Thursday, August 27, 2009
KO-k oh KO-k
assalamualaikum,
alhamdulillah,tahun ni kali terakhir ambik KO-k a.k.a kokurikulum.kursus wajib kat usmkk ni.(apasal la banyak sangat k ni.)
tahun ni,ana ambik digital SLR photography..fuh,panjang betul tajuk kursus ni,rumit pun rumit gak.bayangkan science student tetiba belajar 'tangkap gambar'.truly,sangat best.pengalaman yg berharga.dapat tangkap gambar keindahan alam ciptaan Allah.
alhamdulillah,berpeluang untuk mencuba sendiri,rasa2 macam nak beli sj kamera SLR ni,tapi tersangatlah mahal dan tak pasti ke'berbaloi'annya.
ni,antara gambar yg ana tangkap,x seberapa pun,tapi nak tunjuk jugak.
perasan x,backgroundnya kabur skit?ni la trick kamera SLR.
..berlatarbelakangkan DM 3& 4,tangki air pun ada skali.
gambar bawah ni pula,kalau tak fasihah..mesti humaira yg tangkap-cantik
ni,ana tangkap..
sekian dulu untuk kali ini,bersambung lagi..
insyaAllah.
wallahu'alam.
kelebihan Ramadhan
assalamualaikum
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.
Sunday, August 23, 2009
salam Ramadhan..
Bismillah...
Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran dipanjatkan buat Allah Rabbul Jalil..
kerana hingga saat ini,nyawa masih bersambung untuk diberi kesempatan mengecap dua nikmat terbesar iaitu Islam dan Iman.apalah nilai seorang hamba andai tiada padanya kesyukuran,bahkan akan diberi azab yg pedih.Seperti dalam firman Allah Taala;
"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih."
- (Surah Ibrahim, ayat 7)
Ramadhan bertamu lagi,membawa kembali keberkatan dan keampunan yg dijanjikan Allah,bagi orang g benar-benar mencarinya,setelah setahun meninggalkan kita..kini ia tiba lagi.Cuma,yg tinggal kemahuan dan kesungguhan kita untuk mendapatkannya!ayuh,bersama mujahadah untuk mendapatkan keberkatan dan keampunan di bulan mulia ini.
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu” .
[HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (1802), dan Muslim dalam Shohih-nya (175)
bagi diriku..
pastinya,ramadhan kali ini,sangat berbeza tanpa seorang ibu
pastinya ini akan kami lalui dgn getir sekali,
namun kami redha dengan ketentuan Allah,
ya Allah,tempatkan roh ibuku dikalangan orang-orang yang beriman.
cukuplah mati sebagai peringatan buat kita..
bahawa dunia ini hanya sementara dan kita hambaNYA..
firman Allah dalam surah Al-Qasas ;60-61:
"Dan apa saja[1130] yang diberikan kepada kamu, Maka itu adalah ke- nikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya?
. Maka apakah orang yang kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (surga) lalu ia memperolehnya, sama dengan orang yang kami berikan kepadanya kenikmatan hidup duniawi[1131]; Kemudian dia pada hari kiamat termasuk orang-orang yang diseret (ke dalam neraka)?"
[1130] Maksudnya: hal-hal yang berhubungan dengan duniawi seperti, pangkat kekayaan keturunan dan sebagainya
[1131] Maksudnya: orang yang diberi kenikmatan hidup duniawi, tetapi tidak dipergunakannya untuk mencari kebahagiaan hidup di akhirat, Karena itu dia di akhirat diseret ke dalam neraka.
“Semua amal perbuatan Anak Adam adalah untuknya,kecuali puasa, ia adalah kepunyaanKu, dan Akulah yang akan membalasnya. Dan bagi orang yang berpuasa diberikan dua kegembiraan.Satu kegembiraan ketika berbuka dan satu kegembiraan lagi ketika bertemu Tuhannya(menerima balasan yang dijanjikannya)
Dan sesungguhnya yang keluar dari mulut orang yang berpuasa
lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi”
(Hadith qudsi riwayat Tabrani dalam Al-Kabir dari Ibnu Mas’ud dan Ibnu Nazzar dari Ibnu Mas’ud juga,sedangkan Ubnu Asakir dari Abdullah bin Haris bin Naufal r.a)- Dipetik dari kitab Hadis Qudsi
Al Quran beri Inspirasi berfikir.
Asallamualaikum wbt,
Al-Quran beri inspirasi berfikir
Penulis asal: Mohd Zawawi Yusoh
>>towards producing Quranic Generation>>
Tuesday, August 4, 2009
== RINDU ==
Assalamualaikum,
moga Allah merahmati kita semua.
R I N D U
benar,hati rindu pada Dia,
kekasih yang layak dirindu...
apakah layak diri menjadi perinduNYA?
sedang diri masih dalam dosa tanpa nasuha??
apakah masih ada luang waktu buatku,
menggapai syurgaMU?
YA ALLAH,
belumkah tiba masanya lagi?
(Al Hadid:16)
wallahu'alam.
Sunday, August 2, 2009
PROGRAM TAUTAN UKHWAH BERSAMA PUSAT ISLAM & RAKAN MASJID USMKK.
ISNIN, 3 OGOS 2009,
Bermula 'Selepas Solat Maghrib' di Surau Pusat Islam.
SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH DI SANA.
AGENDA:
:::Pengenalan & Penerangan mengenai PUSAT ISLAM USMKK kepada pelajar-pelajar baru:::
:::Sesi Anugerah Perlantikan Ahli Jawatankuasa Rakan Masjid USMKK 09/10:::
::::Program Mengeratkan Silaturrahim::::.
Penyertaan untuk menjadi ahli Rakan Masjid USMKK Dibuka.
Borang keahlian akan diedarkan.
Bawa bersama RM5 untuk yuran keahlian seumur hidup.
SEMUA WARGA KAMPUS DIJEMPUT HADIR,
Jamuan Istimewa disediakan : Durian etc.
"Kukuhkan Ukhwah dan Bersama Kita Membina Ummah"
RAKAN MASJID UNTUK SEMUA
Anjuran:
PUSAT ISLAM USMKK