Bismillah.
Sahur terakhir kami- Agak lewat sedikit disebabkan tertidur menunggu nasi masak. Apapun saya gembira atas kelewatan ini kerana membolehkan saya menyediakan apa-apa yang belum beres sebelum mak mem-beres-kannya dahulu.
Sambil makan, seperti biasa, meja makan selalu menjadi meja sidang pelbagai isu. Ayah yang mula-mula membuka mulut untuk membuka topik. Adapun saya, yang mula-mula membuka mulut menyuakan nasi putih ke mulut.
Kata ayah, malam ini sudah tak boleh nak teraweeh. Rajin manapun kita, tunggu tahun depan lah baru boleh bertemu dengan teraweeh dalam Ramadhan pula. Pasti sheikh (dari) Mesir kat Qaryah menangis sayu semalam. Mungkin sebab dia faham apa yang dibaca, sebab tu mudah menangis.
"Kita pun, kalau baca dalam bahasa kita, faham pun, tetap tak menangis", pintas adik.
Balas abang,
"Bak kata Tok Guru, hati kita ni umpama tumit kaki yang keras. Berjalanlah atas apa pun, tetap tak terasa. Atas tar yang panas, terpijak duri sekalipun, tetap tak terasa akibat kerasnya kulit tumit. Maka hati juga begitu, terlalu banyak dosa sehinggakan dibacakan ayatNya, tetap tidak terkesan,"
Sahur terakhir kami- Kemungkinan sahur terakhir saya bersama famili. Esok, kemungkinan lebaran. Maka hari ini mungkin hari terakhir Ramadhan pada tahun ini.
Ramadhan terakhir kami- Kemungkinan Ramadhan terakhir saya bersama famili. Tidak ajal yang menghalang kami untuk bersama, masa juga boleh menjadi penghalang. Sedaya upaya saya cuba untuk memberi kemudahan kepada ibubapa saya sepanjang Ramadhan ini dengan mengambil alih kerja-kerja yang memang sepatutnya saya sebagai anak meraka yang buat, tetapi tetap dilunaskan oleh mereka juga. Bimbang juga, khidmat saya pada Ramadhan ini, merupakan khidmat Ramadhan terakhir saya kepada mereka yang dikasihi.
Adapun hari ini, sudah pasti merupakan hari terakhir Ramadhan yang paling sibuk buat kami. Mak sibuk dengan ketupatnya (tapai dah selesai semalam ), ayah pula sibuk dengan memotong rumput di halaman. Saya? sibuk menyediakan list tarikh dan masa cereka dan filem yang menarik yang bakal ditayangkan di tv. Haha! Allahuakbar... ujian, ujian.
Oh ya, lebaran tahun ini, kami kurang seorang, KakNgah yang beraya di bumi Mesir. Hei, Selamat Hari Raya deh. Nikmati sepuasnya hari raya di sana :) Ni raya last kamu beraya di sana ^^,
Ramadhan terakhir kami,
Ilal liqa' ya Ramadhan...
Jumaat, 17 Ogos 2012
Rabu, 8 Ogos 2012
seni lidah jiwa
Bismillah.
Kalau ikutkan, saya tersangat exausted-lah sekarang ni. Memandangkan ini bulan Ramadhan, dan saya baru sahaja tiba di rumah di bibir sawah padi yang kontang ini, maka, untuk mengelakkan daripada saya mensia-siakan Ramadhan ini dengan tidur di siang hari, tulisan inilah yang menjadi saksi saya sedang menahan nafsu tidur sekarang ini. Oh...
***
Seketika saya berangan di hadapan skrin ini memikirkan apa yang ingin direndakan 26 abjad ini, saya membayangkan, apakah jika saya ingin menganjurkan sebuah konsert di universiti saya, yang mana artis yang akan berada di atas pentas ialah seperti Bunkface, Malique ex-Too Phat, Altimet, Hujan, M.Nasir... Oh, mungkin juga boleh jemput Pyanhabib, Meor Yusuf dan seangkatannya, adakah tindakan saya ini akan dibantah oleh mereka-mereka yang dikenali sebagai 'otai' Islamis? Bajet lah =.=
Bagi saya, saya ada alasan tersendiri untuk mengadakan konsert ini (walaupun hakikatnya takkan, haha). Daripada menjemput kumpulan artis yang akan menyanyikan nasyid-nasyid cinta, adalah lebih baik saya layan lagu Perang Dah Tamat, Malique. Bukanlah merendahkan nasyid-nasyid cinta yang dihasilkan, tetapi bagi saya mesej yang ingin di bawa lewat tiap-tiap karya itu. Sejujurnya, saya lebih suka lirik-lirik yang lebih kelihatan rapat dengan realiti sosial masyarakat ketika ini. Karya yang menyedarkan, membangkitkan semangat, memujuk dan mengancam adalah lebih bermanfaat daripada karya yang berbentuk membelai.
Malik Bennabi, seorang tokoh reformis Islam yang berasal dari Algeria, menaakulkan bahawa kebangkitan sosial, filsafat, peradaban, sastera dan agama perlu ditangani dan diasaskan bagi pembentukan sesebuah tamadun. Nah, dalam kontek 'seni' yang saya sedang ketengahkan sekarang, apa macam bentuk karya ataupun seni, semua ini adalah alat yang akan mempengaruhi minda dan laku pendengar/pembaca. Maka, perlulah para penggiat seni ini menghasilkan karya yang lebih jujur dan lebih berbentuk satu pencerahan.
Berbalik kepada konsert yang saya bayangkan itu, bertemakan pencerahan, walaupun tiada kopiah di sana, bagi saya tak salah menggunakan cara konsert yang dilihat sebagai 'liar' di sisi 'mereka'. Agar konsert tersebut tidak dilihat sebagai satu aktiviti yang melalaikan, disiplin perlu juga dijaga. Nak melalak bersama Bunkface, teruskanlah, tapi biar berbatas, dan yang paling penting ialah penghayatan terhadap apa yang penggiat seni ingin sampaikan kepada kita.
Adapun seni, bagi Frank Cizek ialah sebagai satu peranan ekspresi bebas dalam pendidikan.
*Dan saya lebih selesa dengan lagu Soldier daripada Bunkface berbanding lagu Hamba-Mu, Imam Muda dan Akhil Hayy.
***
Alhamdulillah, sudah tiba masa untuk saya berhenti menghadap komputer riba lama ini memandangkan sekarang merupakan jam untuk menyediakan makanan untuk berbuka. Apapun, hari ini, walaupun letih baru pulang dari program, saya berjaya untuk tidak habiskan masa saya dengan tidur siang hari. Hehe. Salam Ramadhan yang berkat.

Puisi tidak mungkin boleh menggantikan sepinggan nasi. Tapi kenyataan hari ini manusia bukan hanya berjuang untuk sepinggan nasi tapi berjuang untuk hak menyuap nasi di pinggan. -Wahyudi Yunus, Jalan Telawi
*Dan saya lebih selesa dengan lagu Soldier daripada Bunkface berbanding lagu Hamba-Mu, Imam Muda dan Akhil Hayy.
***
Alhamdulillah, sudah tiba masa untuk saya berhenti menghadap komputer riba lama ini memandangkan sekarang merupakan jam untuk menyediakan makanan untuk berbuka. Apapun, hari ini, walaupun letih baru pulang dari program, saya berjaya untuk tidak habiskan masa saya dengan tidur siang hari. Hehe. Salam Ramadhan yang berkat.
Langgan:
Catatan (Atom)