لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Diya ada terjumpa teka-teki dari Hard disk lama Diya. Diya tak tahu lah dari mana teka-teki ni muncul, jadi rasa macam nak share. Jadi Diya post lah sini. Semua teka-teki ni mengarut. Mungkin ada yang pernah baca teka-teki ni dan mungkin tak. Tak tahulah macam mana orang yang reka teka-teki ni timbul idea nak buat teka-teki sebegini. Try la test jawab. Antara semua ni berapa korang betul, Tengok sejauh mana kretiviti otak korang memikirkan jawapan yang tak masuk akal. Agak-agak meh la rehatkan minda sekejap.
1. Teka-teki:
Banyak2 bom,bom ape yang keluar air.
Jawapan:
Bomba
2. Teka-teki:
Bile malam ikan cari makan bile siang buat ape.
Jawapan:
Dah siang kite makan lar….
3. Teka-teki:
Apa persamaan dunia dan akhirat.
Jawapan:
Kedua-duanya dikunjungi manusia.
4. Teka-teki:
Bunga aper yang berwarna hitam.
Jawapan:
Bunga tayar laa…
5. Teka-teki: :
Dalam sehari berapa kali anda berjumpa dengan sabun mandi.
Jawapan;
Ade ker sabun yang mandi .
6. Teka-teki:
Kenapa orang menebang pokok kayu kayu balak?
Jawapan:
Yelah takkan nak cabut kot!...
7. Teka-teki:
Kenapa orang naik teksi tak bayar duit dulu.
Jawapan:
Sebab duit dulu dah tak laku.
8. Teka-teki:
Binatang ape yang paling malas sekali dalam dunia
Jawapan:
Udang baring, asyik baring jer last sekali jadi belacan.
9. Teka-teki:
Binatang ape bermuka selamba.
Jawapan:
Ikan sardine.
10. Teka-teki:
Binatang ape paling terer memasak.
Jawapan:
ular senduk.
11. Teka-teki:
Knape gigi sakit,knape pencuri kena tangkap,knape tebu jadi
keras?Dalam 3 soalan nie nak satu jawapan.
Jawapan:
Lambat cabut.
12. Teka-teki:
Benda ini semua kat badan,kaki kat badan,tangan kat badan ia
leper?
Jawapan:
Anak ayam kena langgar.
13. Teka-teki:
Cikgu menyoal anak muridnya bernama Amin
1+1+1+1+1+1=?Amin jawab 0 knape?
Jawapan:
Kerana Amin baru sahaja habis memakan 6 batang sosej.
14. Teka-teki:
Ada seekor lembu sedang makan mula-mula kepalanya menghadap
60 darjah ke timur,pastu kepalanya menghadap 80 darjah utara apkah arah ekornya
sekarang?
Jawapan:
Ke bawah.
15. Teka-teki:
Binatang apa pandai bertutur loghat Kelantan?
Jawapan:
Anak kambing sebab bila ia mengembek bunyinya’’mekkk’’
16. Teka-teki:
Lepas sudu pinggan,lepas pinggan gelas lepas gelas apa?
Jawapan:
Lepas gelas pecahlah….
17. Teka-teki:
Kenapa nyamuk suka hisap darah orang?
Jawapan:
Dah itu memeng kerja dier..
18. Teka-teki:
Kenapa bangau bila time nak tangkap ikan die angkat kaki sebelah aje?
Jawapan:
Kalau dia angkat kedua-dua kakinya,jatuhlah bangau tu.
19. Teka-teki:
Kalau orang cuci tandas kita gelar pencuci,orang menjual kita gelar
peniaga…kalau orang rompak bank kita gelar apa?
Jawapan:
Panggil polis.
20. Teka-teki:
Apa yang apabila ia jatuh kita tengok atas?
Jawapan:
Tahi cicak.
21. Teka-teki:
Mengapa itik tidur angkat kaki sebelah?
Jawapan:
Sebab kalau angkat kedua-duanya jatuhlah ititk tu..
22. Teka-teki:
Banyak-banyak baju,baju apa yang tak boleh dilipat?
Jawapan:
Baju dalam washing machine lah.Tengah basuh mana boleh basuh..
23. Teka-teki:
Cicak kecil ngan cicak besar bergaduh atas siling,lawan puya lawan
tetiba cicak besar jatuh lepas tu diikuti oleh cicak kecil lak jatuh ,kenapa
cicak kecil jatuh?
Jawapan:
Sebab cicak kecil menang dia teruja terus tepuk tangan,lupa lak dia
tue atas siling so dia tepuk tangan dan terus jatuh.
24. Teka-teki:
Pepatah menyatakan ‘air yang dicincang takkan putus’ camne caranya nak
putuskan air tu?
Jawapan:
Jangan bayar bil air..terputus/terpotonglah..insyaallah.
25. Teka-teki:
Mengapa leher bangau panjang?
Jawapan:
Sebab dia diciptakan jauh daripada badannya
Tahniah korang dah berjaya membaca sampai habis, jadi berapa jawapan betul korang?