Monday, 24 June 2013

Karnival Mahabbah IKIM.fm



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum


Karnival Mahabbah ikim.fm dah berlangsung & telah menutup tirai semalam. Berlangsung selama 3 hari (21 -23 jun) di bulatan bazarina Stadium Malawati, Shah Alam. Biarpun jerebu semakin kuat melanda negeri selangor, ramai juga yang hadir bagi memeriahkan karnival. Kami pergi pada hari kedua.

Alhamdulillah, aku pergi dengan family. Lepas breakfast di puncak alam, terus gerak pergi shah alam. Tak jauh pon, dalam setengah jam je.

Kami sampai tepat jam 10.30 pagi, slot Islam itu Indah bersama ustaz Ebit lew baru je nak mula di pentas utama karnival dan bersiaran langsung di radio ikim.


Ustaz Ebit Lew dan Dj Mazlina Alias

Abah tanya soalan pada ustaz Ebit

Seronok beno le budak2 dapat melompat atas ni

Adik dapat belon

Slot kedua. Segmen di dapur bersama Chef Zamir (yang tengah), Masterchef musim1 
Bersama Dj Nik Hasnah & Dj faiz

Pergi booth ikim dapat beg. Dalam tu ada kipas, buku nota & sticker kereta

Okay tu je. Tak ambil gambar banyak sangat. Kalau nak tengok lagi pergi ke fb rasmi IKIM.fm. Banyak lagi program menarik dan booth jualan sepanjang karnival tapi kami dah balik dah. InsyaAllah ada rezeki jumpa lagi.

 Musim jerebu ni kena banyak berdoa. Tambah lagi tengah bulan Syaaban. Dah hampir pada bulan Ramadhan. Semoga amalan kita semua diterima Allah. Selamat berbuka bagi yang puasa harini :D

Jerebu di sekitar uitm puncak alam.

Assalamualaikum :')

Tuesday, 18 June 2013

Variety of Charts


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum


Flashback memory. hehe, kisah ni dah lepas. Masa aku first year. Our beloved lecturer, Sir saiful Azlan Rosli bagi assignment buat snellen chart. Susah woo nak buat. Ada pengiraan, pastu print & gunting molek2. Tambah lagi kalau yang hat haluih tu. Menguji keimanan nak gunting dia.

Snellen chart tu chart untuk check mata kita boleh baca samai line mana. Pastu boleh tahu lah power mata berapa. Biasa tengok kan dekat kedai buat spect. Kalau buat medical check up pon mesti ada. Chart banyak jenis. Guna ikut keadaan. Contohnya untuk baby, budak yang tak kenal huruf lagi & etc. Jom tengok hasil daripada kami, 6th batch of Optometry students UiTM Puncak Alam.


Standard snellen chart. Mostly guna yang ni

Grating chart. Usually for baby. Tengok movement mata dia

Ini group aku buat. Tumbling E chart. Jarang guna

Arab pon ada :')

Log MAR chart. The most accurate result we can get.

Comel! Of kos untuk kanak-kanak

Landolt C chart. Jarang jugak guna.


Kesemua chart ni di frame kan dalam bilik Optometry uitm Puncak Alam. 
Seronok bila tengok balik gambar ni :D
Dah nak 3rd year dah aku. Perasanyaaa fadh!  final exam tak lagi :P

p/s : Syabaan dah nak dekat penghujung. Are we ready for Ramadhan? 



Thursday, 13 June 2013

Experience is The Best Teacher


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum


Being a student mestilah ada ujian & cabaran. Tak kesah lah kau student AD ke, bisnes ke, health science ke, farmasi mahupun asasi (nampak sangat sebut fakulti yang ada kat puncak alam ni je). Exam atas kertas tak boleh 100%  menjanjikan dia tu hebat serba serbi walaupun dia dapat full mark. Kemahiran paktikal & soft skill harus digilap bersama. Intro tak menahan.

Isu nya aku nak cerita pasal exam practical aku kena buat spectacle dalam masa 30 mins. Huh, banyangkan dari lens bulat yang belum dipotong akan masuk ke dalam frame dengan cantik tanpa chip & scratch.

Sebelum aku bercerita lebih lanjut, aku cerita secara kasar cara nak buat spect.

Lens yang sampai adalah bulat & besar. So kenalah potong ikut bentuk frame yang customer pilih. Sebelum potong tu mestilah ada pengiraan-pengiraan yang taklah panjang sangat.Kena check power lens and tanda-tanda kat atas lens tu. Cuma kalau nervous tangan ketaq-ketaq payah sikit lah nak buat. Maklumlah skru-skru dekat spect kan halus, garisan tanda nak buat pon takleh nak senget2. Nanti pening customer pakai spect tu.


Lens asal. tapi aku dah tanda.

Berbalik kepada isu, kejadian ni dah lama, sem lepas. Ada dalam 6 bulan yang lalu. Tapi ianya masih segar dalam ingatan. Cewwah. Dan menyebabkan aku fobia setiap kali masuk lens dispens.

Al-kisahnya, tengah aku syok potong lens. Pakai mesin ye kawan-kawan. Mesin aku  berhenti. Normal la tu, tanda dia dah habis potong. Tapi, kalau die tak cukup kecik untuk muat-muat dekat frame kena kecik kan lagi. So, dalam getar tangan aku keluarkan lens yang dah potong tadi dari mesin, tambah pulak lens tu basah sebab masa potong ade sekali dengan air mengalir, maka tergelincirlah lens itu jatuh kedalam mesin yang mana tangan manusia tak mampu untuk seluk nak selamatkan lens tu.

mesin potong lens.

" Madam! lens saya jatuh!"  bergema lab dengan suara cuak aku.

Aku dah memeningkan kepala madam. Sebab biasanya kalau lens jatuh, bukak bahagian bawah mesin tu akan jumpa TAPI kes aku ni dia hilang. TAK JUMPA DAH. Kemanakah kau menghilang? Sedih aku.

Masa tu dah tak tengok jam komfem aku mesti lebih dari setengah jam. Markah tolak. Aku dapat lens baru (markah tolak lagi) dan check power lens and redo the same procedures sampailah potong balik. tsk tsk tsk. Dalam hati memang nak NANGIS. Tapi tak guna aku nangis, buang masa. Baik aku siapkan spect ni. Lepas tu nak meraung pun takda sape kesah.

Allah, aku rasa berat sangat masa tu. Nak cari kekuatan untuk start balik. Dan aku dah susahkan lecturer aku & kawan lain. Sebab mesin takleh guna selagi lens aku tu tak jumpa. Takut dia stuck dekat mana-mana. Alhamdulilllah, ada staff tolong keluarkan lens tu. Aku pandang lens tu dengan perasaan hiba, huhu. Sebab dah tak boleh nak buat apa.

Sampai lah naik sem baru, benda tu macam fresh lagi. Setiap kali masuk lab mesti ada rasa takut. Ya Allah, next week practical exam aku nak buat spect lagi. Mohon doa kawan-kawan supaya aku cool time exam tu nanti  :') AMIN. InsyaAllah.



Lens dah siap potong. tak masuk dalam frame lagi.


Antara spect yang berjaya aku buat (Sem lepas & sem ni)




lens ni lubang sikit kalau perasan. Sape nak pakai lens lelubang? haha tolak markah.


KEEP MOVING FORWARD :')

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
(Yusuf : 87)




Monday, 10 June 2013

MOSSE #Day3



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum

MOSSE day 3! Lambat sangat aku nak update sampai dah tak berapa nak ingat dah haha. Okay, yang sangat aku ingat hari ke 3 MOSSE ni istimewa, sebab kami ada menjemput Malaysian Association for the blindness (MAB). Some of them memang tak nampak and ada yang nampak sikit-sikit. Tapi jangan main2 yang datang ni atlet paralimpik.

Boleh baca previous entry, MOSSE day1 & MOSSE day2. Thank you :)

Hari ke 3 ada game badminton, tarik tali & sukaneka. Wakil MAB akan main sukaneka.


Wakil dari MAB. Mereka ceria orangnya :)
Ada yang perlu dipimpin.
Cari gula-gula dalam tepung
Isi air dalam botol guna tangan 


Air yang berjaya dikumpul



Baby on the day. Comel. Anak senior year 3.

Okay setakat tu sahaja. Jumpa lagi pada MOSSE akan datang. MSU akan in charge InsyaAllah ada rezeki pergi ke campus MSU. Kampus dia cantik hehe, teringin nak pergi. Selalu nampak bila lalu kat highway.


" Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat." (14:7)


Monday, 3 June 2013

MAWAR mekar



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum


I was so excited to update this entry! haha. Asalnya aku nak upload gambar bunga dah kembang mekar tu kat fb je tapi UiTM punya line ni tak boleh upload gambar through fb. Aku pon tak faham kenapa. Dah alang-alang aku nak share gambar buat terus entry boleh share banyak2 sikit hihi.

Aku bukan budak foto or orang yang pandai ambil gambar sangat TAPI aku suka amik gambar. Sukeeee *.* haha. Kalau gambar ni tak berapa menarik bagi korang, Its okay :) Gambar ni buat aku seronok gila. haha. Tangkap pakai camera phone je. Tak edit macam camera 360 :)

Okay cakap banyak pon tak guna. Ni nak tunjuk. Jap before tuu, entry ni ada kesinambungan dengan cerita semalam. Mana aku dapat bunga ni dan lain2. Boleh baca dekat SINI  :)




ni ROSE aku ^.^
Ni pulak ROSES ika & bari (my housemates)
Ni ROSE kami :D
Suka gambar ni :D

"Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan?" (55:13) 


Okay. Itu sahaja. Ilalliqa' :)

Sunday, 2 June 2013

ROSE2ROSE



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum



Almost 3 weeks i didn't update this cahaya hati. HAHA, im quite busy lately and there is an important decision that i have to make. So aku pikir banyak tension then tidor. Tak bagus macam tu. Kena istikharah actually. InsyaAllah keputusan ni yang terbaik. 

Okay back to the topic. Tajuk tu ROSE2ROSE. Apa maksudnya? Nak cerita sikit. الحمد لله aku dan sahabat2 yang lain pergi ke Mydin mall usj. Tujuan nya ialah menjual bunga ROSE. Oh apakah itu? Okay let me tell u

Rose tu simbolik kepada wanita di Malaysia.
2 kepada
Rose wanita di Palestine


So, kami jual bunga ros dan duit itu insyaAllah akan disumbangkan kepada wanita wanita di Palestin. Inilah yang kakak naqibah aku cakap. Sambil tu kami edarkan PETITION form. Minta orang ramai tulis nama, ic and tandatangan sebagai bantahan ke atas wanita & kanak2 Palestin di penjara Israel. InsyaAllah akan dihantar ke United Nations Human Right Committee (OHCHR) .Kat sana jugak ada flashmob, kutipan dana, dan jualan2. Sambil tu jugak kami mempromosikan event kemuncak pada 7 jun 2013 (JUMAAT) di dataran kemerdekaan Shah Alam. Orang ramai dijemput hadir. InsyaAllah banyak manfaatnya.

Here the Poster & the promo video. 



Promo MyGMJ 2013



 الحمد لله sambutan amat menggalakkan. Orang ramai maklumlah cuti sekolah kan. Kami je tak cuti ade kelas. Tadi pergi lepas kelas. Lambat sikit sampai. Orang Subang Jaya memang sporting! InsyaAllah ini jihad kita di Malaysia untuk saudara2 kita di Palestin. Malah ada non-muslim juga turut menghulurkan sumbangan. MasyaAllah. Semoga mereka mendapat hidayah :)

Nak share gambar2 yang sempat ditangkap :)

Baru aku tahu ayah faizal tahir orang kuat Aqsa Syarif. yang tengah cakap tu ayah beliau.




The roses!




Flashmob, meremang tengok flashmob. Mereka sangat bersemangat! 

Mohon datang beramai-ramai jumaat ni InsyaAllah.