3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

30 March 2004

AKU, DIA dan SESUATU

Mood: agak ceria lah.
lagu: As I lay my love on u.. westlife.
Dalam kemandirian haiwan, takde siapa pun yang akan terlepas dari HUKUMAN TUHAN=HUKUM ALAM. Semua haiwan akan dimasukkan ke dalam neraka (kalau tak silap la), kecuali beberapa jenis haiwan, contohnya gagak yang menjadi ibarat/tamsil kepada qabil untuk menanam habil, Qitmir (anjing ashabul kahfi), merpati yang menyelamatkan Nabi Muhammad s.a.w, dan (satu lagi apa ek? Aku tak ingat lah.)
Begitu juga manusia.
manusia ni pun satu. Degil. Alhamdulillah, Allah tu Maha Berkuasa dan DIA marah bila malaikat mempersoalkan wujudnya manusia di muka bumi, kerana Allah tahu apa yang malaikat taktahu. Agaknya malaikat dah pernah nampak manusia ni buat kerosakan kat galaksi yang lain kut. Siapa tahu wujudnya UFO tu sebenarnya adalah manusia spesis dari bintang, planet, atau galaksi lain, cam CLARK KENT AKA SUPERMAN? SIAPA YANG TAHU? Tell me why? Why... neo... why?
dalam surah al-baqarah diceritakan adanya manusia yang boleh mengaku dia adalah seorang yang terbaik dalam segala hal, walhal yang sebenarnya, dia tulah penentang yang paling kuat kat atas muka bumi yang berbentuk hampir-kepada-sfera @ telur nih... pelik kan?

Sedangkan gunung pun pecah dan hancur luluh bila nak diberikan amanah memagang kitab alQuran,. tapi manusiadengan sikap selamba yayanya mengaku yang dia boleh terima amanah tu dengan baik. akhirnya, manusia jadi orang yang menzalimi dirinya sendiri, dan jugak alam sekitar. Tak ke melampau namanya?
Heiyy.....asfelempus akustikus asferempes opticblast terkelempes tul.

sebenarnya hidup ni senang je bila kita idup dengan islam yang sempurna, dengan ruh al intiqad yang asli.. dengan mengikut sunnatullah yang tersusun cantik. Masalah timbul bila kita melihat Islam sebagai agama yang terpecah pecah dan terbahagi bahagi. hidup adalah satu bahagian yang tak terbahagi. er.. faham tak? InsyaAllah faham kan?

12 March 2004

hadith hari ini.

daripada abdullah bin abbas radhiallahuanhuma berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada 2 macam nikmat yang selalu disia-siakan oleh sebahagian besar manusia, iaitu nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa." Hadith riwayat bukhari.

Keterangan: kesihatan badan dan kelapangan, adalah nikmat yang besasr setelah nikmat Islam dan Iman, namun ramai orang yang tidak menyedari kebesaran kedua - dua nikmat ini kecuali setelah terlambat dan terluput waktunya. Apabila badan sihat dan masa pun lapang, ramai orang yang akan membuang masa, duduk bersenda-senda dan menghabiskan masa dengan perkara pekara yang tidak berfaedah bahkan terkadang sampai kepada perkara perkara yang membawa kepada kemaksiatan. Mereka merasa malas untk berbuat ibadah yang sebenarnya bukanlah telalu payah dan tidak pula memerlukan kepada banyak tenaga. Sembahyang bukanlah terlalu payah, apatah lagi membadca Al Quran dan berzikir. Seseorang boleh membaca Al Quran dan berzikir sambil berjalan, sambi memandu kereta bahkan sambil bekerja, namun rasa segan dan malas itu sangat susah hendak dibuang. Walaupun demikian namun ramai orang yang berjalan, memandu kerta dan bekerja sambil merokok, sekalipun mereka menghadapi kepayahan untuk mengendalikan rokok tersebut, dan ramai pula yang memandu kereta sambil mendengarkan lagu lagu dan alunan muzik yang melalaikan daripada mengingati Allah s.w.t, padahal orang yang berada di dalam kenderaan itu adalah sangatdekat dengan kematian. Hanya terlalai sedikit, kereta sudah boleh terjun keadalam parit, atau terjadi nahas di jalan raya yang meragut nyawa, maka ia berhajat kepada pemeliharaan dan perlindungan daripada Allah s.w.t. agar ia dapt sampai ke tujuannya dengan selamat.

Beginilah keadaan orang orang yang tidak menghargai masa dan kesihtan badan yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t sehingga apabila mereka jatuh sakit dan usah terlantar di hospital dan badan pun sudah tidak bermaya lagi, maka ketika itu barulah mereka mengerti besarnya nikmat yang mereka telah sia siakan.Oleh itu, rebutlah peluang kesihatan dan masa yang terluang yang dianugerahkan Allah kpd kita, dan berusahalah untuk mengisinya dengan kebaikan dan ketaatan..

04 March 2004

syukur... alhamdulillah

selama ini ku mencari cari


teman yang sejati


buat menemani perjuangan suci


bersyukur kini


padaMu Ilahi


teman sejati


telah kutemui



dengannya di sisi perjuangan ini


senang diharungi


bertambah murni


kasih ilahi


kepada mu Allah


ku panjatkan doa


agar berkekalan


kasih sayang kita


kepada mu teman


teruskan perjuangan


pengorbanan


dan kesetiaan


telah ku ungkapkan


segala galanya.


itulah tandanya kejujuran kita.

02 March 2004

persoalan Iman

Persoalan Iman kadang kala membuat kita berfikir, bila kita sakit siapa yang sembuhkan, bila kita lapar siapa yang kenyangkan, bila kita ngantuk siapa yang tidurkan.... persoalan hati bisa membuat semua orang jadi sensitif. Maklumlah, dunia akhir zaman. Siapa yang harus dipersalahkan? ibu bapa tak leh disalahkan seratus peratus sebab, berapa kerat sangatlah ibu bapa yang belajar tentang falsafah dan praktik keibubapaan macam yang dianjurkan oleh Stephen Covey? Tak ramai pun.


entahlah. kadang kadang, dunia ni tak seindah macam yang disangka. tapi takleh lupakan dunia, pasal ada hadis yang mengatakan kerjalah bagai akan idup selama seribu tahun lagi. Kita buka persoalan ni kepada orang ramai. macam mana geng? email me at tintamadani@yahoo.co.uk

lagu baru

berlaku jujurlah


meskipun kejujuran mu itu, kan membahayakanmu di dunia....


kerana sesungguhnya..


kejujuranmu itu kan bermanfaaat untuk semua....



ingatlah pada Tuhan


kerana DIa kita ada di sini....


di dunia ini...wohoho....



ilang idea. ada sapa nak tambah lirik?Pudin? Khalida? Paan? Redza? Baiduri? dipersilakan.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header