---> TeNTaNG beLiAu!! <---

My photo
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
I'm NOT a PERFECT person.. ..bit SENSITIVE but NOT too MUCH.. gud LOOKING but NOT handsome ENOUGH..

Friday, April 4, 2014

::KERINDUAN JEJARI INI SUDAH MELUKUT DI TEPI GANTANG::


FIRST ENTRY untuk tahun 2014! perghhh punyalah lama aku dah update blog nih..memang dah tak ingat langsung selepas banyaknya penambahan laman sosial pada era ini  sehinggakan aku sudah melupakan blog yang meletop nih! Omaigoddd! 

Haaa! banyak kan media sosial sekarang ni! ingat aku tipu ker??

Mesti korang ternanti-nantikan kemunculan ulasan aku yang sangat poyo nih kan..haha..teringat dulu ketika aku mula menceburi dalam bidang model blogger nih..memang ketika itu rasanya macam hari-hari aku nak update tentang diri aku yang tak tumpah seperti tom cruise eron ajis nih! haha..


ehh eron ajis kahh?? haha..
*style gile rambut camnih kannn..aku nak buat design camni..tapi boleh pulak mamat gunting rambut tuh pergi tibai rambut aku jadi cam rambut MR.Bean pulak! Grrrr..~ ~! sighh.~


TAPI itu kisah aku masa 7 TAHUN lepas..rasa sekejab jer masa berlalu..sedar-sedar sekarang ni dah ada bini  anak buah 14 orang! haihh suburnyalah keluarga aku nih rupanya..haha..


OKK boss aku dah panggil untuk pergi meeting pulak..baru nak buat entry panjang-panjang tapi tak berkesempatan lagi pulakkk..haihhh! 

*mood rindu zaman belajar dulu-dulu
-rindu life kat UiTM Seri Iskandar kat kolej Damar
-rindu life kat UiTM Kota Bharu..rindu biawak kat teratak bonda. 


Monday, July 29, 2013

:: bertemu kembali ! ::

Salam ramadhan kawan-kawan!

*Entry ini dijalankan ketika sedang menunggu waktu subuh..

*Tatkala perut sedang kembung dengan air kosong dan makanan sahur yang sudah selamat ditelan..

Hai kawan-kawan..!
Bertemu kembali kita dengan entry yang baru..
Haha blog nih dah boleh dikelasifikasikan sebagai hidup segan mati tak mahu..
Mana idoknye..
Hari-hari dok view:

1. Facebook
2. Instagram
3. Whats app
4. Wechat
5. Keek
6. Line
7. Kakao talk
8. Viber
.
.
.

BLOGGGGGG???
nehi ok..!
Memang tak terlintas langsung nak hupdate..
Hari-hari dok tekan blog orang lain jer..
Lagi-lagi blog beautifulnara dengan oh tidak..
***Rasenye hari-hari kot dok tekan page beliau..
Nampak sangat nak tahu pasal dunia artis..
Nak tahu gosip-gosip terkini..
Ishhhh duniawi duniawi..haha

Ok.
Kali nih cuma nak batak skit je bahawa..
Dengan ini diumumkan entry ini telah dicoretkan dengan menggunakan handphone je okkk..
Nampak sangat handphone I baru nak maju..
Sebab itu entry kali nih tiada gambar yang disediakan..
Sebab tak pandai nak hupload kat henpon ni macam mana..haha

Ok malas nak bercerita panjang..
Hari ni sudah sampai ramadhan yang ke 20..
Lagi berapa hari je ramadhan nak meninggalkan kite..
So..sila kejar fadhilat ramadhan dengan sebaik mungkin ye kawan-kawan!
Jangan kejar duniawi sangat..
Sebab itu semua hanyalah bersifat sementara sahaja..hee 

Rasenya itu saja kot nak potretkan kata-kata bersempana dengan hari isnin nihh..
Oh isnin!
Mengapa engkau boleh wujud dalam jadual harian..
Tak boleh ke hanya wujud hari jumaat..sabtu..dan ahad jerrr??
Arghhhhh bosannya kerjaaa!
EHHH TEREMOSI PULAk..hee

Ok bloger..see u next time!
*ntah bile pulak pasni nak hupdate menatang nih..hee



Kbai!




Wednesday, January 16, 2013

:: bELaJAr dARi bAwAh ::

Fuh Fuh Fuh ! *sambil lap sikit blog yang dah lama tak reti-reti nak HUPDET nih..

Listen ! LISTEN ! Listen ! LISTEN ! Listen ! * sambil letak kaki pembesar suara ke tepi..#listen

Bukan tak nak hupdet belog nih..tapi tiada masa setelah di lantik sebagai kuli di sektor swasta..
almaklum lah..kerja bersepah-sepah sehinggakan takde masa nak bersosial dengan kucing ai ok ! kesian mereka..dah kurang kasih sayang yang perlu diberikan..(:

Berbalik kepada isu yang nak diketengahkan..

                            "belajar dari bawah", (Fareez, 2013)

Teringat dulu zaman belajar..orang sebok dok tanya..

TIME DIPLOMA dulu..
Pentanya: Sains Kuantitatif? Kos hape tuh? 

Aku: Err ekceli kos nih kos yang bermain dengan dunia MATEMATIK..tapi ada sikit-sikit ilmu Sains KOMPUTER dimasukkan dalam kos nih..tapi senang cakap kos nih lebih cerah masa depannya kepada dunia STATISTIK..

Pentanya: So kerja nanti jadi TUKANG BANCI lah ye?

Aku: Ehh ! yang tukang pembanci tuh bukan kitorang yang buat..kitorang cuma analisis data dia jer..takkan lah belajar tinggi-tinggi nak jadi tukang pembanci jer.. *sambil buat muka belagak..haha

Pentanya: Ooooo..ok..

Aku: Hee..*dalam hati sambil berkata..nasib dia boleh terima jawapan aku..haha..

TETAPI..
SENARIO SEBENAR SETELAH TAMAT BELAJAR..




Aku memang jadi TUKANG PEMBANCI OK ! 
Arghhhhhh ! tak suke-tak suke..
tak suke datang dan ketok rumah orang lepas tuh kena halau dengan tuan rumah..
sebab dorang ingat kitorang nak buat direct selling !
eh pakcik makcik !
penat taw ai bawak questionnaire sambil buat muka senyum plastik nih!
kalau tak memang tak hingin nak datang rumah pakcik makcik nih..huh! 


So moral of da story..
kita perlulah pandang kepada sudut yang positif..
Jangan tanya kenapa kita perlu buat kerja yang bukan di bawah kuasa kita..
Ambil semua tu dengan hati terbuka..
mungkin pihak atasan saja nak beri pendedahan sebenar tentang dunia kerja nih..
sekurang-kurangnya ada pengalaman dalam dunia STATISTIK nih..
ok fariz ! chill skit ! (:
jangan emo-emo ok..
tak pasal-pasal orang kat sekeliling kamu terkena tempiasnya..haha

ok itu saja pengalaman yang aku nak share pada hari ni..
doakan aku dapat kerja kerajaan cepat-cepat taw ! haha #tetibe


Related Posts with Thumbnails