makian yang dihambur diterima dengan senyuman. kekejaman yang dirasai diterima dengan terbuka. kesilapan yang dilakukan di atasi dengan kebijaksanaan. kesangsian yang dirasai belum dapat terhijab didepan mata.
adakah hal-hal yang remeh dan mudah dapat direnung dengan begitu sempurna?
atau perkara-perkara yang sangat penting dapat di hadapi dengan sempurna?
belum pun mahu sempurna namun diri yang sedang menghadapi belum mampu merasa kuat dan hebat.
bukan mudah mahu puaskan hati manusia. bukan mudah juga untuk menjaga hati manusia. selagi manusia itu punyai nafsu dan berfikir menggunakan nafus selagi itu mereka tidak akan puas. fikir gunakan kaki dan lutut.
memang benar manusia punyai nafsu untuk menerawang ke dalam alam kehidupan. memang sah lah akal yang dimiliki manusia perlu digunakan sebaik-baiknya untuk menjadikan diri hebat dan sempurna.
walau apa pun yang mendatang nafsu dan akal jalan seiring. seiring seperti irama dan lagu. selagu seperti cinta dan gelora.
terdesak mendapatkan sesuatu bukan senang untuk disanggupi.walauapapun cara yang gunakan tidak akan dapat memuaskan segalanya.
kadang bila berfikir bersendirian, Tuhan itu sangat adil. walaupun di sisinya memiliki kehidupan yang hitam, namun disisi lainnya memiliki sisi hidup yang sangat indah dan putih bersih!
sebagai rujukan untuk kehidupan yang mendatang, janganlah anda mempersoalkan kehitaman sesorang dan keputihan seseorang. kita tidak tahu asal-usul mereka. yang lebih baik kita berkawan dengan mereka dengan seadanya. biar berputih dan berhitam kerana itu semua mengajar kita tentang erti terima kasih.
terima kasih semua.