Assalamualaikum, ada ilmu kita kongsikan. Manfaatnya mesti ada, dari tidak tahu kepada tahu. Sering kita dengar orang membincangkan mengenai DNA, Gen, Kromosom, protein, heredity dan trait, tetapi mungkin kita tahu dan mungkin juga tidak. Saya mahu kongsikan media interaktif bersama anda pembaca sekalian. Jika anda msih belajar, mungkin ini dapat membantu pemahaman anda.
Bukan sahaja menerangkan mengenainya secara asas, tetapi ditunjukkan sekali penerangannya secara stimulus interaktif secara animasi berkaitan untuk membantu kefahaman anda. Insya-Allah, sedikit sebanyak membantu dalam kehidupan kita. Walaupun di luar bidang kita, ilmu yang ada eloklah kita pelajari. Agar tidak mudah ditipu dan lebih memahami perkara yang berkaitan genetik yang kadang-kala dibincangkan dalam media semasa hari ini.
Anda boleh cuba mendengar penerangan interaktif bersama animasinya sekali. Pada pandangan saya, ianya menarik dan sesuai untuk menambah pengetahuan secara umum mengenai genetik.
Jika anda mahu gunakan di mana-mana sahaja pun boleh dengan mendownload di laman ini :-
Learn Genetics version Windows
Learn Genetics version MAC
atau terus ke laman web di http://learn.genetics.utah.edu
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.