Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Isnin, 13 Oktober 2014

Hari Raya Aidiladha

Salam,
Kali ni saje nk tepek gambar masa raya haji baru2 ni. Masa raya aidilfitri aritu tak berkesempatan nk amik gambar satu family huhu, so raya haji baru ni amik la gambar 2-3keping sbg kenang2 an..

Khamis, 9 Oktober 2014

Yusuf Ar Rayyan Setahun.....

Alhamdullilah, pejam celik, pejam celik dah setahun usia anakanda tersayang Muhammad Yusuf Ar Rayyan. 5/10/13-5/10/14. Terasa sgt cepat masa berlalu..Walaupun tidak pernah menulis mengenai perkembanganya di sini, bukan bermakna saya tidak teruja dengan setiap pearkembangan yg ditunjukkan oleh yusuf, namun masa membataskan segala2nya... Setiap kali yusuf menunjukkan perkembangan proses tumbesarannya, keterujaannya sama sahaja ketika melihat qaisara membesar dulu. Malah kali ini lebih lagi kerana, proses tumbesarannya juga dapat dilihat bersama2 dgn hubby. Kalo waktu qaisara dulu saya akan mengambil gambar yg byk utk dihantar pd hubby supaya hubby tak terasa jauh drpd kami walaupun jarak yg jauh memisahkn kami waktu itu. Namun sekarang saya dapat lihat hubby mmg sgt2 bersemangat melihat setiap perkembangan yg ditunjukkan oleh yusuf, malah katanya sewaktu qaisara dulu dia tak sempat merasai semua ini. Alhamdullilah Allah berikan juga nikmat itu walaupun hanya utk ank kedua..

Berbalik cerita mengenai yusuf, di usia setahun ini sudah byk perkembangan2 positif yg ditunjukkan walaupun milestone yg ditunjukkan agak jauh jika dibezakan dengan kakaknya qaisara. Perkembangan setiap anak tak sama kan, tetapi masing2 mempunyai keistimewaan masing2.. Semalam baru berkesempatan utk bawa yusuf ke klinik utk checkup n cucuk setahun. Berat dah cecah 9.6kg!! Fuhh mmg tak larat dah nk dukung budak bertuah ni hehe.. Mahu tak berat , yusuf ni mmg kuat mkn, suka pulak mkn mknan yg manis2 ( febret dia la sgt2). Kalo bab mkn mmg tak memilih. Skang pun saya dah start slow2 perkenalkn nasi dkt yusuf. Tapi yusuf ni mmg ske mkn makanan org tua2, yg keras2 cm keropok tu yg tu la yg dia suka. Gigi baru ada 5 btg, itupun masa 11 bulan bru tmbuh hehe..

Bagi budak sebaya yusuf pasti ramai yg bertanya dah boleh berjalan ke belum? Yusuf baru boleh berjalan 7-8 langkah, masih lagi takut2 tapi mkin hari mkin byk improvement kalo bab berjalan ni. Takpe take your time sayang.. Mulut pun mkin byk, mcm2 yg dibebelkan hehe..Bab pling tak tahan, skang dah pndai berebut brg dgn kakak, dah pndai melawan, pantang kakaknya rampas brg mainan yg dia pegang confirm dia akan melawan n mengamuk huhu. Datang time geram mmg confirm kna gigit la si kakak hehe.. Betul la kata teman2, anak lelaki ni mmg tak sama dgn ank perempuan, lasaknya tu mmg cm langit dgn bumi.. Walaupun kita rasa anak perempuan kita dah mmg sgt2 lasak, panjat sana panjat sini, tetapi ank lelaki ni kelasakkannya berganda2 lagi huhu. Ini yg saya dan fmly rasa sekarang. Maklumlah yusuf cucu lelaki pertama dlm fmly, jd mmg ketara sgt perbezaannya...

Walaupun sgt lasak tapi yusuf ni manja jga bdaknya cuma sikap independent dia lbih mnyerlah jika dibandingkn dgn si kakak, mungkin juga ciri2 ank kedua. Selalu juga saya dgr hubby bercakap pd yusuf,  besar nanti yusuf kna jga kakak sbb kakak perempuan.. Yup itu yg saya dn hubby cuba terapkn, walaupun yusuf ank kedua tetapi disebabkn dia ank lelaki pertama, byk tanggungjawab dibahunya nanti. Harapan kami yusuf boleh menjaga dan membimbing kakak dan insyaalah kalo ada rezeki adik2nya nnti.. Dari segi penyusuan pula, saya masih lg bf kan yusuf walaupun dh start cmpur dgn fm. Niat hati mmg nk fully bf kan dia smp umor 2 tahun, tapi rasanya impian sy tu mmg takkan kesampaian. Perjalanan penyusuan yusuf ni mmg agak berbeza dgn qaisara, btol la org kta rezeki setiap anak ni tak sama. Walau apa2 pun saya tetap bersyukur kerana berjaya fully bf kan yusuf utk tempoh 8bulan pertama..Insyallah ada masa nnti sy akn ceritakn perjalanan penyusuan yusuf di sini, cabaran2nya dan kenapa saya perlu cmpurkn dgn fm..

Harapan saya pastilah ingin melihat yusuf terus membesar dgn sihat, sentiasa ceria dan menjadi insan yg berjaya di dunia dan akhirat, insyallah, amin...

Selasa, 18 Mac 2014

3rd Birthday of Qaisara

Tanggal 10 Mac 2014 baru ni, genap la usia puteri sulung kami 3 tahun, Nur Irdyna Qaisara. Alhamdulillah qaisara membesar dgn sihat dan cerdas. Tiada apa yg mengembirakan saya dan suami selain drpd melihat ank2 membesar di depan mata sendiri.Malah tahun ni lebih bermakna apabila qaisara juga telah memiliki saudara kandung sendiri. Kami juga sgt happy sbb impian dan harapan kami selama 4 tahun ini akhirnya dimakbulkan juga oleh Allah swt pd penghujung tahun lepas. Akhirnya kami sekeluarga dapat tinggal bersama2. Bersyukur sgt2 setelah 4 tahun akhirnya kami dpt membina keluarga kami sendiri.
Ok la, berbalik pd cerita sambutan hari jadi qaisara tahun ni, kami suami isteri dua2 dah excited coz tahun ni boleh la sambut birthday on that day sbb dah duduk bersama, kalo tak sebelum ni tiap kali birthday mesti buat belated je huhu.. Lgpun masa birthday qaisara yg ke 2 tahun dulu, kami hanya belikan hadiah tp xsempat nk celebrate coz waktu tu saya mmg tak larat sbb sdg melalui fasa2 first trimester (mengandungkan yusuf ar rayyan). Jadi tahun ni, awal2 lg husband dah pesan kat saya suruh buat jgak smbutan birthday utk qaisara. Birthday celebration kali ni kami buat di kalangan keluarga sahaja. Ajak sepupu2 qaisara sekali baru la meriah cikit hehe..  Simple celebration tp yg penting qaisara happy itu yg saya dan suami inginkan.  Birthday qaisara tahun ni jatuh ari isnin, so klam kabut cikit la coz balik sek pukul 4 terus berkejar pergi beli kek n bahan2 utk masak. Sampai2 rumah terus masuk dapur. Menu simple je Mee goreng n a few side dish. Alhamdullilah cukup la utk fmly kecil saya.. Sgt seronok bila kami lihat qaisara happy dgn sambutan birthday kali ni walaupun sgt simple. Kira terbalas da la hutang mama n papa tahun lepas pd qaisara ye hehe..
Keletah di usia 3 tahun lak mmg pelbagai ada yg menhiburkn hati dan tak kurang juga yg menguji kesabaran mama n papa. Adat la budak nk membesar ni kerenahnya mcm2. Apa2 pun ini la pengalaman yg tidak ternilai buat mama n papa. Semakin hari semakin pndai berkata2 kdg2 ada yg tak terjawab oleh kami berdua huhu.. Alhamdulillah sebelum usianya mencecah 3 tahun qaisara juga dah berjaya utk 'pampersless'. Walaupun belum fully meninggalkan pmpers tp ini pun dah merupakan perkembangan yg bagus bg kami. Walaupun mungkin tidak sehebat or sepetah knk2 lain yg seusia dgnnya tp mama n papa cukup bangga dgn qaisara. Harapan kami suami isteri semoga qaisara sentiasa berada dibawah lindunganNYA, membesar dgn sihat dan cergas, menjadi ank yg solehah serta mampu membimbing dan menjadi contoh teladan yg baik buat adik2nya kelak:-)
Happy Birthday Our Sweetheart
Potong kek ngan sepupu2
potong kek ngan sepupu2
dgn sepupu plg kamcing;-)
bersama kakak2, xcukup corum, sorang xbalik ada di putrajaya
3rd birthday cake yg simple..
happy time!!!
saya pun nk enteprem gak mama!! (5 months of Yusuf Ar Rayyan)

Khamis, 6 Mac 2014

Detik Kelahiran Muhammad Yusuf Ar Rayyan (Part 2)

Sambung en3 part 1.....
Qaisara juga selalu pujuk mama supaya jgn nangis, "mama jgn nangis tau, yaya kan ada" .Hehe...mmg cmtu la perangainya sgt2 rapat dgn mama.. Plg terharu bila qaisara seperti paham keadaan saya waktu tu.. Dihujung2 kehamilan emosi mama dah tak stabil, selalu je qaisara jd mangsa amarah mama huhu, mybe mama stress( waktu tu byk perkara yg perlu dipkkan, mklum la saya ni tak sama dgn org lain yg boleh bergantung harap pd suami, faktor jarak masih lg menjadi penghalang utama antara papa n mama). Tetapi alhamdulillah sbb qaisara sgt2 behave waktu ni walaupun 'peel' n ragam nk dapat adik tu tetap ada...
4/10/13(Jumaat)-39weeks 3days-

Pagi 4/10/13, dlm pukul 1pg, contraction dah mula menyerang, tiap kali rasa contraction, mama akan tgk jam, namun rasa sakit je yg makin bertambah tetapi contractionnya masih lg tidak konsisten, kdg2 setengah jam sekali, kdg2 10 minit sekali huhu..(actually keadaan ni selalu berlaku since 36 weeks lg). Sakitnya perut waktu tu,rasa cam nk meraung je tp mama tahan lg coz xnk kejutkan org lainwaktu pg2 ni.. Daripada pukul 1pg sampai la ke pukul 4@5pg mama masih lg menahan rasa sakit huhu.. Ikot ke hati waktu tu rasa nk kejutkn aje 'ma n abah' utk ajk ke hospital tetapi bila memikirkan mungkin akan di tahan di wad lebih lama, mama batalkn saja hasrat tersebut. Selepas pukul 5 pg, baru la mama terlena.
9pg
After breakfast,  mama duk baring2 sambil layan fb, n tba2 rasa cm ada air keluar sedikit dibhgian bwh, bila mama tgk ada setompok kesan air pada kain yg mama pakai waktu tu, masa ni dah confius dah, air apa ni?? Nk kta keputihan cm agak byk, tp nk kta water bag cm x sama lak ngan pengalaman waktu pecah ketuban before deliverkn qaisara dulu, masa qaisara dulu air ketuban mmg kelua cm air paip tu, mencurah2 tp yg ni cikit je n masa ni tak rasa pun sakit lg. Tp sbb still risau, mama btau kt mak, n mak pun terus call ayah yg keluar waktu tu utk btau keadaan mama. Sementara tggu ayah balik, mak suruh mama mandi n  bersiap2 utk ke hospital.

10pg
On the way ke htaa, sebelum tu smpt hantar qaisara kt umah pengasuh dulu, sayu hati tgk qaisara sbb takot xjumpa dah ngan dia pasni huhu... Masa on the way ke hospital ni juga bru mama kol papa. Masa ni rasa sakit cuma mild2 saje. Air pun xde dah klua cuma sedikit td je. Sesampai di htaa terus ke pusat bersalin risiko rendah, masuk daftar n tggu doc panggil utk check jln n wat ctg. Selepas menunggu lebih kurang 1 jam lebih(biasala kt pusat bersalin risiko rendah ni mmg ramai org), baru la doc panggil, prosedur seperti biasa, buat ctg dulu, masa wat ctg ni nurse btau bacaan tak cantik, mcm2 gaya pusing kiri la, kanan la still x cantik, mybe jgak sbb baby tido(yela dah berjaga sepanjang malam of course la siang nya tdo baby kan hehe).

12tghari
Lama jugak la wat ctg, selepas ctg, barula doc dtg utk check jln, n doc kta jln baru bukak 1.5cm, so katanya lmbt lg mama nk bersalin mybe 2-3ari lg. So, doc bg balik dulu(sebenarnya doc de bg pilihan kt mama samada nk masuk ward or nk balik, tp semestinya la mama nk balik, coz leh jumpa ngan qaisara lg huhu), katanya kalo rasa sakit konsisten @turun tanda baru dtg hospital balik, kalo tiada tanda2 lg dtg semula selepas 7hari overdue huhu. Bila dgr doc kta perkataan overdue terus rasa takot huhu.. Sebelum balik, doc panggil semula untuk wat scan, n keputusan scan semuanya ok so doc conclude air yg keluar pg td bukan water bag.

1ptg
On the way balik rumah, ayah dah start membebel coz ktanya patot mama warded je terus, risau katanya tkot jd apa2 coz jarak rumah kita ke hospital pun makan masa lebih kurang 40minit gak huhu.. Kol papa btau mama tak warded, so papa decide after solat jumaat baru nk bertolak balik. Sebelum balik, singgah lunch dulu, masa ni mama dah start rasa balik sakit contraction, tgk jam setiap 15minit sekali, dlm hati aaah sudah xkan nk beranak dh kot td bru doc kta lmbt lg huhu, nk patah balik ke hospital ke?? Mama still bertahan waktu ni. Selepas lunch terys gi amik qaisara kt umah pengasuh, pengasuh lak terkejut npe awl sgt ambik, ktanya xpela tggalkn aje qaisara kt umah dia, tp mama berat hati nk jgak bwk blik qaisara.
3ptg
Sesampai di rumah, sakit makin kuat, rasa dah tak mampu nk wat apa2, telefon papa suruh balik segera. Dalam masa yg sama qaisara wat perangai, tba2 je menangis nk tdo dlm buai sedangkn buai dia dah lma simpan masuk stor huhu... Part plg mama pelik bila qaisara menangis2 nk pakai pampers baby, xlrt nk dgr mama pakaikn jugak qaisara ngan pampers newborn baby waktu tu... Masa ni dah rasa tak sedap hati je... Rasa sakit perut plak makin menjadi2. Tgk jam masa ni sakit dah 10 minit sekali, tapi mama still bertahan, dlm hati berkeras xnk pergi hospital lg, nk tggu papa smpai dulu. Tiap kali dtg rasa sakit mesti mama akan pandang jam huhu..
7ptg
Masih lg melayan rasa sakit, sampaikn qaisara pun mama dah tak layan dh. Papa sampai n tgk mama dah berkerut2 tahan rasa sakit. Papa ajak terus ke hospital tp mama still berkeras xnk pergi lg. Dpt panggilan telefon dr kakak ipar papa katanya dah smpai di terminal makmur. Diorg mmg dah plan dtg dr kelantan nk bermlm di rumah coz nk menghadiri majlis konvokesyen ank saudara husband di UMP keesokkan harinya. Plan mama leh la join pergi mjlis tersebut tp cm xde harapan je huhu..  Mama desak papa suruh pergi fetch diorg dulu sedangkn waktu tu papa dah decide nk hntar mama ke hospital n mtk tlg ayah yg fetch diorg..Mama btau papa leh bertahan lg...

8mlm
Diorg semua dah smp di rumah. Agak terkilan juga waktu tu sbb mama tak mampu nk melayan tetamu yg dtg huhu.. Masa ni papa masih lg pujuk mama utk ke hospital, tp mama masih berdegil. Qaisara pun dah tertdo waktu ikut papa ke terminal td, dlm hati mama mungkin ni la masa yg sesuai utk ke hospital coz qaisara xsedar yg mama keluar. Jadi mama pun terus pergi mandi n bersiap2. Sebelum keluar, mak paksa mama mkn dulu. Rasa sakit dah menguasai jd mama dah hilang selera mkn tp disebabkn risau takot tiada tenaga waktu nk meneran nanti, mama paksa jugak diri utk mkn. Lepas siap mkn, mama masih lg melengahkn2 masa nk ke hospital, ntah kenapa rasa berat hati nk ke hospital. Dlm masa yg sama qaisara terjaga.. Last2 sekali semua org berkumpul masuk bilik mama pujuk mama utk ke hospital, dlm berat hati mama bangun jgak, tgk muka qaisara terus mama menangis, qaisara pun dah start merengek2 nk kan mama. Mama sempat salam ngan semua org, mak, ayah, ode n kakak ipa papa. Tak sanggup tgk muka qaisara lama2 terus mama masuk dlm kereta.
9.30mlm
On the way ke hospital, papa sempat lg buat2 lawak nk menceriakn mama huhu... sampai di htaa terus ke pusat bersalin risiko rendah sekali lg. Prosedur sama spt pg td, tggu doc panggil utk wat ctg n check jln. Doc check jln ktanya jln dah buka 4cm so mama kena admited.pengalaman kali ni xsama dgn yg dulu sbb kali ni mama akn warded n bersalin di wad berisiko rendah ni berbanding dulu di high risk.Doc btau kna tggu air ketuban pecah sendiri baru leh masuk labour room @jln dah bukak full doc tlg pecahkn ketuban. Settle je papa uruskn register kemasukan ke ward, baru la leh masuk ke ward. Sementara menunggu td beberapa kali jgak mak telefon ke papa btau yg qaisara menangis tak henti2 sambil panggil mama huhu sedih sgt masa ni. Papa pun serba salah waktu tu samaada nk balik tgk qaisara or tggu mama kt hospital.
11.30mlm.
Baru leh masuk ward selepas semua prosedur dibesreskn. Disebabkn kesian tgk mama menahan rasa sakit papa wat keputusan utk turut menunggu mama di hospital walaupun suami tidak dibenarkn masuk ward huhu. So mama dl ward n papa menunggu dlm kereta coz katanya di ruang lobi menunggu tu pun guard halau tak bg duduk kt situ, ntah apa2 kan. Kesian kt papa , mesti papa penat, dah la drive jauh dr kl. Sampai2, tak smpat berehat dh kna ke hospital hntar mama n kna tggu dlm kete plak tu huhu.

5/10/13 sabtu-39weeks 4days

12tghm mlm

Sakit mkin kuat. Nk tdo mmg tak dpt la waktu ni, pusing kanan tgk kakak kt katil sebelah pun tgh mengaduh sakit. Mama plak tiap kali rasa sakit contraction dtg mama akn berjalan keliling ward yg secoet tu. Nk duduk pun tak selesa dah waktu ni.. Dlm pd sibuk melawan rasa sakit tu, smpt lg mama call mak di rumah tanya perkembangan qaisara, alhamdulillah mak kata qaisara dh berjaya'ditidokn' huhu cian kat qaisara, first time tdo mlm tanpa mama...
1-3pg
Masih lg belum lena. Rasa sakit makin kuat. Tba2 mama rasa ada air keluar, kali ni byk sedikit drpd pg td. Mama biarkn saja waktu tu. Tp makin lama, makin byk plak rasa air yg mengalir. Terus mama ke tandas. Di tandas mama dapati air yg keluar bercampur dgn lendir dan darah. Keluar dr tandas terus inform nurse. Nurse suruh terus masuk labour room. Kat sini labour room berdepan je dgn katil ward kita. Kalo duduk katil no 4, so kna la masuk labour room no 4.Masuk la sendiri dlm labor room, xde guna2 wheel chair ok..
3pg
Around pukul 3pg mama dah berada dlm labour room. Nurse ada btau, sbb mama dah pecah ketuban so kna tggu doc dtg utk check, nurse xbleh wat apa2, kalo tak prosedur di sini biasanya bersalin dgn nurse je. So menunggu la mama dlm labour room tu sorang2 huhu. Nurse dah tak tau ke mana dah, sibuk dgn pesakit lain kot. Waktu menunggu dl labour room ni air ketuban dah mencurah2 kelua. Tiap kali rasa sakit contraction dtg waktu tu jgak aircakan mencurah kelua. Disebabkn takot nak berbaring, (sbb tiap kali rasa contraction dtg mama dah rasa nk meneran),mama just duduk je atas katil tu. Yela buat nya waktu terteran tu baby kelua kan bahaya tu sbb mmg mama sorang2 dlm labour room tu.
4pg
Masih lg berseorangan dlm labour room, nurse ada dtg sekejap, katanya dia dh panggil doc tp doc tgh sibuk dgn kes emergency huhu. Mama dah tak  tahan melawan rasa sakit sehinggakn mengalir jga air mata. Air ketuban masih lagi keluar, waktu ni mama dah rasa sgt2 tak sedap hati sbb air ketuban yg keluar tidak jernih tetapi kekuning2an. Mulut juga tak berhenti2 dgn lafaz la iila haiilanta... 
5pg
Nurse ada dtg menjenguk n waktu tu jgak mama btau dia yg mama dah tak tahan n dah rasa nk meneran. Baru la nurse tu kelam kabut nk check jln hokey!!!  Tak sempat check jln lg nurse dah terkejut tgk air ketuban yg berwarna kuning, terus nurse inform mama yg baby dah berak dalam perut. Ya Allah, tak dpt nk gmbrkn perasaan mama waktu tu. Risau, sedih, takot semuanya bercampur aduk.  Nurse terus bergegas inform doc mengenai keadaan mama. Dlm masa yg sama mama sempat telefon papa utk panggil dia masuk ke labour room selepas dpt green light dr nurse.  Dlm pukul 5lbh cmtu doc n papa masuk serentak. Doc juga inform papa yg baby dah berak dlm perut so pelbagai kemungkinan boleh berlaku.  Doc drip wat masuk antibiotik di tangan mama.  Nurse check jln ktanya 6cm, terus doc suruh mama start teran. Yg ada dlm bilik just mama, papa, 1 nurse n 2 doc. Mama start teran tp 2-3kali cubaan mama gagal. Yela mana nk ingat dah tekniknya,  Doc dah start marah2 mama waktu ni sbb mama teran tak habis n angkat punggung. Sebenarnya waktu ni tenaga mama dah habis, mama dah tak berdaya, dah lama sgt berada dlm labour room keseorangan.. Mama tahu doc marah mama tu sbb dia nk mama teruskn semangat sbb katanya nyawa baby sekarang bergantung pada kekuatan mama.Doc kta kalo tak lepas juga mama akn ditolak utk emergency csec. Waktu ni jgak mama dah surrender rasa dh tak mampu nk meneran, sakitnye hnya Allah yg tahu. Mama dah start menangis teresak2. Di hati mama berdoa agar Allah selamatkn baby n mama tak kisah dh dgn nyawa mama sendiri..Papa masih setia di sisi memberi kata2 semangat pada mama
6pg
Selepas azan subuh entah dtg darpd mana, tba2 mama seakan dpt kmbali semangat mama utk meneran walaupun dah kehabisan tenaga dan akhirnya setelah berkali2 mencuba akhirnya mama berjaya juga melahirkan permata hati kedua mama ini pada pukul 6.11pg.. Doc just angkt baby tunjuk pd mama n suh mama btau jntina apa, selepas tu terus doc bwk baby ke bilik pemantauan. Disebabkan baby dah berak di dlm perut pemantauan 24 jam perlu dilakukan oleh pakar kanak2. Proses seterusnya diambil alih oleh nurse. Alhamdulillah mama dpt nurse yg sgt baik semasa proses bersalin kali ini, sepanjang mama menangis dia ajr mama utk berselawat dan beristigfar. Proses kelahiran kali ini mmg tidak menggunakan sebarang bantuan, tiada ubt penahan sakit, tiada gas etonoks malah part yg plg bersyukur bila tiada guntingan episiotomi dilakukan. Semuanya mama lalui  secara semulajadi. Pengalaman yg berbeza dibandingkn dengan kelahiran sulung dulu. Proses jahit pun tak lama coz lukanya sedikit sahaja mybe juga disebabkn tiada proses guntingan td.
7pg
Mama masih dlm labour room, papa masuk kmbali dlm labour selepas solat subuh dan azakn baby. Papa hanya boleh azankn baby di tempat yg khas utk baby. Mama masih belum boleh susukan baby waktu ni, sedih sgt rasa rupanya ni salah satu cabaran baru mama sbb perjalanan penyusuan muhammad yusuf ar rayyan rupa tidak semudah yg mama bayangkn. Insyaallah ada masa mama akan ceritakn pula perjalanan penyusuannya.. Alhamdullilah setelah mengharungi saat getir td bersyukur kerana semuanya masih lg dipermudahkn oleh Allah utk mama membawa seorang lg umat Nabi Muhammad saw ke dunia ini. Moga yusuf ar rayyan membesar menjadi ank yg soleh, aminn
fresh.. baru keluar dr labour room
hidung mama hokeyy!!
3.45kg fuhh jenuh nak meneran oii
mama wiv baby
my baby boo..
Day--2
tutup mulut adik.... ngantuk lg ke ni...

Rabu, 5 Mac 2014

Detik kelahiran Muhammad Yusuf Ar Rayyan(Part 1)

Fuhhh baru nk stori sal saat2 kelahiran permata hati kedua papa n mama hehe... Anak dah masuk 5 bulan baru la terkedek2 nk up stori sal bersalin ritu huhu basi sungguh dah.. Tp berpegang pd prinsip 'better late than never', so arini mama ambil kesempatan mencoretkan serba sedikit kisah di saat2 terakhir ingin membawa Muhammad Yusuf Ar Rayyan ke dunia ini... Mmg betul kata org pengalaman mengandung dan melahirkan setiap anak berbeza2.. Seperti mama, mama mempunyai 3 pengalaman mengandung yg agak berbeza dan 2 pengalaman bersalin yg juga jelas berbeza.Waktu bersalinkan qaisara prosesnya agak mudah dan tidak mengambil masa yg lama walaupun anak sulung tetapi waktu bersalinkan yusuf ar rayyan mama melalui pengalaman yg agak mencabar. Ada sesetengah org berpendapat proses kelahiran anak kedua lebih mudah, tetapi tidak bagi mama huhu.. Ok jom kita mulakan storinya...
Bermula minggu ke 36 lagi mama sudah merasa sakit2, setiap hari pasti rasa sakit tu akan datang, andaian mama mungkin rasa sakit tersebut ialah braxton hicks. Namun sewaktu chekup pada minggu ke 36 tersebut nurse juga terkejut apabila mendapati kepala baby dah engaged waktu tu (patut la waktu tu mmg mama dah tak larat nak berjalan huhu). Nurse sempat berpesan pada mama kelahiran boleh berlaku bila2 masa saja dr sekarang tetapi berdoalah supaya baby keluar after 36weeks sbb katanya kalo pada 36weeks ni baby masih lg dikategori sbg tidak cukup bulan.So bermula pd minggu tersebut mama sudah menghitung hari utk bersalin, kalo ikut ke x larat mmg rasa nk beranak time2 tu jugak tp disebabkn risau komplikasi tidak cukup bulan mama sentiasa pujuk baby utk kelua selepas minggu ke 36.Pada minggu ke 36 tu juga doc dh sahkn yg berat baby dh almost 3kg, fuhh sgt2 menakotkn coz ada 4 minggu lg utk baby membesar bg johan huhu... Bukan apa risau takot tak mampu nk meneran kalo besar2 sgt... Tiap kali checkup, berat mmg akn naik waktu tu, tp alhamdullilah, walaupun berat meningkat berkilo2, tiga kali mogtt semuanya result normal hehe( padahal waktu pregnant kali ni, sgt addicted dgn durian huhu).
Minggu ke 38, saat yg mama tunggu2kn coz mama sudah mula bercuti pd minggu ini, amik cuti 2minggu awal. Plan mama 2 minggu ni nk rest sepuas2nya sebelum start dgn life ibu beranak 2 plak pasni hehe... Qaisara mama still hntar di rumah pengasuh utk membiasakn diri kalo tba2 mama nk bersalin nnti, bukan apa risau kalo lama tak hntar, nk hntar balik mula la buat perangai huhu... Start minggu ini juga sakit yg datang makin kerap dan berpanjangan. Namun rasa sakit tidak konsisten jd mama tidak la terus ke hospital, bukan apa xnk berlama2 di hospital tu bukan best mana pun huhhh... Mlm2 pun dah tak lena tido, start pukul 3 pg keatas smp la ke subuh mmg xboleh nk tido dh, lebih2 lg kalo kna cramp kaki waktu pukul 2-3pg tu mmg menangis la sorang2( kalo papa ada kan senang huhu).Tp demi anak2 mama kuatkn juga semangat...  Entah kenapa, pregnant kali ini, naluri mama kuat mengatakn yg mama akan bersalin pd waktu awal pg( around 3-4pg). Mungkin juga sbb rasa sakit kerap pd waktu awal2 pg.Disebabkan naluri itu lah mama sering ckp kt papa yg rasanya bersalin kali ini cm xsempat dgn dia kot, yela kalo buatnya mama sakit nk bersalin dlm waktu tu of course la papa xkan sempat balik, jarak dr kl-kuantan bukannya 10 minit je tetapi mkn msa 3-4jam jgak.. Waktu tu jgak pengasuh pun dah standby kalo2 mama nk hantar qaisara pd waktu awl2 pg(alhamdulillah dpt pengasuh yg baik hati).
Walaupun rasa sakit makin kerap, namun tiada tanda2 lain, perkara ini juga sgt merisaukn mama coz kalo boleh mama xnk lah overdue, slh satu sbb xnk overdue sbb mama dh amik cuti 2 minggu awal. In case kalo tak bersalin lg pd tarikh edd tak kan nk pergi kerja balik kot huhu... So bermula minggu ke 38 tu juga mama dh start wat exercise utk membantu mempercepatkn lg proses kelahiran, kalo papa ada, ajk papa kalo papa xde, mama heret 'ode'(my sister) utk teman mama gi pusing2 Taman Bandar. Nk pergi sorang2 mmg xlepas la, sbb awal2 lg dh kena sound dgn ma( my mom). Nk pergi biar berteman katanya. Semakin dekat dgn tarikh due, mama bukannya risaukn proses bersalin yg akan mama lalui tetapi  semakin rungsing memikirkn keadaan qaisara apabila mama tiada nanti, cmne nk tinggalkn qaisara, bagaimana keadaanya nanti kalo mama tiada, kerana sepanjang 2 tahun lebih usia qaisara, memang mama dan qaisara tak pernah berjauhan walaupun cuma utk semalaman huhu.. Sayu rasa hati bila memikirnya, sbb mama rasa mama tidak sekuat ibu2 lain yg boleh berjauhan dgn anak2. Sebelum ini walaupun perlu menghadiri kursus jarak jauh mama sanggup membawa qaisara sekali. Perkara ini lah yg sering membuat hati mama tidak tenang...Malah part plg sedih bila setaip kali sesiapa btau qaisara yg mama akan tiada nanti (kena masuk hospital sbb nk keluarkan baby) pasti qaisara akan jawab,"mama ada, mama tak sakit pun, nanti yaya(nama panggilannya di rumah) isi ubat kt perut mama ye" huhu sedih sgt masa ni....
Dah panjang dah en3 ni, kita sambung next entry la ye....

Rabu, 19 Februari 2014

Rahsia di sebalik nama Muhammad Yusuf Ar Rayyan

Salam,
Lama dah tak update stori huhu.... sgt sibuk skang ni, saya masih lg berada di dalam fasa penyesuaian diri dengan kesibukan sbg seorg isteri, ibu kpd 2 org cahaya mata serta juga seorg ibu yg berkerjaya....  Baru la faham skang ni rasanya macam mana susahnya nk besarkn ank2, dalam masa yg sama nk bahagikn masa dgn  kerjaya serta nk uruskn rumahtangga dgn baik.. Mcm ni la agaknya ma saya dulu rasa susahnya nk besarkn kami adik beradik dlm masa yg sama terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga. Skang giliran saya pula... Walaupun agak susah nk besarkn ank2 dgn status ibu yg berkerjaya, namun bg saya ni la pengalaman yg x boleh dijual beli. Terima kasih kpd Allah swt kerana memberi saya peluang utk merasai semua ini. Memang la kalo boleh nak anak2 semua, 24 jam berada di depan mata, yup saya pasti  yg ini la yg diimpikn oleh semua insan bergelar ibu, namun nasib setiap org tak sama kan, sbb ramai di kalangan ibu2 skrang yg perlu klua bekerja demi membantu suami dlm perbelanjaan keluarga, begitu juga dgn saya:-)
Alhamdullilah, dah hampir 5 bulan (4bulan++) saya melahirkan permata hati kedua kami, Muhammad Yusuf Ar Rayyan. Rasa terlalu cpt masa berlalu, rindu juga dgn bau baby yg baru lahir hehe... Ok la arini sy nk stori sikit sal nama yg telah dipilih untuk anaknda tersayang.. Since ramai juga yg bertanya kenapa kami memilih nama Muhammad Yusuf Ar Rayyan, bukan sahaja di kalangan saudara mara malah ada juga teman2 yg seakan2 terkejut bila kami memberitahu nama tersebut.. Hehe mungkin juga disebabkan nama si kakak Nur Irdyna Qaisara agak moden tetapi bila nama si adik agak klasik.. Sewaktu qaisara dulu kami suami isteri mmg sudah sepakat utk memilih nama qaisara since kandungan berusia 7 bulan lg. Malah sejak dr itu hubby mmg dah panggil baby dlm perut dgn nama qaisara. Selepas qaisara lahir baru la cari nama lain utk digabungkan dgn nama qaisara. At last hubby decide utk letak nama Nur Irdyna di bhgian hadapan sempena nama kami suami isteri(dy-dily, na-diyana). Sejujurnya waktu tu sy agak frust coz niat hati nk letak nma ank semua pangkalnya bermula dgn huruf F since nama kami suami isteri pun bermula dgn huruf F, tetapi impian tak kesampaian coz kebanyakkan nama yg bermula dgn huruf F semuanya dah ada dlm family terdekat, drpd adik beradik, anak2 sedara sampai la ke sepupu sepapat semuanya starting nama ngan huruf F :-) Last sekali qaisara la the only one yg namanya tidak bermula dgn huruf F...  Xpela yg penting namanya bermaksud yg baik. NUR IRDYNA QAISARA ( CAHAYA KEHORMATAN KAMI, PERMAISURI).

Sewaktu mengandung anak kedua pula, saya ada tanya hubby nak letak nama apa, yup kebiasaanya hal nama anak mmg saya serah pd hubby sbb sebagai ayah dia la yg plg layak menetapkan nama ank2.. Tetapi tidak la sy bg sepenuhnya kuasa veto kpd husband huhu..  Hubby de btau sy waktu tu , kalo dpt bby boy dia dh ada namanya, malah nama tu dah di pk sebelum sy pregnant lg huhu. Since mmg doc pun dah confirmkn yg kami bakal dpt bby boy waktu tu saya pun ambil la peluang utk bertanya husband pe nama yg dia nk bg tp waktu tu mmg hubby kata pd saya RAHSIA huhu... Dalam masa yg sama sy tetap search2 jgak nama2 yg sesuai utk bby boy. Niat di hati waktu tu nk letak nama anak panggkalnya ada huruf I sama dgn si kakak. Waktu tu jgak sy cukup berkenan dgn nama Muhammad Ieeman Qaleef, tpppp bila diajukan pd hubby dia cuma geleng saja huhu.. Lastly bila didesak oleh saya ( waktu tu kandungan dah 9 bulan) hubby btau jugak yg dia nk letak nama 'Yusuf' . Waktu dgr tu terkedu jga saya, kenapa klasik sgt, n hubby pun terus btau dia suka sgt dgn nama tu coz bila dgr nama tu sejuk je katanya n niat hatinya nk nama anaknya kali ni adlh nama nabi... Malah katanya dia mmg dah psg niat kalo dpt bby boy mmg nk letak nama tu, so bila hubby dah kta cmtu saya pun perlu akur coz kalo dh psg niat ni xleh la wat main2 kan... selepas drpd itu saya selalu search di internet membaca kisah2 nabi yusuf, n alhamdullilah selepas membaca kisah2 nabi yusuf hati saya turut terbuka utk menerima nama tersebut. Cerita ni x abes setakat di sini k, sbb hubby cuma bg satu nama so sy pun masih mencari2 satu lg nama utk digabungkn dgn nama yusuf. Niat di hati waktu tu nk cari satu nama yg agak moden sedikit tetapi semua nama yg saya ajukn pd hubby semuanya ditolak sampai la di saat2 kelahirannya. After bersalin, saya masih lg belum berputus asa mencari nama n akhirnya sy berjumpa dgn nama Ar Rayyan n agak sesuai bila digabungkan dgn nama yusuf. Tetapi, bila diajukn pd hubby mulanya, hubby syp huhu, n katanya kalo boleh dia just nk letak nama yusuf sahaja, waktu tu tak tau la kenapa tiba2 saja laju je air mata saya mengalir n saya de terlepas cakap 'buat penat je saya beranak' huhu sori hubby.. Risau  bila tgk saya menangis dlm pantang hubby akhirnya bersetuju nk letak nama Muhammad Yusuf Ar Rayyan. Hehe org perempuan kan air mata mmg senjata utama. Tp fair la kan satu nama drpd papa n satu nama drpd mama. Masa hubby isi borang pendaftaran kelahiran tu sempat jugak saya menjeling di ruangan nama takot tiba2 hubby tukar balik nama hehe terok kan saya ni..
Alhamdullilah nama Muhammad Yusuf Ar Rayyan di daftarkan pada hari ke 7 kelahirannya. Malah sewaktu mendaftar di JPN, pegawai pendaftar sempat memuji hubby coz katanya bagus la letak nama anak pangkalnya dgn nama nabi.

Now, sejujurnya sy sgt jatuh hati dgn nama Muhammad Yusuf Ar Rayyan. Walaupun kdg2 ada juga terasa hati bila ada di kalangan sedara mara n rakan2 yg ketawa @gelak bila kami memberitahu nama ank kami. Saya juga cukup tak suka bila ada yg memanggil yusuf dgn panggilan usop. Bg saya nk panggil biar la betul2 samada yusuf @ rayyan. Buat anak mama n papa, kami sgt2 berharap Muhammad Yusuf Ar Rayyan membesar menjadi manusia yg mulia budi pekertinya serta molek perangainya seindah namanya yg telah kami pilih. MUHAMMAD YUSUF AR RAYYAN ( NAMA NABI, PINTU SYURGA BG ORG YG BERPUASA). Alhamdullilah, seawal kelahirannya, kami semua sudah dpt melihat kesesuaian nama tersebut dgn dirinya krn bila diperhati Yusuf Ar Rayyan ni seorg yg penyejuk n cool org nya sesuai dgn namanya. Baik n sgt mudah diuruskan :-)

Isnin, 23 Disember 2013

Adab Melawat Bayi....

Muncul kembali setelah lama menghilang huhu, byk sebenarnya hutang yg perlu dilunaskan di blog kesayangan ni.. ishk2x tu la sape suruh malas lg... Arini sesaje nk citer sal adab melawat baby terutamanya yg newborn la kan.. cewah... mentang2x la baru abes pantang asyik cite sal baby je la kuikui...  ok la dah jadi kebiasaan bg kita kan setiap kelahiran baru pastinya akan di sambut dgn gembira, bkn saje oleh ibu bapa, dan keluarga malah turut merai pastinya sanak saudara dan teman2..Pastinya ramai juga yg akan dtg menziarah ibu dan bayi yg baru dilahirkan, namun dlm pada kita gembira melawat bayi2 yg baru dilahirkan ini, mungkin ada di kalangan kita yg terlupa beberapa perkara yg tidak boleh dipandang mudah. Sebelum sy melalut lebih jauh ingin saya tegaskan di sini, semua yg saya tulis ini dtgnya dr saya sendiri tiada artikel yg menjadi rujukan cuma ianya berpandukan kepada pengalaman dan pendapat saya sendiri, jadi mungkin kita akan berbeza pendapat, oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf andai coretan ini mengguris hati sesiapa yg membacanya. Yang baik ambil la sbg teladan dan pengajaran, yg buruk jadikan la sempadan...

Antaranya;-
1) Waktu yg sesuai utk dtg melawat- ok perkara ini bg sy sgt2 penting, kita semua tahu kan, setiap ibu yg baru sahaja melahirkan bayi pastinya dlm keadaan keletihan, tidak sihat dan memerlukan waktu yg cukup utk berehat, jd bg saya seminggu pertama kelahiran adalah waktu yg tidak sesuai utk dtg menziarah, kerana pd waktu inilah juga si ibu sdg cuba berusaha utk membiasakn diri dgn bayi mereka. Malah pd minggu pertama ini juga kebiasannya ibu2 sibuk menguruskan diri seperti berurut n bertungku. Kehadiran tetamu pastinya menyebabkan ibu kurang selesa. Maklum la, mana ada org yg suka bila org lain melihat mereka dlm keadaan pucat dan tidak bermaya. Lain la kalo yg dtg melawat adlh insan2 terdekat seperti adik beradik @ibu bape mertua, xkisah la kan..

2) Kebersihan- Bagi mereka2 yg ingin melawat bayi yg baru lahir sila la pastikan diri kita dlm keadaan bersih sebelum pergi melawat. Yela bayi ni kan antibodynya x kuat lg, mudah kena penyakit jd make sure kita tidak membawa sebarang virus @kuman kpd bayi tersebut. Bukan apa kesian kpd si ibu pulak nnti kalo bayi mereka sakit pastinya mereka yg  tidak dpt berehat kerana menjaga bayi yg mungkin akn meragam apabila tidak sihat.. Sedangkan sepatutnya si ibu juga perlu berehat setelah bertarung nyawa melahirkan.. Paling menakutkan saya apabila terbaca kisah seorg bayi yg terkena badi mayat setelah bapa saudaranya yg baru pulang dr menziarah org meninggal dunia dtg pula melawat bayi tersebut. Kesian kpd ibu bapa bayi tersebut yg terpaksa berhabis wang dan tenaga utk mengubati ank mereka sedangkan puncanya dr org lain.. So make sure kita tak ambil ringan perkara2 spt ini..

3) Anak2 kecil-Bagi mereka yg dtg melawat bersama dgn anak2, perhatikn betul2 ank2 kita, jgn smp ada adegan2 yg tak sepatutnya nanti huhu. Budak2 ni biasanya suka sgt kalo boleh tgk baby ni dan diorg juga bkn tahu yg mana baik yg mana tidak, jd kita xboleh la leka.. Kalo setakat nk cium baby tu, bg saya perkara biasa, jgn la plak si ibu bayi tersebut awal2 lg kata x boleh, sbb itu kan lumrah budak2..Jgn tak percaya ye mesti adenya ibu2 yg over protective ni smp de budak2 lain nk cium ank dia pun tak boleh huhu... Don't be over hokey.... kikiki....

4) Hadiah-ooh ini biasanya x perlu diberitahu, biasanya tiap kali melawat bayi baru lahir kita akn bawa sekali sedikit cenderahati kan. Plg tak pun org akn bg duit, betul tak?  Part ni plak, si ibu bayi  plak jgn la time2 tu jgak sibuk duk membelek2 hadiah tersebut, xmanis tau cmtu kikiki....

5) Masa- Nk pergi melawat bayi, jgn la pergi waktu mgrib atau waktu malam ye, tak sesuai untuk bayi yg baru lahir..

6) Cium baby-bagi saya sudah menjadi perkara biasa kalau yg dtg melawat bayi kita tu akn cium dan sayang bayi tersebut, kalo ada ibu2 yg x suka ank dia kna cium ngan org lain simpan je ank awk dlm bilik, kunci rapat2 huhu..  Tp org yg nk cium baby pun please pastikn anda tiada sebarang penyakit berjangkit , kebiasaanya seperti selseme n batuk la..Lagi satu nk cium pun agak2 la kan, jgn la cium cm awk buat kt ank sendiri lak siap gomol2 bagai lg, ank org tu wei, lain la kalo bdak tu ank sedara ke or cucu ke boleh terima lg la...

7)Mesra-Kita dtg melawat ni biarlah dgn wajah yg manis dan mesra, yela kita kan pergi melawat mereka yg sdg berada dlm kegembiraan kerana baru sahaja menerima insan baru dlm hidup mereka, jgn la muka tu masam or sedih je cm melawat org mati lak huhu..Kalo berkesempatan ambik la baby tu n riba la dia, tunjukkan la yg kita mmg btol2 ikhlas dtg melawat. Yang ni saya sendiri dh rasa  macam mana perasaan bila ada antara teman yg dtg melawat dg muka masam je cam x suka je dtg melawat kita ni. Bila terkena cm ni pe yg saya rasa pastinya sgt2 sedih dan kecewa, maklum la yg dtg pastinya antara teman2 rapat kan, kalo yg tak rapat xdtg lak kan.Bila saya beritahu pd hubby, hubby kata xpela kita cuba berperasangka baik pd dia, mungkin dia letih pd waktu itu sbb tu muka pun masam je huhu. Baik la hubby.  Takpe la saya anggap ini mungkin salah satu tarbiyah dr Allah utk saya. Bila jd cmni saya pun kena igt bila saya lak berkesempatan melawat teman2 yg baru pas bersalin, jgn la pergi dlm keadaan begitu, kalo rasa x bersedia utk pergi, baik jgn pergi, kerana ia mungkin akan melukakan hati org lain. Maklum la saya ni pun jenis kalo sedih ke tgh marah ke cpt je nmpk di muka mmg xboleh cover2 cm org lain yg leh wat cool walaupun dlm keadaan mrh @sedih.