Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, October 17, 2007

Ilmu + Amal + Akhlak = ???

Renung2kanlah, hayatilah, fahamilah..


ILMU penyuluh hidup,
AMAL bekalan perjalanan,
AKHLAK hiasan jiwa & peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti.


Wahai Putera Puteri Harapan



Sedarilah wahai putera puteri,

Hidup ini bukan sekadar hedonisme...Terfikirkah kita akan mereka yang merana diluar sana? Yang memerlukan sokongan, bantuan kia.. Sedarkah kita?

Sedarlah, dunia akhir zaman ni..pelbagai musibah melanda tp masih tak sedarkah? Adakah kita sbg saudara semuslim sanggup melihat saudara kita menderita atas kesilapan org lain?

Wahai putera puteri harapan,

Jangan terus leka..Jangan terus alpa. Pasti ada yang berkata, "ala, rileks la...zaman remaja, ape class duk masjid, pakai serban, pakai jubah labuh tuh.." Pasti ada di antara kalian yang pernah dgr ungkapan ni dr kawan2 atau dr org2 yang tidak dikenali. Pernahkan? Kalau bkn skrg bila lagi?

Ajal boleh diibaratkan seperti bayang2 yg senantiasa bersama kita. Cuma sedar atau tidak sahaja..panjangkah umur kita? Waallahu'alam. Hidup itu insyaAllah tapi MATI ITU PASTI..Usah leka, usah alpa..bangkitlah dari lenamu, dari mimpi2 indahmu..ayuh bangkit membela nasib keluargamu, saudara2mu & agamamu!!

Selami bait-bait dibawah....

Engkau bagaikan mutiara berharga
Dalam sepi kau penyeri
Dalam duka kau penawar
Hadirmu menyinari rumah tangga
Mengapa harus derita yang kau cari
Maruah kau pertaruhkan
Masa depan kau gadaikan
Mengalir air mata ayah bonda
Remaja harapan keluarga
Putera puteri negara
Pewaris nusa bangsa dan agama
Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar sempat kau tahu
Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu
Bangkitlah puteraku
Dari lena yang panjang
Berjuang bagai perwira yang berjasa
Bangunlah oh puteriku
Dari mimpi yang palsu
Pelihara maruah dan agamamu
Padamu tuhan doa kami panjatkan
Teguhkanlah keimanan tetapkanlah pendirian
Putera puteri harapan masa depan..
mursyid : In-team
album : nur insani

The Great Muslim Scientist and Thinkers

Are you wanna be a thinker like them??!

Friday, October 12, 2007

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN YG BAKAL MENJELANG

Assalamualaikum,

Dikesempatan ini, an ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat keluarga, sanak-saudara, guru-guru, sahabat handai tidak kira dimana anda berada (dalam or luar negara) Jangan dekati mercun! huhu..Act, dh lama x menulis dlm ruangan blog ni..so, mcm blank la..hehe..takpe2, bisa diatur =P

Ni antara msg2 raya yg an kira menarik untuk dikongsikan bersama:

Kian berlabuh tirai RAMADHAN, Lambaian syawal kian menanti, luhur hati mohon kemaafan, moga hidup ALLAH berkati. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! Maaf zahir batin. *Siti Aisyah*

Tangan kuhulur tak kesampaian, Senyum kuukir tak kelihatan, SMS kukirim tanda ingatan, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ku ucapkan. *Aadila Fatin*

Tiada kata seindah zikir, Tiada bulan seindah RAMADHAN, Izinkan kedua tangan bersimpuh, Maaf untuk lisan yang tidak terjaga, Janji yang terabai, Hati yang berprasangka & sikap yang pernah menyakitkan, mohon maaf zahir dan batin. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! *Zati Amni*

Buat sahabat2 matriks, final exam makin menghampiri kita. Sudahkah kita bersedia??! (peringatan buat an skali..uhuks) Ingatlah tujuan asal kita disana..risau juga mmikirkan exam nih..Yang penting usaha sehabis baik, insyaAllah ada jaya. Semoga berjaya & bertemu dalam sem2 akan datang. InsyaAllah..ilalliqa' wa ma'assalamah =)


"Sekuat mana injakan kaki melompat, sampai satu tahap kita akan turun semula kebawah. Ingatlah asal kejadianmu, kerana dari asal itulah kamu dijadikan dan dari asal jugalah kamu melangkah mencipta kejayaan"
*kalimah diatas mempunyai maksud yg agak abstrak. harap dapat diterjemahkan dengan betul*
Waallahu'alam.
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates