Wednesday, 18 December 2013

Monumen Hebat Di Dunia

Assalamualaikum...

Ni saya baca daripada Asuh... pasal monumen yang hebat,unik dan cantik... :) nak share la,hehee... sebab tengok cantik je :DD jom baca,hehehe... :)

Masjid Al-Hambra,Granada,Spain

Al-Hambra (Isatana Merah) merupakan istana purba dan kompleks kubu yang dibina di antara tahun 1238-1354 Masihi di bawah pemerintahan Mohammed bin Ahmar yang merupakan Raja Nasrid pertama.

Masjid Kudus Al-Manar,Indonesia

Masjid ini dibina pada tahun 1549 Masihi oleh Sunan Kudus (Ja'far Shodiq). Rekabentuk masjid ini bercirikan campuran Hindu dan Jawa. Menaranya yang berbentuk seperti candi yang kebiasaannya ditemui di kawasan kuil Hindu.

Masjid Pattani,Thailand

Masjid ini dibina pada tahun 1954 semasa pentadbiran Fil Marsyal Sarit. Ia menyerupai rekabentuk Taj Mahal. Ia merupakan tumpuan utama penduduk Islam Thai dan menjadi pusat untuk upacara keagamaan.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin,Brunei Darussalam

Masjid ini dinamakan bersempena nama Sultan Brunei ke-28 dan dibina pada tahun 1958 Masihi. Ia direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei.

Taj Mahal,Agra,India

Taj Mahal telah dibina oleh Maharaja Mughal kelima iaitu Shah Jahan. Ia dibina bagi mengenang kisah cinta abadinya dan juga sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal.

Masjid Badshahi,Lahore,Pakistan

Masjid ini dibina untuk Maharaja Mughal Aurangzeb Alagmir pada tahun 1673 Masihi. Ia merupakan masjid yang terbesar pada zaman tersebut. Mengikut sejarah, ia boleh memuatkan sehingga  65,000 orang jemaah.

Kubah As-Sakhrah,Baitul Muqqaddis,Palestin

Dibina pada tahun 692 Masihi di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah. Tujuannya untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT.

Masjid Besar Samarra,Iraq

Masjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad kesembilan. Ia berdiri dengan megahnya di dalam bandar yang tertua di dunia. Salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ini.

Masjid Sheikh Lutfallah,Iran

Masjid ini merupakan satu contoh senibina Islam yang terbaik. Dahulunya ia digunakan sebagai masjid diraja. Ia dibina pada abad ke-17 oleh Sheikh Lutfallah Maisi Al-Amili yang merupakan seorang cendekiawan dan tokoh agama terkenal.

Masjid Abu Nasr Parsa,Afghanistan

Dibina pada abad ke-17 dalam gaya Timurid. Antara ciri menarik makam berbentuk oktagon ini ialah dua tiang berpusing di hadapannya. Pembinaan makam ini adalah bagi mengabadikan jasa ahli teologi terkemuka iaitu Khwaja Abu Nasr Parsa.

Masjidil Haram,Mekah,Saudi Arabia
 

Masjidil Haram ini merupakan tempat paling suci bagi semua umat Islam. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah,iaitu kiblat umat Islam apabila mengerjakan solat. Bangunan asal masjid ini dibina menggunakan batu biru yang terdapat di Lembah Hijjaz.

Masjid Aleppo Citadel,Syria

Dianggarkan dibina pada abad ke-10 sebelum Masihi di atas sebuah bukit di Syria. Kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pada masa tersebut.

Dannn... Masjid tercantik di Malaysia.... :DDD
cantik kan? hehe... Masjid Ubudiah,Kuala Kangsar,Perak...

Okay,sekian.....
Sayonara <3

Monday, 16 December 2013

Hallo! Hallo!

Assalamualaikum...


Huuu~ Rasa lama sangat tak update,huhu... bukan taknak update,tapi idea taknak datang,hehe... ada sapa2 rindu saya? :PPP terima kasih kepada yang datang singgah blog ni,hehe :DD terima kasih jugak kepada yang menjerit dekat cbox dan komen entry saya,hehehe <3333 barang2 sekolah semua dah siap! hehee~ rindu jugak dengan kawan2 sekolah rendah... tadi saya mesej dengan alya,kawan saya... dia masuk irshad jugak,hehe... :)

Sebenarnya saya tengah marathon tengok kdrama,ngeh ngeh :PP The Heirs tu lah... :DD sekarang ni dah sampai episod 15... ada lagi 5 episod... sekolah dah nak dekat... rasa tak sabar pun ada nak pegi sekolah tahun depan,hehee ^^ okaylah, nanti saya update entry lagi :) bye!

Sekian...

Friday, 13 December 2013

HALLYU WAVES GIVEAWAY by Putry Mirah and Rifa Sparrowz

Assalamualaikum...

Saya join GA ni,hehe... Kepada sesiapa yang berminat,bolehlah join :D Syarat2 dia sangat mudah,hehe... Jadi jomlah join! ^^



NAK JOIN BOLEH TEKAN BANNER

Hai guys , Ini adalah Hallyu Waves GiveAway yang dianjurkan oleh Putry Mirah dan Rifa Sparrowz.
GiveAway yang berkonsepkan Korean Pop {{KPOP}} . Contohnya EXO dan lain-lain . 

GiveAway ni menawarkan hadiah-hadiah yang menarik . 

Top Referral : Baju KPOP {{ MISTERI }} *ikut nasib 

Tempat pertama : Beg KPOP { SUPER JUNIOR } dan Button { SNSD }
Tempat kedua : Poster { BIG BANG } dan Poster { EXO }
Tempat ketiga : Header KPOP (Pilihan pemenang) { seorang  pemenang } 
Tempat keempat : Cursor nama (Pilihan pemenang) { dua pemenang } 
Tempat kelima : Blog Review { lapan pemenang }
Tempat keenam : Bloglist { lapan pemenang } 

JOM JOIN RAMAI-RAMAI . JANGAN LEPASKAN PELUANG
AKAN TERBATAL JIKA KURANG DARI 30 PESERTA

Thursday, 12 December 2013

Daftar Sekolah

Assalamualaikum..

ni la SMKA Al-Irshad... ambik kat google je,hehe :)
Pagi tadi saya pegi daftar sekolah... untuk tahun depan,hehe... saya pegi SMKA Al-Irshad... :) dah selesai tu, balik... hehe.. 1 Januari 2014 ni kena pegi lagi :) sekolah saya 11 orang dapat Irshad... 11 daripada 20... tapi tak tau la kot2 ada yang nak masuk SBP/MRSM kan.. saya masuk Irshad je,hehe :)

Saya ada dapat tawaran pegi SBP.. tapi jauh sangat,dekat johor sana... abah kata tak payah la,dekat2 la senang,hehe... tapi saya memang nak masuk Irshad pun.. :) yang tawaran SBP tu kawan saya la bagitau... 2 orang je sekolah saya dapat SBP.. saya dengan sorang lagi,lelaki la... pastu saya check la betul ke saya dapat SBP... check online.... check2 tu betul ada tawaran.... tapi saya dah buat keputusan nak masuk Irshad, hehe... kakak saya Irshad jugak... tapi dia tahun depan form 4.... :)

Kawan2 saya yang lain ada yang masuk SMK Dato' Onn, SMK Bakti dan lain2,hehe :) Nawal masuk Irshad sama macam saya,hehe :) tapi tak tau la kalau kelas sama ke tak...

ni tawaran SBP yang saya check tu :)

Sekian,assalamualaikum...




Ohayo!

Assalamualaikum...

Selamat pagi! ^^  pagi ni taknak cakap banyak2,hehe... jom tengok gambar2 di bawah...






Sekian,assalamualaikum...

Wednesday, 11 December 2013

1ST NEW YEAR GIVEAWAY BY YAN

Assalamualaikum...

Join GA lagi! ^^ kali ni GA kak yan pulak... syarat dia sangattt mudah di samping untuk support GA ni.... :) jom kita join GA ni reramai! hehe :D tekan je banner kat bawah untuk ke blog penganjur :)


Sekian,assalamualaikum...

First Giveaway by Iman Sarah & Amira Aisyah

Assalamualaikum...

Saya join GA ni... syarat dia takdelah susah sangat,hehe... walupun ada yang kena like fanpage,tapi bagi yang ada fb je lah... hehe,bolehla join! :) saya kan takde fb... jom meriahkan GA ni! klik banner comel di bawah untuk join! :D


GA ini dianjurkan dengan pelbagai hadiah menarik menanti anda. GA ini dikategorikan menarik kerana penganjur memilih pemenang dengan Random.org dan 28 pemenang dicari. Setiap pemenang akan diberi 2 hadiah daripada sponsor yg berlainan. Jadi, anda semua dijemput bagi memeriahkan GA ini. {senarai hadiah}

Sekian,assalamualaikum... 

Tuesday, 10 December 2013

Happy Tree Friends

Assalamualaikum...

Ada yang dah tau kan pasal cerita kartun ni,hehe... saya selalu la jugak tengok cerita ni,hehe.... tapi cerita ni mesti ada darah... haha... walaupun kartun je,tapi saya kekadang tu ada jugak rasa macam kena kat kita sendiri,huu... jadi kalau korang nak tengok tu janganlah tengok masa tengah makan... hehe... kalau takut darah tak payah la tengok... saya ni takut darah,tapi degil nak tengok jugak,ngeh ngeh :p

ni antara characters dia....  
Tajuk cerita ni comel je... Happy Tree Friends... happy lah sangat kan,haha... lagu dia pun comel je,macam lagu kartun yang lain.... tapi cerita dia.... hehe... kartun ni tak adalah menakutkan sangat... cerita ni kan saya selalu tengok,jadi lagu dia memang saya dah hafal lah... hehe... kalau korang bukak kat youtube,memang banyak la yang keluar... dia ada banyak episod... tapi cerita ni takdelah lama sangat... kejap je...jadi,saya nak bagi korang tengok sikit Happy Tree Friends ni,ngee~ :) sape yang tak nak tengok/takut darah ke tak payah la tengok,hehe...




Yang ni saya tengok banyak kali dah,hehe...geli jugak... kadang2 rasa macam tak logik pon ada,biasalah katun kan... hehe... :D




Okey... tengok lah ye,hehehe... Sekian,assalamualaikum...

Saturday, 7 December 2013

Hmm...

Assalamualaikum...

cute cute <3
Hmm,lama jugak tak update entry,kan...huhu... takde idea nak tulis apa... nak bw dan komen2 pun malas, huhu... nanti baru nak marathon komen banyak2,hehe :) sekarang ni saya suka tengok tv pulak.. selalunya menghadap blog ni,hehe.... okeylah... takde apa nak cakap dah... any idea? :)

Sekian,assalamualaikum...  Oyasuminasai! ^^


Thursday, 5 December 2013

Dapat Doodle Lagi! Hehe

Assalamualaikum...

Murah rezeki harini... dapat dua doodle... hehe,dahla comel2... :) tadi dapat daripada kak mazni... kali ni kak nini yang bagi... huu,terharu gila... haha... tq kak nini! comel sangat doodle tu! :) kak nini memang terer mendoodle2 ni.. tengok la blog dia,ada banyak doodle yang dia buat sendiri... comel sangat! header pun comel! hehe ^^

ni la doodle tu... ada nama saya dan kak nini,hikhik  ^_^
Okey jom singgah blog comel kak nini... tekan NI follow sekali ye,hehe :) saya bab mendoodle ni tak terer sangat,hehe :)
Sayonara <3



Dapat Doodle! Yeayyy

Assalamualaikum...

Hehe... Hehe... Hehe... tadi tengok cbox,kak mazni bagi satu link...saya tekan link tu,dan keluar ni :


doodle! yeay! thanks ye kak mazni...saya suka sangat... comel kan? kan? hehe :) 
Jom kita singgah blog kak mazni, tekan NI :)

Sayonara <3




ADRIANNA SYAZ FIRST GIVEAWAY

Assalamualaikum...

Saya join GA kak yana ni... menarik tau GA ni... dan syarat dia simple,hehe ^^ kalau nak join,klik banner di bawah... sama macam kak yana,saya pun suka hujan...best je masa hujan,sejuk je~~ hehe :D


Untitled

Sekian,assalamualaikum...

Monday, 2 December 2013

Kucing Jadi Font!

Assalamualaikum...

Sejak akhir2 ni saya suka sangat dengan kucing,tak tau kenapa...header pun letak doodle kucing,ehehe... Tadi search kat google pasal kucing,pastu ternampak gambar kucing dengan nama font... comel comel je, hehe :) saya share lah ye,hehe :) saya pun baru tau pasal kucing jadi font ni,haha :p korang suka yang mana? ^^
pandai main piano ye :)
kucing sebagai font 18 Kucing kucing Comel yang Serupa dengan Font yang Biasa Kita Gunakan
batman! :p
kucing sebagai font 20 Kucing kucing Comel yang Serupa dengan Font yang Biasa Kita Gunakan
yang ni saya suka <3 style lah! haha :D
kucing sebagai font 19 Kucing kucing Comel yang Serupa dengan Font yang Biasa Kita Gunakan
macam mr. arrogant je,hehe :p
kucing sebagai font 16 Kucing kucing Comel yang Serupa dengan Font yang Biasa Kita Gunakan
tengok,kucing zaman dulu rajin buat kerja.... kucing zaman sekarang,pemalas! haha :p
kucing sebagai font 15 Kucing kucing Comel yang Serupa dengan Font yang Biasa Kita Gunakan
ni lukisan je rasanya,hehe :)
kucing sebagai font 14 Kucing kucing Comel yang Serupa dengan Font yang Biasa Kita Gunakan
besarnya kaki tu,hehe :p
kucing sebagai font 13 Kucing kucing Comel yang Serupa dengan Font yang Biasa Kita Gunakan
ni macam kucing orang kaya je,hehe :)
kucing sebagai font 12 Kucing kucing Comel yang Serupa dengan Font yang Biasa Kita Gunakan
Mr. Mustache! :)
kucing sebagai font 11 Kucing kucing Comel yang Serupa dengan Font yang Biasa Kita Gunakan
kucing ni dahla gemok, mata duitan pulak tu,haha :p dah nama pun bank kan? mesti ada kena mengena dengan duit...
kucing sebagai font 10 Kucing kucing Comel yang Serupa dengan Font yang Biasa Kita Gunakan
mata warna biru,comel! hehe :)
kucing sebagai font 9 Kucing kucing Comel yang Serupa dengan Font yang Biasa Kita Gunakan
cool lah! :)
kucing sebagai font 8 Kucing kucing Comel yang Serupa dengan Font yang Biasa Kita Gunakan
haih,cutenya!!! <3
kucing sebagai font 7 Kucing kucing Comel yang Serupa dengan Font yang Biasa Kita Gunakan
yang ni font apple chancery,bukan apple chauncery... silap taip kot :)
kucing sebagai font 6 Kucing kucing Comel yang Serupa dengan Font yang Biasa Kita Gunakan
yang ni saya tak tau font apa,hehe...
kucing sebagai font 5 Kucing kucing Comel yang Serupa dengan Font yang Biasa Kita Gunakan
yang ni comel jugak,hehe :)
kucing sebagai font 3 Kucing kucing Comel yang Serupa dengan Font yang Biasa Kita Gunakan
yang ni papyrus....
kucing sebagai font 2 Kucing kucing Comel yang Serupa dengan Font yang Biasa Kita Gunakan
arial black...memang black betullah ye,hehe :)
helvetica... kucing ni saya selalu nampaklah,hehe :)

kucing sebagai font 4 Kucing kucing Comel yang Serupa dengan Font yang Biasa Kita Gunakan
font comic sans... bulatnya mata,hehe :)
Okey,itu je... Gudnite! :D
Sayonara <3