Sunday, December 26, 2010

Kesedapan Iman


Bismillahhirrahmanirahim......


Dari Anas r.a dari Nabi Muhammad SAW bersabda
"Ada tiga perkara,barang siapa melaksanakan ketiga-tiganya, niscaya
ia akan mendapatkan kesedapan Iman:
pertama; Orang yang cinta kepada Allah dan Rasulnya melebihi daripada cintanya kepada yang lain daripada Allah dan Rasul.
Kedua; Orang yang mencintai orang lain,kerana Allah semata-mata
Ketiga; Orang yang benci untuk kembali kepada kafir setelah Allah melepaskannya dari belenggu kekafiran itu,sama dengan bencinya akan dijatuhkan dalam api neraka"
(HR Bukhari)


~Pesanan juga buat diri sendiri...
~Esok start exam last bagi sem ni.... Gud luck buat kawan2 sekelas, buat senior2ku, buat adik2 usrah ku dan semua sahabatku yang bakal exam... Saya doakan moga Allah permudahkan urusan kita dan berkatilah kami ya Allah.. Jadikan usaha kami ini penyumbang kepada kebangkitan Islam..amin.. Wallahuaklam

Saturday, December 25, 2010

Doa selepas wuduk




Nabi bersabda, "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian dia berdoa, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin, akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana yang dia suka." (HR Al-Tirmizi)

wuduk



"Dari Abi Umamah ra berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila seseorang muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, dia duduk dalam keampunan (diampunkan dosa-dosanya)." (HR Ahmad)

Thursday, December 23, 2010

Bedah Buku: jangan takut hadapi hidup part 1


Bismillahhirrahmanirahim….

Buku jangan takut hadapi hidup memuat banyak pengajaran bagiku. Dan buku ini antara buku terbaik bagiku dan pagenya yang sarat dengan penanda..

Kata2nya indah…..nukilan2nya terkesan…..

Disini ingin ku kongsi satu bab yang menekan pada Penjagaan Hak Allah.

BAGAIMANA INGIN MENJAGA HAK ALLAH?

1. Sentiasa menjaga solat

- Solat di tepat waktunya.

- Mengerjakan solat dengan berjemaah.

- Melakukan dengan khusyu’ dan tadarru'


2. Menjaga anggota badan
- menjaga HATI! (26: 88-89, 29:69)
- menjaga LISAN! (50:18)
- menjaga PENDENGARAN (17:36, 25:72)
- menjaga PANDANGAN (88: 17-20)
- menjaga PERUT (23:51, 41: 19-20)

petikan syair

" Orang yang mendengar kejelekan, ia juga sebagai pelakunya
dan kedai makanan akan bersama dengan orang yang makan"

" Kamu, jika membiarkan pandangan mata
tentu hatimu turut melihat segala suasana
Kamu melihat sesuatu yang dirimu tiada kuasa
untuk bersabar dan menjaga diri darinya"

" setiap peristiwa bersumber dari pandangan
dan siksa neraka yang besar, berawal dari keburukan yang ringan.
Berapa banyak pandangan yang
menusuk hati orang yang melihat,
bagai menancapnya anak panah
yang dilepas dari busurnya.

Seorang hamba akan bergejolak hatinya,
selagi ia masih berdiri tegak dengan bisikan batinnya.
kematiannya akan menjadi kebahagiaannya,
jika ia berucap selamat datang wahai kebahagiaan
Enyahlah engkau wahai kehancuran.
wahai orang yang melepaskan anak panah
Engkaulah sang pembunuh, namun tidak mengena
wahai orang yang membangkitkan kedipan mata,
jagalah perilakumu agar engkau tidak menyesal. (fahami syair ini =) )


kuakhiri entri ini dengan pesanan Rasulullah SAW kepada sahabat Anas r.a. :

" Jagalah selalu (hak-hak) Allah, niscaya Dia akan menjaga dirimu. Jagalah selalu (hak-hak) Allah, niscaya engkau akan mendapatiNya di hadapanmu. Jika engkau memohon sesuatu, maka mintalah kepadaNya, dan apabila engkau membutuhkan pertolongan, maka mintalah kepadaNya. Ketahuilah seandainya seluruh umat manusia ini bersatu memberi kebaikan kepadamu, niscaya mereka tidak akan mampu melaksanakannya kecuali sesuatu bersesuaian dengan apa yang menjadi ketetapan Allah atas dirimu. Dan seandainya seluruh umat manusia ini bersatu untuk mencelakakanmu, niscaya mereka tidak akan mampumelakukannya kecuali sesuatu yang bersesuaian dengan apa yang telah menjadi ketetapan Allah atas dirimu. Pena telah diangkat dan catatan perjalanan takdir pun telah mengering"

~ ini semua peringatan buat diri sendiri jua. Jangan hanya tahu menulis tapi ambillah sebagai peringatan. Ilmu tanpa amal juga tiada gunanya wahai diri.....
~ Banyak yang dihurai dalam buku ini, tapi cukuplah diringkaskan. Yang penting buahnya dapat dipetik, ditelan manis, segar dalam ingatan, sehat tubuh pemakannya...insyaAllah =)
~da nak exam.....tapi selalu fokus pada satu benda saja membuat aku mengantuk, so selang seli membaca buku pengisian rohani...hehe moga mendapat keberkatan dariNya dan dipermudahkan exam ku nanti,.,,,,amin2! ( chaiyok2!)

Wednesday, December 15, 2010

CinTa keRana Allah


Bismillahirrahmanirahim..

Pertama-tama ketahuilah apa yang ditulis ini adalah peringatan buat diri- sendiri. Mungkin ada saja amalan yang masih belum diri ini praktikkan. Sama2 lah mengambil pengajaran dan amalkan. InsyaAllah =)

Sabda Rasulullah saw:

Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih-sayang dan saling cinta-mencintai dan mengasihi di antara mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila salah satu merasa sakit,maka seluruh anggota yang lain turut merasa sakit dengan tidak bisa tidur dan demam. ( hadis Nu’man bin Nasyir)

Bagaimana caranya untuk mempereratkan persaudaraan antara kita? Sebarkanlah salam….

Sabda Rasulullah saw:

Demi Allah, kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Belum sempurna keimanan kalian hingga kalian saling mencintai. Apakah tidak perlu aku tunjukkan pada kalian satu perkara, jika kalian melakukannya niscaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam diantara kalian!” (HR muslim)

IMG_4145

Mengucapkan salam ketika bertemu dan berpisah tidak kira dalam sms, telefon, apatah lagi bertemu mata. Jika sesama muhrim, sambut lembutlah tangan saudaramu mencium pipi berpelukan dengan harapan kasih itu diikat kuat olehNya. InsyaAllah…..

3316_view “ aku mencintaimu kerana Allah”

Cinta kerana Allah membuktikan kita dan kawan kita itu tunduknya pada aturan-aturan yang diturunkan Allah. Dari salam, timbul rasa sayang di dalam hati seusai berjabat tangan, dan hati akan mula berkata-kata memunajat doa untuknya.

Sabda Nabi Muhammad saw:

” Barang siapa mendoakan saudaranya pada saat ia tidak bersamanya, maka malaikat yang diserahi untuk menjaga dan mengawasinya berkata, semoga Allah mengabulkannya, dan bagimu semoga mendapat yang sepadan (HR muslim dari Ummi Darda)

Sungguh cinta itu makin terkesan jika saling memberi manfaat dan memberi kemudahan kepadanya dari kesulitan. Jika diminta menjaga rahsia, jagalah. Jika dia meminta maaf, maafkanlah. Jika diminta nasihat, berilah apa yang baik. Jika dia dekat denganmu, jagalah kehormatannya.

Sabda Nabi Muhammad saw:

Seorang muslim adalah saudara muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan membiarkannya binasa. Barang siapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang menghilangkan salah satu kesusahan dari seorang muslim, maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu kesusahannya dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat

Dan ini adalah hak muslim atas muslim:

sabda Nabi Muhammad saw:

Hak muslim atas muslim yang lain ada enam. Dikatakan “apa yang enam itu ya Rasulullah?” Rasulullah saw bersabda “Apabila engkau bertemu dengan saudaramu muslim yang lain, maka ucapkan salam kepadanya; apabila ia mengundang, penuhilah undangannya; apabila ia meminta nasihat, berilah nasihat kepadanya; apabila ia bersin ucaplah alhamdulillah, maka ucapkanlah yarhamukallah, apabila ia sakit tengoklah; apabila ia meninggal dunia, maka hantarkanlah sampai ke kuburnya (HR Iman Muslim dari Abu Hurairah)

PENGALAMAN SENDIRI =) :

    Di suatu pagi, hari raya korban aku duduk di belakang sekali menyaksikan telatah teman2 seUNPAD (universitas Padjadjaran) bersiap untuk solat raya berjemaah.
    Aku tersenyum sendiri melihat keCUTEan mereka sambil mengobat rasa sayu kerana buat pertama kali beraya tanpa keluarga.
   Di suatu sudut, aku lihat senior-senior itu duduk menanti sambil mendongok-dongokkan kepala mencari apa lagi yang ditunggu barangkali.
   Tetiba, datang sekumpulan senior yang lain yang juga merupakan housematenya, mencuit. Menyambut usikan saudara seakidah dengan hilai tawa, terus mereka berjabat tangan memeluk mencium pipi memeluk erat saudara masing2.
   Di saat itu, hati ini seperti turut terkena kesan penahan mesranya cinta antara mereka. Kepalaku tunduk menggelengkan kepala mengucapkan "subhanallah". Mata terus menerus memperhatikan mereka, sambil tersenyum lebar melihat senda gurau mereka.

Walau mereka satu rumah pun, bertemu hari2 masih saling menyambut seperti berpisah bertahun lamanya. Dan Alhamdulillah, kini aku pun mampu berpeluk-pelukkan erat sesama mereka dan kawan-kawan yang lain... =)
 
155427_2636829519103_1206424169_101114151_4442516_n (1)

So, ayuh! kita sambut tangan mesra saudara semuhrim semuslim dan rasa kehangatan cinta yang dilahirkan Allah dalam sudut hati masing2. InsyaAllah.....

Kerana ukhwah inilah, hatiku celik.... kerana cinta inilah hatiku tersentuh... segala puji padamu ya Allah kerana membuat mataku lihat semua ini.



Dulu diri ini agak selfish. Ambil handout pun tidak terfikir langsung nak tolong ambil untuk kawan. Pergi library pun, pergi sorang2. Nak ucapkan salam terasa malu, segan. Nak jabatkan tangan pun sama. Tapi kenapa perlu malu untuk buat baik, kenapa tidak segan ketika buat dosa?? Tiba masanya praktikkan perasaan empati. Mana yang tiada dan kurang , ayuh kita pupuk. Buat kerana Allah, buat kerana aku mencintaimu kerana Allah.InsyaAllah.. Wallahukalam.
 
DSC_0011

~aku memang suka buat kerja sendiri2 dengan alasan tidak ingin menyusahkan orang lain, dan aku percaya bila bersendirian mata ini lebih celik. Namun kesimpulannya, biarlah bertempat. Tidak meminta tolong itu baru tidak menyusahkan. Tapi berbuat kebaikan, ajaklah kongsilah dan ini baru membantu sayang....hehe
 
                  

Monday, December 6, 2010

IBRAH

Up_is_Down_by_Dsva                    ….Segalanya mengikut dari mata hatimu….

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…..

Detik 12.10 malam…menunggu detik 2.30 pagi untuk bersiap-siap bertolak pulang ke Malaysia. InsyaAllah besok petang nun di tanah air tanah tumpah darahku aku akan betemu dengan insan tersayang….mama! semoga dipermudahkan~ =)

Hari ini banyak kejadian yang berlaku..kejadian yang agak menggetarkan iman mencabar kesabaran.. kejadian yang bertambah keyakinan mengembalikan harapan..

Pembagian adik usrah..pelantikan naqibah… terdapat kekeliruan di situ.. bila disalah tafsir, telunjuk cuba mengerekok menghalang penundingan berlaku, telinga cuba menulikan gelombang kritikan yang menyapa, otak ligat mencari solusi,hati bergetar menguatkan kalimah “sabar…sabar.. pasti ada penyelesaian..pasti! ini kisah melaksanakan tugasNya, pasti ada!”

Dalam solat..ku sujud lama mohon dipermudahkanNya.. Ini seruan Mu, jangan pernah ada campingnya.. andaikata ini ujian awal Allah menguji kesabaran dalam menuntut hak sebagai syarat para daie’ moga aku menempuhnya dengan bijaksananya.. ~Alhamdulillah… Allah itu Maha penyayang.

Jam 3.45 petang meeting unit di FK… tiba2 suara riang itu lagi menyapa dari belakang.. “ain…..!sini…” sosok kawan gadis comel dari terengganu itu menghampiriku menyambut tangan bersalam. Amirah Iman ada bersama dan mereka mendekatiku hanya kerana ingin menunjukkan tempat meeting berlangsung… ku sambut kedua tangan lembut itu sambil mencium pipi dengan harapan ukhwah itu semakin erat terjalin, semakin kuat “uhibbukifillah” antara kami. ~Alhamdulillah Allah mengobati hati ini dengan melihat keindahan sosok sosok insan yang bertungkus lumus menjalankan tugas sebagai khalifah. suntikan semangat bangkit kembali

Sebelum meeting, hati resah kerana gagal menjaga amanah. Kotak derma khairat kematian hilang entah ke mana. Setiap batch aku tanya, masing-masing memberi jawapan resah padaku. Habis kelas sebelum meeting sambil menunggu asar aku merewang di koridor, menghantar sms pada semua bertanyakan lagi kotak pink itu, menyelusup masuk setiap kelas mencari harapan melihat kelibat kotak itu, dalam resah hati berkata “yakin! Allah pasti tolong…! ya Allah kembalikanlah kotak itu…itu amanah…” ~Segala Puji lagi bagi Mu ya Allah, dengan spontan kaki ini menukar arah seusai meninjau kelas kosong ke arah ruang satpam(guard) dan bertanya “ a…. ada ga yang nitip kotak pink?”. Kupanjatkan syukur melihat tersimpan elok kotak itu dalam laci, terasa makin berat lagi kotak itu…sgt bersyukur! =)

baby3                         mengaminkan kesyukuran

JANGANLAH MENGELUH DAN MENGADU

badan penat hati lelah..melontarkan kata-kata penat mengekspresi riak muka capek… hamba lain melihat, dan berkata “nampak kesian sgt” “penatnya kerja kau,, teruklah mereka tak kesiankan kau” “dah2 la join benda ni, asyik nak kena ikut kata mereka ja..”

Dalam hati si pemilik muka penat itu sebenarnya tidak ada rasa kesal pun, tidak kisah pun menjalankan arahan yang kononnya menjadi pak turut, dan langsung tidak terdetik untuk meninggalkan tuntutan tertinggi Yang Esa ini…

Tapi kerana mulut yang lantang ini, pemerhati yang lain menyalah tafsirkan..menumpang marah yang dikira menjadi beban kepada kawan ini. ~ya! bila disalah tafsir barulah terasa kesal di hati. Maka,simpanlah kepenatan itu pengorbanan itu, kerana Allah hanya ingin mengujimu yang kemudian pasti ditiup roh cinta memberi nikmat kepada lelah sehingga tidak kenal lagi apa itu erti penat!

mama selalu cakap “kalau tak lelah k.ain bekerja, nikmat tu tak akan terasa,,,sebab lelah itu hasil usaha kita…usaha yang boleh dikenang dan dibanggakan”  apatah lagi nikmat itu nikmat menyampaikan kebenaran islam kan? =)

JANGAN MELENTING, PASTI ADA HIKMAH!

seburuk-buruk, sebaik-baik kejadian pasti ada hikmah disebaliknya…tapi selagi tidak terasa tidak terlihat oleh mata kasar,selagi itulah manusia tidak akan berhenti mengkomplain. kawan aku pesan,, jangan biarkan emosi menguasaimu! kerana emosi, diri akan bertindak melulu tanpa berfikir…

wahai diri…wahai kawan… bila sesuatu menimpa,Allah itu ingin berbicara denganmu.. Allah ingin kamu mencari ibrah (pengajaran) di situ… dan mungkin itu jodoh yang mempertemukanmu dengan hidayah Allah!! subhanallah.. so sysssshhh…. diam…. fikir….. cari……

# sesungguhnya segala tinta pesan dan kisah yang terlakar itu adalah pengajaran buat diri ini sendiri yang masih banyak khilafnya..yang masih banyak gubranya.. dan pesanan buat pembaca jua.. sama2 kita belajar dan ambil pengajaran. insyaAllah

# Bersabarlah menerima bermacam penerimaan manusia di saat kita ingin menyentuh hati mereka..ingat! Allah ada bersama kita dan kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.

# terpanjang lak entri post kali ni…sebab semua kerja dah siap, cuma menunggu detik untuk pulang. nak lihat muka berseri mereka yang pulang dari mekah. Wasalam =)

sk view terbang di awan biru membawa seribu harapan diiringi redhaNya..insyaAllah…