Rabu, Jun 30, 2010

BARU JUMPA PEMBELI...

Dua minggu lepas aku dapat panggilan talipon dari jiran aku yang duduk KL. Jiran aku bagitau ada orang nak beli rumah aku....aku rasa macam terkejut jugak lah sebab selama ni tak ada orang yang sanggup beli rumah aku tu...mungkin sebab harga yang mahal kut...tapi bagi aku harga tu dah paling bagus...aku letak harga pasaran, tak kan nak letak harga murah macam harga sayur kut.....

Tempat tu pulak memang strategik...ada pasaraya Jusco, Carrefour, Giant dan paling dekat dengan KLCC...kalau naik LRT boleh sampai dalam masa 15 minit saja....makna nya tak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur....aku beli rumah ni masa anak aku masih kecik lagi...masa tu umur dia baru setahun....sekarang dah besar panjang....dah berpuluh tahun....

Masa baru kahwin, aku duduk menyewa flat dekat Simpang Flat, Kpg Baru.....lebih kurang setahun jugak lah aku duduk situ..pergi kerja balik kerja jalan kaki saja...memang dekat dengan tempat kerja aku time tu....lepas setahun kemudian aku beli rumah sendiri....kalau menyewa lama-lama pun bukan boleh jadi milik kita...betul tak?

Tadi aku baru balik dari KL...berjumpa dengan orang yang nak beli rumah aku tu...orang tu pun dah setuju dengan harga yang aku tetapkan.....dan dia memang berminat nak beli....minggu depan aku akan berjumpa peguam untuk urusan jual-beli....ambik masa dua atau tiga bulan baru boleh selesai....

Isnin, Jun 28, 2010

MARATHON 2010 DATANG LAGI....

Teringat lagi tu.....awal pagi2 buta dah bertolak ke dataran merdeka....bawa budak2 join marathon....diorang teringin sangat nak amik bahagian....masa tu musim cuti semester...bebudak dan anak sedara pun join sekali....time tu memang ngantuk giler....dah nak buat macam mana terpaksa lah datang awal2.....nak breakfast pun tak sempat masa tu...nasib baik sempat bawa bekal air.....tamat larian dapat makan pisang saja.....kesian budak2 lari tercunggap-cunggap kepenatan...

Tahun ni pulak budak2 tak dapat nak join lagi sebab masing2 dah mula masuk U...marathon tahun 2010 dah bermula semalam.....seramai 18,000 ribu peserta yang mengambil bahagian...sebanyak 7 peringkat di pertandingkan.......larian full marathon 42km, half marathon 21km, 10km individu, corporate challenge, 5km fun run (ind), 5km fun run (family), 3km & 950m kids dash.....jom imbas kembali.....




- akhirnya tamat sudah larian 10km individu, jadilah dapat jugak medal..


- selepas tamat larian.....penat macam nak pengsan...


- penjaga garisan....




- rindu pulak tahun ni tak sempat nak masuk.....kalau ada rezeki boleh join tahun depan...

Sabtu, Jun 26, 2010

HARI PENDAFTARAN PELAJAR

Salam....hari ini mungkin ramai yang mula mendaftar masuk ke universiti2 tempatan...termasuk lah anak bongsuku yang telah mendaftar di Uitm, Shah Alam. Sesi pendaftaran bermula seawal jam 8.30 pagi.....kami sampai ke sana lebih kurang jam 9.00 ....ini lah pertama kali aku menjejak kaki ku ke Uitm Shah Alam, sebelum ni pernah jejak ke uiam pj, gombak dan intec uitm sahaja....banyak signboard di letakkan di kiri kanan jalan, so tak lah susah sangat untuk sampai ke sana......

Sesi pendaftaran pelajar di buat di blok asrama....untuk sampai kesana kami terpaksa menaiki bas uitm yang di sediakan di tempat letak kereta....barang2 berat jugak hendaklah di bawa bersama ke dalam bas.....seronok jugak lah sebab lama tak naik bas....hehe

Proses pendaftaran pun berjalan dengan lancar.....ramai petugas2 yang setia menanti kami di tepi bahu jalan.... setibanya, kami terus di beri borang pendaftaran dan kunci bilik....tiada masalah besar yang timbul, semuanya tip-top.....urusan selesai dalam masa yang begitu singkat.....


- barang2 berat.....


- ibubapa yang setia menemani anak masing2.....


- blok asrama perindu.....


- anak dan ibu....


- nasib baik ada abang yang tolong.....


- isi borang pendaftaran di bilik asrama.....


- barang2 dah siap letak dalam almari baju.....


- time balik singgah makan2 dulu.....

Jumaat, Jun 25, 2010

SEBELUM BALIK ASRAMA....

Sejuk2 macam nie sedap tidor......tadi hujan lebat betui, nasib baik takde kilat petir sambung menyambung, kalau tak, mau nya kena off desk top ni sebelum apa2 terjadi....alhamdulillah semua nya ok dan hujan pun dah berhenti.....memang terasa sejuk hari ni dan mood nak update blog pun datang, hehe.....

Siang hari tadi memang banyak kerja, mengemas barang2 anak nak balik asrama, sampai tak masak satu hari, suruh jer budak2 beli lauk kat kedai lepas balik dari solat jumaat, bila mengemas sorang2 memang terasa penat, budak2 bukan nak tolong, diaorang lebih suka tengok tv, main game, tu la kerja diaorang bila cuti takde benda lain nak buat....

Hari rabu lepas, budak2 ajak pulak keluar, nak makan KFC, dah lama diaorang ajak, aku buat de jer, malas nak layan, keluar jer duit banyak habis, bukan diaorang tak tahu, diaorang tahu tapi saja buat2 tak tahu....bila fikirkan budak2 ni nak balik asrama, kesian pulak... bukan senang nak jumpa nanti, hari tu keluar jugak lah, diaorang bukan main seronok lagi.....


- tukang pandu kereta.....

Bukan setakat nak keluar makan saja, diaorang ajak pulak tengok wayang, mau tak mau ikut jer kehendak diaorang, budak2 ni kata bosan kalau dok terperap kat rumah, sekali sekala nak jugak melihat dunia luar, sambil menyelam minum air.....








mula2 nak tengok cerita Toy story 3, ramai pulak orang hari tu, tiket wayang pun habis, jadi tak dapat nak tengok cerita tu, alih2 kitaorang tengok cerita The A-Team saja....cerita tu bukan nya best sangat, budak2 dah beli tiket, tengok jer la...





budak2 berhajat nak makan KFC, tetiba tak jadi, terasa tekak nak makan Chicken Chop pulak, nasib baik teringat restoran rimba dekat PKNS, lagi pun lama dah dok mengidam, tengok orang makan terliuq pulak.....






- ais krim coklat dan strawberry......

lepas habis tengok wayang, teringin pulak nak makan aiskrim baskin robbin, memang sedap giler la....kira hari tu jalan2 santai sambil makan2, belanja diaorang sebelum balik asrama.....

p/s: esok sabtu dah nak bergerak.....

Khamis, Jun 24, 2010

AWARD 2010

Sudah sekian lama, akhirnya terkumpul beberapa awards yang diberikan oleh rakan-rakan bloggers. Dah lama sangat aku berhutang, rasa tak sedap hati pulak tak mengambilnya.....awards ini aku nak berikan pada rakan-rakan bloggers yang tak kira lah sesiapa saja yang sudi menerima awards ini....terimalah dengan hati yang ikhlas...sebelum ni pun dah banyak terima awards jadi rasa nya tak perlu kut aku beri hujah-hujah atau pun ulasan-ulasan atau syarat-syarat yang di perlukan oleh pengirim bloggers....

Tak lupa di ucapkan jutaan terima kasih kerana memberi awards yang sangat cantik....sayang kamu semua....



dari Leeza


dari Nier80 dan Uchi


dari Fid

dari nhidayat

dari shahrain

dari cikgu farha

Ahad, Jun 20, 2010

JOM PEKENA IKAN KELI BAKAR....

Malam sebelum nak bertolak ke KL kami singgah lagi makan-makan ikan bakar di Kari Corner, gerai ikan bakar yang terkenal di daerah Permatang Tok Mahat, jalan menuju ke Pulau Pinang...ni pertama kali kami singgah makan di sini....selalunya kalau balik kampung kami tak miss punya pekena char ko tiau udang.......memang sedap hingga menjilat jari.....tapi kali ni adik ajak makan-makan ikan bakar pulak.......gerai ikan bakar ni memang terkenal dengan masakan kampung, macam-macam lauk-pauk ada di jual di sini....pelanggan memang ramai sampai pekerja gerai tak menang tangan melayan kerenah pelanggan yang berkunjung ke sini....harga pun boleh tahan, tak lah mahal sangat kalau nak di bandingkan dengan KL....



- selain ikan, ayam bakar pun ada.....









menu yang kami ode, ikan keli bakar, gulai ikan keli, ayam goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman.....semua masakan kampung....

Jumaat, Jun 18, 2010

KENANGAN MANIS DI KAMPUNGKU

Pada keesokan hari selepas berjalan-jalan di Penang, kami seramai lima keluarga singgah pulak ke kampung halaman kami yang telah lama kami tinggalkan....di sinilah tempat kelahiran kami adik-beradik.....memang lama sungguh tak menjenguk kampung halaman....kalau balik pun setahun sekali itu pun jika ada urusan keluarga baru kami pakat-pakat adik-beradik balik ke kampung.....seronok sangat bila berkumpul ramai-ramai, macam-macam aktiviti kami buat.....jom tengok suasana kampung yang dikelilingi dengan sawah padi......bukan main best....!!!



dulu di sini lah rumah kami, tapi sekarang dah tinggal tapak saja...kami dah berpindah ke tempat lain yang berdekatan dengan jalan-raya...inilah tanah peninggalan arwah....tempat ni dah maju dah, tak macam dulu lagi.....


- nyonya tengah menyusun asam gelugor...

sambil jalan-jalan singgah tengok orang menjemur asam gelugor@keping...ikan kering pun ada juga di jemur di sini.....tempat ni memang dekat dengan perkampungan nelayan, selain dari bersawah ada jugak yang menangkap ikan di laut...




- tuan rumah ke ni....

sedang menunggu tetamu yang datang....eh eh ni bukan tuan rumah....kami singgah di teratak Paksu (rumah persinggahan ala-ala homestay) gitu....di belakang rumah tu ada sawah padi yang hampir-hampir masak, dua bulan lagi kut padi dah boleh tuai......sekarang orang kampung dah guna mesin, tak macam dulu pakai pisau sabit bila nak ambik padi....


- sedang menangkoi ikan...


- seronok jugak naik buai ni....kena angin memang ralit boleh terus tertidur....




- mak mak relax...relax dulu sambil tengok anak-anak memancing dan menangkoi ikan....


- budak-budak memang suka la....


- bapak-bapak tak lepas peluang memancing jugak....



- baru dapat ikan sekor.....dalam parit tu banyak ikan tapi kecik2 jer.....time kami datang ikan belum cukup besar lagi kut....


- sabar jer laa menunggu ikan tak timbul2 lagi....


- eh eh posing dengan ikan pulak....


- budak-budak ni seronok bermain ikan guna tangkuk lagi....


- macam tak pernah tengok ikan, memanglah orang kota balik kampung macam jakun la pulak....


- dah banyak dapat ikan, ikan sepat, ikan puyu dengan ikan lampang, apa lagi siang lah, boleh jugak goreng makan dengan nasi....





tengok la, dah penat dengan aktiviti, time ni kami semua pekena nasi, ikan goreng, gulai lemak ikan kering, labu air masak lemak, sambal belacan campur buah macang dan ulam-ulaman.....perghhhhh........masakan kampung sedap giler....!!!!


- jalan kaki nak makan kenduri pulak.....

lepas makan tengahari ada pulak kenduri kahwin dekat-dekat situ....kebetulan tuan rumah tu bukan orang lain, sedara jugak sempat dia datang menjemput kami......sebab dah banyak kali tuan rumah tu jemput terpaksa lah kami konvoi ramai-ramai macam rombongan cik kiah pergi kenduri.......apa lagi rezeki jangan di tolak.....


- perut pun dah kenyang, makan ala kadar jer la....


- sebelum balik sempat jumpa tuan rumah pengantin....



Sekali sekala balik kampung memang seronok tak terkata bila berjumpa dan berkumpul ramai-ramai dengan sedara mara dan adik beradik.....bukan senang nak balik selalu, kalau yang bekerja terpaksa ambik cuti, yang bersekolah kena tunggu sekolah cuti dulu baru boleh balik kampung....tak tau lagi bila boleh berkumpul macam ni......apa-apa pun percutian kali ni memang seronok dan tak rugi.....memang berbaloi-baloi best....