Saturday, February 18, 2012

Untuk Kamu

Sahabat,
Aku tahu kamu kuat.
Walau aku tak mengetahui kesemua kesedihan kamu, tapi aku dapat merasainya
Aku tahu kamu sakit, dan percayalah aku juga sakit melihat kamu begitu

Sahabat,
Allah menguji kamu sejauh ini kerana Dia tahu kamu boleh melaluinya
Dan,
Aku berasa bangga kerana kamu begitu tabah sehingga kini

Sahabat,
Aku tahu kamu merana
Aku tahu kamu kecewa
Aku tahu kamu menangis
Tapi, percayalah bahawa kesakitan dan kekecewaan kamu itu akan dibalas dengan kebaikan
dan
sinar dariNya yang tak dapat sesiapa pun menahannya

Sesungguhnya sahabat,
Percayalah bahawa kamu tidak berseorangan
Aku .. dan kami sentiasa ada
Tidak kira ketika kamu susah atau senang
Ketika kamu ketawa atau menangis
Ketika kamu sihat atau sakit
Ketika kamu kaya atau miskin
Ketika kamu berdiri atau terduduk
Kerana
Kami tetap sayangkan kamu
Sampai bila-bila..
dan sampai ke syurga

1 comment:

  1. sedih pulak aku baca post ko ni yah..i luv u so much..apapun yg ko hadapi skrg, u always have me n my support..=))

    ReplyDelete