Followers

Tuesday, May 29, 2012

Soalan: Berkenaan Surah An-Nisa', ayat 71-74

Soalan (via ruangan komentar blog)

 

Assalamualaikum, Saya ada soalan mengenai (4:71-73), harap boleh terangkan dengan lebih jelas mengenai ayat ini. Jazakallah khu khair.

-Anonymous

 

 

Jawapan

 

Terima kasih kepada saudara/i anonymous di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menjawab soalan ini. Saya akan cuba menjawab soalan ini sebaiknya, insyaAllah. Ayat yang dipertanyakan oleh anonymous adalah ayat berikut:

 

﴿يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ خُذُواْ حِذْرَكُمْ فَانفِرُواْ ثُبَاتٍ أَوِ انْفِرُواْ جَمِيعاً - وَإِنَّ مِنْكُمْ لَمَن لَّيُبَطِّئَنَّ فَإِنْ أَصَـبَتْكُمْ مُّصِيبَةٌ قَالَ قَدْ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَىَّ إِذْ لَمْ أَكُنْ مَّعَهُمْ شَهِيداً - وَلَئِنْ أَصَـبَكُمْ فَضْلٌ مِنَ الله لَيَقُولَنَّ كَأَن لَّمْ تَكُنْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُ مَوَدَّةٌ يلَيتَنِى كُنتُ مَعَهُمْ فَأَفُوزَ فَوْزاً عَظِيماً - فَلْيُقَاتِلْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَوةَ الدُّنْيَا بِالاٌّخِرَةِ وَمَن يُقَـتِلْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً ﴾

Menurut Tafsir Ibnu Katsir yang saya rujuk secara online (boleh dirujuk di sini: http://www.qtafsir.com ), ayat ini merupakan peringatan Allah SWT kepada orang-orang yang beriman untuk senantiasa mengambil langkah berjaga-jaga, berhati-hati dan bersedia, terhadap musuh-musuh mereka. Bagaimana caranya? Dengan persiapan persenjataan dan perbekalan, selain menambahkan keanggotaan kader yang akan digunakan kelak dalam perjuangan.

Tetapi, langkah berjaga-jaga  semata-mata حِذْرَ tidak mencukupi, kerana ternyata di dalam Islam, action itulah yang perlu dilakukan. Firman Allah di dalam ayat yang lain:

 

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

"Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan."

(Surah At-Taubah [9]:105)

 

Maka kerana itu, Allah SWT kemudiannya menyebut فَانفِرُواْ  yakni "berangkatlah", kerana tujuan pengambilan persiapan di atas, justeru adalah untuk berangkat ke medan juang. Bertembung di medan laga. Berkarya di medan amal.

 

Tetapi dalam berangkat itu, adakah hanya sembrono sahaja? Ternyata tidak, maka Allah pun  menyebut ثُبَاتٍ  yakni secara kelompok demi kelompok, atau pasukan demi pasukan, atau perkumpulan demi perkumpulan, dan sebagainya. Kerana apa? Kerana dengan demikian, kan akan lebih mantap, ثُبتٍ  , ya kan?

 

Atau, boleh juga berangkat itu secara جَمِيعاً, all together. Kerana nanti kita akan Nampak belang sebenar para orang-orang Munafiq. Orang-orang Hipokrit. Orang-orang yang hanya bermuka-muka. Kata Mujahid, seperti yang disebutkan oleh Ibnu Katsir, bahawa maksud وَإِنَّ مِنْكُمْ لَمَن لَّيُبَطِّئَنَّ ialah orang-orang Hipokrit, kerana لَّيُبَطِّئَنَّ itu adalah tinggal di belakang tidak mahu berjihad.

 

Mereka ini –yakni para Hipokrit bernama Munafiq- kalau kiranya pasukan pejuang yang berjuang demi kalimah Allah mengalami kekalahan, mengalami kegagalan, menemui musibah, maka mereka akan pantas berkata "Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat kepadaku, kerana aku tidak turut berperang bersama-sama mereka", konon itulah bukti kebenaran di pihak mereka. Seakan-akan pihak kebenaran tidak akan mengalami kekalahan, tidak akan mengalami kegagalan, tidak akan pernah diuji dengan musibah. Barangkali mereka tidak pernah mendengar Firman Allah Ta'ala di dalam ayat ini;-

 

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"

(Surah Al-Baqarah [2]:155)

 

Dan lagi, Nabi SAW menyebutkan di dalam kitab Riyadhus Salihin; "Barangsiapa yang Allah berkehendakkan kebaikan padanya, maka dia akan beroleh musibah daripada-Nya" (Hadith Riawayat Bukhari, hadith ke-39 di dalam Riyadhus Salihin)

 

Kerana itulah, menjadi suatu hal yang sangat benting buat kita semua, agar jangan terpedaya, jangan terpengaruh, jangan terpesona dengan luaran dan zahiriah semata-mata. Sudah menjadi lumrah kita untuk melihat hal-hal yang sifatnya zahiriah, sehingga setiap kali mereka yang komited dengan Islam pun, atau berkeinginan untuk melakukan dakwah pun, kalau kiranya ia beroleh jawatan-jawatan dalam persatuan, ia akan sibuk melaksanakan program-program, biar pun terkadang tidak jelas hadaf dan halatujunya. Ia lebih risau jika sepanjang persatuan di bawah kepimpinannya, ia tidak ada program untuk dibanggakan, kerana hal itu seolah-olah "tidak buat kerja". Sayangnya, tak pula ia rasa malu lantaran tidak berkembangnya tarbiyah di bawah kepimpinannya, lantaran aktiviti usrah dan halaqah bukanlah suatu aktiviti yang tampak secara zahir, yang mampu menjadi semacam KPI kepada aktivitinya. Maka kerana itu, mindset ini harus diubah dengan segera.

 

Maka secara kesimpulannya, ayat ini menggesa kita untuk berjuang, jangan sampai banyak beralasan dan banyak songeh seperti kaum-kaum Munafiq. Dan lagi, jangan sampai keselesaan dan keindahan dunia, menjadi asbab kepada enggannya kita turun ke medan laga. Betapa indahnya syair Abdullah Ibnu Rawahah, mudah-mudahan Allah SWt meredhai dirinya, beberapa saat menjelang kesyahidannya;

 

Hai jiwa!

Kau harus turun berlaga

Atau, kupaksa kau turun

Telah lama kau hidup tenang

Mengapa kau tampak enggan untuk menggapai Syurga

Ingatlah, kau hanya setetes air mani yang hina    

 

Itulah sedikit-sebanyak perkongsian saya. Sila rujuk kembali Tafsir Ibnu Katsir untuk huraian yang lebih lengkap, juga tafsir-tafsir yang lainnya.

 

Wallahu a'lam.

 

 

·         Perhatian: Statement di atas bermaksud saya merujuk kepada Tafsir Ibnu Katsir, bukan menerjemahkannya kembali di sini. Maka huraian di atas adalah huraian saya sendiri dengan berpandukan input daripada Tafsir Ibnu Katsir. Harap maklum.

 

 

 

Penghargaan

Saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada adik-adik yang sudi berkunjung ke rumah kami malam semalam. Juga di atas hadiah yang diberikan. Kebetulan, saya memang jarang mendapat hadiah, maka pemberian buku yang mereka hadiahkan akan saya manfaatkan sebaiknya, insyaAllah.

Saya hanyalah muwajih jemputan kepada mereka. Dijemput untuk sama-sama sharing pun justeru adalah “hadiah” buat saya, kerana bisa beroleh amal-amal soleh serta doa daripada insan-insan mulia seperti mereka. Namun, kata-kata baik yang mereka titipkan di dalam buku tersebut, dengan menyebut saya dengan istilah murabbi sungguh satu contoh syakhsyiah islamiyah yang mulia, sama ada mereka maksudkan atau tidak, kerana kata-kata (atau tulisan) saja sudah bisa menggembirakan hati saudara seagamanya. Bukankah berwajah manis di hadapan sahabat pun merupakan sebuah amal soleh yang Nabi kita SAW berpesan untuk tidak dilupakan?

Saya doakan kebaikan mengiringi mereka, dan Allah kurniakan kekuatan kepada mereka untuk istiqamah hingga ke penghujung nyawa. Juga doakan saya, insan marhain yang serba kekurangan ini.

Jazakumullah khairan

Sunday, May 27, 2012

[JOM]: HUKUM GERAKAN NEWTON KETIGA

HUKUM GERAKAN NEWTON KETIGA

 

Encik Newton memberitahu saya (melalui perantaraan Encik Wikipedia) bahawa Hukum Gerakan Newton Ketiga tidaklah berbicara akan soal halal-haram. Jauh sekali sunat-makruh. Tetapi, yang sebenarnya sedang “dihukum” oleh Newton justeru berkenaan “tindakan”, bahawa untuk setiap daya tindakan, akan ada suatu daya tindak balas yang mempunyai magnitud yang sama, tetapi bertindak pada arah yang berlawanan dengandaya tindakan tersebut.

 

Sumber gambar: bbc.co.uk

 

Anda faham maksud saya (maksud Newton sebenarnya)? Begini, Encik Wikipedia memberikan contoh seseorang yang berjalan kaki. Demikian ia menolakkan tapak kakinya ke lantai, lantai pula ternyata menolak tapak kaki orang itu ke hadapan. Pada magnitud yang sama, cuma arahnya sahaja yang berbeza. Atau, ketika sebuah buku diletakkan di atas permukaan meja. Ternyata berat sang buku sedang bertindak balas ke atas meja itu, sambil sang meja itu pula sedang melakukan tindak balas dengan daya dan magnitud yang serupa, cumanya pada arah yang bertentangan dengan berat buku tersebut.

 

Nah, berpandukan Hukum Gerakan Newton Ketiga ini, para rakyat yang sedang tertindas harus lega bergembira, sedang para Thaghut dan penguasa zalim harus bersedia. Kerana bagi setiap kezaliman, kekejaman dan tekanan yang dikenakan kepada rakyat jelata, pasti mengundang tindak balas yang mempunyai magnitud yang kekuatan dan impactnya serupa. Mungkin kau tak menyedarinya, tetapi kelak kau akan merasakannya. Firman Allah S.W.T;

 

“Katakanlah: telah datang Al-Haq (kebenaran) dan telah musnahlah kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu sesuatu yang pasti lenyap.”

(Surah Al-Isra’ [17]:81)

 

Apabila penguasa yang zalim, thaghut, atau kuasa-kuasa kejahatan melakukan tekanan atau tindakan yang kejam terhadap para pejuang Islam, pasti wujud daya balas yang justeru sama kuat, pada arah yang bertentangan dengan kuasa kezaliman tersebut. Paksi kejahatan menujahkan tekanan pada arah kebinasaan, tetapi para pejuang Islam pula memberikan “daya” ke arah kebaikan. Dalam erti kata yang lain, tidak ada istilah putus asa, mahu pun mengaku kalah dalam kamus dan diari hidup para pejuang Islam. Masih ingat lagikah kalian dengan hadith tentang kisah Ghulam(pemuda) di dalam kisah ashabul Ukhdud? Ghulam itu ditekan oleh sang raja. Dihantar ke gunung, juga ke laut, untuk dibunuh. Ternyata, tekanan yang diberikan oleh sang raja, justeru dibalas oleh daya yang sama kuat oleh sang Ghulam, hingga saja Sang Raja terpaksa menuruti setiap arahan sang Ghulam, tatkala sang Raja ingin sangat membunuhnya. Akhirnya, Ghulamlah yang kemudiannya menguasai suasana, bukan membiarkan suasana menguasai dan menentukan hala tuju dakwahnya.

 

“Hukum Newton Ketiga” di Mesir sebenarnya telah berjalan sekian lama

 

Kerana itu –barangkali- Abu A’la al-Maududi meninggalkan pesannya kepada kita, agar dengan komitmen yang tegar dan usaha yang berterusan, akan bisa menjadi daya yang justeru mempunyai magnitude yang sama dengan tekanan dan kezaliman para pejuang kejahatan, cumanya pada arah yang berlawanan dengan mereka. Kata al-Maududi; ”Bila kalian menyambut tugas dakwah ini tidak sebagaimana sikap kalian terhadap tugas yang menyangkut urusan peribadi kalian maka dakwah ini akan mengalami kekalahan yang nyata. Oleh kerana itu sambutlah tugas ini dengan ghairah.”

 

Kalau saja daya kita dalam bekerja menghasilkan daya berlawanan kepada diri kita, baik yang dinamakan kepuasan, baik yang dinamakan naik pangkat, baik yang namanya bonus dan sebagainya, tentunya kesungguhan dalam dakwah pasti membatalkan seruan-seruan pasukan kebatilan.

 

Hukum Gerakan Newton Ketiga. Tolong pesan pada Encik Newton wahai Encik Wikipedia, bahawa “kaki” yang sedang diinjakkan oleh pasukan kebatilan, sedang ditujah oleh kekuatan “lantai” pihak kebenaran!

 

 

Ir. Faridul Farhan Bin Abd Wahab merupakan seorang Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) serta Jurutera Elektrik Kompeten berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Mempunyai Ijazah di dalam bidang Kejuruteraan Elektrik serta Sijil di dalam bidang Syariah, kini merupakan Penolong Pengurus di salah sebuah Stesyen Janakuasa Elektrik tempatan.

 

 

Thursday, May 24, 2012

Ikan Puyu

Semalam, ketika singgah di pasar malam, saya sempat membeli ikan puyu 4 ekor buat santapan kami sekeluarga. Sepanjang hidup saya, inilah kali pertama saya berjumpa orang yang menjual ikan puyu. Sungguh pun sejak sekolah rendah, saya terbiasa ke kedai dan pasar malam kerana memang menjadi “orang suruhan” ibu saya untuk membeli barang-barang keperluan, namun, memang belum pernah saya ketemu orang yang menjual ikan puyu. Langsung, tak pernah!

Lantas, jika ikan puyu tidak dijual di pasaran, bagaimana saya boleh tahu akan kelazatan ikan puyu ini?

Bila dikenangkan kembali, saya berpeluang menyantap nasi berlaukkan ikan puyu, hanya ketika berpeluang pulang ke kampung rumah tok-nenek saya. Biasanya, ikan puyu itu diperolehi jika ada mana-mana sepupu saya, ataupun adik-adik saya, yang mengambil  kesempatan untuk memancing di sawah yang mengelilingi rumah atuk saya. Ertinya, lokasi geografi rumah atuk, di tengah-tengah bendang sawah padi, benar-benar membawa “berkat” sekaligus pengalaman meratah ikan puyu yang mungkin tidak akan pernah dialami oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.

Saudaraku,

Mari kita renungkan kembali, betapa nikmatnya makanan yang kita makan. Betapa nyamannya tempat yang kita diami. Betapa masih beruntungnya kita di dalam kehidupan kita ini. Memang, kita sering menginginkan banyak impian-impian yang lainnya, yang belum tertunai, bahkan mungkin tak kan pernah tertunai, sehingga kita lupa akan segala keberuntungan yang sudah sedia ada di depan mata. Hingga kita alpa, betapa “nasib malang” yang menimpa kita, justeru masih lebih bernasib baik berbanding sebahagian manusia lainnya. Hingga kita leka, betapa “… jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” (Surah Ibrahim [14]:34)

Seperti betapa nikmatnya ikan puyu; baru betul-betul terasa, tatkala kita tidak lagi berpeluang untuk meratahnya. Andai saja saya lebih menghargai kesempatan makan ikan puyu di kampung, maka saat-saat itu tentunya menjadi saat-saat yang sangat menggembirakan buat saya. Bahkan hanya saja saya bisa menghargai nikmat-nikmat lain yang dirasakan pada setiap kesempatan, tentunya “ajaban li amrul mukmin”, seperti disabdakan Nabi, benar-benar akan lahir dari diri saya.

Untuk itu, kepekaan hati diperlukan. Seperti makan ikan puyu tadi; jasad mungkin merasa kekenyangannya, tetapi hatilah yang mengajar diri untuk menghargainya. Kata Ibnu Taymiyyah; “Hati bisa merasakan apa yang tidak bisa dipandang oleh mata.”

Kerana itu, wahai saudaraku, kita harus mendidik diri untuk senantiasa melihat dengan mata hati. Bangun tidur, mata mungkin melihat perkara sama yang membosankan, tetapi hati melihat keindahan nikmat kehidupan, lalu memuji-muji Allah di atas nikmat yang DIA kurniakan. Begitulah seterusnya, dan seterusnya, dalam setiap kehidupan kita. Hingga, di dalam hadith riwayat Muslim (juga Ibnu Majah), Nabi SAW menggambarkan betapa kesedihan yang dialami dalam kehidupan duniawi, justeru tidak terasa tatkala diganjari dengan nikmat Syurga. Sabda Nabi SAW;

“Pada Hari Kiamat dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat kehidupannya yang menjadi orang ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernah engkau melihat kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!”.
Lalu dibawa seorang penduduk dunia yang paling derita kehidupannya yang menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernahkah engkau mengalami kesusahan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!. Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan”

Ikan puyu mungkin dikau tak kan pernah berpeluang merasainya, duhai saudaraku. Namun, syukurilah segala lauk-pauk, sama ada enak atau tidak, yang berada di hadapan matamu, kerana satu saat kau akan merindui dan merasakan betapa nikmatnya saat Allah kurniakannya kepadamu.



Ir. Faridul Farhan Abd Wahab
Jurutera Profesional (BEM) dan Jurutera Kompeten (Suruhanjaya Tenaga)
Lulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Sijil Pengajian Syariah





Sunday, May 13, 2012

HYDRAULIC JACK

 

 

Antara penghargaan yang harus kita berikan kepada mereka-mereka yang berjiwa jurutera, adalah penambaikan kepada teknologi sedia ada, atau –dalam bahasa subjek Kemahiran Hidup PMR- disebut sebagai "inovasi." Dan, di antara inovasi yang ternyata semakin bermanfaat dan banyak memudahkan hidup kita, adalah inovasi yang dilakukan kepada jack kereta sedia ada. Daripada jack biasa yang didapati secara percuma di dalam kereta-kereta, di mana kita harus memusing-musingkan kepala (crank) jack tersebut, kepada pengenalan hydraulic jack yang lebih memudahkan dan kurang memenatkan, di mana kita hanya "mengepam" kepala atau handle jack itu untuk mengangkat kereta ke ketinggian yang kita inginkan. Sungguh mudah, biarpun harganya sedikit lebih mahal daripada jack sedia ada.

 

Saudaraku,

 

Ada hal yang bisa kita pelajari daripada sang hydraulic jack tersebut. Biar pun sang jack hanyalah rekaan manusia, tetapi kerana ia amat berguna lagi banyak membantu di saat kita kesusahan dek pencit yang menyinggahi tayar kereta kita, maka ucapan "terima kasih" harus kita berikan kepadanya, tetapi dengan cara "mengenang" kebaikan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Seringkali, manusia memandang manusia yang lainnya dengan pandangan yang rendah, hingga tidak sedar betapa ada banyak potensi-potensi kebaikan yang bisa ia manfaatkan daripadanya, andai saja ia sudi merendahkan dirinya. Lihatlah bagaimana Allah merakamkan antara manusia-manusia terawal yang menginapi bumi ini –tepatnya Qabil- saat ia sudi mengambil manfaat daripada seekor burung gagak;

 

فَبَعَثَ اللَّهُ غُرَابًا يَبْحَثُ فِي الْأَرْضِ لِيُرِيَهُ كَيْفَ يُوَارِي سَوْءَةَ أَخِيهِ ۚ قَالَ يَا وَيْلَتَا أَعَجَزْتُ أَنْ أَكُونَ مِثْلَ هَٰذَا الْغُرَابِ فَأُوَارِيَ سَوْءَةَ أَخِي ۖ فَأَصْبَحَ مِنَ النَّادِمِينَ

"Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?. Kerana itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang menyesal."

(Surah Al-Maidah [5]:31)

 

Saudaraku,

 

 

Lihatlah bagaimana sang hydraulic jack meninggikan keretamu. Kau harus "mengepam" kepala atau handlenya ke bawah, untuk sang jack meninggi dan meninggi makin ke atas. Ertinya, dengan cara ia bergerak ke bawah, merendah, maka dengan cara itulah ia meninggikan keretamu. Lihatlah apa yang dipesankan oleh para ulama'; "barangsiapa yang tunduk merendah kepada Allah, maka Allah akan mengangkat dan meninggikan dirinya." Sedarlah, bahawa kemuliaan itu datang, ketinggian itu hadir, dan kejayaan itu menjulang, bukan kerana hebat dan mulianya diri kita, sebaliknya lantaran Allah sudi menganugerahkan semua itu kepada kita.

 

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

(Surah Ali Imran [3]:26)

 

Saudaraku,

 

Yang namanya tawadhu' itu, bukan kita yang menggelarkan diri kita dengannya. Sebaliknya, orang lain yang melihat ianya ada di dalam diri kita, lantaran naturalnya pelakuan seharian kita. Sebahagian orang mungkin menyangka, bahawa dengan "angkat bakul sendiri" itu ia bisa menambahkan kemuliaan dan kekaguman orang terhadapnya, sebaliknya ia tidak sedar betapa ia mungkin kelihatannya meninggi, tetapi ia justeru sedang jack "keretanya" sampai terbalik!

 

Saudaraku,

 

 

Sedarlah betapa kemuliaan itu datang pada kerendahan. Seperti meningginya kereta di saat handle sang jack itu kita tolak KE BAWAH. Maka, senantiasa renungilah pesanan seorang qudwah buat kita semua, seorang Murabbi yang sangat lembut hatinya, tapi beroleh kemuliaan yang luar biasa, KH Rahmat Abdullah;

 

 

Merendahlah,

 

engkau kan seperti bintang-gemintang

 

Berkilau di pandang orang

 

Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi

 

Janganlah seperti asap

 

Yang mengangkat diri tinggi di langit

 

Padahal dirinya rendah-hina

 

 

(Rahmat Abdullah)

 

 

-penulis, Ir. Faridul Farhan Abd Wahab, adalah seorang Jurutera Profesional (BEM) dan Jurutera Kompetan (Suruhanjaya Tenaga). Beliau bercadang mengurang durasi kekerapan blognya kepada 2 minggu sekali, insyaAllah-

 

Beginilah Islam mengajarkan kami menyantuni ulama'-ulama' kami....

Sultan Kelantan mempersilakan TGNA untuk berjalan terlebih dahulu.

 

 

Ulama Antarabangsa juga amat menghormati Tuan Guru

 

 

Tuan Guru Haji Hadi & Tuan Guru

 

 

Tuan Guru Haron Din & Tuan Guru

 

Ustaz Ismail Kamus & Tuan Guru

 

 

Ustaz Azhar Idrus & Tuan Guru

 

 

Ustaz Don Daniyal & Tuan Guru

 

 

KhairulFahmi (Apek) & Tuan Guru

 

 

Amy Search & Tuan Guru

 

Kaum Tiong Hwa & Tuan Guru

 



Imam Ibnu Hajar al-Asqalani telah menakwil pendapat Imam Nawawi sebagai berikut :

قالَ الاِمَامْ النَّوَاوِيْ : تقبِيْلُ يَدِ الرَّجُلِ ِلزُهْدِهِ وَصَلاَحِهِ وَعِلْمِهِ اَوْ شرَفِهِ اَوْ نَحْوِ ذالِكَ مِنَ اْلاُمُوْرِ الدِّيْنِيَّةِ لاَ يُكْرَهُ بَل يُسْتَحَبُّ.

Ertinya : Imam Nawawi berkata : mencium tangan seseorang kerana zuhudnya, kebaikannya, ilmunya, atau kerana kedudukannya dalam agama adalah perbuatan yang tidak dimakruhkan, bahkan hal yang demikian itu disunahkan.


Pendapat ini juga didukung oleh Imam al-Bajuri dalam kitab "Hasyiah",juz 2,halaman.116.

2. Imam al-Zaila'i
Beliau berkata :

(
يَجُوْزُتقبِيْلُ يَدِ اْلعَالِمِ اَوِ اْلمُتَوَرِّعِ عَلَى سَبِيْلِ التبَرُكِ

Ertinya : (dibolehkan) mencium tangan seorang ulama dan orang yang wara' kerana mengharap barakahnya.

Sumber:  http://ghaflah.blogspot.com/2012/05/koleksi-foto-mereka-menghormati-tuan.html

 

 

Sunday, May 6, 2012

[IYF2012]: Islamic Civilization (final chapter)

The Umawiy Age

After the reign of the Caliphs, beginning from year 661 to 750, Muawiyah Ibni Abi Sufyan founded the Umawiy Dynasty. With Damsyik as the new capital, the Umawiy Dynasty focused on spreading the deen even further.

Besides having Umar Bin Abdul Aziz as it’s milestone in history, the Umawiy Dynasty also saw missions to Constatinople, North Africa, Andalus and India.

While the whole world saw Spain unstoppable by any other (in the World Cup 2010), Tariq bin Ziyad successfully tamed Andalus, shining their capital with the light of Islam.

The Abbasiy Age

If civilization is considered the golden age of any society, then the reign of Abbasiy Dynasty should be considered the golden age of Islam. As civilization took place, the dynasty founded by Abu Al-Abbas Abdullah and took Baghdad as its’ Capital, found most of its contribution to the history of mankind.

Especially under the reign of Caliph Al-Makmun, taking place from year 813 to 833, among the contributions which set put into mans civilization were:-

1.     Figures in the field of Geography, astronomy (success in measuring the length of the Earth), science, philosophy etc. Among them were;-

Khawarizmi

780 – 850

Mathematics (Algebra)

Al Farabi

873 – 950

Philosophy

Al Biruni

973 – 1050

Sanskrit Language, Astronomy

Ibnu Sina

980 – 1037

Medicine (Canon of Medicine, used over 700 years), Philosophy

Omar Khayyam

1050 – 1122

Mathematics

Al Ghazali

1058 – 1111

Philosophy, Tasawwuf

Ibnu Rusyd

1128 – 1298

Medicine, Philosophy

Ibnu Nafis

1205 – 1288

Medicine

2.     Knowledge in Fiqh and Hadith expanded. The era saw the birth of the following imams;-

(in Fiqh)

Imam Bukhari

810 – 870 M (196 – 256 H)

Imam Muslim

821 – 875 M (206 – 261 H)

Imam Turmizi

824 – 892 M (209 – 279 H)

Imam An-Nasaie

829 – 915 M (215 – 303 H)

Imam Abu Daud

817 – 888 M (202 – 275 H)

Imam Ibn Majah

824 - 887  M (207 – 273 H)

(in Hadith)

3.      Universities were founded, like Cordoba University in year 968 and Al-Azhar University in year 988.

However, the golden age to the entire human civilization saw an end, thanks to the Crusade War and attack by the Mongol army.

The Ustmani Age

Despite seeing figures like Salahuddin Al-Ayyubi and Muhammad Al-Fateh carving their way into history, this dynasty overall saw the fall of Islam Civilization. With the rise of Europe taking place, the Islamic Civilization finally gave way, ending its Caliph Dynasty after Mustafa Kamal Atarturk show Sultan Abdul Hamid II, the last Caliph, the door out. Since then, the entire Islam states had struggle their way under the fingers of the Europe nations.

As Islam had proven its point in making history, shall there be again an Islamic Civilization, bringing peace and prosperity to mankind? You decide!