04 November 2015

Rindu Nak Pakai Contact Lens Tapi SERIKK

Assalamualaikum..
 
 
 
 
Hai lah..hati ni teringin beno nak pakai balik contact lens..Tapi suami dah haramkan fara pakai contact lens..
Sebab??
 
Hehe al sebabnye..3 tahun lepas 1 tragedi telah berlaku..
Kornea mata kanan fara disahkan KOYAK oleh doctor dek kerana terlalu lama pakai lens & mata terlalu kering ketika fara tarik keluar lens tu..
 
Al kisahnye terjadi..
 
Ni cerita zaman bekerja la ye..dah la baru melangsungkan perkahwinan pada 1 & 2 Dis 2012..Fara tak stay sekali ngn husband sebab fara kerje kat area yg agak jauh dgn rumah  & tempat kerja suami..PJJ la kami jugak..Nak dijadikan cerita Fara ada career fair kat USM Nibong Tebal dalam pertengahan bulan Disember 2012..So kena represent company  unt bukak booth kat sana..
 
Fara start pakai lens tu jam 6.00 am..Then siap2 pergi la Penang..Nak dijadikan cerita lagi..kami pergi 5 orang 1 kereta..Fara lak kena duduk tengah2 dalam kereta tu..So memang straight la kene aircond yg kuat..
 
Then sampai di USM seharian suntuk sibuk di booth sampai terlupa nak titik air kat mata..Masa tu pulak tak boleh solat..Memang langsung tak cuci muka la ceritanya..So dah selesai program jam 5.30 pm kami pun bertolak blk..
 
Sampai rumah lebih kurang jam 7.00pm terus la basuh tangan & bukak lens..
Ha..bukak2 je lens tu dh terasa mata pedih & macam ada selaput putih masa nak melihat..Hati dah tak sedap..Tapi tak rasa sakit lagi..
 
Mintak tolong kawan serumah, Kak Siti temankan ke Klinik..
Dek kerana klinik yg fara pergi tak cukup kelengkapan unt cek mata so doktor tu refer Fara ke hosp besar Ipoh..Alahai takotnye..
 
Sampai di Unit Kecemasan Hosp Permaisuri Bainun Ipoh, MA suruh fara baring & paling best dia jirus air dalam mata fara unt cuci & pastikan takde serpihan lens yg tertinggal kat dalam mata..Masyaallah memang pedih & sakit..Air yg macam selalu unt drip yg masuk dalam badan tu dia picit botol tu straight ke dalam mata kanan..Hadoi..ngeri bila ingat balik..(sorry la xtau medical term air tu)
 
Selepas tu dia picit 1 jenis ubat (pon xtau ubat ape) unt mengesan sama ada kornea mata koyak atau tidak..Kalau tak silap ubat ni warna hijau..dia sapu sikit kat mata & suddenly mata fara jadi warna hijau which means YES Kornea mata fara dah koyak teruk kata doctor tu..Memang mengucap panjang masa tu..Takut sangat kalau ada kesan lain iaitu BUTA!
 
Masa tu memang berdoa je la semoga tak jadi lebih teruk. 
 
Masa tu jugak mata dah start pedih & sakit sangat..Doktor suruh balik & esok pagi kene pergi klinik pakar mata kat hosp tu jugak..
 
Malam tu memang semalaman la tak boleh tido coz sakit sgt mata..air mata sentiasa mengalir..nak bukak mata pon memang sangat sakit..
 
Esok pagi2 husband dtg bawak pergi hosp..Bermula la kehidupan sebagai org buta sementara..memang tak boleh bukak mata langsung..Jalan pon husband papahkan..baru la sedar betapa peritnya kehidupan menjadi seorang yg buta..
 
Selepas treatment, suami bawak pulang ke kampung, rumah bapak fara..Nasib baik masa tu cuti sekolah, suami bercuti & adik2 ada unt membantu..Suami, abah & adik2 banyak sgt membantu..bubuh ubat, bawak pergi hosp berulang kali..kesian kat diaorang..
 
Selama 4 hari baru lah mata fara bole bukak sikit2..Doktor pon agak terkejut mata fara agak cepat sembuh..Mungkin konsisten jaga ubat & suami tak putus2 titikkan air zam2 kat dalam mata..Salute kat husband yg sanggup bangun 2 3 pagi sebab nak bubuh ubat kat mata fara..Kesian dia..Terima Kasih Cik Abg!
 
Pengalaman ngeri ni banyak mengajar fara erti sabar, kesusahan orang lain & dugaan Allah pada kita..Moga kawan2 yg nak pakai lens berhati2 & pastikan jaga dengan betul..
Sejak dari tragedi tu..husband memang langsung tak bagi pakai dah lens.. Fara pon memang serikk la..hehe
 
 


 

02 November 2015

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faranina Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign