Followers

Monday, December 31, 2012

Windows

Kalau saja manusia itu rumah, maka cahaya hidayah itu tidak henti-henti menyinarinya, dan selalu cuba untuk memasukinya. Maka manusia itulah yang memilih untuk membuka “pintu” untuk cahaya itu masuk dan menyinari ruang kehidupannya, atau tidak.

 

Namun, betapa ramai juga manusia yang tidak membuka “pintu” tadi untuk hidayah menyapa, namun cahaya petunjuk itu tetap berjaya memasukinya. Bagaimana? Jika tidak melalui “pintu”, maka cahaya tetap bisa masuk melalui “jendela”nya.

Sepertinya Umar Al-Khattab, mudah-mudahan Allah sentiasa merahmatinya. Ia tidak membuka “pintu”nya untuk Islam memasukinya, sebaliknya hidayah Allah itulah yang menyinari hatinya, dari “jendela” naluri kasih seorang abang terhadap adiknya. Kerana itu, tetaplah bersyukur, sama ada anda menemui hidayah itu dengan mencarinya seraya membuka “pintu” hatimu untuk Islam, mahupun dikau menemui hidayah secara tidak sengaja, lantaran Allah telah memilihmu, dan memasukkan cahaya hidayah-Nya itu melalui “jendela”mu. Kedua-duanya adalah rahmat dan nikmat kurnia-Nya yang Maha Besar, dan tiada tolok bandingnya.

 

Oleh itu, peliharalah “jendela” hatimu. Kerana hati itu terkadang menerima, terkadang menolak. Ketika ia menerima, bukalah luas-luasnya “pintu”nya, dengan memperbanyakkan amal ibadah sebagai asbab kemanisan iman memasukinya. Tetapi, tatkala ia menolak, pastikanlah bersih “jendela” hatimu, agar iman itu tetap menggugah, memasuki jiwa, biar secara tidak sengaja, seperti masuknya hidayah ke “jendela” jiwanya seorang Umar.

 

 

Pastikan! Pastikan! Pastikan “jendela”mu itu tidak tercemar dek daki dan kotoran yang bisa menghalang masuknya cahaya ke dalam hatimu. Seperti pesannya seorang Syaikhul Islam Imam Ibnu Tayyimah rahimullah, tatkala mengomentari hadith tidak masuknya Malaikat ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar. Katanya;

 

“Jika para Malaikat yang termasuk jenis makhluk, merasa terhalang untuk memasuki rumah yang ada anjing dan gambarnya,maka, bagaimana mungkin hati yang berisi pikiran buruk, bisa diisi oleh ma’rifat tentang Allah, cinta kepada-Nya dan kejinakan berdekatan dengan-Nya?”

(Muhammad Nursani, “Mencari Mutiara di Dasar Hati (seri 2), ms 88)

 

Kerana itu, contohilah teladan yang telah diberikan Al-marhum Ustaz Fadzil Noor. “Pendakwah,” kata Subky Abdul Latif tatkala mengomentari peribadi Ustaz Fadzil Noor yang sangat suka melayan semua jemputan, “tidak menolak sebarang peluang untuk menyampaikan risalah Islam.” (Subky Abdul Latif, “Fadzil Noor: Dia Guru Dia Kawan,” , ms 70). Kerana senantiasa menyampaikan risalah Islam itulah, di antara cara memastikan kebersihan dan ketelusan “jendela” jiwamu.

 

 

Bukalah pintumu, dan bersihkanlah jendelamu. Kerana engkau tidak akan tahu bila pintu hatimu tertutup, namun kau dapat pastikan kebersihan jendelamu, untuk cahaya menyinari dan meneranginya.

 

Sunday, December 30, 2012


Juga: http://faridul.wordpress.com/2009/03/02/allah-rabb-sekalian-alam/

Tuesday, December 25, 2012

[JOM]: LITAR ELEKTRIK

LITAR ELEKTRIK

 

Dalam sebuah litar elektrik yang mudah, komponen yang membairisinya terdiri daripada bateri, konduktor (terbiasa dipanggil sebagai "wayar") serta LED (ataupun mentol). Bateri bertindak sebagai punca atau sumber kuasa elektrik. Konduktor sebagai pengalir. Sebahagian orang akan meletakkan Voltmeter and Ammeter untuk memastikan terdapatnya kuasa elektrik di dalam litar tersebut, tetapi adalah lebih baik diletakkan mentol atau LED, kerana selain mengesahkan betapa litar tersebut memang benar-benar terdapat tenaga elektrik yang melaluinya, tenaga elektrik itu tidak terbazir begitu sahaja, malahan dapat digunakan untuk menerangi cahaya kepada persekitaran, sesuai dengan "Prinsip Keabadian Tenaga" (masih ingat?) yang menjadi pegangan.

 

Jika mahu lebih lengkap lagi, suis juga disertakan di dalam litar tersebut, untuk membolehkan "ON" dan "OFF" litar dilakukan dengan lebih mudah dan selamat. Begitu juga dengan kehadiran perintang. Inilah komponen-komponen asas, yang bergabung tenaga bagi membina kewujudan litar elektrik yang paling asas untuk kegunaan manusia dan kehidupan.

 

Sumber: tutornotes.com.hk

 

Generasi kita pada hari ini, sangat bergantung kepada tenaga elektrik. Sama ada ketika berada di rumah atau pejabat mahupun di jalanan. Baik ketika menggunakan kenderaan mahupun di hospital melalui alat-alat bantuan kehidupan, tenaga elektrik tidak boleh dipisahkan oleh generasi kita pada hari ini.

 

Maka ketergantungan manusia kepada tenaga elektrik, menggambarkan peri-pentingnya litar dalam menjayakan kehidupan sehari-harian. Litar yang baik dan betul, akan membantumu memasang lampu, kipas atau menggunakan plag, dalam apa jua bangunan, baik rumah, pejabat, hospital dan lain-lain jenis bangunan. Litar yang benar bukan sahaja memastikan kenderaanmu dapat memasang lampu di waktu malam, menggerakkan wiper di hari hujan, dan menghidupkan aircond di tengah kepanasan, tetapi juga memastikan kenderaan itu sendiri dapat dihidupkan, kerana kenderaan memerlukan tenaga elektrik daripada sang bateri untuk enjin memulakan peranan, suatu yang tidak akan terhasil andainya litarnya terputus atau komponen-komponen asasnya mempunyai masalah yang di luar daripada kebiasaan.

 

Akibat sambungan litar yang tidak bagus, membawa malapetaka, malah mengundang kepada kebakaran

 

Ertinya, kepelbagaian jenis komponen yang mem"bintangi" litar ini, yang mana kesemuanya memainkan peranan mereka yang tertentu masing-masing, namun tetap terjamin sambungan di antara kesemuanya, menjadi prasyarat untuk tersebarnya tenaga elektrik, lantas menjadi suatu nikmat buat kehidupan, namun sering kali manusia melalaikan ia hingga ianya menjadi sebuah nikmat yang terlupakan. Namun, tatkala terjadinya black-out atau putus bekalan, barulah manusiawi sedar betapa di dalam kehidupan ini, terlampau banyak nikmat pemberian Tuhan, yang sering kita lalaikan, yang sering kita alpakan, yang sering kita luput dan terlupakan.

 

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ

"…Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)."

(Surah Ibrahim [14]:34)

 

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Surah An-Nahl [16]:18)

 

Saudaraku,

 

Kehidupan ini umpama sebuah litar: masing-masing komponen, dengan kelainan dan kepelbagaiannya, biar pun memainkan peranan yang berbeza-beza, tetapi saling melengkapkan di antara satu dengan lainnya. Kelainan dan kepelbagaian inilah, yang memberikan "warna" ke atas kanvas kehidupan. Atau, yang memberikan "rasa" kepada masakan perjuangan. Kerana itu, baginda Nabi SAW tidak pernah berusaha untuk menafikan kepelbagaian di antara para sahabatnya yang mulia, tetapi justeru melestarikan di antara kepelbagaian dan perbezaan yang masing-masing dimiliki oleh mereka. Atau, di dalam bahasa litarnya, memastikan "sambungan" di antara mereka berada di dalam keadaan yang baik, agar tidak berlaku "litar pintas" yang boleh membawa kepada bukan sahaja kerosakan, malah kebakaran, hatta kematian.

 

Islam, tidak pernah menafikan perbezaan dan kepelbagaian ini. Cumanya Islam mengajarkan adab-adab dalam bagaimana hendak menyikapi perbezaan dan kepelbagaian ini (disebut sebagai adabul ikhtilaf), bukannya berusaha memastikan manusia ini semuanya sama. Kerana persamaan itu mustahil. Seia-sekata itu mungkin, tetapi tone suara dan pitching tetap berbeza-beza. Maka, kalau ini dapat difahami, kita akan sedar betapa perbezaan itu kenescayaan, cuma permusuhan dan pergaduhan itulah yang hendak kita elakkan. Selagi masing-masing berpegang dan berpaksi kepada rahmat kurniaan Tuhan, barulah insan dapat sentosa dalam kepelbagaian.

 

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً ۖ وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ

إِلَّا مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ ۚ وَلِذَٰلِكَ خَلَقَهُمْ ۗ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

"Jika Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat.

Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetapkan: sesungguhnya Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan jin dan manusia (yang durhaka) semuanya."

(Surah Hud [11]:118-119)

 

Jika para sahabat yang mulia sahaja berbeza pandangan. Kalau imam-imam mazhab yang hebat berbeza pandangan. Andai Dr. Yusuf Al-Qaradhawi pun punya kelainan pandangan dengan pengasas "madrasah pendidikannya" iaitu Hasan Al-Banna. Maka tentu kita pun akan ada perbezaan pandangan sesama kita.

 

Maka generasi kita pada hari ini, sepatut dan seharusnya tidak lagi berusaha menyatukan pandangan sesama kita, sebaliknya bertindak menguruskan kepelbagaian sesama kita. Generasi hari ini tidak lagi berusaha mewujudkan "ketaatan membabi buta"  di antara anak buah dan pimpinan, seperti yang ditunjukkan oleh sebahagian gerakan tarikat dan kesufian, sebaliknya membuka ruang toleransi dan menyatakan pandangan, namun dengan adab-adab dan suasana ukhuwah dan penuh kecintaan.

 

Bukankah sebelum terjadinya Bai'atul Ridhwan, sahabat yang diutus oleh baginda Nabi SAW asalnya adalah Umar Al-Khattab, namun Umar membantah dan meyarankan agar diutusnya Usman Al-Affan, lantaran dari segi strategi dan keselematan lebih bertepatan. Namun, apakah ketidak setujuan Umar itu menjadi modal untuk menyatakan beliau tiadanya ketaatan, seperti yang dituduhkan oleh golongan Syiah, malah ternyata baginda Nabi bersedia menerima cadangan dan saranan!

 

Saudaraku,

 

Litar kehidupan, yang ditonjolkan oleh generasi salafus soleh, persis litar elektrik yang kita bincangkan. Masing-masing "komponen" bebas berkarya memainkan peranan, namun "sambungan" sesamanya memboleh terbebasnya tenaga yang bermanfaat untuk kehidupan. Kerana sememangnya Tuhan Sang Pencipta Kehidupan, mendesign kita dengan kepelbagaian potensi dan kebolehan. Firman Allah;

 

قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا

"Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing". Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya."

(Surah Al-Isra' [17]:84)

 

Seperti catur, setiap kita berperanan, biarpun dipenuhi dengan kepelbagaian

 

Maka ingatlah wahai saudaraku, "litar perjuangan" hari ini bukan lagi berkenaan menyamakan pandangan, sebaliknya menguruskan perbezaan. Maka silalah sang bateri dengan tugas menjanakan tenaganya. Silalah sang wayar dengan peranan mengalirkan arus elektriknya. Silalah sang LED dengan tanggung jawab menyinari persekitaran dengan cahayanya. Silakan sang suis untuk memudahkan pensuisannya. Dan silalah segala rintang-rintangan, menyelamatkan litar daripada rasa besar diri, sombong dan angkuh arus lebihan, biarpun manusia sering tidak menyedari betapa pada rintangan-rintangan itu, terkadang terkandung segala macam kebaikan.

 

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

Jurutera Profesional  dan Jurutera Elektrik Kompeten

Lulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Sijil Pengajian Syariah

 

 

Sunday, December 23, 2012

CUCI

 

 

Diceritakan bahawa Imam Sya'rawi yang tersohor itu pernah menyampaikan ceramah di satu tempat. Usai ceramah itu , beliau diusung oleh para pengikutnya sebagai tanda kecintaan mereka terhadap ulama agung itu. Setelah beliau masuk ke dalam keretanya , beliau meminta pemandunya memberhentikan beliau di sebuah masjid di situ. Di situ, Imam Sya.rawi yang hebat itu telah membersihkan tandas masjid tersebut dengan tangannya. katanya : " Aku bimbang aku berasa bangga diri dengan apa yang telah berlaku tadi. Jadi aku mendidik hatiku dengan merendahkan diri membersihkan tandas ini".

 

 

Sumber: http://www.ustazcyber.com/2012/12/kenapa-ulama-agung-as-syarawi-cuci.html

 

 

 

Wednesday, December 19, 2012

31 Hari

Alhamdulillah, semalam saya berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran. Cumanya, saya mengambil masa 31 hari untuk berbuat yang sedemikian. Ertinya, terlewat satu hari daripada "syarat" yang disebutkan oleh Imam Hassan Al-Banna kepada ikhwah-ikhwahnya di dalam Al-Wajibat (kewajipan al-Akh Muslim). Ini berdasarkan hadith yang mana Nabi SAW memberitahu Abdullah bin Amr bin 'Ash (R.A) seperti yang berikut;-

 

"Tamatkanlah Al-Quran dalam waktu satu bulan."

 

Saya (Abdullah) berkata:

"Wahai Rasulullah, saya mampu melakukan lebih dari itu."

 

Rasulullah SAW bersabda:

"Tamatkanlah dalam waktu dua puluh hari."

 

Saya (Abdullah) berkata:

"Wahai Nabiyullah, saya mampu melakukan lebih dari itu."

 

Rasulullah SAW bersabda:

"Tamatkanlah dalam waktu sepuluh hari."

 

Saya (Abdullah) berkata:

"Wahai Nabiyullah, saya mampu melakukan lebih dari itu."

 

Rasulullah SAW bersabda:

"Tamatkanlah dalam waktu seminggu, jangan kurang dari itu. Pada isterimu ada hak yang harus kau tunaikan, pada tamumu ada hak yang harus kau tunaikan, dan pada tubuhmu ada hak yang harus kau tunaikan"

 

Saya (Abdullah) berkeras, Rasulullah SAW juga berkeras, lalu baginda bersabda:

"Sungguh engkau tidak mengetahui, mudah-mudahan umurmu panjang."

 

Saya pun pergi dengan memegang teguh apa yang dikatakan Nabi SAW. Tatkala saya sampai pada usia uzur, saya berpikir seandainya ketika itu saya menerima keringanan dari Nabi SAW."

 

(HR Bukhari dan Muslim)

 

Satu hari kelihatannya tidaklah begitu besar. Tak lah major sangat. Namun, sedar tidak sedar, di dalam angka 1 hari itu, sebenarnya terkandung angka 24 jam. Di dalam 24 jam itu pula, akan membesar apabila diconvertkan ke dalam minit; 1440 minit. Dan menjadi semakin besar, andainya dinilai dari segi saat; 86,400 saat. Ertinya, saya terlewat selama 86,400 saat daripada had maksimum mengkhatamkan Al-Quran. Kalau menurut Imam Asy-Syafi'e Rahimullahi Ta'ala, andai kita tidak tersibuk dengan hal-hal kebenaran, tentunya kita disubukkan dengan unsur-unsur kebatilan. Unsur-unsur kelalaian. Dan kelalaian itu pula, adalah antara sebab-musabab insan memenuhi Neraka, apatah lagi jika kelalaian itu sebanyak 86,400 angkanya!

 

 

Firman Allah:-

 

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."

(Surah Al-A'raf [7]:179)

 

Sebab itulah, insan harus menanamkan sensitiviti di dalam diri mereka, betapa tidak ada kelalaian yang sedikit, dan tidak ada kedurhakaan yang kecil. Ini kerana generasi salafus solih yang terbaik di dalam sejarah kemanusiaan –siapa lagi jika bukan para sahabat- menyebutkan (seperti yang tertera di dalam kitab Riyadhus Shalihin, no. 63):-

 

Diriwayatkan dari Anas (R.A), ia berkata:

"Sesungguhnya kalian sekarang melakukan perbuatan-perbuatan yang menurut kalian lebih ringan daripada rambut, padahal pada masa Rasulullah SAW perbuatan-perbuatan senacam itu kami anggap termasuk hal-hal yang menghancurkan."

(HR Bukhari, 4692)

 

 

Ya Allah, ampunkanlah dosaku. Dan bantulah aku agar senantiasa berzikir mengingati-Mu. Senantiasa mensyukuri nikmat-nikmat-Mu. Dan senantiasa memperbaiki ibadahku terhadap-Mu.

 

Monday, December 17, 2012

[copy&paste]: Empat pemain muslim Newcastle United tolak sponsor syarikat riba di jersey mereka

 

Kesepakatan Newcastle United dan Wonga tidak luput dari kontroversi. Empat pemain Muslimnya menolak mengenakan jersey berlogo sponsor Wonga kerana syarikat itu adalah syarikat pinjaman kewangan.

 

Dewan Muslim Britain (MCB) berharap pemimpin the Magpies boleh menghormati keinginan empat pemain Muslim Newcastle. Mereka meminta pengagihan tidak mengenakan jersey kelab berlogo sponsor Wonga. Kerana dalam undang-undang syariah, memberi atau menerima bunga sangat dilarang.

 

 

"Dengan andaian empat pemain berada di padang pada saat yang sama, jika anda mempunyai tujuh daripada 11 pemain (dengan sponsor di kaos mereka), anda mempunyai liputan yang cukup (untuk promosi sponsor)," kata Pembantu Setiausaha Agung MCB, Syaikh Ibrahim Mogra, seperti dikutip Guardian, Rabu (10/10).

 

Mogra mengatakan permintaan keempat pemain itu bukan permintaan yang terlalu banyak. Empat pemain itu adalah Demba Ba, Papiss Cisse, Cheik Tiote, Hatem Ben Arfa.

 

Wonga yang berpusat di London dan ditubuhkan pada 2006 itu dikenali mampu menyediakan dana pinjaman secara kilat. Namun, muncul tuduhan terhadap Wonga yang diidentikkan sebagai syarikat pinjaman kewangan terbesar di Britain.

 

Wonga yang mempunyai cabang hingga ke Afrika Selatan itu dikenali memberikan suku bunga hingga 4,214 peratus per tahun. Jumlah itu adalah tinggi di negara Elizabeth.

 

(Source: http://detikislam.blogspot.com/2012/10/empat-pemain-muslim-newcastle-united.html#)

Farhan-albanna: di Malaysia pulak, orang yang tak main pun untuk kelab tu, dan iya-iya suruh boikot barang Zionis segala, tapi dok pakai jugak baju ada iklan riba’ etc. seperti Man U, Liverpool dsb.

 

 

Thursday, December 13, 2012

Penawar ke"down"an: The Others

Saya acapkali ditanya; apakah penawar kepada kedukaan? Apa "booster" tatkala dilanda kedownan? Apa ubat buat keputus-asaan? Bagaimana me"manis"kan jiwa yang tawar atau kepahitan? Lalu saya pula yang dibuat tertanya-tanya; apakah saya kelihatan umpama manusia yang ngak punya perasaan? yang seakan tidak pernah dihumban samudera kekecewaan, atau dihujani ribut-badai kesedihan?

 

Dan lagi, saya tertanya-tanya, apa-apaan yang membuat kalian lemas dalam kedukaan, atau tenggelam dalam kefuturan? sedang antara kalian dan saya, kita sama sahaja. Bahkan, sering juga terasa, betapa justeru kalian terlebih baik berbanding diri saya. Lalu, kenapa sering berduka, wahai sahabatku? Kenapa asyik kesedihan, duhai saudaraku? Namun, untuk tidak menghampakan, ini jawapan, dan "kaedah" yang biasa saya gunakan.

 

 

Dalam kehidupan, akan ada banyak hal yang bisa menimbulkan kekecewaan. Maaf jika saya jadikan contoh; dunia penulisan.

 

Terkadang, apabila saya membaca tulisan saya di dalam sebuah penerbitan, di-edit dengan maha hebatnya, hatta hingga ke struktur ayat, maka itupun terkadang men-downkan jiwa saya. Maaf.

 

Saya terasa betapa loosernya saya. Betapa tak retinya saya menulis. Betapa bengongnya diri ini, hingga susunan ayat saya pun harus dibetulkan. Terbukti, I'm not a talented writer. Bahkan lebih buruk lagi, untuk menyusun sebuah ayat normal pun, ternyata failure.

 

Lalu, dek kerana terasa begitu teruknya prestasi penulisan saya, secara manusiawi, gejala down itu cuba memujuk kita untuk berhenti menulis. Sungguh.

 

Namun, kenapa saya teruskan juga menulis?

 

Kerana seperti yang pernah saya nukilkan dalam blog lama saya faridul.wordpress.com, artikel bertajuk "Highlander";

 

سَتَبْلىَ اليَدُ مِنِّي فِي التُّرَاب # َويَبْقَى الخَطّ بَعْدِي فِي اْلكِتَاب
فَيَالَيْتَ اَّلذِي َيقْرَأ حُطُوطِي # دَعَالِي النَجَاة مِنَ اْلعَذَاب

Tanganku akan hancur di dalam tanah
Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku
Moga sesiapa yang membaca tulisanku
Doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka).

(syair Arab)

 

Kita, pabila terlalu memikirin tentang diri kita, kita akan mudah down. Akan mudah sedih. Akan mudah kecewa. Itulah manusia kerdil lagi biasa-biasa seperti kita. Mungkin lain halnya bagi manusia hebat, mantop dan gagah perkasa.

 

Oleh kerana itulah, jangan hidup hanya kerana diri kita. Tapi hiduplah untuk umat semuanya. Hiduplah demi dan kerana perjuangan ini. Demi dan kerana Ilahi Rabbi. Demi dan kerana Syurga nan abadi. Nanti kelak kau kan tampil manusia gergasi. Yang harum dan mekar namanya di sisi intaian Firdausi. Kata Syed Qutb;

 

"Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup sebagai orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar".

 

Bila kita lihat betapa besar dan beratnya tanggung jawab umat di hadapan kita, kita kan dapati musykilah dan permasalahan kita terlalu kerdil. Air mata kita kan jadi terlalu mahal, untuk dialirkan dek memikirin nasib malang yang menimpa diri, kerana ia (air mata kita itu) selayaknya hanya dialiri demi memikirin nasib umat ini.

 

Lalu kita akan bangun, akan bangkit, merangkak, lalu berlari…

 

Dan berlari….

 

Dan berlari….

 

Sepantas….

 

Fastabiqul khairat……

 

Sampai Allah sudi menyambut kita dengan keredhaan…….

 

 

Ya Allah… sudikah Engkau menyambutku di hujung sana dengan sebuah keredhaan???

 

"My first question to him was:

"your business is so huge,

So why are you working so hard?

 

And I received the most beautiful answer…

 

…"we all need to be strong and successful

So we have the ability to help others."

(Mohamed Ali Alabbar, the Director General of Dubai Dept. of Economic Development &Chairman of Emaar Properties, on Malaysia's Syed Mokhtar AlBukhary)

 

 

Doakan saya tidak berhenti….. biarpun terasa teramat malu untuk meneruskan….

 

Live for "the others", so that your spirit shall never die...

 

Sunday, December 9, 2012

My Heart will Go On

“Whenever I give something to charity, my heart moves.

It is not about corporate social responsibility…..

….it is something that comes from the heart.”

-Syed Mokhtar AlBukhary-

(Premilla Mohanlall, “Syed Mokhtar Albukhary: A Biography, page 99)

 

 

Di saat dirimu lemah, ketahuilah!. Bahawa untuk tetap terus istiqamah, in anything and everything that you do, it should always come from your heart.

 

Don’t just move your body, but make sure the body is moved by the heart, as your heart moves also in everything and anything you do.

 

When you smile, make sure not just the face smiles, but your heart also.

 

When you eyes cry in tears, let the tears come, from deep down inside you. From the heart. It is “he” who is crying to you.

 

When your actions, all of them, come from your heart, then All Mighty God shall help you through you sorrow. Rise you when you fall. Be the shoulder when you cry. But it must come from your heart. Your heart….

 

 

Make sure, in everything and anything you do, your heart moves with you. Then only, as per Celine Dion’s popular song, the soundtrack of mega block buster “Titanic”, your heart will go on….

 

On, and on…… insyaAllah

 

Monday, December 3, 2012

Kekuatan Jiwa

Semalam, kami ber"halaqah" seperti biasa. Saya, pada tengaharinya, meng-sms "adik-adik" saya bahawa saya kurang sihat, mungkin tak dapat datang. Tapi saya akan usahakan juga untuk datang, dan Alhamdulillah, ALLAH izinkan saya untuk datang. "Adik" saya pula keletihan, dek kerana ber-rehlah pada waktu siangnya.

 

Dalam keadaan masing-masing nak demam dan/ atau keletihan, lalu apa yang mendorong kami untuk tetap hadir meneruskan agenda perjuangan? Jawabnya; kekuatan jiwa! Kerana bila jiwa itu kuat, maka jasad akan mengagahkan diri mengikutinya. Lalu kita kan tetap berharakah, bergerak dan berjuang demi meraih sebuah keredhaan.

 

 

Itulah sebabnya, oleh ALLAH Azza Wa Jalla, diingatkan agar para rabbaniyyin untuk menguatkan jiwanya. Kerana kemudian akan beroleh kegagahan jasadnya. Lalu terus membangun harakahnya. Firman Allah;

 

وَكَأَيِّنْ مِنْ نَبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat/ jiwa akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga/ jasad dan tidak pula statik (tidak berharakah) dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengasihi orang-orang yang sabar."

(Surah Ali Imran [3]:146)

 

 

Benarlah kata Iqbal. "Bila roh kamu kuat, jasad akan keletihan mengikutinya." Maka kuatkanlah roh (jiwa) kalian wahai sahabat!

 

Friday, November 30, 2012

We Are Soldiers

Orang kata;

"God gives the hardest battles to His strongest soldiers."

 

 

Oleh itu,

di saat engkau merasa down, terduduk dan hampir tertewas…

lagi merasakan betapa hina dan loser nya dirimu,

dalam melayari ombak badai samudera perjuangan….

bertahanlah! Dan janganlah sesekali berputus asa

bahkan sambung dan paterilah asa mu itu

sekuat-kuatnya….

seketat-ketatnya…

seerat-eratnya…

kerana ujian Tuhan tak akan pernah melampaui batas kemampuanmu…

bukankah itu sudah menjadi janji nan benar dari Tuhanmu?

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

lantaran hanya "tentera-tentera"-Nya yang terbaik,

yang dipilih oleh Dia untuk berjuang dan berjuang dan terus berjuang…

mempertahan dan mendaulatkan agama-Nya

hingga bisa beroleh sebuah keredhaan

 

Apakah kau ragu akan pemilihan-Nya?

Apakah kau tergamak mempertikaikan pemilihan-Nya?

 

Maka,

semakin sesak halanganmu itu…

semakin sulit penghadang itu…

semakin besar musykilah mu itu…

justeru,

semakin kuatlah Dia memanggil-manggil jiwa mu

untuk mendekat dan berharap hanya kepada-Nya

 

Kau tidak lagi bersandarkan kepada kekuatanmu…

sebaliknya, sebulatnya, kau bersandar kepada kekuatan Yang Esa

kerana وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ

"mana ada pertolongan, melainkan daripada sisi Allah"

 

Kerana..

when the going gets tough…

the tough gets going….

kau tetap berjuang hingga titisan darah atau peluh atau asa yang terakhir

"panji" pun akan tetap tegak, biar jasadmu sendiri telah jatuh tersungkur

hingga…..

tatkala seakan tiada lagi daya mahu pun upaya….

datanglah janji Allah….

حَتَّىٰ إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا

جَاءَهُمْ نَصْرُنَا

فَنُجِّيَ مَنْ نَشَاءُ ۖ

وَلَا يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ

"sehingga, apabila para rasul itu hampir berputus asa

Dan merasa bahawa betapa mereka telah didustakan

Lalu datanglah perolongan Allah….

Yang menyelamatkan sesiapa yang kehendaki-Nya….

Dan tidaklah dapat para pendosa itu

Untuk menolak azab yang akan menimpa mereka semua"

 

 

Lantas…

Ingatlah!

Betapa God gives the hardest battles…

to His strongest soldiers

And you my friend, are definetly one of them

….insyaAllah

 

 

(p/s - artikel tiada kena mengena dengan gambar)