CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 29, 2010

Lagi Tarbiyyatul Awlad...


...hari2 tgok keadaan sekeliling terutama masalah masyarakat setempat...

ana nk fokus tentang tarbiyyatul awlad...

1.ada sorang bapa pegang anak kecil 2 tahun dan sebelah tangan lagi pegang rokok,sambil dok pegang2 anak...sorokkan tangan sebelah lagi yang pegang rokok...

-ana fikir...apekebenda la mamat ni buat...sian anak dia (lemas ngn asap)...

2.sambil naik lif, tgok ada 1 keluarga anak2 dia rambut merah,umur 4, 5 tahun...

-ana fikir , patutla masyarakat skang camni...

3.masa balik rumah naik moto tengok budak2 tepi jalan...ngn poyo budak darjah 3 , 4 dan 5... cucuh api kat rokok yang kat mulut...

-ana fikir...hai kesiannya ko,bajet power ker?...mana la bapak ko...tp ana faham..kalo parent x isap..insyallah anak x isap...

............

kalo fikir2 balik...cane la nak didik anak2 sendiri untuk zaman yang camni...

ada guru ana kat sekolah menengah dia cakap....kalo nak anak kita baik...zaman muda2 lagi mesti jadi baik...jadi seorang yang suka tarbiyyah...nanti fatah dah ada anak taw da nak buat camne...

ya Allah....lahirkan zuriat daripada kami...orang2 yang berjuang dan menyambung risalah rasulMu ameen ya rabbal `alamin...

wallahu`alam

Friday, January 22, 2010

Tazkirah dan Tarbiyyah daripadaNya - Tadabbur Alam




assalamualaikum ...

alhamdulillah `ala ni`aamihi...

salah satu nikmat yang sangat berharga bagi diri ini adalah kesihatan...

tanpa kesihatan...bnyak kerja yang terbantut....

masa sakit mulalah ingat nk buat kebaikan dan kebajikan...

...

tapi sakit sebenarnya Allah beri peluang kepada diri kita sendiri...erti muhasabah...
mungkin sebab dosa yang kita lakukan tanpa sedar atau sengaja...

lantas penyakit dianugerahkan...

Alhamdulillah ..

walau sakit...
aku masih berdiri gagah melakukan solat..
pernah terfikir..
ada yang sakit dan x mampu melakukan solat dengan sempurna....

sakit yang datang secara tiba2...melemahkan tubuh dan rasa tidak selesa...

demam+headache+gusi gg bongsu bengkak ....

subhaanallah....syukur atas segala nikmatMu ya Allah...
mujur ada ikhwah yang memahami...bg panadol+koyok...jazakumullah..

...........

keesokan harinya...

g fak.dental UM,
datang awal,sblum kul 9pg,kaunter x buka lagi....

dapat la buat rawatan awal....

masa menunggu dapat tengok bnyak benda...

tengok staff hospital yang ramah,berlainan bangsa..

tengok keluarga pesakit yang x sabar...mengajar kepada erti sabar...

bg aku staff hospital dah melakukan yang terbaik...

perlu respect dan faham...

kalau nak cepat...g private....sabar2...


alhamdulillah pas x-ray n check by Dr gg, 10 mac 10...gg bongsu kena buang....yang datang sakitnya yang bermusim...kadang sakit..kadang x....so longterm...Dr cakap buang....


.............................................

pastu g CIMB ....

buka akaun CIMB ISlamic...

nape nk buka baru....?

sbb nk yang islamic...

dapat layan tazkirah kat CIMB caw.UM
dapat dengar
tok guru bg tazkirah pasal perniagaan di Akhirat...terfikir..bagus gak CIMB nih...

hehe...http://15malaysia.com/

...............................

tazkirah=tadabbur alam

untuk diri sendiri...

wslm

Tuesday, January 19, 2010

Tarbiyyatul Awlad Abdullah Nasih Ulwan Dalam kajianku...


alhamdulillah...

2 jilid buku yang dibeli oleh ustaz sangat bermakna bg diriku, buku yang telah mendapat sambutan diserata dunia dan diulang cetak kepada banyak bahasa2 dunia...

Pendidikan Anak2 Dalam Islam...karangan Assyeikh Abdullah Nasih Ulwan...

isi2nya sungguh bermakna bagi manusia bergelar ibu atau bapa...dan khususnya kepada dua`t dalam membina Baytul Muslim...

Diceritakan tentang pelbagai perkara yang berkaitan akhlak bagi seorang muslim,bermula dari mencari pasangan lagi,dan seterusnya adab2 dalam mendidik anak2....

bukan sahaja menjadi pengajaran dan pembelajaran kepada anak2 namun juga kepada diri kita sendiri...

setelah membaca karya yang hebat ini...

ana melihat dunia disekitar rumah,kolej dan waqi` di Malaysia...

sungguh ana katakan manusia / masyarakat kita sedang dalam keadaan tenat,

beberapa peristiwa yang berlaku ,yang memeranjatkan ana....

1.seorang kanak2 lelaki yang berumur linkungan 7-9 tahun melihat dengan ghairah pemudi yang tidak menutup aurat.

2.kanak2 mencuri barangan di kedai runcit dengan rasa tidak bersalah...

3.warga emas yang mencarut sesama rakannya di kedai mamak (dahulunya mungkin kanak2 yang suka mencarut juga)...

4.wanita yang tidak menutup aurat dengan rasa tidak sedikitpun malu atau bersalah.. ( tidak sepatutnya dilakukan oleh perempuan muslimah)...

5.Pemuda menyalahgunakan skype untuk melihat dan melakukan seks maya...


sebenarnya kesemua perkara diatas bermula dengan salah asuhan atau didikan...

....

marilah kita fikir masalah yang melanda umat Islam dewasa ini,dan mencari jalan melakukan pengislahan...


Ya Allah bantulah kami,melahirkan dan mendidik zuriat keturunan kami agar mereka tergolong di dalam barisan para pejuangMu dan para Dua`tMu...

wallahua`lam...

Sunday, January 17, 2010

2 pemandangan yang berbeza

semasa menghantar ustaz kat KL sentral,

ada 2 pemandangan yang mengejutkan aku..

1.seorang pemudi bertudung menghisap rokok...

2.seorang pemudi memegang perutnya yang sarat mengandung dalam keadaan keletihan...

mahasuci Allah mengajarkan aku tentang manusia...tazkirah dalam erti kata tadabbur alam....

wallahua`lam..

Thursday, January 14, 2010

4 The Rest Of My Life♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥Maher Zain





ana ambik sebijik kat youtube...tazkirah untuk diri sendiri...

Wednesday, January 6, 2010

Ya Allah binasakanlah golongan yang mencabarMu...

Isu Penggunaan Kalimah Allah Oleh Abu Bakar Bin Yang, Fellow di IKIM

06/02/2009 | Utusan Malaysia Mengulas mengenai isu penggunaan kalimah Allah seperti yang digunakan oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan kita bersama. Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah.

Malah ada sesetengah negeri yang menambahkan lagi beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam. Namun yang peliknya kenapa masih lagi ada yang cuba menuntut kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka?
Mungkin kita boleh menjangkakan bahawa alasannya ialah kalimah Allah tersebut adalah kalimah terjemahan dari Bahasa Inggeris yang menggunakan kalimah God dalam Bible terbitan Bahasa Inggeris yang telah sekian lama digunakan. Sama ada kita sedar ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kepada umat Islam sekiranya dibenarkan, kerana ianya lebih banyak menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat. Cubalah kita bayangkan kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca iklan-iklan atau papan-papan tanda yang berbunyi "...Aku adalah anak Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat atau ungkapan-ungkapan yang diterjemahkan ini boleh mengundang kekeliruan yang akhirnya boleh membatilkan fahaman agama.

Walau bagaimanapun, bagi menyingkap kekeliruan yang telah berlaku ini, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi orang Islam dan juga bukan Islam, mudah untuk difahami dan diberitahu bahawa bahasa asal al Quran adalah Bahasa Arab. Dan apakah pula bahasa yang digunakan untuk kitab Injil (Bible) dan kitab Taurat? Bagi mereka yang mengkaji sejarah, secara jujur mereka akan katakan
bahasa asal untuk kitab Taurat ialah Bahasa Hebrew, dan bahasa yang digunakan untuk menulis Kitab Injil (Bible) ialah Bahasa Greek. Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu gawat yang sedang berlaku ini.

Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk Tuhan dalam bahasa Hebrew dalam kitab Taurat dan makna perkataan Tuhan dalam bahasa Greek untuk kitab Injil (Bible).? Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak timbul. Ini adalah kerana perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut :Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya : Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?")

Sementara di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Theos. Sepertimana yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau buku-buku tamadun besar dunia, orang-orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos. Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos.

Jika diteliti kita akan dapati bahawa untuk kedua-dua bahasa sama ada Hebrew ataupun Greek yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun kalimah Allah digunakan. Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Bahasa Arab.

Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Dan di dalam terjemahan Bible Melayu pula mereka menamakannya sebagai Kitab Berita Baik. Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible bahasa Arab tersebut adalah kerana sesetengah Kristian Arab seperti yang terdapat di Mesir, Syria, dan beberapa negara lain yang muncul
sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. menerima dan meyakini faham Keesaan Tuhan. Di mana faham ini jauh berbeza dengan faham Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini.

Maka dengan itu hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity. Selain daripada hujah tersebut terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada terjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan kalimah Tuhan pula adalah terjemahan dari kalimah Lord.

Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible itu sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian? Sekiranya kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus sedangkan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam Syurga, maka perlulah difahami dengan jelas di sini bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja. Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut:

Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa".

Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah ianya merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata. Dan hal ini sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan bahawa kalimah
Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Jesus.

Sekiranya penghujahan ingin diteruskan lagi dengan menyatakan bahawa dalil yang paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Jesus dan kalimah Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang sering dirujuk di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut:

Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu".

Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan yang terdapat di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun juga merujuk kepada Allah. Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keEsaan Allah sepertimana yang terdapat dalam The Gospel of St. John 20:17 yang menyebut:

Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu, AllahKu dan Allahmu." Dalam kata lain Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah. Maka jelaslah di sini bahawa kewajaran pihak kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah untuk digunakan oleh bukan Islam patut disokong oleh segenap masyarakat termasuk bukan Islam sendiri. Ianya adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu akan mengundang padah yang akhirnya membawa kerugian
kepada semua pihak.

Adalah suatu yang amat malang apabila kesejahteraan hidup beragama di negara ini yang telah sekian lama bertahan atas dasar tolak ansur dan saling memahami, tiba-tiba digoncang oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mencetus suasana ketegangan dan huru-hara.

Sumber Dipetik : www.ikim.gov.my

Tuesday, January 5, 2010

melihat dari persepsi berbeza




erm...btul gak...susah diimplementasi...tp inshallah boleh

ana ambil dari
http://akhwatfillah.wordpress.com/2009/02/05/ciri-ciri-ikhwan-muslim-yang-baik/

ciri2 ikhwah

- mencintai Allah,Rosulnya dan jihad dijalanNya

-menundukkan pandangan dengan wanita yang tidak muhrim baginya

-sholatnya tepat waktu dan sholat lima waktu di mesjid

-senantiasa merindukan pertemuan mingguan/halaqoh

-tidak pacaran tapi PACARAN(pakai cara nikah)

-senantiasa menambah wawasan keislamannya

-waktu luangnya dipakai membaca al-quran

-tidak apatis dengan tetangga,atau orang yang belum mengenal dakwah

-tidak memanjangkan kumis,memanjangkan jenggotnya(meskipun sedikit) sebagai pelaksanaan sunah,tidak memakai cincin emas,dan baju sutra.

-menjaga hijab dengan wanita yang tidak muhrim baginya

-rajin menghafal al quran

-berprestasi di lingkungannya

-bila menjadi suami,ia menjadi qawwam yang baik kepada anak dan istrinya

-selalu terdepan menyambut seruan dakwah

-keikhlasan selalu menjadin kunci dalam beramal

-bila menjadi seorang guru dia menjadi tempat bertanya yang disenangi dan menjadi bengkel ruhi bagi binaanya

-sesibuk apapun 1 juz al qur’an senantiasa menemaninya dalam sehari

-berusaha selalu menambah pemahamannya dalam dakwah termasuk dakwah siyasi

-senantiasa berbaik sangka kepada saudara seiman

-bila menjadi ayah,ia menjadi orang terdekat bagi anak-anaknya.

-selalu tersenyum bila bertemu dengan saudara seiman

-minimal membina /mengajak orang kepada kebaikan

-menyayangi orangtuanya dan senantiasa mendoakan mereka

-membersihkan jiwanya dengan cara menikah

-selalu semangat mengikuti setiap agenda dakwah

-memandangnya mengingatkan kita pada Allah……….



sudah kah aku menjadi ikhwan sejati? atau sekedar numpang nama ikhwan?

Saturday, January 2, 2010

mengapa kita tidak beradab dengan jemaah?


assalamualaikum w.r.b.t

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillahi rabbil `alamin wassolati wassalam `ala ashrafil anbiyai wal mursalin wa `ala aalihi wasohbihi ajma`in

...

Ya Allah bimbinglah aku dalam setiap gerak geriku dan jauhilah aku dari segenap perkara syirik dan mazmumah...ameen

Adab ... adab membezakan muslim yang ditarbiyyah dan tidak ditarbiyyah...sehingga muslim yang ditarbiyyah itu menjadi seorang mu`min yang penuh adab dalam setiap pekerjaannya...

namun bagiku satu hal yang amat penting dalam amal jamai`e adalah adab itu sendiri...

adab sesama ahli dan adab kepada jemaah yang kita sayangi...

seharusnya adab yang perlu dititik beratkan adalah segala adab yang mengandungi tuturkata,perbuatan,hati/persaan dan sebagainya...dan musuh utama dalam merealisasikan seorang yang beradab adalah nafsu itu sendiri yang dibantu syaitan yang tidak beradab dengan Tuhan Yang Mencipta adab...

hari ini tazkirah ini ,aku tujukan buat diri sendiri...

adab dengan jemaah pada pandangan peribadi....

satu hal yang bila sudah berada dalam jemaah , seharusnya aku wala`,thiqah dan taat.

meyakini syura diperingkat tertinggi adalah yang terbaik...dan tidak berkata nista dan cakap belakang apabila syura diputuskan...

sentiasa bersikap thiqah terhadap jemaah bila ujian kepada jemaah mendatang tanpa diduga..bukannya terus melatah dan menuding jari kepada pihak atasan,dek kesilapannya seorang manusia yang tidak maksum melaksanakan tugasnya....

tidak membezakan antara program iaitu AKTIVISME dan TARBIYYAH....semuanya bagiku adalah tarbiyyah...jika aku mengatakan aktivisme punca kekeringan tarbiyyah dan punca ketidakmantapan ahli ....aku silap 100peratus...

padahal kedua2nya adalah satu...

aktivisme adalah program tarbiyyah ,dan tarbiyyah adalah aktivisme...ibarat isi dan kuku...dan aku lebih senang mengatakan kedua2nya adalah program tarbiyyah...


bagiku..."aktivisme" yang digembar gemburkan sesetengah pihak yang mengatakan punca kekeringan tarbiyyah ...itu aku anggap sebagai GRAND TARBIYYAH...menjadikan aku sebagai seorang yang pandai mencuri masa dengan tarbiyyah dzatiyyah ,qiamullail dikala malam hari,mencuri masa membaca quran....bukankah GRAND TARBIYYAH@Aktivisme ini lebih mencabar dan mematangkan seorang da`i??? ...jawabku YA!...
dan aku bangga dengan jemaahku...kerana ditarbiyyah sebegini...


....

mengapa mulut dan hati sentiasa melencong...tidak bersatu...

bagiku..tidak timbul soal mengatakan tarbiyyah kering tarbiyyah x basah x mantap...
cek balik diri yang berkata...adakah dia melaksanakannya dikala berseorangan...dikala tiada program tarbiyyah yang secara official menyantunnya...

jika x basah siram2kan ,jika x mantap mantap2kan....bukannya mengkritik...tapi mengislah...kekadang hati yang berbolak balik ini suka mengatakan sesuatu...tanpa disusuli tangan dan iman yang mengubahnya...sungguh malang jika bersikap sebegini...

aku terus mengatakan pada diriku,,,,seharusnya hendaklah banyak istighfar,muhasabah diri yang serba kekurangan dan tidak mengkritik individu @ jemaah yang melakukan pengislahan...bagiku kritik adalah seburuk2 pekerjaan...seharusnya menyokong dan terus mendoakan...agar islam itu tertegak...


wallahu`alam

ingatan untuk diri sendiri....

Ya Allah bantulah kami...


assalamualaikum w.r.b.t
bismillahirrahmaanirrahim...
segala puji2an hanya padaMu Ya Allah ,Tuhan yang ditanganMu nyawaku,selawat dan salam kepada Ar-Rasul yang aku cintai dan seluruh ahli keluarganya dan seterusnya penyambung kerja2 mulianya.
Kami sedar dan kami akur dengan tulang empat kerat kami,mana mungkin fikrah ini tersebar,kami juga merasakan dengan diri yang lemah ini,yang serba kekurangan yang tidak terlepas dari dosa dan noda,sungguh payah untuk kami menjunjung tugas ini,namun kami percaya dengan janjiMu...kami sungguh berbangga kerana Mu ,Ya Allah Tuhan kami,memilih kami berada pada fasa kebangkitan ini,...dan aku yang teramanah diatas bahuku sebagai ameer menyedari dan akur akan kekuatan dan segala kelemahan yang ada,namun pada pandanganku,aku lihat ada sinar yang memancar di hujung sana.
Tiadalah kebanggaan bagi yang memulakan kerja2 ini,namun yang akan berbangga generasi yang akan datang,walaupun begitu ,aku merasakan fasa kebangkitan adalah fasa yang cukup bermakna ,berbanding merasai nikmat selepasnya,merasai ramainya ikhwah ,merasai program yang tersusun dan padat dan melihat sokongan dari ramainya ahli.Fasa kebangkitan mengajarkan aku erti kematangan ,kegigihan ,dan membentuk aku menjadi seorang yang berdisiplin.

Fasa kemenangan bukanlah fasa bermegah2,namun fasa muhasabah,aku akui tarbiyyah yang diajarkan oleh ayahanda dan bonda mengajarkanku erti adab.Kejayaan tarbiyyah dan dakwah bukanlah untuk dimegah2 ,namun suatu pengajaran.

kenapa aku berkata begitu,bagiku,lain padang lain belalang,tidak boleh disamakan dengan satu tempat dengan tempat yang lain,perlu sedar...waqi`nya...bukanlah kejayaan disatu tempat memberikan contoh terbaik kepada tempat yang lain...

kita sebagai penduduk lebih memahami SWOT ... dan tempat lain hanyalah nasihat dan sedikit penyuntik ,penyemarak di bumi sendiri...

biarlah masa yang lalu terus berlalu,jadikan sebagai sempadan...masa dihadapan perlu dihadapi...dan diambil peluang dengan sebaiknya...

fahami amal jama`ie...fahami konsep faham itu sendiri dan aplikasikan Rukun Bai`ah buat diriku sendiri....dengan bantuan mu ya Allah....sistem ini telah mengikat aku pada konsepnya yang aku tidak akan berganjak dan terus taat kepadaMu...Ya Allah bantulah kami...

Insyallah dengan bantuanMu kami mampu untuk melebarluaskan lagi dakwah dikampus tercinta ini..

tazkirah buat diri yang terus dalam pembinaan...