Saturday, March 9, 2013
9 march 2013
Aku betul-betul mengerti macam mana rasa sakit dan derita bila orang yang kita sayang sepenuh jiwa membenci diri ini dan meninggalkan diri aku keseorangan. Aku yang merasa derita yang amat dalam yang tiada siapa pun tahu. Tiada siapa yang mengerti. Sesungguhnya aku begitu ikhlas menyayangi dia sehingga tiada sedikit dendam pun di dalam hati walaupun hati ini hancur berderai. semua harapan impian untuk hidup bahagia hilang tetapi kenapa aku masih bodoh mengharap suatu masa akan tiba saat untuk aku bersama dia lagi. Masih kah aku layak untuk merasa bahagia? Aku sayang dia. Aku sentiasa berharap agar dia berbahagia walaupun hati ini dia tidak pernah peduli lagi. Tetapi aku tahu dia pernah menyayangi aku suatu ketika dulu. Masih adakah ruang di hatinya untuk aku??? Kenapa aku masih mengharap sedangkan dia begitu kejam meninggalkan diriku menyingkirkan aku dari hidupnya. adakah aku masih kuat untuk menghadapi hidup ini???Aku lebih rela mati. tapi ajal dan maut adalah kuasa tuhan. Bagaimana aku nak meneruskan hidup aku lagi sedangkan seluruh hidupku selama ini hanya untuk dia. Kalau dia baca luahan hati ini aku harap dia mengerti apa yang aku rasakan. Aku tetap menunggu dia dan hati aku sentiasa terbuka untuk dia kerana aku insan bodoh yang terlalu menyayangi dia
Subscribe to:
Posts (Atom)