Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Waktu solat asar lagi 10 minit nak masuk, Aku dan sahabat lain bergerak menuju ke dewan solat utama. Kami ada program di masjid tersebut dari semalam. Harini jemaah pada waktu asar tak seperti semalam. Macam ramai.
" Eh, kenapa macam ramai je. Ada orang nak nikah ke?" Aku tanyakan pada salah seorang sahabat.
" Ye la kot. Macam pelik je" Sahabat menjawab.
" Tapi mana ada orang kahwin dalam bulan puasa laaa" Aku pulak jawab. Kami pon gelak haha sebab memang jarang orang nak kawin dalam bulan Ramadhan.
Selesai ambil wudhuk, sementara menunggu azan tiba tiba kami dilewati oleh sekumpulan jemaah lelaki mengangkat keranda. KERANDA?? yes. keranda. Aku jadi macam terdiam. Seram sejuk. Bukan takot sebab hantu mayat ke ape. Tapi terkejut, dah lama sangat tak tengok jenazah dengan mata sendiri. Ya Allah. Rupanya orang ramai tadi merupakan waris si mati. Nak solat jenazah selepas solat asar.
Habis solat asar, imam mengumumkan untuk solat jenazah. Ya Allah lagi sekali berdebar sebab first time nak solat jenazah nii. Aku pon tanyakan pada makcik sebelah, nak baca ape ye? Betapa teruknya aku, pernah belajar masa sekolah dulu. Siap ada amali lagi. Itulah belajar bukan kerana Allah, sebab tu lupa dan sebab tak amalkan.
Setelah solat jenazah ditunaikan, imam membacakan doa.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Usai doa, wakil keluarga memberi ucapan. Masa itu lah dia cakap yang meninggal tu arwah ibunya. Kalau ada hutang boleh tuntut. Aku tengok ahli keluarga si mati menangis.Merah merah mata. Aku pon sedih jugak. Allahuakbar. Aku tengok sampai lah keranda diangkat keluar dari masjid.
Memang rasa sangat dekat kat hati. Tersentuh. Ya Allah, apa bekalan yang aku bawa jika aku mati sekejap lagi? Ingatlah bahawa mati itu pasti dan sangat hampir. Benarlah, kematian yang berlaku di sekeliling kita adalah satu peringatan.
Wahai sahabat, saya share kan semua ini untuk kita semua mengingati mati. Betapa mengingati kematian itu perlu. Bukan ingat sahaja tanpa berbuat apa-apa, tapi berusaha untuk kita menghadapinya. Semoga kita semua mati dalam keadaan Husnul Khotimah. InsyaAllah.
Al-Fatihah buat kedua ibu-bapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.