Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Rabu, 18 Januari 2012

Jalan2 at Melaka----- Part 1

Wah baru nk citer sal school holidays last year la kuang2x... Ok la tak nk citer byk2 la sbnrnye coz citer dah basi dah pun huhu.. Tp nk post gak citer ni utk kenangan saya n family nanti. So pe lg kita berstori ngan gambar2 je la ye..School holiday on december 2011 ritu saya, hubby n qaisara de la pg jln2 kat Melaka.

Hari Pertama di Melaka:-
Sampai sahaja di Bandaraya Melaka, lepas check in hotel, kitaorg terus gi mkn (sebelum berjalan kna penuhkan perut dulu hehe. Lpas dah kenyang baru la stat jln2. First destination kami adalah Dataran Pahlawan. Jalan2 cuci mata je kat cni huhu.. Sebelah Malam lak kitaorg ke Hentian Hang Jebat untuk menaiki Melaka River Cruise.. Tercapai gak hasrat nk naik cruise wlpun hasrat sebenar nk naik cruise Putrajaya, tp tak berkesempatan coz masa berada di Putrajaya ritu, keadaan cuaca tidak mengizinkan, maklum la bulan 12 huhu.. Pepepun Melaka River Cruise tetap Enjoy n Fun. Jom layan gambar.

















P/s: Kisah hari ke-2 di Melaka bersambung di Part 2.

Isnin, 16 Januari 2012

Hukum Berkhatan Bagi Perempuan..

Hari ni sesaje nk review sedikit tentang isu berkhatan di kalangan perempuan. Since dapat baby girl nie byk jgak bende2 yg tak diketahui sebelum ini telah saya pelajari.. Alhamdulillah, ilmu di dada semakin bertambah, harapan saya agar ianya sentiasa bertambah sejajar dengan pertambahan usia... Isu berkhatan bagi anak-anak perempuan ni, byk sgt kita dengar pendapatnya, de yg kata wajib, sunat, harus dan sebagainya..Dalam agama Islam, khatan merupakan salah satu media pensucian diri dan bukti ketundukan kita kepada ajaran agama dan bagi wanita ianya mampu meningkatkan kemuliaan dan martabat wanita itu sendiri.


Perbezaan pendapat para ulama berkenaan hukum khatan bagi perempuan tersebut disebabkan riwayat hadis berkaitan khatan perempuan yang masih dipermasalahkan kekuatannya. Tidak ada hadis sahih yang menjelaskan hukum khatan perempuan. Ibnu Mundzir mengatakan bahawa tidak ada hadis yang boleh dijadikan rujukan dalam masalah khatan perempuan dan tidak ada sunnah yang boleh dijadikan landasan. Semua hadis yang meriwayatkan khatan perempuan mempunyai sanad dlaif atau lemah.

Hadis paling popular tentang khatan perempuan adalah hadis Ummi 'Atiyah r.a., Rasulllah bersabda kepadanya:"Wahai Umi Atiyah, berkhatanlah dan jangan berlebihan, sesungguhnya khatan lebih baik bagi perempuan dan lebih menyenangkan bagi suaminya". Hadist ini diriwayatkan oleh Baihaqi, Hakim dari Dhahhak bin Qais.

Abu Dawud juga meriwayatkan hadist serupa namun semua riwayatnya dlaif dan tidak ada yang kuat. Abu Dawud sendiri konon meriwayatkan hadist ini untuk menunjukkan kedlaifannya. Demikian dijelaskan oleh Ibnu Hajar dalam kitab Talkhisul Khabir.

Mengingat tidak ada hadist yang kuat tentang khatan perempuan ini, Ibnu Hajar meriwayatkan bahwa sebagian ulama Syafi'iyah dan riwayat dari imam Ahmad mengatakan bahwa tidak ada anjuran khatan bagi perempuan.

Sebagian ulama mengatakan bahwa perempuan Timur (kawasan semenanjung Arab) dianjurkan khatan, sedangkan perempuan Barat dari kawasan Afrika tidak diwajibkan khatan karena tidak mempunyai kulit yang perlu dipotong yang sering mengganggu atau menyebabkan kekurang nyamanan perempuan itu sendiri.

Apa yang dipotong dari perempuan

Imam Mawardi mengatakan bahwa khatan pada perempuan yang dipotong adalah kulit yang berada di atas vagina perempuan yang berbentuk mirip balaong(cengger) ayam. Yang dianjurkan adalah memotong sebagian kulit tersebut bukan menghilangkannya secara keseluruhan. Imam Nawawi juga menjelaskan hal yang sama bahwa khatan pada perempuan adalah memotong bahagian bawah kulit lebih yang ada di atas vagina perempuan.

Namun pada penerapannya banyak kesalahan dilakukan oleh umat Islam dalam melaksanakan khatan perempuan, yaitu dengan berlebih-lebihan dalam memotong bahagian alat vital perempuan. Seperti yang dikutib Dr. Muhammad bin Lutfi Al-Sabbag dalam bukunya tentang khatan bahwa kesalahan besar dalam melaksanakan khatan perempuan banyak terjadi di masyarakat muslim Sudan dan Indonesia.

Kesalahan tersebut berupa pemotongan tidak hanya kulit bagian atas alat vital perempuan, tapi juga memotong hingga semua daging yang menonjol pada alat vital perempuan, termasuk clitoris sehingga yang tersisa hanya saluran air kencing dan saluran rahim. Khatan model ini di masyarakat Arab dikenal dengan sebutan "Khatan Fir'aun".

Beberapa kajian perubatan membuktikan bahwa khatan seperti ini boleh menimbulkan kesan negatif bagi perempuan baik secara kesehatan maupun psikologis, seperti menyebabkan perempuan tidak stabil dan mengurangi gairah seksualnya. Bahkan sebahagian ahli perubatan menyatakan bahwa khatan model ini juga boleh menyebabkan berbagai pernyakit kelamin pada perempuan.

Seandainya hadis tentang khatan perempuan di atas sahih, maka di situ pun Rasulullah s.a.w. melarang berlebih-lebihan dalam mengkhatan anak perempuan. Larangan dari Rasulullah s.a.w. secara hukum boleh menunjukkan keharaman tindakan tersebut. Apalagi bila terbukti bahwa berlebihan atau kesalahan dalam melaksanakan khatan perempuan boleh menimbulkan kesan negatif, maka boleh dipastikan keharaman tindakan tersebut.

Dengan pertimbangan-pertimbangan di atas beberapa kalangan ulama kontemporer menyatakan bahawa apabila tidak boleh terjamin pelaksanaan khatan perempuan secara benar, terutama bila itu dilakukan terhadap anak perempuan yang masih bayi, yang pada umumnya sulit untuk boleh melaksanakan khatan perempuan dengan tidak berlebihan, maka sebaiknya ditunggu sehingga bayi agak besar untuk melakukan khatan perempuan
(Sumber daripada www. iluvislam.com)

Namun bagi pendapat saya, tak salah kalo kita berkhatan kan. Dari segi sains pun, berkhatan ni banyak manfaatnya.Alhamdullilah, kami suami isteri telah menjalankan tanggungjawab kami sbg ibu bapa kepada puteri tersayang dengan menkhatankannya. Qaisara telah dikhatankan sewaktu usianya satu bulan lagi(sewaktu masih dalam pantang). Saya juga telah memilih doktor untuk melakukan proses ini, bukan kerana tidak percaya pada bidan atau pengamal perubatan kampung, namun bagi saya kalo ianya dijalankan di klinik@ hospital ianya lebih hygenic kerana peralatan yg digunakan telah pun disterile.Pepepun ianya terpulang pada pendapat masing2. Hehe ok la, tu saja la info untuk hari ini....

Rabu, 11 Januari 2012

Wordless Wednesday:- Photoshoot.






Note: Gambar2 ni diambil sewaktu memasuki pertandingan KL SOGO BABY FAIR PHOTOGENIC CONTEST. Masuk contest nie pun suka2 je, bukan menaruh harapan utk menang tetapi utk kenangan qaisara bila dewasa kelak hehe....

Selasa, 10 Januari 2012

Celebrate Wedding Anniversary in Revolving Restaurant at KL Tower...


Hehe baru nk update cite sal anniversary ritu... 4hb Disember 2011 genap la usia perkahwinan kami 2 tahun.. Baru je2 tahun, xperlu la compare kan ngan org yg dah kahwin puluh2 tahun tu kan huhu.. Kami ni bdak baru belajar (yela baru 2 tahun kan) hehe.  So, anniversary kali ni, kami dah sepakat untuk meraikannya di Revolving Restaurant at KL Tower.. Kebetulan lak masa tu mmg berada kat KL, so panjang je la langkahnya huhu... Kalo diingat balik, first anniversary  kitaorg   tahun 2010 just sambut ngan family hubby di kelantan, buat BBQ walaupun sederhana je sambutannya tp meriah dgn kaum kerabat hubby hehe i likeeee...Untuk tahun nie lak kitaorg just sambut bertiga sahaja, Mama, Papa and Qaisara tp sgt2 special coz sambutan kali ni di Awan Biru (cm cite Awan Dania la plak hehe..)

Revolving Restaurant ni adalah restaurant tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 282 meter. Konsep di dalam restaurant ni ialah Atmosphere 360. Pertama kali melangkah kaki masuk ke restaurant ni saya sgt2 teruja melihat dekorasinya, penuh dengan bintang2 dan planet, mmg cantik.. ditambah lagi dengan keindahan semulajadi yg dapat dilihat melalui cermin kacanya. Di atas sana kita dapat melihat bandaraya Kuala Lumpur..Opps lupa nk beritau pakej yg kitaorg amik ni juga termasuk dngan tiket untuk ke pelantar pemandangan, so lepas dah kenyang tu boleh la pergi ke tingkat bawah lak melihat pemandangan yang indah ciptaan tuhan di pelantar pemandangan,kat sini turut disediakan teropong..

Di Revolving Restaurant nie turut terdapat penyanyi yg akan menghiburkan kita, so sambil makan2 tu x de la bosan sangat.. Makanannya lak dihidangkan scara bufet so boleh la nk mkn smp termuntah hehe... Makanannya pun leh tahan sedap, dari 5 bintang sy bg 3 bintang...  Dah namanya pun revolving restaurant, so restaurant ni mmg berpusing la, mula2 masuk rasa jgak la cm pening2 lalat cikit tp bila dah lama2 tak terasa sgt pun. Malas nk citer byk la, kita layan gambar2 je la ye..




















Lastly saje nk selitkan jgak a few pictures masa first anniversary tahun 2010. Sabor je la ye hehe... (Masa ni ngah mengandungkan Qaisara 6 months)




Jumaat, 6 Januari 2012

Qaisara oh Qaisara


 Hi...
Dah lama dah nk update perkembangan qaisara ni tp xde kesempatan. Next week genap la usia qaisara 10 months.. How fast Time Flies huhu... Dalam masa 2bulan kebelakangan ni (since qaisara 8 months and 9 months) terlalu  banyak perkembangannya yang dapat saya lihat.. Syukur Alhamdulillah, puteri kesayangan membesar dengan sihat dan sempurna.. Jom kita lihat pe perkembangan terbaru qaisara ni:-

1) Dah boleh duduk sendiri tanpa bantuan di usia 8 bulan... Tp part ni agak mencabar dan menguji kesabaran saya coz si qaisara ni mmg asyk nk duduk jer, kalo part nk pakai pampers tu mmg kena berperang dulu la huhu.. Tgh2 pakai pampers tu dia leh bangun sambil duduk tercongok...

2) Dah boleh bangun berdiri sendiri juga di usia 8 bulan.. Sekarang ni dah asyik belajar meniti dan sometimes dia akan wt aksi stuntnye dengan bangun berdiri sambil lepas tangan huhu gerun2x... 

3) Dah boleh merangkak di usia 9 bulan... terbalik la kan si qaisara ni, berdiri dulu baru leh merangkak, tp x kisah lah coz at last merangkak jugakan.. skang dah laju merangkaknya, dah pandai kejar2 org pun..

4) No more bubur blend ye, sy dah tak blend bubur qaisara skang.. but qaisara ni ske sgt mknan yg kita mkn. nmpk je kita mkn dia pun pe lg terus telan air liur huhu...xbg, kesian lak hehe.. kadang2x sy de gak ajr2 qaisara mkn nasi... mmg byk la dia mkn kalo bg nasi tu huhu...

5) Sgt suka mkn kek Appollo.. 2 bungkus pun leh abes hehe.. mmg kna sentiasa beli stok kek Appollo ni..

6) Dah pandai jeles2.. Asyik nk suh org layan dia je la...

7) Dah pandai main sorang2x. Mmg pakar 'mengemas' la skang ni huhu...

8) Dah pandai minum air guna straw (pandai masa 7 bulan lg) dan minum air dlm cawan.

9)Ada time2 qaisara ni sgt becok.. mcm2 yg dibebelnye (sori dik mama tak paham hehe..)

10) Sgt suka lagu Twinkle Twinkle Little Star.... On da way nk hantar ke umah pengasuh confirm mama kna nyanyi lagu nie utk bg qaisara ralit n duduk diam2 dlm car seatnye....

11) Dari segi muka lak, semakin besar ni, muka semakin seiras dengan papanya, xpela kan, org kata ank pompuan ikut muka ayah, sejuk.. harap2 cam2la hendaknya selalu...






Rabu, 4 Januari 2012

Wordless Wednesday ---- Pool Time