Baharum - hal-ehwal agama

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

Kewangan

(1) Datuk Seri Najib Abdul Razak

(2) Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Pelajaran

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pengangkutan

Datuk Seri Ong Tee Keat

Dalam Negeri

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Penerangan, komunikasi dan kebudayaan

Datuk Seri Dr Rais Yatim

Tenaga, teknologi hijau dan air

Peter Chin

Pembangunan luar bandar, wilayah

Datuk Seri Shafie Apdal

Pengajian Tinggi

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)

Pelancongan

Datuk Dr Ng Yen Yen

Pertanian dan Perniagaan Asas Tani

Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharom (timbalan)

Pertahanan

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Kerja Raya

Datuk Shaziman Mansur

Kesihatan

Liow Tiong Lai

Belia dan Sukan

Ahmad Shabery Cheek
Razali Ibrahim (timbalan)

Pembangunan Sumber Manusia

S Subramaniam

Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Datuk Kong Cho Ha

Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Luar

Datuk Anifah Aman

Wilayah Persekutuan

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin


P/s : ramai muka baru dalam kabinet kali nie.Ada gak yang xde dalam kabinet semasa pemerintahan Pak Lah masuk semula.

 

blogger templates | Make Money Online