Salam, akhir-akhir ini jenayah di Malaysia agak membimbangkan. Mungkin atas desakan untuk terus hidup dan memerlukan wang ringgit, segelintir masyarakat sanggup melakukan apa sahaja sehinggalah berani untuk melakukan jenayah.
Keadaan ekonomi semasa yang semakin mencabar, ada yang sanggup untuk merampas, merompak dan mengambil harta sehingga memecah premis perniagaan, rumah-rumah orang lain semata-mata untuk mengambil harta dan wang ringgit dengan jalan yang mudah dan cepat walaupun risiko pertumpahan darah itu tinggi.
Jadi, untuk masyarakat sudah pastilah senantiasa berhati-hati dan sering memastikan harta benda kita dalam keadaan yang selamat. Kita juga mesti tertanya-tanya bagaimanakah jika kita mempertahankan harta kita daripada dirampas oleh perompak dan berlaku pembunuhan? Saya suka berkongsikan sedikit ilmu yang saya pun petik daripada Facebook ini.
Hadith:
113. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. lalu bertanya: "Ya, Rasulullah! Bagaimanakah pendapat Anda jika seseorang datang hendak merampas hartaku?" Jawab Rasulullah saw., "Jangan diberikan, pertahankan!" Tanya: "Jika dia hendak membunuhku?" Jawab Rasulullah, "Bunuh pula dia!" Tanya, "Bagaimana kalau aku yang terbunuh?" Jawab: "Engkau mati syahid!"* Tanya: "Bagaimana kalau dia yang terbunuh?" Jawab Nabi saw., "Dia masuk neraka!"
(Sahih Muslim Jilid 1, Hadith 113)
Sumber gambar di sini.
Apa pun, tuan puan boleh merujuk kepada yang alim dalam bab ini untuk penjelasan lanjut dan huraian yang lebih lagi.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.