Ahad, 30 Mac 2014

RESEPI : Pancake Coklat

resepi pancake, resepi pancake coklat,
Bahan-Bahan:
Bahan untuk pancake:
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 4 Sudu Besar Mentega
  • 2 Sudu Besar Jus Lemon
  • 4 Sudu Besar Gula Kastor
  • 3 Sudu Teh Baking Powder
  • 2 Biji Telur
  • 1 Sudu Kecik Garam
  • 1 1/2 Cawan Susu Full Cream Dutchlady
Bahan untuk chocolate gravy (sos coklat):
  • 250g coklat bar, cincang kasar
  • 1/4 cawan butter
  • 1/2 cawan susu full cream dutch lady
  • 1 sudu besar tepung (tepung serbaguna atau tepung gandum)
Cara Membuat:
Cara untuk pancake
  1. Cairkan mentega.
  2. Campur susu dan jus lemon, biarkan selama 5 minit.
  3. Campur sekali susu, jus lemon, telur dan mentega yang di carikan.
  4. Dalam Mangkuk berasingan, adunkan bahan kering iaitu tepung, garam, baking powder dan gula.
  5. Kemudian tuang adunan basah kedalam mangkuk yang berisi bahan kering dia dalam langkah 4. Dan kacau hingga sebati.
  6. Panaskan nonstick pan yang digriskan dengan sedikit minyak sayur, tuang 1/4 adunan keatas kuali dan masak sehingga buih timbul di permukaan.
  7. Masak sehingga keperangan di kedua2 belah bahagian.
Cara untuk coklat:
  1. Cairkan coklat menggunakan kaedah 'double boil'.
  2. Kemudian masukkan butter, dan susu. Kacau sebati.
  3. bancuh tepung menjadi pes yang pekat, masukkan kedalam bekas coklat dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang sesuai.
Tips
Kaedah double boil ialah teknik memasak menggunakan stim dan memerlukan 2 tingkat periuk. Masukkan air 1/4 penuh di dalam periuk dan panaskan hingga mendidih. Ambil satu mangkuk kaca dan letakkan di atas periuk yang mendidih tadi. Kepanasan dari stim akan mencairkan adunan coklat tadi





SELAMAT MENCUBA

Sabtu, 29 Mac 2014

RESEPI : Puding Aiskrim Oreo

resepi puding, resepi puding oreo, resepi puding aiskrim oreo
Bahan-Bahan:
  • 1 paket agar-agar tali
  • 1 tin susu cair
  • 1250 ml air
  • 100 gram gula
  • 2 biji telur (xnak letak pun xpe, letak 1 biji pun boleh)
  • 1 bungkus biskut Oreo (Packing yg harga RM2.90)
  • Aiskrim (x kisah perisa ape pun. Saya guna perisa vanila)
  • sedikit esen vanila (nak hilangkan bau hanyir telur. kalau, kalau tak letak telur tak payah bubuh esen)
Cara Membuat:
  1. Basuh agar2 tali kemudian masak agar2 tadi bersama 1250 ml air diatas dapur dgn api yang sederhana. masukan gula dan kacau perlahan2.
  2. Oreo dikisar dlm pengisar kering.
  3. Kisar susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila.
  4. Bila agar-agar yang dimasak tadi dah larut sebati masukkan bahan yang diblend tadi (susu cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati...kemudian masukan oreo yg dikisar... kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api.
  5. Bolehlah kemudiannya disejukan dlm acuan ataupon loyang




SELAMAT MENCUBA


100% COPY PASTE 


LIRIK LAGU : The Monster Rihanna Feat Eminem













[Chorus - Rihanna]
I'm friends with the monster
That's under my bed
Get along with the voices inside of my head
You're trying to save me
Stop holding your breath
And you think I'm crazy
Yeah, you think I'm crazy (crazy)

[Eminem - Verse 1]
I wanted the fame, but not the cover of Newsweek
Oh well, guess beggers can't be choosey
Wanted to receive attention for my music
Wanted to be left alone, public excuse me
Been wanting my cake, I need it too
Wanting it both ways
Fame may be a balloon cause my ego inflated
When I blew seep it was confusing
Cause all I wanted to do is be the Bruce Lee of loose leaf
Abused ink, used it as a tool when I blew steam
Hit the lottery (oh wee)
With what I gave up to get was bittersweet
It was like winning a huge meet
Ironic 'cause I think I'm getting so huge I need a shrink
I'm beginning to lose sleep: one sheep, two sheep
Going cucko and cuckier as Kool Keith
But I'm actually weirder than you think
Cause I'm...

[Chorus]
I'm friends with the monster
That's under my bed
Get along with the voices inside of my head
You're trying to save me
Stop holding your breath
And you think I'm crazy
Yeah, you think I'm crazy

Well, that's nothing
Well, that's nothing

[Eminem - Verse 2]
Now I ain't much of a poet
But I know somebody once told me to seize the moment
And don't squander it
Cause you never know when it all could be over
Tomorrow so I keep conjuring
Sometimes I wonder where these thoughts spawn from
(Yeah, ponder it, do you wonder there's no wonder you're losing your mind the way you're brought up?)
I think you've been wandering off down yonder and stumbled on Jeff VanVonderen
Cause I needed an intervention in this to intervene between me and this monster
And save me from myself and all this conflict
Cause the very things that I love is killing me and I can't conquer it
My OCD is clonking me in the head
Keep knocking, nobody's home, I'm sleepwalking
I'm just relaying what the voice of my head saying
Don't shoot the messenger, I'm just friends with the...

[Chorus]
I'm friends with the monster
That's under my bed
Get along with the voices inside of my head
You're trying to save me
Stop holding your breath
And you think I'm crazy
Yeah, you think I'm crazy

Well, that's nothing
Well, that's nothing

[Eminem - Verse 3]
Call me crazy, but I had this vision
One day that I'd walk amongst you regular civilians
But until then drums get killed I'm coming straight at
Emcees, blood get spilled and I
Take it back to the days that I get on a Dre track
Give every kid who got played gat
Pumped the villian and sh*t that say back
To the kids who played 'em
I ain't here to save the f*cking children
But if one kid out of a hundred million
Who are going through a struggle feels and relates that's great
It's payback, Russell Wilson falling way back
In the draft, turn nothing into something, still can make that
Straw in the gold chump I will spend
Rumpelstiltskin in a hay stack
Maybe I need a straightjacket, face facts
I am nuts for real, but I'm okay with that
It's nothing, I'm still friends with a...

[Bridge]
I'm friends with the monster
That's under my bed
Get along with the voices inside of my head
You're trying to save me
Stop holding your breath
And you think I'm crazy
Yeah, you think I'm crazy

I'm friends with the monster
That's under my bed
Get along with the voices inside of my head
You're trying to save me
Stop holding your breath
And you think I'm crazy
Yeah, you think I'm crazy

Well, that's nothing




ENJOY THE SONG :)


Jumaat, 28 Mac 2014

Novel : JANGAN PANDANG SEBELAH MATA, BRO!

 
 
 
 
novel jangan pandang sebelah mata bro !, sinopsis novel jangan pandang sebelah mata bro ! nevel keluaran 2014 
 
 
 
 
 SINOPSIS : JANGAN PANDANG SEBELAH MATA, BRO !
 
 
 
“Happy birthday to you… Happy birthday to you… Happy birthday to you...”
Andai lagu itu selalu dinyanyikan ketika majlis ulang tahunnya sebelum ini… namun berbeza tatkala irama dan lagunya bertukar menjadi…
“Aku terima nikah Mira Maira binti Amir…”
Ketika dia menginjak usia 19 tahunMIRA MAIRA rasa bingung, keliru dan pasrah. Dengan rasminya dia telah menjadi isteri kepada lelaki yang bernama ALIF HAZRIQ BIN DATO MUSTAFFA HARUN. CEO sebuah syarikat produk kecantikan.
Adakah gadis sepertinya yang bertubuh kurus, berkulit hitam manis, hidungnya pula tidak mancung sepertimana model iklan syarikat suaminya akan dapat memiliki suami yang begitu sempurna? Mampukah mereka melayari bahtera yang tiada arah tujuannya? Dan jika itu takdir mereka… berjayakah Alif Hazriq membuang rasa egonya lalu menerima Mira Maira seadanya?
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Novel :SUAMIKU MR. BLIND

 
novel suamiku mr. blind, sinopsis suamiku mr. blind, novel keluaran 2014,
 SINOPSIS : SUAMIKU MR. BLIND

“Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi.” Ain Syuhada, pengawas yang sebesar anak gajah itu ingin balas dendam kerana ditolak jatuh ke dalam lumpur sawah.
Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil Zafran.
“Aku tak nampak apa-apalah!”
Ah, sudah! Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun serangga itu mampu meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan seumur hidup untuk membayar apa yang telah dilakukan kepada Aidil Zafran pun, dia masih tak akan mampu melunaskan hutangnya itu.
“Jangan muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu tahu.” – AIDIL ZAFRAN.
Cuma kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia sekalipun, pasti akan bertemu juga. Sebelas tahun kemudian… Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya.
Errr… Saya Ain… Ain Syuhada Ismail. PA bos.”
AIN SYUHADA muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. Dah namanya pun mr. blind!
Hati Aidil Zafran diketuk perasaan yang luar biasa sewaktu bersama PAnya yang menjaganya penuh kasih. Cinta mula datang walaupun tidak terlihat, maklumlah cinta itu buta!
Pada saat pernikahan Ain Syuhada dengan Rayyan Aziz dibatalkan, Aidil Zafran datang dengan rela menjadi galang ganti. Namun, saat lafaz akad dilafazkan, masih relakah dia apabila identiti Ain Syuhada terbongkar?
“Kau sengaja nak perangkap aku, kan? Kau jangan ingat bila aku dah kahwin dengan kau, aku dapat maafkan kau. Aku akan pastikan kau hidup merana, Ain.”
Benarkah cinta itu hilang saat dendam merajainya? 




TErima Kasih . singgah . Do Read ,Do Buy .. :)

Khamis, 27 Mac 2014

Novel : Kahwin 6 Bulan Aje ?!

 
 
 
 
novel kahwin 6 bulan aje?, sinopsis novel kahwin 6 bulan aje?, novel keluaran 2014,
 


SINOPSIS : KAHWIN 6 BULAN AJE ?



RANIA IXUNA Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai kelebihan. Kelebihan yang membuatkan semua mata membulat dan rahang hampir terjatuh setiap kali melihatnya.
EMIR ENRIQUE… Seorang pemuda biasa dengan perangai yang biasa-biasa. Tidak menyangka hidupnya akan berubah apabila berkahwin dengan si comel yang digelar ‘raksasa’ oleh sepupunya itu! Si comel yang merupakan cinta pandang pertamanya!
“Sayang, sayang nak pakai baju pengantin warna apa?” - Emir
“Hitam.” - Ixuna
“Sayang ingat kita nak berkabung ke pakai pakaian pengantin warna hitam? Warna lain?” - Emir
“Warna kelabu tahi anjing.” - Ixuna
Grrr… Lain?!” - Emir
“Lut sinar.” - Ixuna
“Dah gila nak pakai baju lut sinar? Nak suruh semua orang nampak badan kau tu ke? Bila dah kahwin nanti, diri kau hanya untuk tatapan aku saja!” - Emir
Itu cerita sebelum Emir menikahi Ixuna, selepas kahwin…
Emir ingin merasa air tangan isterinya, Ixuna malas nak layan… Emir hadiahkan bunga untuk isteri comelnya, bunga beralih tangan kepada kakak iparnya… Emir minta kiss, siku makannya! Dan Emir minta pelukan kasih sayang, seterika panas yang Ixuna berikan!
Akankah berterusan ikatan perkahwinan yang diatur oleh kedua-dua belah keluarga itu? Atau terus terputus setelah tempoh tamatnya enam bulan seperti yang diungkap oleh si gadis comel rupawan lagi kuat makan itu?
 
 Semenanjung : RM28
Sabah/Sarawak : RM31
 
 
 
Tidak terlihat pada mata bukan beerti tiada... Tidak terlihat pada mata bukan berhenti percaya...
 
 
 


Novel : Dalam Hati Ada Dia?

 
 
 
 
 
 
novel dalam hati ada dia ?, sinopsis novel dalam hati ada dia ?, novel keluaran 2014,
 
 
 
 
SINOPSIS : DALAM HATI ADA DIA ?
 
 
 
 
WANDA NURHANNAH. Seorang yang kalut, lurus dan tak capai apa-apa kejayaan yang membanggakan selain mendapat 5A dalam UPSR. Namun dia punya hati... Dia punya perasaan...

Dan dia juga pernah dikecewakan. Akhirnya dia bangkit menjadi Wanda Nurhannah yang baru.

NICK RAYYAN LEE. Dikenali dengan gahnya, disegani dengan kebijaksanaannya dan diidami wanita kerana ketampanannya. Tapi dia juga punya rahsia sendiri. Satu keinginan hati, dia 
hanya inginkan yang memahami dan yang tulus menghargai.

Dua sifat, dua insan, dua jiwa ditemukan oleh satu peristiwa dan satukan oleh satu ‘Hati’.

“Ada syiling tak?” - NICK

“Kenapa?” - WANDA

“Nak tukar, boleh?” - NICK

“Nah!” - WANDA

Homai! Hati aku! Hati aku dalam beg syiling tadi! Dia dah terambil hati aku. 

Dan bermulalah kisah dua hati. Dua insan yang bertemu kerana satu percaturan, satu takdir.

“Nama siapa?” - NICK

“Senah. Saya nak panggil awak apa ni?” - WANDA

“Panggil saya Dollah!” - NICK
Akhirnya pertemuan demi pertemuan membuatkan perasaan Wanda berbunga-bunga dan membuatkan hati wanda memainkan irama kompang setiap kali terpandang wajah Nick... Namun
kehadiran FAHIM memulakan kembali segala sejarah hitam kelabu dalam hidupnya. Fahim yang dulu bukanlah yang sekarang... Begitu juga dengan dirinya... Dulu dia ditolak, kini dia 
disayang...

Benarkah karma akan berlaku? Dan, benarkah Dollah yang ada dalam hati Wanda?
  Hanya dia yang dicari, orang lain no-entry

 semenanjung : RM24
Sabah/Sarawak : RM27


Jom beli !!! 

 

Novel : Evolusi Si Nakal

 
 
 
 
 
 
novel evolusi si nakal, sinopsis novel evolusi si nakal, novel keluaran 2014,
 
 
 


Ketenangan hidup AWINA SYAFINI, seorang gadis yang berlagak kasar tetapi sangat manja   bergoncang apabila dia menjadi saksi kepada satu kes pembunuhan kejam oleh konco-konco John.
Hadirnya QALIFF FIRDEE, si nakal yang handal dalam sukan drift  dalam hidup Awin sebagai penyelamat nyawanya. Atas keselamatan Awin, Firdee menyembunyikan Awin di dalam sebuah rumah pusaka daripada penjahat. Telatah Firdee yang suka mengusiknya selalu menaikkan angin Awin.
“Suka kat kau?Uwek! Uwek! Nak termuntah hijau aku dengar. Tak ingin aku nak suka kat kau. Aku benci! Benci! Benci dengan kau! Meluat aku tengok kau tahu tak?” - AWIN
“Kau jangan... Kau cakap benci, nanti suatu hari kau cinta! Cinta! Cinta! Dan cinta kat aku, baru padan muka kau. Baru terhegeh-hegeh nak merayu kat aku. Kita tengok nanti.” - FIRDEE
Usik-usik, marah-marah. Lama-lama jadi suka. Lama-lama jadi cinta. Namun seperkara yang Awin tidak tahu, Firdee mempunyai hubungan yang rapat dengan seorang janda muda beranak satu iaitu Lisa dan anaknya, Raiyan. Firdee melayan Raiyan seperti anaknya sendiri. Lisa dan Awin ibarat langit dan bumi. Lisa jauh lebih baik daripada Awin dan mempunyai ciri-ciri idaman setiap lelaki.
Awin yang disembunyikan di rumah pusaka itu sudah tidak betah duduknya apabila Firdee tidak datang menemuinya selama dua minggu. Dia tahu Firdee punya seseorang yang lebih istimewa di luar sana. Dirasakan mungkin Firdee terdesak mengurungnya di situ.
“Ya! Memang saya tak sabar nak pergi dari sini. Tak sanggup nak tunggu bila awak nak lepaskan saya. Saya tak mahu awak terpaksa simpan saya, terpaksa jaga saya kalau hati awak tak rela. Sekarang saya betul-betul percaya yang awak nak jaga saya daripada mereka yang sedang buru saya kat luar sana sebab saya terdesak! Kan?!” - Awin
“Kalau kau nak tahu sangat... Ya! Betul apa yang kau katakan tu. Kau terdesak, aku memang terpaksa jaga kau selama ni!” - Firdee
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Dek cinta yang tak diluah, kedua-duanya terseksa menanggung rasa. Bahana kata-kata Firdee itu, Awin pergi membawa diri meninggalkan sepucuk surat yang memberi seribu satu penyesalan kepada Firdee.


Sekali kau drift ke dalam jiwaku,
takkan aku biarkan kau menuju ke jalan yang lain !

 Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25

 SELAMAT MEMBELI & MEMBACA

 

Novel : Menantu Mithali


 Hye !  Lama dah tak review novel , so hari ni ada masa tunggu apa lagi REVIEW NOVEL lha .. Nak tahu ? Scrolllllllll downnnn .. :)




novel menantu mithali, sinopsis novel menantu mithali, novel keluaran 2014 






EMMA RAISHA... Dia tidak sangka nasibnya akan berubah dalam sekelip mata. Dibenci daddynya semenjak kecil, mummynya pula meninggal dunia, putus cinta dengan kekasihnya, dibuang kerja dan rumahnya turut disita. Semuanya berlaku dalam tahun yang sama. Akhirnya dia tidak punya sesiapa di sisi kecuali rakannya sahaja.
Atas alasan itu, dia sanggup menerima pertolongan daripada rakannya, RAJA AFFENDY. Seorang lelaki bakal mengubah hidupnya seratus peratus. Pada  saat  Andy  ditimpa  kesusahan, Emma  juga  ingin  membantu  kerana  lelaki  itu  telah  banyak  membantunya.
“You  cakap  you  boleh  tolong.  Kalau macam itu, kahwin  dengan  I  jom?”  ~  ANDY
“Errr...”  ~  EMMA
Akhirnya, demi kepentingan diri sendiri, Emma menerima lamaran tersebut. Namun dia tak sangka akan ada syarat-syarat yang menguji kesabarannya.
“Mama I fussy sangat. You tolong menangi hati mama I. You tolong jadi menantu  paling mithali buat mama I. Boleh tak?” ~ ANDY
Menantu mithali? Oh tidak!!! Kenapalah dia harus jadi menantu mithali? Kalau menantu yang dikesali itu barulah dia tahu­­­­­! Syarat pertama, Emma sudah mula merungut. Syarat kedua, Emma sudah berfikir dua tiga kali. Syarat ketiga, dia mula resah. Syarat keempat, macam tak masuk akal. Dan syarat seterusnya, terus Emma berdendam dengan bakal mertuanya.
Saat dia mula dapat menerima apa yang tersurat, dia tak sangka semua yang berlaku ibarat di atas pentas lakonan. Dia tak sangka ada agenda yang tersembunyi di sebalik segala kesusahannya. Kehadirannya daddynya semula turut membuatkan dunia Emma Raisha berubah.
Berjayakah  Emma  yang  liar  itu  menjadi  menantu  mithali  untuk  mama  Andy? Adakah cinta yang tiba-tiba hadir akan direstui oleh orang tua mereka? Dan cinta yang berputik di tempat penuh maksiat adakah akan mendapat keredaan-Nya? 


Jom beli !! hnya RM25 untuk semenanjung Malaysia .