Pages

February 25, 2009

Masa ini..


syukurilah nikmat pemberianNYA


Jam menunjukkan pkul 3.30 pagi, tapi mata ini masih tetap tidak mahu pejam..ini kerana asgmnt pnye pasal la..alhamdulillah akhirnya siap jgk tugasan HD yang perlu ku siapkan..alhamdulillah.sambil melayan fikiran dan perasaan pada masa ini, hati tetiba jadi sebak dan sayu dikala embun pagi membasahi bumi..rase syukurkah saya pada nikmat dan kurniaanNYA sehingga masih lagi mampu menghirup udara di ata muka bumi ini..lalu apakah tanda kesyukuranku padaMU wahai AL_KHALIQ kekasih hati???
Lalu kaki ini melangkah ke bilik air untuk membasahi wajah dengan air suci wudhuk untuk ku bersujud padaMU..namun ku terfikir mampukah diri ini terus beristiqamah melakukan solat di hening pagi seperti hari ini lagi??
kepada sesiapa yang membaca entry kali ini..doakanlah supaya saya terus istiqamah dalam meniti arus kehidupan yang penuh berliku ini..semoga persahabatanku dengan semua sahabat akan terus diredhaiNYA..amin.

February 17, 2009

F sentiasa dihatiku..

ABC's of Islam:

A is for Allah Lord of the Universe,
who is One, He made the earth, stars,
and sun He made angels to worship and
pray, He made man from a dab of clay

B is for Bilal Bilal is that tall,
brave African man, Islam freed him and
gave him iman Calling the Muslims to
come and pray, Was his duty each night
and day

C is for Children Black, white, red,
yellow, and brown, Better than the
jewels in a crown Laughing or crying,
short or tall, Allah loves children,
one and all

D is for Du'a Remembering Allah all
nights and days, By giving Him our
thanks and praise Thank Allah with "Al
Hamdulillah" And praise Him
with "Subhanallah

E is for Earth With its mountains,
rivers , and seas, Animals, birds,
fruits, and trees They all declare
Allah's Might, Following His laws,
wills, and light

F is for Faith That which the Muslims
call Iman, Is in the heart of the
believing man Will come from his lip
and hand, Love for Allah pouring out
like sand

saya akan berhenti setakat huruf je dulu sebab ad sesuatu yg mnggamit fikiran ttg huruf ini..huhu..ape tu???
Sejak kecil lagi kita memang didedahkan dgn huruf-huruf ABC sampai la Z..namun adakah kita mengerti mungkin ada maksud lain yang lebih bermakna disebalik huruf itu??mungkin setiap org ad tafsirannya yg tersendiri tentang maksud huruf itu,namun bagi saya maksud dan pengertian ABC dalam islam amat memberi erti dan boleh digunakan untuk panduan dan pengajaran dalam hidup. Emm kali saya berkenan sgt dengan huruf F..mungkin anda tertanya2 knp la saya pilih huruf ni ye..salah satu sebabnya ialah ia berkait rapat dengan nama saya..NURFARIEHA..asalnya saya x suke name tu,ntah la kenapa,biasela tu mase bdk2 kecik sampai saya suruh mak saya tukar name saya..huhu.x pe la lupekan je la pasal kisah ni..tapi yang penting skrg saya bersyukur sgt dengan name yang mak saya bagi tu..ye la maksud name tu pon sgt elok..cahaya kegembiraan.so stiap kali org panggil name farieha..mereka mendoakan kegembiraan untuk diri saya.alhamdulillah..smoga saya sentiasa gembira di dunia dan di akhirat serta sentiasa di limpahi Nur kasih dariNYA yang sgt ku dambakan kasihnya..amin.satu lagi huruf yang berkait dalam hidup saya ialah seorang insan yang bernama F jugak..sememangnya org yang namanya bermula dgn huruf F ni sgt sesuai dgn saya kot. Kali ni saya nak ceritakan salah sorang F yang saya kagumi..nama die sgt sedap..FATHIHAH..maksudnya pembukaaan.kalau dalam quran surah Al-fatihah ni la yang menjadi pembukaan kepada Al-quranul karim.sesuai dengan namanya yang cantik serta dihiasi peribadi yang sungguh cantik.sebab tu la saya sgt kagum dengan seorang insan yang bergelar sahabat ni.. sejak mengenali insan ini lebih kurang 2 tahun sebermulanya saya memasuki institut pengajian ini..saya dapat rasakan yang dia bakal menjadi salah seorang sahabat baik saya yang dapat membimbing saya kearah kebaikan di dunia mahupun di akhirat..sememangnya rase bersyukur padaNYA x terhingga kerana telah mengurniakan seorang sahabat yang baik buat saya….terima kasih ALLAH kerana mempertemukan aku dengan insan2 yang mencintai alQuran.hanya Engkaulah sandaranku dalam memelihara mereka..Ya ALLAH..engkau adalah tuhanku..dia adalah sahabatku, jika dia mendekatkan aku padaMU, Engkau tempatkanlah dia di syurgamu…insyaallah..syang teha kerana ALLAH..(inilah slah satu message yang teha hantar n saya quote balik n tujukan buat teha). Satu lagi yang istimewa ttg teha ni..die seorang yg sgt artistik..die ambik course pendidikan seni visual..org pandai melukis la katekan..emmm bestnye kalu die lukis gambar saya suatu hari nanti.Teha,terima kasih kerana menjadi pemabakar semangat saya utk terus berjuang di jalan dakwah ini walaupun saya dah terhanyut buat sketika dlu. tapi semua itu insyaallah x kan berulang lagi kerana ieha takut sgt tuk kehilangan mutiara-mutiara yg bakal kita jumpai di kemudian hari..hanya dirimu dan diriku dapat merasai bagaimana nikmatnya jika mendapat mutiara itu. satu lagi pesanan tuk mu shabatku...andai eha angkuh pabila beroleh kejayaan, sedarkanlah eha dgn firman yg ALLAH telah turunkan, andaiku terleka dengan nafsu hiburan, sedarkankku ttg neraka yg tetap memberi balasan,dan andai suatu hari eha tidak terjaga dari lena,jagalah dirimu baik2 dan igtlah diri ini dlam doamu..sedekahkanlah al-fatihah n yasin ye...andai jarak batasan bumi yang memisahkan kita suatu hari nnti ketahuilah eha sgt menyayangimu..

tgk la gambar ni dan kenangkan lah kisah kenangan kita berdua yg terabadi buat selama-lamanya..emm susah jgk nk buat ayat jiwang ni ye..tapi x pe, kali ni je special tu dirimu teha.. :)




















semua gambar2 ini menjadi kenangan yg cukup indah bagi diriku..semoga ikata persahabatan kita akan kekal tuk selamanya..luv u forever n ever teha..tiada siapa yg mmpu memishakan kita melainkan ajal yg datang menjemput..ameenn.

February 16, 2009

Cerita itu..

Cerita itu..

Assalamualaikum.

Saya ingin berkongsi sebuah cerita, mungkin sudah lama kita tidak membaca cerita-cerita haiwan yang sering menghiasi zaman kanak-kanak kita. Jom rehatkan minda kita seketika mendengar cerita ini..

Bermula sebuah cerita..

Pada suatu hari, seekor ibu singa telah selamat melahirkan seekor anak singa. Malangya, nyawanya menjadi gadaian bagi melahirkan kandungannya. Tinggallah si anak keseorangan, menangis kesejukan dan kelaparan. Maka, selang beberapa jam, sekawan kambing melintas di kawasan itu. Seekor ibu kambing bersimpati dengan nasib si anak singa itu. Sifat keibuan mendorongnya mengambil anak singa itu lalu menyusukan dan menjaganya.

Maka,tinggallah anak singa tersebut dengan kawanan kambing. Cara hidup seperti kambing, bukan auman yang kedengaran, tapi..embekkkkk. Satu hari seekor serigala menyerang kumpulan kambing tersebut, suasana menjadi tegang. Seekor anak kambing telah dicengkam dek serigala. Si ibu meminta , " Wahai anakku, kau seekor singa, raja segala haiwan, tolonglah saudaramu itu." Si anak singa itu ketakutan, ia takut dengan serigala. Takut akan menjadi mangsa. Akhirnya ia mengalah setelah si ibu merayu bersungguh-sungguh dengan linangan air mata.

Dia tampil dengan tubuh singanya. Serigala tadi berasa kaget dan membayangkan ajalnya sudah tiba apabila melihat seekor singa di hadapannya.

"Embekkkkk...". singa itu mengaum sekuat hati.

"Hek eleh,,".dalam hati serigala. Dia yakin di hadapannya bukan seekor singa, tetapi hanya seekor kambing bertubuh singa. Atau yang tepatnya, singa berminda kambing. Akhirnya, sang serigala menyergah si singa dan dan singa berlari ketakutan semula ke arah ibunya. Seekor anak kambing menjadi mangsa pada hari itu. Semua kambing marah dan kecewa dengan sikap si singa.KECEWA!!

- Saya menyerahkan kepada anda untuk membuat tafsiran daripada cerita ini. Cuba kaitkan dengan kehidupan selaku manusia, agar kita mampu memanusiakan diri kita. InsyaAllah,saya akan menyambung artikel bila tiba masanya.

Rama-rama itu indah...tapi....????

saya pernah bace cerita ini dalam blog seorang kawan kat skolah lame dulu..cerita tentang rama-rama

“cinta tu ibaratnya kita dengan rama-rama..bila kita nak tangkap rama-rama tu,rama-rama tu mesti terbang jauh2 dari kita..makin dikejar,makin ia lari,makin susah nak tangkap.. tapi bila kita duduk senyap-senyap,duduk diam-diam dengan penuh sabar dan bila sampai masanya,rama-rama tu akan datang dan hinggap pada kita..”

“macam cinta,makin kita kejar,makin susah nak dapat cinta tu..makin jauh cinta itu..bukan sahaja cinta manusia,cinta pada Tuhan pun usah jadi dambaan jika kita terlalu asyik dan mengejar cinta dunia ini”

“tapi bila kita duduk diam,teruskan kehidupan seperti biasa tanpa fikirkan tentang cinta,tanpa fikirkan bila ia akan datang,tanpa fikirkan seronoknya bila bercinta, akhirnya cinta itu akan datang pada kita..bukan sebarang cinta,malah jika kita sabar menanti dan usaha utk mendapatkannya cinta,Dia akan anugerahkan cintaNya sekali..jadi buat apa mahu sibuk2 fikirkan hal cinta ni sekarang..bukankah kita ni hambaNya yang sentiasa mendambakan kasih sayangNya..”

Terima kasih sahabat.terima kasih teman kerana mengingatkan tentang ini..bila dikenang kembali kata-katanya,sy mahu menjadi seperti penangkap rama-rama yang sabar menunggu rama-rama yang cantik..cantiknya rama-rama dengan sayapnya yang indah2 itu....cantiknya cinta bila ia dihiasi dengan iman dan bersulam dengan takwa..bertambah cantik jika dicintai oleh seseorang yang dlm masa yang sama dicintai oleh Tuhannya..bukan sahaja cinta manusia saja yang sy dapat,cinta Tuhan pun saya berjaya miliki..cantiknya cinta itu jika diberkati dan diredhai olehNya..

Jadi,buat apa mahu sibuk-sibuk kejar cinta sekarang...saya ada banyak sangat benda yang perlu sudahkan dahulu..asgmnts yang betimbun2 perlu disudahkan terlebih dahulu..btolx??tapi smuanye bergantung pada diri kita jugak macam nk manage time wisely.

“tapi,mcm mana jika awak ditakdirkan utk jatuh cinta sekarang?bagaimana jika awak sudah bertemu insan pilihan?mahu dilepaskan?”

“alamak!!! Ini soalan yg susah nk di jawab ni..kna tanye abah saya dlu la ye.masuk la meminang dlu..haha.i still a small kid to think about this”


Oh Tuhan ,temukanlah dan satukanlah aku dengan insan yang diredhaiMu..dan pandulah hidup kami ke gerbang syurgaMu...ameen...

Wallahua’lam..Dia perancang terbaik..Dia tahu apa yang terbaik untuk saya..

**teringat plak brooch butterfly saye yg menjeleskan mona..hahaha.hadiah drpd k.long.
thanx for that nice present yea k.long**

February 15, 2009

PERINGATAN BESAR BUAT KAUM WANITA!!!

Emm rasenya entry kali ini teringin untuk berkongsi satu tazkirah kepada anda yg sedang membaca blog saya ini especially for ladies. bukan untuk menakutkan anda tapi sebagai renungan kita bersama dikala ingin bejumpa Al-khaliq suatu masa nanti.
Ia dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni
1384 Hijrah.
Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke
dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka
tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.
"Siapa yang dipintu itu?"
Maka sahut Siti Fatimah;
"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya
Rasulullah".
Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan
Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat.
Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;
"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah
yang menyebabkan engkau menangis?"
Maka sabda Rasulullah SAW.;
"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan
daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah
pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana
keadaan mereka yang tersangat siksa".
Berkata Sayyidina Ali RA.;

"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"


Maka sabda Rasulullah SAW.;
Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api
neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih
otak kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa
itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak
tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah
zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu
adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka
itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan
otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu)
dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan
daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya;
dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala
malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya
kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan
kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum
ia(perempuan) akan darahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan
tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak
daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya
itu amat busuk lagi berputar-putar(menggelupur) seperti terkena penyakit
yang besar; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong
segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala
anggota dengan gunting api neraka; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala
mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagi

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi
dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna
daripada azab; dan

Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk
daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan
segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan
pemukul api neraka.

Kata Sayyidina Ali RA;
Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu
hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"

Maka sabda Nabi SAW.;

Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak
kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada
lelaki yang haram memandang dia,

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang
sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia
menyakiti akan suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah
zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia
memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin
suaminya.

Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam
kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan
tiada izin daripada suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api
neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia
memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan
dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada
ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak
keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan
darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci
badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan
meringan-ringan akan sembahyang.

Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu.
yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia
mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher
suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan
dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan
tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu
(adu domba/batu api) lagi amat dusta.

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam
mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah
sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau
pertolongan) lagi banyak dengki mendengki

SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
SEKELIAN.
Allahu A'lam


p/s: for Ada n Farah..nk tau x sape yg menunggu saye??? rasenya kematian itu selalu menunggu kite tapi kite x sentiasa mengingatinya. tiada ape yg dapat dibuat mahupun tiada jumlah harga yang mampu dibayar apabila maut itu menjemput kite.sekadar renungan kita bersama.

February 12, 2009

ketensionan dgn asgmnts..

huhu..da lame sgt saya x post entry kat sini kan??
mle2 je smgt nk tulis blog..pastu hampeh.x consistent betol. tapi kadang2 sayaterpkir balik...x ke rase mcm terlalu mempublish cerita ttg diri kita yg personal. tapi it's up to the writers whether they want to share or not. lepas ni may b saya akan terus menulis dlm blog ni tuk kebaikan bersama jugakkan..sebenanye saya nk cite pasal ketensionan yg bukan saje saya hadapi tapi org len especially my cohort jugak alami. i know that it is part n parcel of life n it also depends on us how to handle it. kadang tension sgt ngan asgmnt ni buat diriku jadi down jgk tapi itu x blh dijadikan alasan utk saya x nk terus bgn.. setiap yg dtang dalam hidup ini adalah satu ujian bagi saya.mungkin ALLAH nk uji kesabaran saya dlm berjuang menuntut ilmu kot..btol x??
anyway saya harap allah akn trus mmberi kekuatan dlm menempuh cabaran dan dugaan dlm hidup ini.amin..