Friday, February 25, 2011

Hari ni nak promote Jakel besar-besaran

Salam semua. 
Nak dengar satu cerita benci tak? Dengar tau. Meh nak bisik sikit.

Asal murah tapi cantik dan nampak elegen. Ada tak orang yang jenis macam ni? Beli barang yang tak kira jenama apa pun yang penting selesa, cantik, dah cukup dah. Ada. Memang ada.

Aku beli kasut murah je. Tapi bila dah pakai dua tiga kali tapak dier pun tercabut. So, terpaksa cari pakcik jahit kasut tepi jalan sebab sayang kasut punya pasal.
 Nak dijadikan cerita, aku hantar isnin patutnya dah siap jahit la kan? Semalam aku nak pergi amik kasut, pakcik tu tak ada. Hari ni pergi lagi, pun pakcik tu tak ada. Apa cerita? Cheittt! Benci sangat!

Lepas frust macam tu, aku pergi Wisma Jakel dekat Shah Alam ni.


Besar sangat! Bapak besar! Besar gila babi! Ehh.. vavi!

Sebenarnya nak cuci mata je. Tengok kain ela. Tengok je la sepatutnya. Tapi terbeli la.. Terbeli. Betul tak tipu. Beli 3 pasang. *Kalau sampai 3 pasang tu terbeli apa bongok!

Staff Jakel memang bagi servis terbaik. Murah dengan senyuman. Tak macam kedai Hajra. Sambil lewa siap menyanyi depan customer bajet suara sedap. Senyum pun susah harap make up tebal, pekerja ramai tapi duduk berlonggok. Ehh apa ni terkutuk pulak.




Kenapa nak kene promote Jakel? Sebab Jakel ada promotion kain ela RM10! Sebab tu terbeli 3 pasang! Hehehe...

So apa lagi? Jom la terjah Jakel beramai-ramai. Bila lagi nak borong kain ela kan?


Nak buat kurung ke, kurung moden ke, kebaya ke, apa ekk?  
 

Thursday, February 17, 2011

Untuk Gadis Semasa

Salam satu Malaysia . Sayang Malaysia tak?
Entri kali ini, aku nak dendangkan khas untuk gadis-gadis semasa di luar sana. Kenapa untuk gadis semasa Bukan gadis kampung? Baca sampai habis kalau rajin.. Jeng.. jeng.. jeng..

Baru-baru ni aku ada attend modul anjuran Uitm. Modul wajib datang, kalau tak datang tak boleh grad. Ada ke patut paksa-paksa orang? Memandangkan dah tahun akhir, pendedahan modul lebih banyak berkisar pada personaliti diri, etika pakaian, interpersonal skills, interview dan macam-macam lagi. Kata nak jadi produk Uitm berkualiti kan?

Fokus entri ni pulak kepada personaliti diri. Grooming diri dengan make up dan pakaian. Lebih kepada warna apa yang sesuai pada kulit orang asia. Ada dua jenis dan kategori untuk pemilihan warna. Warm dan cool. Sama ada warm atau cool yang akan membuatkan muka kita berseri dan berkeyakinan tinggi. Cewaaahhh!

Biasanya warna kulit wanita asia sesuai dengan warna-warna Warm. Warna yang lebih striking seakan-akan oren, peach, dan krim kuning. Ha macam tu la. Warna Cool pulak lebih kepada purple, pink, merah cerah.




Ni warna-warna yang sesuai untuk make up. Warna warm yang membuatkan muka wanita asia nampak lebih berseri.


Ni pulak warna-warna yang sesuai untuk baju bagi wanita asia yang memiliki warna warm.

Perasan tak kalau jumpa kawan mesti rasa hari ni dia macam cantik sikit. Semalam nampak pucat. Ha macam tu. Lepas dengar modul ni, hari-hari nak tengok dan kutuk orang. Hahaha. Kadang-kadang diri sendiri pun rasa macam tu kan? 




Tibai je lah. Kadang-kadang warna Cool pun okay jugak. Hehehe.

 

Sunday, February 13, 2011

Luahan Hati yang Suci Dan Murni

Hari ni kerja mengemas. Nak mengemas rumah yang bersawang. Sebab dah lama sangat terbiar sepi tak berpenghuni. Bukan tak nak update blog ni, tapi kekangan masa yang menyebabkan aku terpaksa mengorbankan segalanya. Cewahhh!

Seriously. Sekarang ni aku dah tukar laptop baru jadi tarikan wireless di universiti makin terhad. Susah nak on internet macam dulu-dulu. Plus, banyak sangat kerja nak kene settle sampai naik loya membuatnya. Dua hari lepas pulak ada modul dengan ceramah berjela-jela. Tapi dalam majlis ilmu ni, at least dapat jugak input walaupun tak banyak.

Aku pun ada involved dalam pengurusan dinner untuk pre graduation night nanti. Dah tahun akhir baru nak aktif. Euwww. Jadi designer untuk poster dan majalah. bunyi macam gempak tak? Ni mula nak riak nih. *Riak riak. Astaga...

Ni pun curi masa sebelum pergi kelas. Cuba tanya mana student part 8 uitm Shah Alam yang tak bizi? Ada? Mesti tak ada... 


Hidup masih perlu diteruskan..

Hahaha.