Pages

November 16, 2010

salam eidul adha dari dua benua

salam eidul adha ditujukan khas buat pembaca blog ini, terutama yang masih setia mengikuti perkembangan blog ini walaupun saya sudah jarang mengupdatenya..alhamdulillah berpeluang juga mengupdatenya dimalam raya haji ini..mungkin ada sesetengah yang berada di sebelah europe, macam UK, france, egypt..semua dah raya hari ni(selasa)..same goes to australia..tapi kat NZ and Malaysia esok baru akan sambut hari raya haji..

eidul adha tahun ni agak special sikit sebab disambut di dua benua..australia dan new zealand.sekarang ini masih lagi malam di christchurch NZ, mula bertakbir raya malam ini..namun seawal jam 4.30 pagi esok sudah perlu berada di aiport untuk ke sydney penerbangan pukul 6.30 pagi.nampaknye, warga muslim di christchurch masih belum lagi bangun untuk beraya,namun kami berenam nampaknya terlebih semangat untuk beraya, boleh la bangun mandi sunat hari raya di awal pagi. dijangka tiba ke sydney pukul 8.30 am.. tapi sememangnya angan2 nak sembahyang raya kat sydney x menjadi la sebab kat sana sudah sambut raya hari ini..apalah nasib kami, beraya hanya diatas kapal terbang. tapi tidak mengapa kerana inilah peluang pertama beraya ditempat orang untuk mencari pengalaman disepanjang pengembaraan.

walaupun perjalanan balik ke malaysia sempena cuti musim panas ini kelihatan seperti holiday untuk pergi melancong-lancong, namun ia bukanlah sekadar itu sahaja.moga ada sesuatu yang dapat saya jumpa disepanjang perjalanan itu..tidak ada sesuatu yang dibuat itu sia-sia bila mana apa yang diperbuat itu diniatkan kerana Allah.perjalanan kali ini lebih mencabar kerana banyak sangat perkara yang diuji walaupun ia kelihatan amat menyeronokkan berjalan-jalan melihat tempat orang.

malam sebelum bertolak ke christchurh, angan2nya mahu mengupdate blog , mahu coretkan sesuatu sempena malam terakhir di wellington. Namun siapa sangka, bila saya membuat panggilan telefon dari malaysia barulah saya dapat berita tentang kondisi abah..mengalir juga air mata yang tertahan kerna sedang membuat panggilan bersama seorang kawan.kakak bagitahu abah tidak bisa membuang air kecil dan terpaksa memakai wayar untuk kencing..masyaAllah..huhhhh,,itu sudah cukup buat hati saya gusar da berdebar. kakak bilang lagi..2 hari lepas pergi buat x-ray tulang belakang abah yang die cakap sakit sebenarnya sudah patah..sebelum ini kedudukan tulang itu hanya tidak kena pada tempatnya..dan sebenarnya memang memerlukan pembedahan..tetapi kakak tidak menyarankan disebabkan umur abah yang sudah agak berusia..risikonya sangat tinggi. namun kali ini, abah tiada pilihan kerana dia cakap, kondisinya sangat sakit jika pembedahan tidak dijalankan..

berita ini sememangnya buat saya sedikit lemah dan gusar, namun di kuatkan jua hati..diikutkan hati, mahu saja beli tiket baru direct from auckland to KL..tapi apakan daya, kalau nk beli yang baru mahal sgt la plak tiket..jadi setakat ini bersabar je la dulu.harapnye tiada apa-apa yang berlaku dan moga abah makin sembuh. apapun yang bakal terjadi, semuanya sudah dalam perancangan Allah kerana sehebat mana atau semenarik mana rancangan saya untuk pulang bercuti kali ini pun, saya yakin rancangan Allah itu pasti lagi terbaik.moga perjalanan kami semua dipermudahkan..ameen

mufid, naia, ieha...mona vale garden christchurch


salam eidul adha dari christchurch and sydney..




salam sayang,
farieha, christchurh

November 10, 2010

nak balik

salam buat semua,

lebih sebulan sudah tidak mengupdate blog yang semakin bersawang ini..ape khabar anda semua..apa khabar iman?sekarangg ini saya pasti ada masih dan akan menghadapi peperiksaan, jadi ucapan semoga berjaya itu menjadi ucapan yang sinonim untuk orang2 yang tengah bergelut dengan ujian..namun harus kita ingat, ujian itu bukan sahaja ujian yang di uji oleh lecturer atau school, tapi juga ujian dari tuhan..yang mahu melihat sejauh mana hambaNYA mahu berusaha dan usaha itu untuk siapa dan kenapa perlu kita berusaha ke arah itu..adakah semata-mata mahu melihat hasil yang baik setelah berusaha sekeras-kerasnya?atau apa yang kita harapkan sebenarnya..itu cerita orang yang tengah menghadapi exam

ini pula cerita saya yang sudah habis peperiksaan dan mahu pulang bercuti ke kampung..jujurnya, inilah pengembaraan paling lama sehingga lebih 9 bulan saya tidak pulang ke rumah..kononnya dulu sebelum fly..memang tak mahu pulang sehinggalah tamat pengajian kat sini,.tapi nampaknya hasrat itu tidak kesampaian..cuti summer kali ini benar2 buat saya mahu pulang..banyak sangat perkara yang berlaku kat malaysia sehingga membuatkan saya memang benar-benar mahu pulang ke sana..siapa la yang x rindu keluarga setelah 9 bulan x jumpa..

sekarang ini tengah sibuk mengemas barang-barang untuk dihantar ke storage pada pagi esok, dan sibuk juga mengemas bilik serta communal area untuk di check oleh RA(resident Asst.) petang esok..lusa(12 nov) akan bermula pengembaraan saya menjelajah lagi..menjelajah???pengembaraan dan musafir kali ini pula mengambil masa 12 hari.bermula 12 nov dari wellington menuju ke christchurch sehingga 17 nov(hari raya haji)..kemudian pagi raya tu bergerak ke sydney sehingga 20 nov..then bermusafir lagi ke goldcoast sehingga 24 nov..tapi mungkin akan stay kat brisbane. selepas 24 nov tu baru perjalanan menuju ke malaysia..terasa macam lame sangat la plak..tetpai disebabkan tiket sudah di beli awal-awal dulu,tanpa perasan tarikh raya haji...tak ape la, mungkin ade hikmah disebaliknya..x pe dapat raya haji kat dua negara..ok, tak mahu bercerita panjang sangat, banyak barang mahu dikemas lagi..lepas dah semua settle..saya akan kembali semua..insyaAllah akan ade post terakhir before saya bertolak dari wellington..dan malam esok akan ade surprise untuk budak itu,,


HAPPY BESDAY
untuk budak korea...

NURUL NADIA AHMAD REDZUAN

malam esok baru nak sambut..malam ni buat-buat x tahu je dulu..kite tunggu dan lihat surprise untuk die..sedap je tulis kat sini..sebab saya pasti die tak akan baca post, semua tengah sibuk mengemas bilik..


selamat malam semua...dan selamat study untuk yang nak exam..
nanti kite sambung bercerita lagi ye..moga hari-hari kita akan terus disinari rahmatNYA serta sentiasa berada dalam lindungan serta kasih sayangNYA..ameen..


ok..barang2 dah siap dipack untuk masuk storage

nanti katil ini pasti akan dirindui..

September 29, 2010

special



" saya special x bagi awak?" terdiam setika..apa mahu dijawab..gelabah.. " saya harap saya menjadi orang yang special tu bagi awak"....sambungnya lagi

ok..sangatlah tidak tahu nak respon kalau situasi macam ni berlaku..padahal dalam hati mahu saya menjerit. "ye awak special"..tapi x pe la..biarlah rahsia hati je yang tau..ok? ada banyak tugas lain lagi yang mahu aku fikir..ada banyak perkara lain lagi yang perlu aku fikir..

ok..rase sangat special bila dapat melihat bunga2 ini depan mata..tapi lagi rasa sangat special kalau ada orang sudi hadiahkan bunga tulip yang betul ni untuk saya...ahh perasannya..

jom layan gambar2 bunga kat wellington botanic garden during spring festival..

sakura

tulip kuning

tulip merah..

tulip purple..yang paling saya suka

dafodil putih

tulip merah species lain plak

sweetnya..warna die sgt lembut

ini x tau la name ape..tapi sgt comel

tulip putih

dafodil kuning..i'm in love with this ..

wahh..bestnya kalau saya boleh baring kat tengah2 tu

gambar2 ini di 'culik' dari album kay..senior maths kat sini..best la org ade kamera canggih ni..angan2 nak punya satu DSLR juga..saya sangat admire pada orang yang pandai ambik gambar..

September 27, 2010

reward =)

salam sayang semua


setelah penat berhempas pulas dengan dua assignments yang telah siap sedia disubmit tgh hari tadi..

mahu dapatkan reward untuk diri sendiri..

luv bee so much

spring festival 2010..



p/s:nnt cerita lagi bila semua gambar sudah dapat..luv tulips so much
terima kasih untuk HM yang sudi jadi photographer


September 21, 2010

masih raya


salam rindu khas buat pengunjung-pengunjung blog ini..mungkin ada yang tertanya kemana saya menghilang lebih dari sebulan dari berblogging, bukan niat mahu menghilang tapi menyepi buat sementara bagi ruang untuk diri menyelesaikan segala kekusutan dan kekalutan yang melanda diri. Harap maaf atas kelewatan mengupdate blog ini dek kerana krisis internet yang dihadapi sejak akhir-akhir ini. ditambah pula dengan kesibukan assignments dan tugas-tugas lain yang menghambat masa yang ada untuk berkongsi cerita disini.

kali ini, tuan punya blog zahir dan batin mahu mengucapkan selamat hari raya kepada semua dimana pun anda berada walaupun mungkin ucapan ini sudah lewat.it's better late than never right? jadi ampun maaf zahir dan batin jika ada tersalah kata, tersilap susun bicara yang mungkin boleh mengguris rasa. sungguh ramadhan dan syawal tahun ini memang membawa kelainan kerana inilah kali pertama beraya jauh dari family yang sebenar tapi alhamdulillah masih berpeluang beraya bersama kawan-kawan yang menjadi family baru saya disini..terima kasih buat mereka-mereka yang sudi berkongsi rasa sedih dan gembira bersama disini terutama kawan-kawan tesol IPSAH-VUW cohort 3.1. Tanpa mereka semua, suasana raya mungkin akan menjadi suram dan sedih bila terkenangkan keluarga nun jauh di malaysia.cerita bab raya nanti akan diupdate lagi sedikit demi sedikit kerana disini suasana raya masih ada disetiap hujung minggu..open house masih banyak lagi yang belum dihadiri..

raya pertama di HICOM

raya di kedua di waite-ata house

raya ke tiga di rumah datuk hassanudin..duta malaysia di NZ
spring lunch uni hall

open house cohort 3.1

minggu ini menjadi minggu yang agak sibuk bagi saya kerana hari isnin lepas baru habis open house cohort, ditambah pula dengan dua assignment yang bakal disubmit isnin depan. assignment kali ini memang sangat mencabar kerana ini adalah pertama kali saya perlu menjalankan research sendiri..bukan yang main-main copy paste orang lain punya kerja, tapi kena jalankan research sendiri..tolong doakan buat saya yea..

p/s: wajah baru Zahir & Batin berwarna pink..look nice..tapi saya bukanlah seorang yang suka colour pink..

September 05, 2010

ini message


kedengaran bunyi pintu tingkap diketuk-ketuk dengan sangat kuat, rasa gerun dan cuak hati aku bila mendengarnya, terus terbayang earthquake yang berlaku dekat christchurch 2 hari lepas. subhanallah, ini memang benar-benar message dari MU. semalam aku keluar rumah pada pukul 5.30 p.m untuk berbuka puasa denga kawan-kawan kat education house, sekali lagi memang aku terasa diuji. rasa mahu nangis je masa tu, tapi hati aku tetap berkata.."farieha..istighfar banyak2, sambil mulutku laju sahaja mengingatkan kawan-kawanku yang lain. sememangnya aku diterbangkan angin.badan terasa melayang-layang, nasib baik sempat berpaut pada sebatang tiang signboard. itu pun aku rasa sangat takut sebab tiang itu pun bergoyang-goyang.selepas itu, aku terus menjauhi tiang itu sedikit dan terus memeluk temanku yang juga tidak kuat untuk melangkah kedepan lagi..kami sama-sama ditentang arus angin yang sangat kuat sperti angin puting beliung gamaknya. kami gigihkan jugak untuk meneruskan perjalanan walaupun dah berkali-kali terfikir untuk berpatah balik ke rumah. tapi kalau kami berpatah balik pun , sama saja natijahnya, kami terpaksa berhadapan dengan bahaya jugak.
pada masa itu baru aku tersedar, rupanya aku sedang lari dari musibah yang Allah timpakan.sejauh mana pun aku mahu lari, angin itu akan tetap menrbangkan aku, jika itu adalah kehendak Allah.."ya Allah ampunkan aku andai aku menjadi hambaMU yang derhaka..ampunkan aku andai Kau mahu tarik nyawaku sekarang.." mulutku terkumat-kamit mengatakan sesuatu yang terlahir dari perasaan takut pada Yang Maha menjadikan sesuatu.
sungguh musibah ini adalah vibrate message dari Allah as our reminder..kalau kita hanya melihat musibah ini dengan mata kasar, dan menafsirkan ia sebagai bencana Alam, maka rugilah kita kerana tidak tahu membaca message yang Allah mahu sampaikan, cubalah kita baca message yang disampaikan itu dengan mata hati agar keimanan kita kepada Yang memberi message bertambah tinggi.

p/s: ramadhan dah nak habis, syawal pulak yang akan menjemput kita, tapi aku masih tak ade rasa nak raya pon sekarang ni..rasa tak mahu keluar dari sekolah tarbiyah ramadhan ini

August 30, 2010

kayangan

salam ramadhan..

perjalanan pengembaraan ke christchurch terpaksa menggunakan jalan udara disebabkan terpaksa merentasi laut yang membelahkan peta new zealand kepada dua -north dan south..dari airport wellington, seawal jam 8.20 pagi, kapal terbang meluncur laju terbang menuju ke udara..sepeti biasa aku sangat tak suka bila flight mula nak mendarat dan landing..bergegar rasa otak..mahu lemah jantung dibuatnya..tapi setelah naik dan terbang diatas..aku bahagia melihat pemandangan alam ciptaan Allah..sebab tu aku suka berjalan dan bermusafir..supaya musafir itu akan lebih menambahkan lagi imanku kepada pencipta Agung alam ini..

bila kapal terbang mula meninggalkan bumi wellington, aku seakan terasa berada dikayangan ibarat puteri raja plak..ahhh..perasan sendiri plak..aku terdiam dan terfikir sejenak..kalau aku dapat masuk syurga, tentu sahaja perasaan ini lagi best dari aku rasa berada kat kayangan kan?berada diatas awan melihatkan aku betapa kerdilnya aku sebagai hamba..sebelum aku terbang..aku melihat kapal itu terlalu besar..airport itu agak besar dan luas..bandar wellington itu kelihatan tinggi dengan bukit bukaunya..cantik luas terbentang..tetapi sebaik sahaja aku berada diatas..segala-galanya kelihatan kecil sahaja..malah aku sempat melihat kapal terbang lain yang mendarat lebih rendah dari kapal yang aku naiki..kelihatannya sangat kecil merentas awan..semua bandar serta seluruh isi bandar kelihatan seperti semut-semut kecil yang sedang bergerak..

dalam lamunan jauhku memikirkan situasi tadi, aku tersentak..hati kecilku berkata..kerdil kan manusia itu?
tapi manusia sentiasa alpa dan lupa bahawa mereka ini kerdil bila berhadapan dengan Yang Maha Besar..rupa-rupanya..semakin tinggi aku terbang ke atas..aku boleh melihat diri aku semakin kerdil dihadapan tuhan..kalau berada diatas udara yang dihiasi awan indah sahaja aku sudah tidak mampu melihat manusia lain yang berada dibawah..apatah lagi jika berada diatas langit tertinggi ilahi..apakah Allah masih mahu melihat aku yang kerdil dan tidak punya apa2 ini..tapi aku yakin pencipta aku selalu dekat denganku asalkan aku sentiasa meletakkan Dia dalam ruang rongga hatiku yang satu..
bandar canterbury