Sunday, October 21, 2012

Sibghah Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dalam usrah kami urwatul wuthqa, sesi T&T (tilawah & tadabbur) di share oleh kakak naqibah surah al-baqarah bermula ayat 135-141. Namun ayat yang ditekan adalah ayat ke 148.

Sibghah Allah. Manakah lebih baik selain sibghah dariNya?
Maksud sibghah itu sendiri ada celupan. CELUPAN ALLAH.

Ibaratnya, Biskut coated with chocolate adakah sudah di sibghah sepenuhnya?
Atau, kain putih yang dicelup dengan pewarna (nila)?

Biskut coated with chocolate masih belum menyerap sepenuhnya. Rasa coklat tidak terasa sehingga dasarnya. Coklat hanya melekat di gigi pada saat menggigitnya. Sisa coklat yang tersisa menambah rasa.

Pada saat kain putih dicelup dengan nila contohnya, pasti menyerap semua! semua sehingga bertukar warna.

Begitulah sibghah Allah!
Akidahmu, amalmu, akhlakmu, pertimbanganmu, malah gurau mu!
Semua berdasarkan Allah.

Dalam usrah Kek Lapis pula, membicarakan tentang ikhlas.
Topik ikhlas saja kami akan sambung untuk minggu seterusnya. Begitu banyak.
Semoga saja dengan  sibghah Allah sudah cukup menghalang hasutan syaitan yang menggugah niat kami. Amin.




saya punya mimpi buat negeri ini! (tiada kaitan dengan bola sekalipun!)
Dulu mungkin saya mahu bermusafir ke bumi lain sebelum pulang ke tanah tumpah darah.

namun, saya punya cita-cita buat keluarga. Punya penuh niat mahu membantu. Punya niat mahu dekat dengan mereka-mereka.
Moga Allah permudahkan.
Di saat ini, dengan izinNya, aku tanam kedap-kedap niat itu.

Kesempurnaan itu hanya milik Allah, dan aku sebagai hamba terbatas punya usaha! Biiznilah.