3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

27 September 2011

WW#4: I'm Not Retis





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

JOm Kurangkan Annoyance FB Page Like Box Anda II

Seperti yang dijanjikan, kita kembali dengan editing Like Box :)

Kali ini pula adalah cara untuk Wordpress,
Cara untuk editing KakiNetwork FB Like Box versi JQuery LightBox pula , ada dua cara:

cara pertama, cara untuk orang yang nak@suka belajar coding.
Cara nya adalah;:
1) masuk ke Theme Editor
2) pergi ke bahagian yang anda masukkan widget. Ada orang masukkan di header.php.
3) cari code tersebut dan tambahkan coding berwarna merah ini pada awal dan akhir coding tadi.

contohnya:

<?php
if ( is_home() ) {
<script type='text/javascript' src='http://kakinetwork.com/javascript/jquery.min.js'></script>
<link rel='stylesheet' type='text/css' href='http://kakinetwork.com/javascript/lightbox/themes/default/jquery.lightbox.css' />
<!--[if IE 6]><link rel='stylesheet' type='text/css' href='http://kakinetwork.com/javascript/lightbox/themes/default/jquery.lightbox.ie6.css' /><![endif]-->
<script type='text/javascript' src='http://kakinetwork.com/javascript/lightbox/jquery.lightbox.min.js'></script>
<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
jQuery(document).ready(function(){

jQuery.lightbox('http://kakinetwork.com/facebook/?fbfans=NAMA_BLOG_ANDA_YANG_DIREGISTER_DI_KAKINETWORK&lightbox[iframe]=true&lightbox[width]=360&lightbox[height]=200');
}
?>

Sebelum buat yang ini, select all coding dalam header.php tadi, dan pastekan ke Notepad. Bukan apa, kalau terjadi apa2, boleh replace semula code asal =)

Cara Kedua: Untuk mereka yang tak kisah tambah plugin
Download dan install plugin ini.
http://wordpress.org/extend/plugins/widget-logic/
Seterusnya, anda  boleh ikuti step2 mudah selepas anda Activatekan plugin tadi.


Tak gunakan Wordpress lagi, tapi gunakan Blogger.com? Tak ada masalah, silalah rujuk cara untuk Kurangkan Annoyance FB Page Like Box Anda untuk Blogger.com ya :)




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Jom Kurangkan Annoyance FB Page Like Box Anda!

Assalamualaikumm~ :)

FB Fan Page like memang bagus. Tapi kadang2 tanpa custom yang baik, bagi yang gunakan versi popu up, reader akan rasa jelak untuk klik  kalau keluarnya berulang2 kali.

Jadi, dengan usaha yang tak seberapa, saya harapkan bloggers yang mempergunakan, eh, silap, yang menggunakan lightbox style Facebook Page Like rekaan Freddie Kaki Network  boleh refer tutorial customizationnya kali ini di sini.. =)

Editing terbaru (updated on 3/10/2011):
Untuk Blogger anda hanya perlu tekan butang di bawah untuk tambah Widget ini terus ke Blogger:









Sebaik saja anda click butto tadi, Tekan Edit Content dan gantikan NAMA_BLOG_ANDA_YANG_DIREGISTER_DI_KAKINETWORK dengan ID FanPage Anda yang anda daftarkan di LikeBox KakiNetwork pada awal2 step tadi. =)

Jika anda gunakan Wordpress, anda boleh tengok cara Kurangkan Annoyance FB Page Like Box versi Wordpress










Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

21 September 2011

Transformasi yang Tidak Berapa Kekal



Sekolah teknikal + vokasional, remaja bermasalah, dan universiti teknikal, adakah ia isu yang diselindungkan dalam polemik isu lain?

Jika anda tanyakan pada saya , Ya, ia adalah isu. Diselindungkan dari banyak isu 'picisan' lain dalam akhbar, yang asyik berkisar tentang sejarah yang terkunci kemas dalam lipatan timeline. Yang asyik berkisar tentang isu butthurt.

(Kenapa , Fahmi?)


Sebelum anda teruskan membaca, saya mahu yakinkan anda yang entri ini, adalah entri kontroversi berbaur kritikan yang paling panjang pernah saya hasilkan. Amaran buat yang tak suka baca panjang2: Sila tinggalkan entri ini. Anda dah sedia?


17 September 2011

Mencari Diri IXIII: Milo Mc Flurry

Usai lari dari rumah mencari penghilang bosan, sampai di Wetex, sejam lambat sebab kunci keta buat2 menyorokkan dirinya, (dari muka mu yang  tersenyum aku tahu kau mahu marah), kami berpusing di dua kedai mencari Casio hadiah untuk someone special buat yadz. :P

Siap beli barang, sebab parking sejam ada baki lagi 35 minit, (sekejap je rupanya cari hadiah bila ada duta Casio tak legit #perasann), Yadz buat pengumuman menggemparkan. Dia offer saya makan fast food. Okay. =_=

Apa yang saya makan adalah:
Mc Flurry Milo memang kelass!

Sama ada saya memang suka milo, atau memang mcflurry ni memang sedap.

Waktu saya diberi pilihan untuk makan apa oleh Yadz, saya dah jeling siap2 iklan mcflurry tu dari luar.

Sebaik saja dapat order, tak sempat lagi  Yadz bawak makanan saya, saya dah pun duduk siap2 menikmati mcflurry yang wow tu.

Apa rasanya?

rasanya sejuk (of cos lah Fahmi), milo, dan rasa biskut-biskut oreo sikit, plus rasa manis susu. OH EM JAY. Serius memang sedap!

gembira lah ni dapat mcD dari yadz ea , he3 =_=





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Simple Aje Ni 5: Mahukan Flash Header

Langkah gunakan header Flash sebenarnya semudah ABC.

A: siapkan template
Langkah A bermula dari step asas, termasuklah design, colour, pilih animation yang sesuai, dan lain-lain lagi. Jangan lupa untuk buat button dengan Alpha : 0% di layer paling atas sekali, sebelum click button tu di Stage, tekan F9 (buka Action Tab), dan tekan pula Esc + GU (eja G, dan U dengan Keyboard), shortcut untuk GetUrl.
Selepas itu, taip url blog di situ, setkan "_self " pada petak di bawahnya, dan gunakan "GET" di petak di bawahnya juga.

B: uploadkan ke server. 
Langkah B ini penting. tapi apa yang lebih penting adalah mencari tapak hoster yang menawarkan simpanan fail .swf. Ada yang percuma  (dengan limitation bandwidth dan view perday,), dan banyak yang berbayar. Jika anda gunakan blogger, anda boleh host di hoster-hoster begini. Jika anda gunakan wordpress dengan unmetered bandwidth, anda boleh terus upkan file .swf tadi ke media library anda.

C: embed kan.
Langkah ini yang complex sedikit. tapi generally, kita akan gunakan  code tag/
Caranya,
selepas upload tadi, kita akan perhatikan link file kita di server. Contoh:
http://www.inilahfahmi.com/wp-content/uploads/2011/09/bro.swf

Dalam contoh ini saya gunakan contoh banner yang baru siap malam tadi.

anda hanya perlu gunakan tag embed dengan  bijak. seperti ini.
1) define source     2) define properties height + width 3) close semua tag

contoh :



Code ini perlu di copy dalam HTML/Script Widget kalau di blogger, dan HTML/Text kalau di Wordpress.

Dan widget ini letakkanlah ia di bahagian atas header, setelah anda sembunyikan header asal dengan coding di css.
Caranya,
pergi ke template designer, cari Advanced , cari Css Overrride, dan taipkan
.header h1 {
display:none;}
.header description
{display:none;}

Cukup mudah.. =)

disclaimer 1; sesetengah template mengunakan design yang  bukan asalnya dari blogger , bakal menghadapi kesukaran.
disclaimer 2 : langkah yang lebih complex di Wordpress melibatkan coding .css dan editing di PHP. Jika anda berani, tunggu entri selanjutnya!







Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

16 September 2011

Bahang Apinya : I

Api tak pernah kenal lawan atau kawan.

Bila dia kecil, kita berikan dia udara dan kayu kering kecil yang secukupnya. Nampak dia lemas sikit, kita gerak-gerakkan kayu agar dia boleh bernafas dengan udara, dan makan secukupnya sebelum dia besar.

Bila dia besar, kita dah boleh mula "main kasar" sikit dengan dia.

Contohnya  kita boleh lempar kayu besar sedikit, ketuk, atau longgokkan terus selambak daun kering. Dan dia akan ngap semuanya .. dan minta lagi.

Bila lagi besar, kita boleh baling kayu yang lebih besar tanpa pedulikan dia akan "sakit", atau padam.

tapi jaga-jaga.

Kalau tak melecur kerana dia, kita juga akan 'lemas' dengan 'kasih sayang' dia.

==============
Ada apa-apa analogi yang anda mampu kaitkan di sini?
Jika anda tanya saya , saya lebih senang kaitkan sifat api ni dengan 'harapan dan cinta'.


p/s: dalam mood bengang.



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

12 September 2011

Kenapa Cukai 6% Bagus?

6%?

Cukai 6% adalah isu paling hangat buat masa ini . Disebabkan ini, pembelian stok prepaid cemas, meningkat dari hari-hari  biasa.

Ia seolah-olah pakatan yang tersusun, tapi membelakangkan Menteri.. so-called.#mukatakconfident

Tapi kenapa saya katakan Cukai 6% ini Bagus?



bila saya buat poll, ternyata, antara kawan-kawan saya, mereka berpendapat cukai ini BAGUS HANYA apabila :

1) speed broadband diperbaiki 2) video call sama kadar dengan panggilan biasa 3) kadar sama rata antara telco 4) kadar sama rata mms dengan sms



Bagi saya, saya rasakan,  cukai ini hanya BAGUS apabila:

1) ubah suai contract dan terma berkaitan reload dan jangkamasa tahan lama air time.
2) ada jaminan tentang network telefon ketika perayaan,
3) ada perjanjian untuk perkongsian pemancar yang bijak, dan tidak membahayakan kedua-dua belah pihak, iaitu pengguna dan pembekal perkhidmatan
4) ada jaminan tentang speed broadband dan coverage yang sama, walau di mana jua berada.
5) Juga ada perjanjian kontrak 5-8 tahun, untuk tidak menaikkan lagi cukai dalam tempoh itu. Perjanjian ini pula wajib melibatkan juri awam yang juga menjadi penyumbang kepada pengesahan perjanjian, bukan sekadar pemerhati, seperti dalam timbangtara LYNAS.

Ini yang PALING PENTING. Kenapa?

Kita tidak mahu isu ini menjadi 'gula-gula' subsidi atau 'fear bomb' untuk memanipulasi + mengeksploitasi undi dan simpati waktu pilihanraya.

Pendek-kata, jika kita semua boleh bersetuju bahawa isu kenaikan harga adalah isu global (contohnya dalam ucaptama belanjawan, dan mana2 speech berkaitan ekonomi Malaysia),  jadi, ia tak seharusnya dijadikan isu untuk pancing apa saja, sementara boleh.

Sebab once kita guna isu ni untuk pancing simpati, terang2an kita dah pun menjadikan ini game berat sebelah, yang hanya adil untuk playmaker Malaysia.

Sedangkan yang jadi mangsa adalah orang seperti kita yang guna topup.

p/s: dari cas 6% pada prepaid, bukankah ada baiknya invite satu lagi syarikat telco dari Singapore untuk buka market di sini, bagi 5 tahun free cukai, dengan perkongsian kesemua teknologi telco bertaraf US mereka dengan kita?

p/p/s: thinktank dari penasihat negara mana yang datang dengan this stupid 6% idea ni?

p/p/p/s: Dasar penasihat 25% Tiga Abdul betul. #Lelong3x









Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Simple Aje Ni V: IDM disable

Mungkin anda pernah berdepan dengan kes software IDM anda hilang keberkesanan patchnya? Dan anda inginkan IDM itu disabled, dari option download anda, kerana ia tidak hilang walaupun anda telah uninstall segala bagai (apa bahasa anda guna ni Fahmi)? Jom, lihat di sini =)

step#1 : Pergi ke Firefox > Tools > Option

Step#2 : Pergi ke Manage Add-On

Step#3 : Click IDM CC  dan tekan Disable

Step#4 : Restart Firefox






Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

07 September 2011

Super Hero Sebenar bukan Supermak

Amfaizul adalah Hero. kata DS Najib.
Kata saya, AmFaizul, bukanlah hero.

tapi beliau adalah SUPERHERO. (kenapa pula, Fahmi?)

#1
Manusia biasa suka masuk gambar.

Hero juga suka masuk dalam gambar, walaupun mereka tak suka mereka terkantoi suka gambar mereka sendiri.

Superhero ajelah yang sanggup berkorban mengambil gambar agar orang lain tahu gambar itu benar-benar penting untuk dikongsi dan dilihat oleh manusia biasa, dan jua hero.

#2
Manusia biasa tak kan suka bersusah payah untuk ubah posisi diri semata-mata mahukan gambar sasarannya cantik. biasanya sasaran @ model itulah yang akan dipaksa-rela untuk gerakkan.

Hero biasanya suka mengubah suai kedudukan kamera secara rahsia, agar foto mereka tetap kelihatan heroic meski baju mereka dah pun compang-camping terkena serangan. (pengaruh sinematografi yang cantik. hehe)

Superhero biasanya  all out untuk pastikan gambar yang diambil benar-benar meninggalkan impact pada penonton gambarnya... sehinggalah mereka sendiri terkadang out-of-reach (kawasan liputan telefon, susah nak contact, sebab cari lokasi yang betul2 impresif), out -of-order (kamera DSLR lah segalanya, objek lain tak penting dah. henfon jatuh pun biar aje)... dalam kes extreme, out-of-world (bila terbunuh ketika mengambil gambar dan rakaman paling bersejarah dalam dunia.)

Tak kisah walau pasukan pengaman tempatan tembak arwah Amfaizul atas apa alasan sekalipun, (mempertahankan media tempatan/melindungi somalia dari liputan negatif/prasangka realpolitik) Allah Maha Mengetahui.

Untuk itu, belasungkawa buat arwah, dan takziah buat keluarganya. Al Fatihah.




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

05 September 2011

Wu Xia : Bila Holmes Di 'China' kan


 
Bila di google, Wu Xia, tajuk itu sendiri, adalah gabungan aliran kungfu 'unisex', sama seperti Wing Chun yang original.

Wu Xia satu cerita yang kompleks, tapi mudah difahami bagi mereka yang suka sentuhan Thriller yang kemas  dalam mana-mana filem.
Kesekian kalinya, saya rasakan Donnie Yen semakin bagus, dalam gerak kerja kungfu choreographer, dan juga dalam watak yang dipegangnya.

Cuma kali ini, dalam Wu Xia, saya nampak satu sisi yang cukup lain.  Ia seolah-olah, rasa yang sama, ketika saya menonton Jackie Chan, dalam New Police Story. Ada emosi yang lebih jelas diperlihatkan, dan terserlah kematangan pelakon benar-benar diuji ketika membawakan kemampuan asalnya, dan tahap watak yang lebih mencabar.

Wu Xia, secara asasnya, adalah kisah kungfu yang tidak benar-benar bertemakan kungfu, tidak seperti Yip Man yang bertemakan kungfu vs aikido@judo, juga tidak seperti Kung fu Panda, dan lagi lah tidak seperti Kungfu Hip Hop atau Kung Fu Dunk.

Wu Xia, adalah kisah detektif (Liu Baijiu, lakonan Takeshi Kaneshiro), yang mencari seorang watak yang hilang dari timeline 10 tahun, dan dikesan ketika watak utama , Liu Jinxi atau Tang Long (lakonan Donnie Yen), menyelamatkan kota tempat tinggalnya dari serangan penjenayah (mat pow).


Kesan Khas
Kesan Khas tertentu dalam cerita ini, saya kira, antara kesan khas yang biasa-biasa. Mungkin kerana ia menumpukan lebih pada jalan cerita sebagai kekuatan utamanya. Tapi menariknya, ada dua scene   melibatkan 3d animation , semacam yang saya pernah tonton dalam House M.D.

Jalan Cerita
Memang tragik apabila kecurian identiti mangsa berlaku, dan dilakukan semata-mata untuk menyelamatkan diri dan menguburkan kisah silam yang mahu dilupakan atas nama 'taubat'. Tema kecurian identiti muncul buat kali pertama (seingat saya) dalam kisah Kungfu yang saya pernah tonton dari dulu hingga sekarang, dalam kisah kali ini.

Kecurian identiti, adalah satu jenayah yang terancang. Dan saya tak sangka ia dapat dibayangkan berlaku seawal 1907, tahun ketika Holmes pun belum wujud dalam pemikiran Arthur Conan Doyle.

Menariknya pula, Liu Baijiu, seolah-olah Holmes. Dengan pemerhatian yang begitu detail, dan kemampuan menganalisa struktur pembunuhan dan anatomi manusia, saya tak berhenti berfikir adakah Holmes benar-benar merupakan titik rujukan pengarahnya, Peter Chan, ketika watak Liu dibentuk.

Namun akhirnya, semua mati. Okay, ini memang jarang.

Tentang jalan cerita yang selebihnya, biasa-biasa saja. 

Kungfu
Kungfu yang saya lihat kali ini, gerakan nya lebih advance, dan tak nampak sangat five elements, tak seperti Yip Man I dan III.

Untuk itu, bagi siapa yang mahukan kelainan dalam cerita kungfu, memang patut kisah ini dijadikan koleksi dalam External Hard Disc baru anda.Tak rugi, pun!








Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Bukan Tentang Kucing, Serius!

Kredit buat Blog Kucing
Kadang-kadang kita tak tahu bila kita akan sebetulnya sedar, apa yang kita fikirkan, dengan siapa kita luahkan rasa, dengan siapa kita selalau pertikaikan keadaan dan kata-kata.

Mungkin kita akan rasa dalam hati. Atau fikir di minda.

Betapa kita rasa banyak saja perkara yang tidak kena dalam hidup kita.

Tapi semua itu, kita yang pilih untuk rasakan.

Di setiap situasi, kita ternyata ada pilihan, ' Untuk rasakan semua itu, atau pun pilih untuk buat tak tahu. buat tak faham.

Kita mampu pilih, sebab kita ada kuasa memilih. Kita ada kuasa kehendak. Kita ada kuasa  berfikir.

Tapi kita harus juga, (dan dalam banyak keadaan) MESTI juga sedari, apabila kita memilih pilihan itu, kita tidak berhak untuk mengawal kesan yang berlaku pada diri kita.

Untuk setiap pilhan yang kita pilih, kita perlu ada rasa tanggungjawab, dan keberanian untuk memilih.

Dan dengan beraninya mampu berkata, "yes, aku telah pilih, dan aku akan jalani akibat@kesan daripilihan tadi."

Contoh mudah.

Usai berbuka puasa, kita lihat makanan yang lebih di atas meja. Kita tahu di luar ada kucing yang mengiau-ngiau sejak awal maghrib tadi.

Kita boleh pilih untuk kumpulkan makanan tadi, gaulkan dengan nasi lebihan, taburkan dengan sedikit kicap, letakkan di atas suratkhabar, dan suakan pada kucing-kucing tadi.

Atau, kita juga boleh pilih untuk, masukkan semua baki tadi ke dalam plastik sampah, dan teruskan langkah ke garbage bin.

Dalam pilihan tadi, kita juga harus rasakan tanggungjawab untuk pilihan-pilihan tersebut.Kenapa?

Kerana, jika kita pilih untuk beri makanan pada kucing tadi, kita harus ada rasa tanggungjawab untuk membersihkan sisa dan tempat makan kucing... juga 'sisa' yang ditinggalkan selepas ia makan.

Sanggup basuh najis kucing setiap hari, hanya kerana kemahuan kita untuk tidak mahu membazir? Jika sanggup, teruskanlah niat untuk mengenyangkan mahluk Allah itu.

Jika kita pilih untuk menyimpan makanan tadi dalam plastik sampah, kita juga ada perlu rasa tanggungjawab untuk buang sampah dengan cepat ke dalam garbage bin untuk elakkan makanan tadi berbau.... dan berdepan tanggungjawab di akhirat dengan soalan "kenapa kau bazirkan makanan itu dan tak bagi pada kucing yang mengiau minta dihulurkan makanan?" dan seterusnya jawapan untuk tanggungan yang bakal menghalang anda dari masuk syurga.

'"Sesungguhnya hambaKu masuk ke SyurgaKu dengan rahmatKu' excerption dari sepotong Hadith Qudsi.

Jika anda rasa rahmat Allah itu anda bakal peroleh dengan cara lain, selain dari mengenyangkan kucing-kucing tadi, (merapatkan silaturrahim,  bersedekah, bertukar2 hadiah, menolong orang lain dalam kesusahan), go on, buanglah makanan itu.

Contoh tamat.






Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

spontaneous thursday#1

kau tahu apa yang sengal? edit blog org sambil blogwalk, nampak entry yang bes, pegi tinggalkan komen dlm tak sedar "engkau bukan engkau"



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header