saya pernah mendengar slot Islam Sebagai Agamaku di radio IKIM satu ketika dahulu. Hmm, mungkin itu kali pertama saya mendengarnya. Tetamu di konti ketika itu ialah seorang wanita muallaf yang dulunya menganut agama Buddha, diminta menceritakan pengalaman beliau sebelum dan selepas memeluk Islam. Slot tersebut telah memberi ruang kepada pendengar untuk bertanyakan soalan, memberikan pandangan dan kata semangat kepada tetamu itu. Antara soalan pendengar yang saya ingat samapai ke saat ini,
"Kenapa masyarakat non-muslim apabila kawan-kawan atau saudara mereka convert kepada agama selain agama Islam, tidak menjadi masalah kepada mereka. Tapi daripada kalangan mereka yang convert kepada Islam, adalah cerita pulau-memulau, putus hubungan, dsb"
Macam tu lah kot lebih kurang soalan dia.
Jawab tetamu wanita itu,
"Masalah sebenarnya, mereka takut untuk menerima Islam sebab kalau convert kepada Islam, automatik namanya perlu di tukar, satu lagi, mungkin mereka fikir Islam ni agama yang banyak pantang dan larangnya. Maka mereka gerun"
Nah, ini yang saya terpanggil ingin menulis malam ini walaupun dah lewat dan malas.
Dahulu, disiplin ilmu ulama' dalam mengisbat sesuatu hukum adalah berdasarkan al-quran dan hadis nabi. Hadis yang diambil pula ditapis dengan begitu teliti sehinggakan para orentalis mengakui kehebatan orang Islam dalam menyaring dan mengumpulkan hadis-hadis nabi dengan begitu teliti. Ya lah, usaha mereka (orentalis Barat) dalam memalsukan hadis nabi umpama sia-sia kerana orang Islam terlalu cermat dalam merekod hadis nabi.
Dalam mengistinbat hukum melalui QS, ulama'-ulama' dahulu menggunakan ijtihad yang dimartabatkan sebagai zanni, maknanya, tidak semestinya ijtihad mereka betul, sesuai, dan perlu diterima bulat-bulat. Jika ada hadis lain yang sahih, maka ijtihadnya perlu ditinggalkan. Itu disiplin mereka. Zaman perkembangan ilmu ketika itu amat luas sehinggakan proses peluasan kuasa dan empayar Islam agak perlahan dek kerana manusia ketika itu terlalu gila dengan ilmu dan kemerdekaan fikiran yang dibuka oleh Islam menyebabkan mereka tekun mengkaji dan mengaji khazanah ilmu peninggalan nabi Muhammad saw (QS).
Namun, zaman tetap berganti dengan zaman yang lain, ulama' yang dahulunya bernilai kesejahteraan hidup telah menjadi ulama' yang bernilai perut dan nafsu. Ilmu yang diwarisi ialah ilmu muqallid. Jika ada sedikit hukum yang diperbaharui, terus dilabel sebagai sesat dan menyalahi ulama'. Gelap. Tiada lagi ruang untuk berfikir dan mengkaji. Yang ada hanyalah ulama' yang menjadi hamba kepada matan yang terdahulu. Jumud.
Penyakit ini bukan hanya terhenti disitu, bahkan merebak sehingga zaman terbaru ini.
Muqallid. Itu yang saya rasa menjadi punca kepada apa yang hendak saya utarakan pada mulanya. Ikut secara buta tuli tanpa fikir dan kaji terlebih dahulu sebarang maklumat yang diterima. Benarlah kata nabi, kamu akan mengikut jejak pemeluk agama yang sebelum kamu tapak demi tapak (Yahudi-Nasrani).
Taqlid buta sehingga berbarah menjadi resam dan budaya.
Tidak menukar nama asal kepada nama yang bunyinya ke-Melayu-an sedikit sudah menjadi kesalahan bagi muallaf. Susah. Bimbang dengan nama Dingdong Dandes tidak mempunyai maksud apabila dipanggil di Mahsyar? Maka, nama Rosmah (sbg contoh) juga tidak mempunyai maksud apabila dipanggil kelak, tapi kenapa tak suruh Rosmah tukar nama? Sebab ada ke-Melayu-an di situ?
Islam terlalu banyak pantang dan larangan. Tak. Islam datang membawa kesejahteraan, rahmat kepada sekalian umat. Setiap yang diatur oleh Allah ini ada illatnya. Mahu bicara tentang hukum, Islam didalamnya ada hukum yang tetap, ada yang berubah mengikut keadaan dan sebab. Hakikatnya Islam bukanlah agama yang berbicara tentang halal haram sahaja. Malah Islam itu cara hidup.
Ada juga yang jenis berfahaman bahawa mahu convert kepada Islam mesti cukup tahu perkara fardhu ain. Tak pun ada juga yang kata, tak boleh kahwin selagi tak lepas fardhu ain (hehe). Waduh, susah amat Islam ni ya? Faham dulu apa itu fardhu ain, iaitu perkara yang kita lalui setiap hari. Contoh solat, tiap hari solat, maka perlu keatas setiap mukallaf mengetahui rukun, syarat, dan kaifiat solat. Adapun haji, jika masih belum ingin buat haji, maka tidak wajib lagi kita belajar lagi sehingga tiba masanya.
Mudahkan, jangan payahkan. Jangan hanya tahu menjadi muqallid yang setia
wallahu a'lam